Nota Keseluruhan Kesusasteraan Melyu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKS KESUSASTERAAN MELAYU KBSM TINGKATAN 4 dan 5



Buku Panduan Guru ini mengandungi nota-nota bagi setiap genre yang terkandung dalam teks Kesusasteraan Melayu. 1. Novel i.



Naratif Ogonshoto



2. Antologi Kubentang Sehelai Peta i. Puisi Moden ii. Cerpen iii. Drama 3. Antologi Nilai Insan i. Puisi Tradisional ii. Prosa Tradisional



Senarai Genre 1



1. Novel NaratifOgonshoto



PUISI MODEN 1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti) 2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) 3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh) 4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) 5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali) 6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) 7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) 8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman) 9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib) 10. Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) 11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) 12. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai) 13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) 14. Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S) 15. Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) 16. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) 17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra) 18. Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) 19. Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) 20. Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) 21. Ranting (Hilmi Rindu) 22. Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly) 23. Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman) 24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat) 25. Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.) 26. Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri) CERPEN 1. OOOOOOOOOOO (Shahnon Ahmad) 2. Rindu Seorang Rafiq (Nisah Hj. Haron) 3. Res Judicata (Aidil Khalid) 4. Namun Itulah Hakikatnya (Nazel Hashim Mohamad) 5. Air Mata Dalang (Rahimidin Zahari) 6. Profesor Sufi (A.Rahmad) 7. Gulai Sembilang untuk Abah (Fauziah Mohd. Ismail) 8. Kami Akan Mati, Lin (Serojatheavy Balakrishnan) 9. Perspektif (NF Abdul Manaf) 10. Bukit Emas (Mufidah Hanum Yusuf) DRAMA 2



1. Anna (Kemala) 2. Mat Piah dan Mr. Blackway (Mahizan Husain) PUISI TRADISIONAL 1. Pantun Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat) 2. Pantun Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) 3. Nilai Insan )Pantun Enam Kerat) 4. Seloka Boros dan Jimat 5. Seloka Kehilangan Adat Melayu 6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri 7. Gurindam 12 (Fasal 2 dan 5) 8. Gurindam Beberapa Petua Hidup 9. Syair Seratus Siti 10. Syair Bidasari PROSA TRADISONAL 1. Raden Puspa Kencana 2. Hang Tuah di Utus ke Siam 3. Hikayat Parang Puting



PENDAHULUAN Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sekolah menengah diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah memantapkan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Buku Panduan Guru Kesusasteraan Mealyu disediakan sebagai bahan rujukan untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku ini mengandungi nota-nota bagi setiap genre sastera yang terkandung dalam teks baru Kesusasteraan Melayu yang akan diguna pakai bermula tahun 2015. Teks Kesusasteraan Melayu yang baru ini adalah untuk menggantikan teks yang telah digunakan di sekolah sejak tahun 2010 hingga 2014. Bermula pada tahun 2015 jumlah genre dalam teks Kesusasteraan Melayu telah dikurangkan daripada 106 genre kepada 3



52 genre sahaja. dengan



Genre yang terpilih terdiri daripada pelbagai tema yang selaras



perkembangan



pendidikan



masyarakat



global.



Jumlah



genre



yang



berkurangan ini diharapkan akan dapat menarik lebih banyak murid yang akan mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan Buku Panduan Guru ini. Buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak kementerian.



KESUSASTERAAN MELAYU (KM) MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN 5 Kesusasteraan adalah karya kreatif yang merupakan salah satu dokumentasi bangsa dan negara yang penting. KM yang menjadi perantara dalam pembinaan negara bangsa Melayu umumnya dan bangsa Malaysia khasnya mempunyai peranan yang amat penting dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia. Dalam sistem pendidikan negara sekarang, karya sastera diajar dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif untuk murid Tingkatan 4 dan 5. Kesusasteraan Melayu diperuntukkan 3 waktu seminggu (3 waktu x 40 minit = 120 minit seminggu) Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat dua dokumen rasmi bagi mata pelajaran ini, iaitu Sukatan Pelajaran (SP) Kesusasteraan Melayu 2003 dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kesusasteraan Melayu 2003 edisi semakan.



KURIKULUM KESUSASTERAAN MELAYU 4



a. Sukatan Pelajaran (SP) Kesusasteraan Melayu 2003 Pendidikan Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya sastera Melayu. SP yang digubal ini dijadikan landasan ke arah melahirkan ‘Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam Kerjaya’ untuk melatih murid dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti kewartawanan, penyiaran, dan pengkaryaan seni. Sukatan ini juga memasukkan elemen baharu dalam pengisian kurikulum iaitu ilmu, peraturan sosio budaya, nilai kemanusiaan, kewarganegaraan, dan kemahiran bernilai tambah. Dalam mata pelajaran ini, murid akan mengkaji karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan melalui genre novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan puisi tradisonal. Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu adalah “untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat”. (Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, 2003). Untuk mencapat matlamat ini, objektif berikut perlu dicapai oleh murid iaitu: i. ii. iii. iv. v.



memahami isi dan menganalisis aspek sastera; mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera; menghayati dan menghargai estetik bahasa; menghargai penulis dan karya yang dihasilkan; memberikan pandangan, nilai karya sastera secara kritis, dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat



vi.



cinta akan negara; menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan



vii.



kebolehan murid; dan memupuk budaya membaca



untuk



memperkembang



mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.



5



dan



Kandungan Kurikulum Kesusasteraan Melayu ini diorganisasikan dalam tiga bahagian iaitu aspek sastera, hasil pembelajaran dan pengisian kurikulum. Rujuk Lampiran 1 untuk melihat organisasi kandungan dalam Sukatan Pelajaran. Bagi menyokong kandungan kurikulum, sekolah dibekalkan teks yang terdiri daripada genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional untuk kajian murid (Rujuk Lampiran 2).



b. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kesusasteraan Melayu 2003 HSP



merupakan



dokumen



iringan



yang



memperincikan



SP.



HSP



menggariskan tiga perkara penting iaitu Hasil Pembelajaran yang terdiri daripada Hasil Pembelajaran Khusus dan Hasil Pembelajaran Utama, Huraian Hasil Pembelajaran merupakan pernyataan aras pembelajaran bagi aspek sastera



yang



dicapai



aktiviti/teknik/sumber/nota



melalui



kemahiran



berbahasa



yang



merupakan



maklumat



dan



cadangan



tambahan



yang



dicadangkan untuk membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rujuk Lampiran 2 untuk penjelasan lanjut. HSP turut memberikan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik, kepelbagaian sumber dan pembacaan luas (Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2003).



6



7



NOVEL



NOVEL NARATIF OGONSHOTO 8



(Anwar Ridhwan) SINOPSIS Prolog: Kawai Maru Watak tidak bernama (kami) telah bekerja dengan Tuan Kawai sebagai kelasi di kapal yang bernama Kawai Maru. Kapal Kawai Maru merupakan sebuah kapal lengkap milik Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Kini dia sudah menjadi kaya raya. Tuan Kawai seorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang dunia laut dan isinya. Dia selalu meluahkan rasa malunya kerana Jepun harus mengimport ikan dari Amerika, China, Thailand, Rusia dan malah sejauh dari India dan Chile. Baginya, Kawai Maru adalah sebahagian daripada jawapan. Lebih daripada tiga juta tan ikan laut dalam didaratkan di Jepun setiap tahun. Kawai Maru mesti merebut sebahagian besar rezeki. Melalui sistem telekomunikasi dan pasaran yang canggih, Kawai Maru dikunjungi kapal-kapal yang lebih kecil setiap minggu. Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru dijual terus di perairan antarabangsa. Ikan merah dan tuna menarik perhatian ramai dan terdapat di perairan Ogonshoto. Watak tidak bernama (kami) berasa harian apabila Kawai Maru mendarat di Ogonshoto yang merupakan kepulauan yang dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun. Di perairan Ogonshoto, kerap berlaku gelombang besar walau bagaimanapun Tuan Kawai tidak serik ke situ kerana Ogonshoto merupakan lubuk ikan luar biasa banyaknya di Pasifik. Dengan itu kami telah berkali-kali ke Ogonshoto dan mendarat sambil mendapatkan hiburan panas di hotel-hotel Tatanamu. Kami bukan sahaja bergaul dengan rakyatnya malah berkongsi cerita-cerita lain selain daripada cerita kehidupan laut. Setiap kali tidur kami teringat kisah yang telah dikutip berkali-kali dan disusun sehingga lengkap cerita tersebut sehingga menjadi lebih jelas selepas peristiwa Tsunami yang dahsyat.



Di



pulau asing itulah kami bertemu dengan nakhoda dan para pengikutnya dari Ogonshoto yang mencari daratan baru. Semua kisah ini dibawa oleh ‘kami’ sepanjang pelayaran dengan Kawai Maru.



