Model Konseptual Pendidikan Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) mengutamakan dan menekankan kepentingan tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan. Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Antara disiplin mata pelajaran serta program yang telah dirancang adalah seperti gambar rajah di bawah.



Dalam model konseptual pendidikan guru, terdapat tiga dimensi utama akauntabiliti guru iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang seperti berikut: DIMENSI Kendiri



Lebih



menjurus



kepada



pembinaan



daya



ketahanan,



patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah Kemasyarakatan



dan pekerti mulia. Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan



Ketuhanan



sebagai agen perubahan. Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.



Model konseptual pendidikan guru ini menggambarkan sesuatu usaha untuk membina kekuatan dan ketahanan diri seorang guru yang berasaskan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hasrat ini boleh dikecapi dengan melaksanakan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan. Kurikulum Bersepadu Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan tiga aspek. Aspek ini dapat dijelaskan berpandukan kepada jadual berikut: ASPEK Pengetahuan



Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata



Kemahiran ikhtisas



pelajaran dalam KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Kemahiran ini merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi computer dan pedagogi. Tumpuan juga diberikan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum dalam membina dan



Nilai



mengukuhkan aspek “how to”. Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilainilai murni keguruan yang



menampilkan sahsiah dan



perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.