Mesej Puisi Usman Awang (Ke Makam Bonda) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Mohamad Zahied bin Zamri (BA19110298) Tugasan : Pilih sebuah puisi dari karya-karya Usman Awang dan berikan mesej yang ingin disampaikan dalam puisi berkenaan.



Ke Makam Bonda (Karya Usman Awang)



Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda



Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi



Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap



Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini kurasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi



Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan



Air mawar kami siramkan



Senyum kemboja menghantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabadian Insan kerdil mengadap Tuhan



Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan



Puisi atau sajak Ke Makam Bonda ini merupakan karya ciptaan sasterawan negara yang cukup dikenali iaitu Usman Awang. Sajak ini menceritakan kisah berkenaan anak-anak yang mengunjungi pusara arwah ibu mereka yang telah lama meninggal dunia. Sewaktu mereka mengunjungi pusara bonda mereka, keadaan di sekitar pusara sunyi sepi kerana pada waktu itu adalah waktu awal pagi. Di sini juga digambarkan keadaan batu nisan yang telah usang dan berlalang disebabkan tidak ada sebarang kunjungan di pusara tersebut. Ingatan kisah silam mereka pun terimbas kembali dan mereka pun merindui kenangan bersama ibu mereka Terdapat beberapa mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini antaranya adalah sentiasa mengenang jasa ibu kepada kita. Dalam puisi ini, kita di ajarkan untuk sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada kita. Sebagaimana jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita dari kecil sehinggalah besar tidak dapat di nilai kerana terlalu besar nilainya untuk kita. Dalam puisi ini juga, dapat dilihat isi hati penulis di mana dia mengenangkan jasa dan pengorbanan ibunya yang telah melahir dan membesarkannya dengan penuh kasih saying. Seterusnya, mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini adalah kematian atau pemergian itu adalah perkara yang tidak dapat dihindari oleh setiap makhluk



hidup di dunia ini. Dalam puisi ini, kita dapat melihat bahawa kematian itu sudah pasti, dan sesiapapun akan pergi bila tiba waktunya. Hal ini dapat dilihat di mana meskipun kasih sayang penulis terhadap ibunya sangat tinggi, begitu juga dengan kerinduannya, namun dia telah menerima kenyataan bahawa ibunya telah pergi dari dunia ini. Selain itu, mesej yang ingin disampaikan juga adalah menghargai masa bersama ibu. Sebagaimana kita tahu, suatu masa nanti kita semua juga akan pergi begitu juga insan yang kita cintai. Dengan itu, kita perlulah sentiasa menghargai masa yang masih ada bersama ibu kita kerana suatu masa nanti, kematian justeru akan memisahkan kita daripada mereka. Berdasarkan puisi ini juga, kita diajar untuk meluangkan sebaik-baiknya masa bersama ibu kita dengan bahagia agar ianya dapat dikenang dengan baik setelah insan yang bergelar ibu kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Di samping itu, mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini juga adalah kerinduan terhadap insan yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Dalam puisi ini, penulis menceritakan kerinduannya terhadap ibunya yang telah pergi. Kita juga haruslah menyedari, meskipun ibu kita telah pergi dari dunia ini, kita haruslah sentiasa mengingati dan merinduinya selalu. Sebagaimana penulis menyatakan mengingat Kembali kisahnya bersama ibunya di mana dia selalu mencium dahinya sewaktu dia masih hidup dahulu. Mesej



yang



seterusnya



adalah



kita



haruslah



mencari



masa



untuk



mengunjungi makam ataupun kubur arwah orang tua kita. Dalam hal ini, sesibuk apapun kita di dunia ini, kita haruslah sentiasa mengingati dan mengunjungi makam orang tua kita meskipun dia telah lama pergi. Kita juga perlulah meluangkan waktu untuk membersihkan kubur mereka, menjaga keadaan kubur mereka dan selalu datang untuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk mereka. Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan seorang ibu itu tidak dapat dibandingkan dengan apapun perkara dan hal lain kerana ianya justeru bernilai dari semua yang kita miliki di dunia ini. Kita juga haruslah menghargai masa yang masih



ada bersama ibu kita agar kita tidak menyesalinya kelak apabila kita terpaksa berpisah dengannya.