Bab 1 - Kolonial 9



Kisah pertama bermula dengan cerita presiden. Pesiden berasal daripada keluarga miskin, dikatakan anak haram ketika berusia tujuh tahun. Dia tertarik dengan kapal besar yang dimiliki oleh orang Eropah dan belayar mengikuti kapal milik nakhoda Eropah. Presiden merupakan anak kecil Malagana (ibu negeri Ogonshoto) yang pintar menjadi anak angkat kepada nakhoda kapal tersebut. Dia diberi pendidikan sehingga ke universiti. Setelah lebih dua puluh tahun di tanah Eropah, dia menghabiskan masa bersama-sama rakannya dalam sebuah kapal dan mereka telah karam hingga sampai ke persisiran negaranya dan dengan pertolongan orang ramai dia telah berjumpa dengan ibunya . Dia mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Eropah dan menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto yang didokong pihak polis, tentera dan karyawan umum. Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik sebagai timbalan presiden. Enam bulan selepas perlantikan itu, presiden mati dalam tidurnya dan kemudiannya dia ditabalkan sebagai presiden baru. Presiden baru agak tegas dalam pentadbirannya. Baginya setiap tentangan mesti dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara sekalipun. Ancaman pertama presiden ialah mahasiswa. Tindakan segera diambil konsep asrama universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif segera, dihapuskan serta-merta. Orang-orang presiden semakin mengerti akan falsafah serta pemikiran presiden yang terdidik di sebuah negara demokrasi sekali gus negara kapitalis Eropah. Oleh sebab itulah Presiden diberi gelaran yang tidak baik “Belut Selat Morauka” kerana tubuhnya yang licin dan licik. “Dewa Badak” kerana tidak pernah berasa kenyang, “Monyet Hitam” kerana perangainya yang kejam, dan “ Kolonial” kerana berlagak sebagai seorang pegawai colonial.



Bab 2 - Jeneral 10



Jeneral baru bersara daripada angkatan bersenjata. Kisah pertempuran dan kejayaan di beberapa Pulau Pasifik ketika perang dahulu, masih diingat oleh penduduk Ogonshoto terutama generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Dia memilih untuk tinggal di Ture selepas bersara. Peristiwa beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama kalinya di laut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun dianggap petanda baik untuk dia dan isterinya tinggal di Ture. Konflik berlaku di Ture



antara jeneral dan



pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncak wakil telah mengatur



jeneral dan pegawai kanan yang mengakibatkan pembunuhan pegawai



kanan. Kes pembunuhan terbongkar kerana pengintipan dilakukan oleh Presiden Ogonshoto sendiri. Bab 3 - Penyamaran Kisah ini berkisar kepada penyamaran orang tua untuk melihat reaksi penduduk Tubua terhadap pembangunan seperti sebuah kompleks hiburan dan perjudian yang akan dibuat di kawasan tersebut. Sebahagian penduduk menentang keras. Orang-orang presiden telah mendapat restu presiden, merancang untuk membangunkan pedalaman Tubua dari pertemuan tiga sungai di daratan Tubua sampailah ke kaki gunung berapi Gora-gora. Untuk membina jalan, bukit harus ditarah dan pokok-pokok hutan ditebang. Sekumpulan penduduk di pedalaman memprotes cadangan orang-orang presiden. Orang presiden tidak menyampaikan khabar yang tidak baik kepada presiden. Bab 4 - Aisberg “Aisberg” sangat penting untuk membantu penduduk pada musim kemarau untuk meneruskan kelangsungan hidup. Proses penarikan aisberg mula dilakukan oleh tujuh buah kapal. Aisberg yang pertama berjaya dikeluarkan namun aisberg yang kedua menguji kesabaran kerana agak sukar untuk dikeluarkan. Dengan bantuan pakar dan pekerja akhirnya berjaya dikeluarkan. Namun aisberg tidak sampai ke destinasinya. Ekoran itu seorang lelaki tua di Kampung Runakita telah berjaya menggali sebuah perigi yang cukup dalam dan menemui mata air yang membekalkan air yang mencukupi untuk kegunaannya pada musim kemarau. Bab 5 - Mainan 11



Bab ini berkisar kepada anak angkat presiden yang suka membidik tupai kerawak jantan. Pemuda ini kemudian ditembak oleh presiden. Manakala tentera presiden juga telah memotong lidah pemuda itu sekerat dan kedua-dua pergelangan tangannya dikerat. Dalam kesakitan pemuda tersebut mencari bantuan. Akhirnya dia dibantu oleh resi yang bertapa di hutan itu. Bab 6 - Pentafsir Bab ini mengisahkan pentafsiran arahan presiden yang melibatkan seorang pentafsir tua, seorang resi muda, dan seorang pegawai presiden. Pentafsiran yang dianggap salah oleh presiden, menimbulkan kemarahannya. Pentafsir dari Tatamanu akhirnya meninggal dunia, sepasang matanya tetap terbuka memandang ke arah laut. Dia salah mentafsir ayat si pentafsir tua bahawa tua akan tiba dari laut menuju ke pantai. Bab 7- Jari Seorang guru yang mempertaruh nasib dirinya kerana cuba mengkritik pemerintah. Dia berjanji akan memotong jari manisnya sekiranya makalah kritikannya terhadap pemerintah diterbitkan dan tidak mendatangkan masalah kepada diri dan keluarganya. Ternyata pada peringkat awal tidak ada apa-apa yang berlaku, lantas dipotong jarinya itu namun selepas sekian lama, dia dan keluarganya menerima hukuman. Dia harus keluar dari Tatamanu dan saudaranya diturunkan pangkat dan harus berpindah. Guru itu juga telah mempertaruhkan nasibnya buat kali kedua. Tiga syarikat dari Turki, Jepun dan Jerman dikatakan akan ke pedalaman Kuri untuk menutuh hutan untuk dijadikan padang golf. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di situ dan guru itu juga kerana kesannya mengakibatkan



tiada kawasan tadahan hujan. Penduduk akan



menghadapi masalah sekiranya musim kemarau melanda. Guru itu yakin bahawa projek itu akan dibatalkan dan pedalaman Kuri tidak akan menjadi padang golf kerana risiko besar terpaksa ditanggung oleh penduduk sekiranya projek itu diteruskan. Namun keputusan presiden di luar jangkaan. Padang golf bertaraf antarabangsa tetap didirikan di kawasan tersebut. Guru itu sekali lagi menunaikan janjinya.



12



Kesimpulannya



cerita



ini



berkisarkan



kepada



kelakuan



seorang



guru



yang



mempertaruhkan jarinya ketika dia sangsi sama ada keinginannya akan tercapai atau tidak. Hal inilah yang mengorbankan jari-jarinya. Bab 8 - Kamera Bab ini mengisahkan seorang pemuda yang terpilih ke Tokyo mewakili Ogonshoto di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Beliau berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah. Dia tidak sangka dirinya terpilih kerana tiga sebab, ada beberapa orang penyelidik muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita, kota pembangkang dan lebih buruk lagi abang tuanya dahulu merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang menghilangkan diri sampai sekarang. Justeru, pemilihannya sangat memeranjatkan. Dalam tempoh empat bulan di Tokyo yang sekarang seolaholah dua minggu sudah berakhir. Wang baki elaun pemerintah yang telah diberikan padanya sangat lumayan dan dia telah ke Bandar Elektrik Akihabara untuk membeli beberapa barangan untuk kamera eksperimental itu, sebuah kamera hitam, perakam suara saiz mini, dan beberapa barang lagi. Setelah sampai di Tatamanu dia telah membeli akhbar untuk mengetahui berita semasa di tanah airnya. Sedang dia membelek-belek akhbar matanya terpandang satu iklan yang aneh. Iklan itu memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan tentera, juga permohonan maafnya yang sangat umum dengan meminta maaf kepada semua rakyat sepanjang perkhidmatannya sebagai Angkatan Bersenjata Republik Ogonshoto. Menurut pemandu teksi, komandan itu telah sakit teruk dan meracau, anak-anaknya pula tidak seorang pun mahu menjaganya. Hanya isterinya yang tua dan lumpuh menjaganya. Pemuda itu telah segera ke rumah komandan itu dan mendengar perbualan komandan bersamasama seorang lelaki yang tegap. Menurut komandan tersebut dia sangat menyesali segala dosa-dosa lampaunya dan telah membunuh orang atas arahan Presiden. Komadan tersebut akhirnya dihantar ke hospital tentera bagi mengelakkan segala rahsia antara dia dan presiden dibocorkan. Melalui kamera pemuda tersebut, dia dapat melihat bagaimana abang tuanya telah dibunuh oleh komandan tersebut. Kameranya 13



merupakan satu teknologi yang membolehkan kita memanggil semula peristiwa masa lampau dengan merakamkan visual serta suaranya. Pergerakan serta perbuatan manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi.



Melalui kamera



eksperimental itu, pemuda tersebut ingin membawa berita kematian abangnya ke muka pengadilan. Belum pun sempat pemuda itu ingin mengambil salinan laporannya, dia akhirnya ditahan oleh seorang tentera dan terus menggarinya kerana didakwa menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto. Komandan juga telah mati setelah melihat gambar-gambar yang dihantar oleh pemuda tersebut. Pemuda itu dilepaskan namun kematian abangnya belum mendapat pengadilan.



