Model Addie Dalam Proses Reka Bentuk Mod [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MODEL ADDIE



Model ADDIE adalah berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan Carry (1996) untuk merancang system pembelajaran. Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Istilah ADDIE merupakan satu akronim bagi Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (perkembangan), Implementation (pelaksanaan) dan Evaluation (penilaian).



Daripada akronim



ADDIE, dapat diketahui bahawa ADDIE menerapkan lima tahap atau unsur



bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pembentukan program pengajaran atau modul pembelajaran.



Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi



memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (Steven J. McGriff, 2000).



Analysis



Design Formative Evaluation Development



Implementation



Summative Evaluation



Gambarajah 1: Proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan teori ADDIE



Gambarajah di atas menerangkan bagaimana proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan teori ADDIE dan ianya jelas menunjukan bahawa model ADDIE merangka proses menyeluruh tentang aktiviti reka bentuk pengajaran dan ini menjadi kelebihan kepada model ADDIE berbanding model lain.



Keberkesanan model ADDIE telah terbukti dalam membangunkan modul pengajaran yang berkesan dan menarik. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan dimana sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi melengkapkan kemudahan kelas multimedia dan proses pengajaran dan pembelajaran telah berlansung menggunakan program “PowerPoint”. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006, pp. 1-11).



Fasa Analisis (Analysis) Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:



i. analisis terhadap pengguna, ii. analisis terhadap persekitaraan pembelajaran, iii. kenalpasti matlamat pengajaran.



Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu : a)



Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?



b)



Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?



c)



Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?



d)



Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?



e)



Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?



Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.



Fasa Rekabentuk (Design) Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:



i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran. ii. Pembinaan item-item untuk ujian. iii. Pemilihan strategi pengajaran.



Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.



Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.



Fasa Pembangunan (Development) Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.



Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.



Fasa Perlaksanaan (Implementation) Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.



Fasa Penilaian (Evaluation) Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.



Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.



Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mengunakan model ADDIE, di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar.



Seterusnya pelajar akan membangunkan bahan yang telah direka.



Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran



pelajar. Contohnya pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin, 2006, pp. 12-17).



Justeru, penggunaan lima proses yang dikemukakan oleh model ADDIE dalam pembangunan modul pengajaran membuktikan ianya sangat efektif dan berkesan dalam menarik minat pelajar serta memotivasikan kesungguhan pelajar dalam pelajaran yang dipelajari.



KESIMPULAN



Daripada perbincangan di atas, model ADDIE dengan fasa-fasanya yang terdiri daripada analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian merupakan model reka bentuk modul pengajaran yang terbaik yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sesebuah modul kursus pengajaran. Ini terbukti kerana fasa-fasa yang dianjurkannya adalah bersifat menyeluruh dan sistematik.



Lima fasa ini dilihat sangat relevan dalam pembangunan modul kerana ianya memudahkan proses reka bentuk, yang mana output setiap tahap menjadi input bagi tahap yang seterusnya. Justeru, dengan kupasan proses model ADDIE ni, disarankan kepada penulis-penulis modul pengajaran yang terdiri daripada segenap peringkat institusi pendidikan agar mendalami model ADDIE ini dan menggunakannya sebagai asas dalam reka bentuk modul agar hasilnya menepati objektif yang ingin dicapai dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih efektif.



RUJUKAN



Steven J. McGriff. (2000). Instructional system design : using the ADDIE model. College of Education, Penn State University.



Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich project-based learning



experiences



in



the



korean



http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06/



http://www.edup3053.aminteach.com/2016/06/21/model-addie/



classroom.



Sumber



dari