Bab 9 - Bahtera Mengisahkan seorang nakhoda di Ogonshoto membina sebuah bahtera besar yang akan digunakan untuk menyelamatkan penduduk Ogonshoto kerana telah diramal bahawa kawasan tersebut akan menghadapi bencana alam. Lelaki berumur akhir lima puluhan dan merupakan bakal nakhoda bahtera itu berdiri dan membiarkan angin agak kencang memukulnya hingga baju longgarnya yang berwarna jingga berkibar bagai gada-gada. Ketika dia sedang melihat laut tiba-tiba dia ternampak seekor penyu gergasi. Kejadian itu diceritakan kepada sekumpulan lelaki di warung, tetapi mereka tidak mempercayainya malahan mengejeknya. Menurut seorang lelaki dia tidak percaya mengenai berita itu namun pernah mendengar berita bahawa hanya penyu raksasa dapat merasakan gelisah perut bumi yang akan menggegar jadi gempa. Nahkoda merancang membina bahtera di atas bantuan orang ramai, bahtera siap mengikut perancangan. Jadi, penyu raksasa itu beredar jauh dan dalam tidak diketahui arah tujuannya. Angin kencang mula melanda, penduduk Ogonshoto mula mendaftar diri sebelum dibenarkan menaiki bahtera. Penduduk yang dahulunya sering mengejeknya kerana membina bahtera dan ceritanya tentang penyu gergasi telah mula mempercayainya. Dia semakin ramai pengikut, namun dia ditentang oleh anak lelakinya dan tidak mempercayai bahawa akan berlaku gempa yang besar. Kerja-kerja pembinaan bahtera giat dilakukan walaupun ditentang oleh anaknya sendiri. Anak lelaki nakhoda akhirnya berjaya dipujuk dan bersama-sama menaiki bahtera itu. Gelombang 14



besar akhirnya melanda namun mereka semua selamat di dalam bahtera sehingga berjumpa daratan.



Epilog Apabila kapal Kawai Maru berlabuh di perairan pulau kami bertemu dengan bahtera dari Ogonshoto. Nahkoda dan penumpang bercerita peristiwa Tsunami dan kisah-kisah itulah kami bawa sebagai naratif yang disampaikan dari bibir ke bibir. Peristiwa itu telah berlaku berpuluh-puluh tahun sehingga aku sendiri telah berusia 80 tahun dan telah meninggalkan Kawai Maru. Aku menghabiskan sisa-sisa hidupku di rumah orang-orang tua daerah Kita Tokyo. Aku masih mengingati kampung halamanku di Malaya.



TEMA Tema merupakan persoalan utama yang diungkapkan dalam sesebuah karya sama ada secara langsung ataupun tidak. Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan bertemakan kemasyarakatan seperti kepincangan dalam kepimpinan dari segi kehidupan sosial, ekonomi dan politik serta pembangunan terhadap kepulauan Ogonshoto yang diterajui oleh Presiden.



PERSOALAN Persoalan merupakan perkara sampingan yang mempunyai hubungannya dengan tema. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Antaranya adalah: Keruntuhan Moral dalam Penggunaan Kekuasaan Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Nilai-nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi. Contohnya dalam bab “Mainan”.



Presiden sanggup menembak anak angkatnya.



Tentera Presiden pula memotong lidah dan kedua-dua pergelangan tangan anak angkat Presiden. Dalam bab “Jeneral”. Konflik berlaku di Ture,



iaitu antara jeneral dan



pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncaknya jeneral 15



telah membunuh pegawai kanan. Kes pembunuhan terbongkar kerana pengintipan dilakukan oleh Presiden Ogonshoto sendiri. Kepercayaan Terhadap Semangat Spritual Dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan dapat dikesan masyarakat yang masih lagi mengekalkan budaya lama seperti acara memuja ‘semangat rumah’. Hal ini dapat dilihat dalam petikan seperti berikut: Pada hari dia mula-mula menduduki rumah kecilnya di Ture, dalam



acara



memuja



‘semangat



rumah’,



dia



turut



mengundang beberapa orang kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan akhbar dan televisyen, selain beberapa penduduk di Ture yang dipilihnya. (hal: 25) Kemajuan Teknologi dalam Industri Pembuatan Kemajuan dari aspek teknologi dapat dikesan dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar



Ridhwan.



Contohnya



Kapal



Kawai



Maru



dilengkapi



dengan



sistem



telekomunikasi dan pasaran yang canggih. Lantaran itu, Kawai Maru dikunjungi kapalkapal yang lebih kecil setiap minggu. Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru dijual terus di perairan antarabangsa. Selain itu, Kawai Maru mempunyai komputer yang menyambung pandangan mata satelit. Isyarat mata satelit itulah yang dapat mengesan ikan-ikan di perairan tertentu. Selain itu dapat dikesan dalam bab “Kamera”. Seorang pemuda yang mengikuti program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, bukan sahaja telah berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah.



Pemikiran Kritis Menghasilkan Sesuatu Inovasi



16



Melalui program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, seorang pemuda berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah. Dalam satu peristiwa yang lain dapat dilihat ‘ciptaan yang hidup’. Seorang resi muda berjaya mencipta ikan-ikan daripada tanah liat yang bewarna-warni. Ikan-ikan tersebut kelihatan realistik. Pembangunan yang Mengorbankan Alam Sekitar Pembangunan akan dilaksanakan jika memberi keuntungan kepada negara tanpa mengambil kira implikasi daripada pembangunan tersebut. Contohnya dapat dikesan dalam bab “jari”. Pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa dijangka memberi keuntungan kepada negara. Projek ini diluluskan oleh presiden walaupun memberi kesan kepada kawasan tadahan hujan. Kebebasan Media dalam Kalangan Masyarakat Pihak pemerintah masih mengawal kebebasan media. Hukuman dikenakan kepada sesiapa sahaja yang berani mencabar kepimpinan sebuah negara. Contohnya dalam bab “Jari”. Bukan sahaja guru itu terpaksa bertukar tempat kerja malah saudarasaudaranya juga. Ada yang ditukarkan tempat kerja dan ada juga yang diturunkan jawatan. Hal ini berlaku kerana guru itu menghantar kepada akhbar makalah kritikan kepada pemerintah. Penyelewengan dalam Kepimpinan i.



Tidak mendekati jiwa rakyat



Dalam novel Naratif Ogonshoto dapat dikesan ciri-ciri pemimpin yang tidak mendekati jiwa rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui pengakuan Presiden sendiri seperti: Di lapangan terbang, Presiden dari Afrika itu sebelum berlepas pulang sempat berkata, “Saya kagum bahawa Bapak Presiden amat dihormati oleh anggota Dewan Kepresidenan dan rakyat Ogonshoto.” Menentang mata rakan sejawatannya, Presiden membalas dengan ungkapan yang pernah dilontarkan Caligula. “Mereka tidak menghormati saya. Mereka takut kepada saya.” 17



ii.



Menggunakan kuasa secara mutlak Anwar Ridhwan juga memaparkan sifat pemimpin yang menggunakan kuasa secara mutlak. Presiden Ogonshoto akan melakukan apa sahaja kepada sesiapa yang menentang pentadbirannya. Ini dapat dilihat dalam petikan seperti berikut: … setiap penentangan, seperti kuman yang berbahaya, mesti dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara sekalipun Presiden merealisasikan kata-katanya. Kuman pertama Presiden ialah golongan mahasiswa. Tindakan serta-merta diambil seperti berikut: Presiden serta seluruh anggota Dewan Kepresidenan mempersiap dan memperkuat mekanisme pertahanan tubuh, dengan proten-proten antibodi, yang sel-sel putihnya bersiaga melawan antigen mahasiswa. Konsep asrama universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif segera dihapuskan serta merta. Berbondong-bondonglah para mahasiswa mencari rumah-rumah sewaan di luar kampus. Sebarang bentuk bantahan bukan sahaja tidak akan dilayan, malah pembantah akan dihukum di bawah suatu regulasi baru yang memberikan penekanan bahawa tugas mahasiswa yang utama adalah mengikuti kuliah dan menelaah di perpustakaan.



Kemiskinan Mengakibatkan Keciciran Kemiskinan



merupakan



salah



satu



faktor



kanak-kanak



di



Ogonshoto



tidak



berpendidikan tinggi. Ini dapat dilihat dalam petikan seperti: “… Akan rugilah Ogonshoto kelak apabila anak kecil Malagana yang pintar itu terbiar tanpa pendidikan tinggi”. “Di dunia ketiga yang tradisional lagi miskin, menurut catatan biografi itu, ibu tidak mahu berpisah dengan anak yang kelak boleh menolongnya secara fizikal ketika usia tua; biarpun si anak tidak bersekolah dan bodoh”. Kasih Sayang terhadap Ibu Dalam novel Naratif Ogonshoto digambarkan hubungan kekeluargaan yang positif. Seorang anak yang tetap menyayangi dan menghormati ibunya yang miskin walaupun 18



dia sudah berjaya dan dihormati oleh masyarakat. Ini membuktikan dia masih lagi tahu asal usulnya dan tidak lupa diri. Hal ini dapat dilihat seperti dalam petikan di bawah: … Dia lelaki yang sempurna, yang sedari kecil kecil kepintarannya telah dikesan seorang nakhoda Eropah. Di tanah asing itu dia menjadi kesayangan keluarga nakhoda, dikagumi dan dihormati oleh rakan siswa dan gurunya. Kajian-kajiannya yang memihak pada keselamatan awam dan demokrasi mendapat sanjungan pensyarah dan profesornya. Apa lagi? Dia pulang sebagai lelaki gagah, berhadapan dengan seorang perempuan tua yang agak hodoh berkeriputan, hatta tetap dipeluk lututnya demi rasa hormat seorang anak yang tahu asal-usulnya.



19



PUISI MODEN



Virus dari Langit Global (Nur Suhada Sayuti) Maksud Rangkap 1



20



Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi darah daging generasi muda. Rangkap 2 Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif. Rangkap 3 Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan harapan kepada generasi muda semakin musnah. Tema Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden. Persoalan 1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh budaya yang mementingkan keseronokan. 2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar.. 3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah mempengaruhi generasi muda masa kini. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) Maksud Rangkap 1



21



Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan sawah padi. Rangkap 2 Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan sawah sedaya upaya. Rangkap 3 Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi. Rangkap 4 Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu, walaupun sukar. Rangkap 5 Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya. Rangkap 6 Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rangkap 7 Sawahnya yang selama



ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah



dibangunkan dengan perubahan pemodenan. Tema Tema



sajak



ini



ialah



kemasyarakatan.Pembangunan



melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi. Persoalan 22



yang



dijalankan



telah



1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan sawahnya. 2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk pembangunan.



3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.



Selamat Tinggal Eropah II (Muhammad Haji Salleh) Maksud Rangkap 1 Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh 23



mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan. Rangkap 2 Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi. Rangkap 3 Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini. Rangkap 4 Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila. Tema Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai. Persoalan 1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh: aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah yang kaukuasai dengan darah dan helah 2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat Contoh: sekarang kau harus berkata 3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa 24



Contoh:



pembakaran rumah Turki di Jerman



4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan Contoh: di mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa



Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan. Rangkap 2 Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa. 25



Rangkap 3 Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana. Rangkap 4 Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah. Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan negara bangsa.



Tema Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.



Persoalan 1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan pelbagai bangsa dan budaya. 2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban bangsa. 3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan terus berkembang



menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh



cendekiawan yang bijaksana. 4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.



26



Citra Pelangi 1 Malaysia (A.Halim Ali) Maksud Rangkap 1 Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa hadapan. Rangkap 2 Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa. Rangkap 3 Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta. 27



Tema Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersamasama memajukan dan membangunkan negara.



Persoalan 1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan. 2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi untuk saling mengenal dan memahami. 3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara melalui satu bahasa. 4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa. 5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta. 6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di bawah satu negara. 7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam menangani sesuatu perkara. 8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan negara.



28



Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) Maksud Rangkap 1 Penyair



mencabar



sesiapa



sahaja



yang



berani



mencemarkan/menimbulkan



ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini. Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai lagi sejahtera. Rangkap 2 Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan yang silih berganti



(Portugis, British, Jepun, Komunis…)



Walaupun zaman telah



berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku. Rangkap 3 Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih sayang yang suci dan murni. Tema Bertemakan



semangat



patriotik



dan



sentiasa



bersemangat



mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta. 29



dan



bersedia



Persoalan 1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. mereka



yang



menimbulkan



ketegangan



dan



konflik



Menentang



dalam



negara



melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa. Contoh : - Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini Contoh :-



Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini



2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa menentang penjajah yang datang silihberganti.



Kini negara berada dalam



keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah Contoh : sejarah pertiwi masih cermat tersimpan dalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajah berganti silih mencakar sukma ibunda hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya. 3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang kepada ketidakharmonian negara bangsa. Contoh:siapakah berani merobek angin musim sentosa sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai desa dengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian 4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita yang menjadi dalang di tanah air sendiri. Contoh:degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi 30



membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan. 5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa. Contoh:degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan



Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) Maksud Rangkap 1 Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati 31



Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang tua yang hampir meninggal dunia. Rangkap 2 Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut. Rangkap 3 Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya. Rangkap 4 Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah. Rangkap 5 Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya. Rangkap 6 Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah bersedia untuk kembali kepada Penciptanya) Tema Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian. Persoalan



32



1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju akhirat. 2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia. 3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan menempuhi kematian.



Sekeping Kartu Kecil (Mohd. Aidid Abd Rahman) Maksud Rangkap 1



33



Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama berpisah. Rangkap 2 Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya. Rangkap 3 Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada masa lampau. Rangkap 4 Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai sahabat. Tema Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat. Persoalan 1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan. Contoh: ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin 2. Kasih sayang dalam keluarga Contoh: dan tiga orang anak tercinta 3. Melayan tetamu dengan baik Contoh: sambutlah sebagaimana kebiasaan engkau menyambut tetamu



34



Kubentang Sehelai Peta (T. Alias Taib) Maksud Rangkap 1 Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun. Rangkap 2 Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing. 35



Rangkap 3 Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah. Rangkap 4 Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai impiannya sebagai penulis/karyawan. Rangkap 5 Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta peranannya dalam masyarakat. Rangkap 6 Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan budaya nenek moyang.



Tema Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi kehidupan. Persoalan 1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan 2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran Contoh:



menajamkan kalam dan berkaki ayam menyusur denai basah ke sekolah



3. Kegigihan mencapai cita-cita 36



Contoh:



antara bakat menulis puisi dengan mengasah perasaan



4. Mengenal diri sendiri Contoh:



Di atas rakit ini kukayuh usiaku Mudik ke hulu hari mencari diri



Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) Maksud Rangkap 1 Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar pada wajah penyajak Rangkap 2 Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati. Rangkap 3 37



Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.



Tema Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi. Persoalan 1. Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut. 2. Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya dan sentiasa terkenangkan ibunya. 3. Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan penyajak. Kata Bukit Kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) Maksud Rangkap 1 Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan. Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.



Rangkap 2 Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang. Rangkap 3 38



Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh. Rangkap 4 Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.



Tema Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia. Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.



Persoalan 1. Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam. 2. Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak. 3. Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.



39



Lidah Anakku Berbelang-Belang (Abizai) Maksud Rangkap 1 Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri. Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan sebelum masa terlambat. Tema Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda. Persoalan 40



1.



Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding bahasa ibunda. Contoh :



hasil didikan serampang bermata dua keliru menilai martabat bahasa ibunda



2.



Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri Contoh: memuja kuntuman tulip di taman seberang melupakan haruman melur di laman belakang



3.



Amalan budi bahasa yang semakin terhakis Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi terasa ditawan terik mentari langit terbuka



4.



Seruan kembali ke pangkal jalan Contoh:



segeralah pulang sebelum menghilang setia menghadam kulit dan isi warisan



41



Ingatan Kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) Maksud Rangkap 1 Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga. Rangkap 2 Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan oleh Tuhan dalam kehidupan. Rangkap 3 Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini. Rangkap 4



42



Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin ada yang menghadapi pelbagai masalah. Rangkap 5 Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.



Tema Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup berkongsi masalah bersama-sama. Persoalan 1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya. 2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang tersembunyi di sebaliknya.



3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk mengkhianati sahabat atau kawan.



43



Jalur yang Tidak Pernah Padam (Jasni Matlani) Maksud Rangkap 1 Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram. Rangkap 2 Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim kemarau. Rangkap 3 Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun telah sampai ke penghujung petang.



Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu



sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata.



Tema Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada penghujung.



44



Persoalan 1. Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan. 2. Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari sangat rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun jasadnya sudah tidak kelihatan lagi. 3. Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.



Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) Maksud 45



Rangkap 1 Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang kemusnahan alam akibat proses pembangunan. Rangkap 2 Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi pembangunan.



Rangkap 3 Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.



Tema Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.



Persoalan 1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan. 2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar. 3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang bersifat negatif. 4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) Maksud 46



Rangkap 1 Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang nanti. Rangkap 2 Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama. Rangkap 3 Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Dia dengan penuh hemah meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi. Rangkap 4 Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya) memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia. Rangkap 5 Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya. Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi dunia.



Rangkap 6 Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua 47



kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda. (menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia) Tema Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi. Persoalan 1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda dalam mencorak wawasan negara. 2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam. 3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam mempertahankan kelestarian budaya bangsa. 4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan kelestarian budaya warisan. 5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/ perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut. 6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi. 7. Mengotakan apa yang dikata. 8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat 9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang, mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB. Rendra) Maksud 48



Rangkap 1 Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam



kehidupan.



Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia. Rangkap 2 Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini, walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan. Rangkap 3 Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua ini



memerlukan



kesabaran. Akhirnya,



kesabaran



itu



akan



membina



sebuah



kebahagiaan. Tema Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan perlu disemai dengan kesetiaan. Persoalan 1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan. Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia 2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian. sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa 3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) Maksud 49



Rangkap 1 Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang difikirkannya. Rangkap 2 Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut. Rangkap 3 Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba menggugat dirinya. Rangkap 4 Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding ancaman daripada orang lain. Rangkap 5 Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan begitu sahaja. Rangkap 6 Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura. Rangkap 7 Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya. Rangkap 8 Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin. Rangkap 9 Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya. 50



Tema Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak hatinya. Persoalan 1. Jati diri seorang pemimpin.



Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun



menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya. Contoh:



Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya



2. Tabah dalam menghadapi dugaan.



Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai



dugaan yang mendatang. Contoh:



Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk Sang Pelita berdiam diri sahaja Tidak peduli sekuat-kuat mana Bayangnya menjerit-jerit cemas



3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab.



Pemimpin sedar dan berasa



insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Contoh:



“Aku ngeri pada maut, Lebih daripada jeritan mu”



4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya. Contoh:



Hanya sekali, ia pernah menjawab: “Aku tidak berani berjanji apa-apa.” 51



5. Pengorbanan seorang pemimpin.



Pemimpin terpaksa berkorban demi



kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya. Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak sayap Meniru orang tua terbongkok-bongkok Merungut atau berdekah-dekah Menjelma atau menyelinap sementara 6. Kebebasan bersuara.



Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi



pandangan terhadap pemimpin mereka. Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya



Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) Maksud Rangkap 1 Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan. Rangkap 2 Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan. 52



Rangkap 3 Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya. Rangkap 4 Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya. Rangkap 5 Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu dimakbulkan. Tema Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam mengubah kehidupan.



Keyakinan dalam



doa dan bertawakal kepada Tuhan agar



segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita. Persoalan 1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik (sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Contoh:Kupahat cengal menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma 2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya. Contoh :Kupahat cengal menjadi perahu 53



dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma 3. Pengetahuan dan persediaan



yang



mantap mengenai keadaan persekitaran



yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya. Contoh :mengharung samudera melawan ombak dan pantai 4. Mengetahui keupayaan diri



dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan



persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan. Contoh :Perahuku kecil, lautnya ganas. 5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan dan mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam kehidupan. Contoh :Tenanglah laut, kuala dan muara. Ombak jangan gila melanda Tiuplah bayu pada layarku laju Dayung jangan patah. Layar jangan rekah Tiang jangan rebah 6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam merealisasikan cita-cita. Contoh :Tuhan, Aku hanya mahu ke seberang



54



Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) Maksud Rangkap 1 Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh bertukar bergelombang jika perasaannya terusik. Rangkap 2 Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut menyimpan dendam. Rangkap 3 Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia dan penuh misteri. Rangkap 4 Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan kadangkala menjadi pendiam. Rangkap 5



55



Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional.



Mempunyai kesungguhan dalam



menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi yang mulia. Rangkap 6 Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa untuk seluruh umat manusia



Tema Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha pencipta untuk seluruh umat manusia. Persoalan 1. Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah. 2. Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu keistimewaan yang dimiliki oleh wanita. 3. Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.



56



Ranting (Hilmi Rindu) Maksud Rangkap 1 Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh peranan individu atau organisasi. Rangkap 2 Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan sumbangan individu atau organisasi tertentu yang



banyak membantu tanpa



mengharapkan balasan. Rangkap 3 Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu yang membantu. Rangkap 4 Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap yang



disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan



perhargaan orang lain 57



Rangkap 5 Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selamalamanya.



Tema Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang lain. Persoalan 1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas sumbangan orang lain atau pihak tertentu. 2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.



3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.



58



Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda (Shapiai Muhammad Ramly) Maksud Rangkap 1 Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir. Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab. Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.



Rangkap 2 Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.



Rangkap 3 Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan keindahan alam semula jadi.



Rangkap 4 Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar disekeliling begitu mesra dengannya. 59



Rangkap 5 Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula jadi yang terdapat di gunung legenda ini.



Tema Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.



Persoalan 1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan. 2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat. 3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada orang ramai. 4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada masyarakat.



60



Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd Razak@Rezeki Othman) Maksud Rangkap 1 Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan masa. Rangkap 2 Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya tidak lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian disebabkan kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati kematian. Rangkap 3 Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun dalam keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah melumpuhkan setiap pergerakannya. Rangkap 4 Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit



glaukoma yang telah



menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa. Rangkap 5 61



Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang tidak ternilaikan itu. Tema Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya



yang begitu



tabah dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga dekad dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu ampuh seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang berikutan serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti dan membalas budi ibunya selama ini. Persoalan 1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana



kehidupan manusia.



Meragut



kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin. Contoh : -



Dari ruang cahaya kini ke sudut suram



Contoh :-



Bagai bayu siang bertiup bebas kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang



Contoh:-



Sesudah glaukoma pada usia delapan puluh kamu diterpa ahmar pula ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan



2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun cacat penglihatan selama hampir tiga dekad. Contoh : -



Sesudah glaukoma pada usia delapan puluh 62



kamu diterpa ahmar pula ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan yang selama ini menggerakkan ke wuduk dan solatmu Contoh:-



Pun glaukoma itu telah hampir tiga dekad membawa pergi indera kau miliki



3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera yang berfungsi



yang memberi kebahagiaan



dan harapan kepada kehidupan.



Oleh itu kita perlu berbakti semasa kita masih sihat. Contoh:-



Dari ruang cahaya



Contoh:-



Bagai bayu siang bertiup bebas



Contoh:-



ke seri taman budimu yang tak tertanam olehku



4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka.



Hal ini dapat mengurangkan



tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum tibanya saat kematian. Contoh:-



dan mungkinkah deru ahmar ini bakal membawa pergi satu-satunya yang aku miliki betapa baki kesempatan ini biar kusisip bunga bakti ke seri taman budimu yang tak tertanam olehku



5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung.



Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama



menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih 63



atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal ini dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya. Contoh:-



Ibu, pada glaukoma ke ahmar teruji lagi reda dan sabar betapa baki kesempatan ini biar kusisip bunga bakti ke seri taman budimu yang tak tertanam olehku



6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan. Contoh:-



kini ke sudut suram



Contoh:-



kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang



Contoh:-



ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan



Contoh:-



Ibu, pada glaukoma ke ahmar teruji lagi reda dan sabar



64



Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Napie Mat) Maksud Rangkap 1 Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia. Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung dia memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang melaksanakan fitrah Allah untuk mencari rezeki.



Rangkap 2 Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.



Rangkap 3 Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu. Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan masayrakat yang hidup dalam kesusahan.



Rangkap 4 65



Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam masyarakat di dunia ini.



Rangkap 5 Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang dialami selama-lamanya.



Tema Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan dalam mencari rezeki.



Persoalan 1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. 2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat. 3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan untuk mencari rezeki. 4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.



66



Mari Kita Cipta Alam Lestari (Nimoiz T.Y.) Maksud Rangkap 1 Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya. Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di ternama/terulung negara.



landskap indah universiti



Hal ini demikian kerana di situlah tempat



lahirnya para



cendekiawan/ilmuan negara. Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang. Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus. Rangkap 2 Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya. Rangkap 3 Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/ ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih 67



kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini. Rangkap 4 Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat pengiktirafan tertinggi dunia



dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti



terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya



dipelihara untuk



mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka, kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana yang pernah berlaku di serata dunia. Rangkap 5 Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya.



Harapan supaya masyarakat



Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut. Tema Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban dan kemajuan zaman. Persoalan 1. Alam sekitar : Para intelektual, ahli korporat, golongan



profesional dan ilmuan seharusnya



memainkan peranan penting dengan menghargai keseimbangan alam sekitar seiring dengan



dan terus memelihara



perkembangan zaman dalam



melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara. Contoh:Mari kita jabat tangan transformasi Membingkis salam segar atas nama bestari Di landskap indah universiti berkualiti Kerana di sini lahirnya graduan berjaya Di menara gading yang tersohor dan ternama. 2. Jati diri dan moral 68



Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus memelihara alam sekitar



dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh



dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain. Contoh:Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya Segulung ijazah dari universiti ternama Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang Laung gunung berapi pernah mengutus salam Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan. 3. Wawasan Negara Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat pembangunan negara. Contoh:Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam Apalah maknanya kemajuan Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam Apalah maknanya perubahan Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan 4. Khazanah warisan negara harus dipelihara Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia akan



mengakibat



bencana



alam



yang



boleh/telah/akan



mengakibatkan



kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan oleh manusia sebelumnya. Contoh: Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju Hari muka bumi berdaulat Pada mencium puspita dari bunga persada Kita masih sayang akan alam dan sumbernya. 5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan kemajuan negara secara lokal dan global. 69



Contoh:Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar impian Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari Cantik di mata anggun di atma, nantinya Untuk semua pencinta pesona



Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri) Maksud Rangkap 1 Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai hati yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti serta bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap tidak dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang disekeliling kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan. Rangkap 2 70



Sikap dan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan berjaya mendepani dugaan dan cabaran. Rangkap 3 Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa. Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.



Tema Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya ke jalan yang benar.



Persoalan 1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia. 2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu yang boleh membawa kepada keburukan. 3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh pengaruh dari luar. 4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap masyarakat mempunyai hati yang murni.



71



CERPEN 72



00000000000 (Shahnon Ahmad) Sinopsis Mengisahkan dua orang sahabat artis iaitu Aku, seorang pelukis dan Daiman Kreko, seorang sasterawan yang cuba menterjemahkan hasil seni mereka terhadap seorang lagi artis lain iaitu Dol, seorang penyanyi rock daripada kumpulan Mad Dog. Dol dijadikan model dalam permainan mereka. Aku cuba menggambarkan Dol dalam bentuk lukisan, manakala Daiman Kreko pula cuba menggambarkan Dol dalam bentuk penulisan. Mereka bertiga memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran yang dimiliki, namun Dol didapati oleh Aku dan Daiman Kreko tidak memiliki apa-apa 73



nilai yang hendak dibanggakan. Dol hanya menjadi kegilaan kepada peminatpeminatnya yang kagum dengan penampilan dan gaya yang dibawa oleh Dol. Sungguhpun Dol memiliki peminat yang begitu ramai dan dipuja terutamanya daripada golongan muda-mudi, namun Aku dan Daiman Kreko tidak menemukan apa-apa kelebihan yang ada pada Dol, melainkan kepalsuan nilai yang dibuat-buat.



Tema Cerpen ini bertemakan jati diri manusia yang lemah. Hal ini dapat dilihat melalui analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan Barat padahal langsung tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. Di sini berlakunya pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja terhadap penilaian ke atas seseorang artis.



Persoalan i.



Pengagungan dan pemujaan budaya barat. Contoh: Mengikut tinjauan kumpulan wartawan pop, memang rambut dan subang sebelah itulah antara ciri yang memaknakan peribadi Dol sebagai penyanyi dalam kumpulan Mad Dognya.



ii.



Manusia yang berpelakuan seperti binatang. Contoh: Dan apabila Dol mendendangkan lagu rocknya dengan muzik yang ganas dan keras, dengan alat yang serba heavy dan disulami lagi dengan loncatan kukang di rimbanya, rambut itu terlonjak, terkial dan terlibas kiri dan kanan dengan hebatnya, macam dikepak puting beliung.



iii.



Manusia dipuja/ digilai / diminati kerana menampilkan imej rock. 74



Hal ini boleh dilihat melalui pemerian pengarang melalui contoh gaya rambut, kain lilit kepala, pemakaian subang, pengenaan rantai leher, pemakaian baju singlet yang busuk dan koyak, seluar sutera ketat yang koyak dan bertampal serta pengenaan kasut bot tebal pembalak. Contoh 1: Rambut Peminat dan pemuja Dol memang banyak, terdiri daripada anak-anak muda belasan tahun dan mereka sukakan Dol, tetapi kerana



rambutnya yang



gondrong itulah. Tak lebih daripada itu. Contoh 2: Kain lilit kepala Terlupa aku sebutkan tentang garisan dan warna pada kepala Dol yang terlilit secebis kain warna merah garang. Contoh 3: Subang Di muka Dol pula, yang kedua menarik perhatianku selain rambutnya yang gerbang macam sarang tupai kena jolok itu ialah subang di telinganya. Contoh 4: Rantai leher Di leher memang memayahkan garisan dan warnaku, kerana begitu banyak rantai dan begitu banyak pula warna yang membalut lehernya itu. Yang seutas itu panjang sampai tertampan pusat Dol. Contoh 5: Baju Sehelai singlet tak berlengan yang sudah banyak robek-robeknya. Ada dua tiga lubang yang sudah ditampung dengan kain jenis lain dan warna lain pula. Contoh 6: Seluar Seluar yang dipakai adalah jenis sutera warna-warni yang ketat dan sendat bagaikan sarung nangka jenis lonjong bervirus kuman buah. Di punggungnya terkoyak sana sini dan di kedua-dua lututnya pula seluar itu sudah pun robekrobek penuh umbai-umbai. Contoh 7: Kasut Kasutnya memang jenis kasut but tebal yang sering digunakan kuli-kuli hutan belantara, menebang banir sepemeluk dua pemeluk. iv.



Manusia yang tidak ada nilai hidup malah hidup dalam kekosongan. Contoh: Dol sebenarnya sedang bertelanjang. Dia tidak ada makna apa-apa pun baik yang tersurat, baik yang tersirat, walaupun peminatnya yang berjuta75



juta jumlahnya kerana peminat itu pun berada dalam kosong, kosong, kosong, kosong, dan 00000000000 juga.



v.



Pertentangan nilai antara golongan bijak pandai dengan golongan remaja dalam menilai seseorang artis / penyanyi. Contoh: Sebagai penyanyi rock, Dol begitu digilai oleh remaja, namun bagi Aku dan Kreko, Dol tidak memiliki apa-apa kelebihan untuk dibanggakan.



RINDU SEORANG RAFIK (Nisah Haron)



Sinopsis “Aku” diselubungi rasa lega dan sedikit terkesima apabila mengetahui misteri Rosa menyepikan diri selama tiga bulan hanya disebabkan Pedra Branca. Selama itulah, perasaan ‘Aku’, seorang wartawan dari Malaysia agak berkecamuk dan diburu pertanyaan demi pertanyaan sejak sahabat karibnya Rosa, seorang warganegara Singapura yang gagal dihubungi melalui panggilan telefon, surat mahupun e-mel sejak berlaku percanggahan pendapat antara mereka tentang Pedra Branca atau Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara negara mereka berdua. Bagi “Aku”, Rosa merupakan sahabat sejati, seorang rafik bagi dirinya. Sejak penyepian Rosa, “Aku” terasa sangat kehilangan kerana Rosalah yang menceriakan dan menjadikan kehidupannya amat bermakna. “Aku” sanggup mengambil peluang di sebalik tugasan mendapatkan skop berita tentang Pulau Batu Putih di Singapura dengan mencari Rosa di apartmennya, namun semuanya hampa. “Aku” teringat akan pertemuan



pertama



mereka



apabila



mereka



masing-masing



mempertahankan



pandangan peribadi yang berbeza tentang dramatari ‘Kunang-kunang Gunung Ledang’ yang telah ditonton oleh mereka. “Aku” dapat merasakan dia telah melukai perasaan Rosa kerana sikap “Aku” yang gemar berterus terang. “Aku” tahu bahawa di sebalik



76



ketegasan Rosa, terselit sifat dirinya yang amat sensitif. Hati “Aku” makin merindui rafiknya itu. “Aku” ditugaskan ke The Hague, Belanda mengikuti delegasi dari Wisma Putra. Pada 17 Disember, kes tuntutan bertindih Malaysia dan Indonesia ke atas pulau-pulau Sipadan dan Ligitan akan diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sana. Pada hari tersebut, ICJ memberikan hak kedaulatan Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia. “Aku” yang membuat liputan berita tersebut berbaur rasa antara gembira dan duka kerana baginya, apalah erti sebuah kegembiraan apabila tiada rafiknya di sisi untuk berkongsi kegembiraan itu. “Aku” pulang ke hotel empat bintangnya, terus menghidupkan laptop dan memeriksa kotak e-mel. Rupa-rupanya ada e-mel daripada Rosa yang dinanti-nantikan beritanya sekian lama. Segala-galanya terjawab apabila Rosa menjelaskan penyepiannya selama ini. Sejak perbincangan hangat mereka tentang Pedra Branca, Rosa menyedari bahawa dia menaruh perasaan cinta kepada “Aku” dan tidak tahu cara untuk terus menjadi rafik kepada “Aku” seperti dahulu. “Aku” sendiri terkeliru akan perasaannya kini terhadap Rosa. Yang pasti, “Aku” menjadi rindu pada seorang rafik!



Tema Ikatan persahabatan yang utuh sehingga menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib menyepikan diri. Contohnya. “Aku” terasa kehilangan Rosa yang dianggap sebagai rafik atau sahabat sejati sejak Rosa menyepikan diri selama tiga bulan tanpa membalas e-mel, surat dan panggilan telafon daripada “Aku” sejak terjadinya percanggahan pendapat antara mereka tentang Pedra Branca atau Pulau Batu Putih.



Persoalan 1. Persoalan semangat patriotisme yang menebal dalam diri. 77



Rosa begitu bersemangat mempertahankan negaranya dengan mengatakan bahawa Pedra Branca atau Pulau Batu Putih milik Singapura sehingga sanggup bertikam lidah dengan sahabatnya, “Aku” dari Malaysia. 2. Persoalan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. “Aku” sebagai wartawan menerima tugasan daripada Ketua Pengarang tanpa banyak soal untuk mendapatkan skop berita tentang kedudukan terkini Pulau Batu Putih. 3. Persoalan perbezaan latar belakang dan personaliti tidak menghalang jalinan persahabatan. Walaupun “Aku” seorang wartawan dan berzodiak Aries manakala Rosa terlibat dalam seni tari dan berzodiak Cancer yang masing-masing mencerminkan ciri-ciri peribadi yang berbeza, namun tidak menghalang hubungan persahabatan yang akrab antara mereka. 4. Persoalan pertikaian tuntutan hak dua buah negara diselesaikan secara adil. Tuntutan hak terhadap Sipadan dan Ligitan yang menjadi pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia diputuskan oleh 17 orang hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Belanda dengan keputusan undian 16-1 yang memihak kepada Malaysia. 5. Sikap tidak berputus asa untuk mendapatkan kepastian. Selama tiga bulan Rosa menyepikan diri, “Aku” tidak pernah



berputus asa



mengutuskan e-mel, surat dan panggilan telefon, malah pergi mencari Rosa di apartmentnya di Singapura bagi mengetahui sebab-sebab ketiadaan khabar berita daripada Rosa. 6. Konflik melanda diri akibat perasaan yang berkecamuk. Rosa menyepikan diri daripada “Aku” kerana dia menaruh perasaan melebihi perasaan seorang sahabat karib atau rafik dan berhadapan dengan “Aku”



dia tidak tahu cara untuk



sejak perbalahan antara mereka tentang Pedra Branca.



78



RES JUDICATA (Aidil Khalid) SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan seorang peguam yang memfailkan writ saman ke atas Syarikat Kereta Api dan Tren Negara (KTN). Menurut peguam ini, KTN perlu disaman kerana syarikat ini gagal menepati kontrak antara penyedia perkhidmatan dengan pelanggannya. Tindakannya itu mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak. Bagi orang biasa, tindakannya itu adalah di luar jangkaan mereka kerana saman yang dikenakan berjumlah jutaan ringgit.



Golongan profesional pula memberikan komen



yang lebih terperinci berdasarkan analisis mereka terhadap isu. Walau bagaimanapun, peguam ini akan mendapat penghakiman yang sewajarnya daripada Tuan Hakim apabila kesnya diadili di mahkamah. TEMA Tema cerpen ini adalah usaha seorang peguam untuk mendapatkan keadilan yang difikirkan sesuai untuk dirinya dan masyarakat.



Sebagai contoh, seorang peguam



telah menyaman KTN kerana koc syarikat pengangkutan tersebut yang dinaikinya telah terlambat tiba daripada yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan dia terlepas penerbangan dan seterusnya terlepas peluang menghadiri mesyuarat berkaitan sebuah kontrak bernilai 27 juta ringgit di Indonesia. PERSOALAN 1. Kepentingan menepati masa. Contohnya, KTN disaman kerana koc miliknya gagal sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan. 2. Ketidakefisienan dalam perkhidmatan. Contohnya, KTN dianggap tidak efisien apabila keluh kesah daripada pelbagai pihak tentang perkhidmatan mereka tidak diendahkan dan tiada penambahbaikan dalam perkhidmatan yang disediakan. 3. Mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti. 79



Contohnya, Peguam menyaman KTN kerana mendakwa dia kerugian 27 juta ringgit akibat kehilangan kontrak tersebut sedangkan dia belum pun mendapat kontrak tersebut. 4. Kebebasan untuk mendapatkan keadilan. Contohnya, Peguam mengemukakan writ saman dan seterusnya mendapatkan keadilan di mahkamah sekiranya dirinya dirasakan teraniaya atau menjadi mangsa dalam sesuatu hal dengan syarat mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.



NAMUN ITULAH HAKIKATNYA (Nazel Hashim Mohamad) Sinopsis



80



Cerpen ini mengisahkan tentang masyarakat kampung yang menggelar Pak Mid sebagai orang gila kerana membersihkan satu bahagian tanahnya semata-mata untuk menanam pokok-pokok hutan.



Perkara ini merupakan perkara yang luar daripada



kebiasaan orang kampung. Biasanya orang-orang kampung akan membersihkan tanah untuk ditanam dengan pokok buah-buahan. Namun begitu, sebahagian lagi tanahnya masih lagi diusahakan dengan penanaman padi dan pohon-pohon ulaman. Setelah beberapa tahun kemudian, kawasan tanaman pokok hutannya tambah subur dan dibiarkan semak. Kebanyakan ibu bapa juga sering menakutkan anak-anak yang suka bermain di situ. Dia tetap melayan orang kampung dengan baik dan melakukan usaha-usahanya dengan penuh tekun dan berdisiplin. Apabila kerajaan menjalankan pembangunan, kampung itu juga tidak ketinggalan. Tanah-tanah orang kampung yang diambil oleh kerajaan dibayar pampasan yang sepatutnya. Tuk Nyan terkejut apabila tanah Pak Mid dibayar dengan harga yang lebih mahal kerana pokok-pokok jati yang ditanam oleh Pak Mid ada nilai pasaran. Bahagian tanah hutan buatan Pak Mid yang tidak diambil oleh kerajaan pula, dijadikan tempat untuk kami belajar tentang alam semula jadi. Pak Mid menggunakan wang pampasan yang diperoleh daripada kerajaan untuk mendirikan rumah yang lebih sempurna dan melengkapkannya dengan pelbagai kemudahan asas. Di samping itu, Pak Mid juga menyumbang untuk melengkapkan surau di kampung itu. Anak-anaknya juga sudah dianggap berjaya dalan pelajaran masing-masing. Aku pula sedang belajar dalam bidang zoologi, satu bidang yang asing bagi orang-orang kampungku tetapi aku disokong oleh ayahku.



Tuk Nyan yang



mengamalkan cara hidup lama nampaknya jauh ketinggalan daripada orang yang memilih untuk hidup moden. Pak Mid telah dipandang tinggi oleh orang kampung. Mereka melantiknya sebagai ketua kampung dan dicalonkan sebagai imam masjid kampung itu. Pak Mid menerima pelantikan tersebut dengan hati yang terbuka dan bertekad untuk menjalankan amanah yang diberikan kepadanya dengan penuh tanggungjawab. disisihkan sebaliknya dia dilantik sebagai bilal masjid. sebagai setiausaha lembaga masjid.



Tuk Nyan pula tidak



Ayah penulis pula dilantik



Anak-anak muda kampung diberi peranan



menganggotai lembaga masjid. 81



Tema Tema cerpen



ini



ialah



kegigihan



seorang



tua



merealisasikan



hasrat



tanpa



mempedulikan cabaran yang mendatang, contohnya, Pak Mid gigih membersihkan tanah miliknya yang dianggap tidak subur untuk ditanam dengan pokok hutan yang bernilai tinggi. Usahanya yang tidak difahami oleh orang kampung menyebabkan dia dianggap orang gila namun Pak Mid tidak mempedulikan perkara tersebut. Usahanya terbukti berjaya apabila tanah miliknya dibayar dengan pampasan yang lumayan oleh pihak kerajaan. Persoalan 1. Kegigihan mengusahakan tanah, contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan tanah dengan tulang empat keratnya tanpa bantuan alat-alat moden atau sebarang jentera. 2. Persepsi orang lain apabila melihat sesuatu yang lain daripada kebiasaan, contohnya, orang kampung menganggap Pak Mid sebagai gila apabila menanam pokok hutan dan bukan pokok buah-buahan di tanahnya. 3. Sikap tidak ambil peduli terhadap kata-kata orang lain, contohnya, Pak Mid tidak ambil peduli akan kata-kata dan pendapat orang kampung walaupun kata-kata mereka seperti sindiran tajam. 4. Kepercayaan karut dalam masyarakat, contohnya, ada ibu bapa yang menyatakan di dalam hutan terdapat orang bunian yang boleh menyembunyikan orang. 5. Kesusahan hidup di kampung yang terpencil, contohnya, untuk ke jalan bertar,



penduduk kampung perlu melalui batas sawah sejauh tiga kilometer dan berjalan kaki empat kilometer lagi untuk ke sekolah, sumber air datang dari sungai, telaga dan air hujan yang ditakung manakala sumber cahaya pada waktu malam datangnya daripada pelita dan lampu gasolin. 6. Pembangunan



di



kawasan



kampung,



contohnya,



kerajaan



menghantar



pegawainya untuk membina pelbagai pembangunan di kawasan kampung. 7. Cinta akan alam semula jadi, contohnya, Pak Mid menjaga sungai dan pokokpokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.



82



AIR MATA DALANG (Rahimidin Zahari)



Sinopsis Pak Yasok ialah penggiat seni wayang kulit.



Selama bertahun-tahun Pak Yasok



mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anaknya iaitu Sauki, Sulida dan Naemah. penting.



Ketiga-tiga anaknya telah berjaya menjawat jawatan



Sauki, sebgai ustaz di institusi kerajaan, Sulida menjadi jurutera syarikat



minyak di Miri, Sarawak dan Naemah menjadi doktor di Hospital Kulim, Kedah. Faezah, isteri Sauki, melarang Pak Yasok meneruskan kerjayanya sebagai dalang dan menganggapnya bertentangan dengan agama Islam. Pak Yasok marah dan berasa kecewa dengan teguran itu. Semenjak itu, Faezah tidak balik ke rumah Pak Yasok lagi. Nora, seorang penuntut universiti datang ke rumah Pak Yasok kerana ingin belajar menjadi dalang wayang kulit. Dalam masa tiga bulan, Nora berjaya menguasai ilmu 83



pendalangan Pak Yasok. Akhirnya Pak Yasok mengadakan majlis untuk menyerahkan panggung wayangnya kepada Nora. Semua anak cucunya diminta hadir dalam majlis tersebut.



Tema Pengekalan warisan tradisi iaitu kesenian wayang kulit.



Pak Yasok berjaya



menurunkan ilmu pendalangannya untuk memastikan warisan seni wayang kulit berterusan walaupun mendapat tentangan daripada menantunya.



Persoalan 1. Kecintaan terhadap seni warisan wayang kulit. Contoh: Pak Yasok telah melibatkan dirinya dengan wayang kulit sejak usianya muda. 2. Punca pendapatan sebagai Tok Dalang. Contoh: Pak Yasok dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anaknya hasil pendapatan daripada persembahan wayang kulit. 3. Pergolakan dalam keluarga. Contoh: Faezah tidak memahami dan menyokong pekerjaan Pak Yasok sebagai dalang wayang kulit yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham antara mereka. 4. Tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Contoh: Sauki dan anak-anaknya tetap pulang menziarahi Pak Yasok walaupun tanpa isterinya.



5. Menyedari kesilapan yang telah dilakukan. Contoh: Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang ke rumah Pak Yasok.



84



PROFESOR SUFI (A. Rahmad) Sinopsis Seorang Profesor universiti membuat keputusan untuk pergi ke bandar Barus yang kini dikenali sebagai Kota Sibolga. Walaupun bandar Barus tidak sesibuk New York, Kota Paris atau London tetapi baginya Barus adalah sebuah bandar istimewa, bandar kosmopolitan dari segi fikiran dan kejiwaan. Barus atau Kota Sibolga yang juga terkenal sebagai dataran sufi kerana terdapat ramai tokoh-tokoh sufi besar di sana. Hakikat itulah yang menjadi penyebab utama meruntun hati Profesor untuk ke sana. Dia ingin memastikan adakah Barus merupakan tempat terbaik untuk dia menuntut ilmu tasawuf dan mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar tentang kebesaran Tuhan melalui daya fikir dan kesan keinsafan kepada dirinya. Sampai di Barus, dia terus mendaftar masuk



di Hotel Wisata Indah.



mengambil teksi untuk melihat keindahan bandar Barus.



Kemudian



Dia sangat berharap Pak



Supir dapat membantu dia mencari tempat pengajian tasawuf yang terbaik di bandar itu.



Tetapi dia kecewa kerana Pak Supir tidak dapat membantunya malah tidak 85



mengenali langsung nama-nama ulama besar yang disebutnya. Selepas makan tengah hari bersama Pak Supir, Profesor kembali ke hotel penginapannya.



Di lobi hotel,



Profesor bertemu dengan seorang anak muda yang sedang asyik membaca sebuah buku yang tebal dan mencatatkan sesuatu. Dia dapat merasakan aura keistimewaan anak muda itu. Setelah bertegur sapa, anak muda itu juga datang dari Malaysia. Dalam perbualan panjang itu, ada ketikanya Profesor memandang rendah tentang tujuan anak muda yang belajar pondok itu datang ke Barus untuk menuntut ilmu, tidak sepertinya datang untuk membuat kajian. Profesor telah mencadangkan anak muda itu supaya membaca buku-buku tulisannya berkaitan ilmu sufi kerana bidang tersebut telah dianggap seperti secawan teh baginya.



Anak muda itu dengan tenang mempertahankan prinsipnya



bahawa berguru itu lebih baik dan ilmu yang sedikit itu perlu diamalkan. Tidak berguna ilmu yang banyak jika tidak diamalkan. Kesan daripada perbualan dengan anak muda sekolah pondok itu, Profesor membuat refleksi diri, menghitung-hitung jumlah pengetahuannya yang banyak tentang ilmu tasawuf.



Profesor mendapati dirinya



hanyalah seorang manusia yang bergelar ahli ilmu tasawuf tetapi bukan ahli tasawuf. Timbul perasaan kesal dihatinya kerana dia datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk mengkaji sedangkan anak muda yang tidak berwibawa itu juga datang beribu-ribu kilometer jauhnya tetapi hanya untuk beramal. Tema Cerpen ini membawa tema berkaitan konsep dan interpretasi tentang ilmu. Seorang Profesor berpendidikan tinggi berjaya menguasai konsep ilmu tasawuf kerana banyak melakukan kajian ilmiah tetapi tidak mengamalkannya. Manakala seorang pemuda yang hanya berpendidikan sekolah pondok berpegang kepada prinsip ilmu yang sedikit perlu diamalkan sebab amalan itu lebih baik daripada banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Persoalan 1. Tanggungjawab dalam mencari ilmu.



86



Contoh: Anak muda yang bersekolah pondok sanggup pergi ke bandar Barus (Kota Sibolga) semata-mata kerana ingin mencari ilmu. 2. Mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian. Contoh: Profesor yang banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya berbanding seorang anak muda sekolah pondok yang menganggap dirinya kekurangan ilmu tetapi sentiasa mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. 3. Persepsi negatif terhadap orang lain. Profesor menganggap pelajar pondok itu lebih rendah ilmunya daripada dirinya yang berjawatan seorang profesor.



GULAI SEMBILANG UNTUK ABAH (Fauziah Mohd Ismail) Sinopsis Mengisahkan abah aku yang mempunyai empat orang anak, tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Pada suatu malam, kami sekeluarga berkumpul untuk menikmati makan malam yang enak iaitu gulai sembilang, sambal udang campur petai, sayur keladi, gulai ayam kampung dan ikan terubuk cecah air asam. Abah makan sampai tiga kali tambah. Pada malam itu juga Along dan Acik yang selama ini telah bersengketa telah berdamai semula. Selepas tiga bulan, emak meninggal dunia yang menyebabkan kami sekeluarga sepi. Sebagai anak perempuan aku cuba menggembirakan abah dan ingin selalu berada dekat dengannya. Aku telah memohon untuk bekerja hospital yang berhampiran dengan kampung dan telah menolak cinta Dr. Lokeman yang merupakan anak orang kaya dan tinggal kota. Keputusan itu menyebabkan teman-temanku menganggap aku menolak tuah. Pada hujung minggu, Along menelefon aku untuk memberitahu bahawa abah telah menyuruhnya mencari ikan sembilang dan meminta semua anaknya pulang ke 87



kampung.Tetapi hanya aku dan Acik serta isterinya yang sarat mengandung pulang kerana Along sibuk bekerja, manakala Angah pula berada di Miri. Malam itu, kami masak gulai ikan sembilang untuk abah.Setelah makan kami berbual-bual di anjung rumah. Abah bercerita kisah mudanya sebagai seorang guru, walaupun tiada seorang pun anaknya



yang menjadi pendidik. Abah tidak pernah menyesal kerana pelajaran



dan ilmu agama sudah diberikan oleh abah. Sebelum masuk ke bilik untuk tidur abah menyatakan sedikit rasa terkilannya kerana tidak semua anaknya dapat berkumpul pada malam itu. Namun begitu, abah masih memuji keenakan gulai sembilangku dan menyatakan gulai itu menambahkan rindunya pada emak. Hatiku berdebar-debar apabila melihat abah memandangku sebelum dia masuk tidur.



Pada keesokan paginya, sewaktu aku mengejutkan abah untuk solat subuh bersamasama, aku mendapati abah telah meninggalkan kami selama-lamanya. Pagi itu, Along dan Angah pulang dengan penuh penyesalan kerana gagal memenuhi permintaan terakhir abah tercinta.



Tema Tema cerpen ini ialah kekeluargaan. Pengorbanan seorang anak untuk kebahagiaan ayahnya. Sebagai contoh, aku berusaha untuk membahagiakan abahnya walaupun ibu sudah meninggal dunia seperti memasakkan gulai ikan sembilang kegemaran abahnya.



Persoalan 1. Kasih sayang suami terhadap isterinya. Contoh: Abah terlalu rindu pada emak setelah emak meninggal dunia. 2. Perselisihan faham antara adik-beradik. Contoh: Walaupun bertahun Along dan Acik tidak bertegur sapa, akhirnya mereka berbaik semasa keluarga kami berkumpul dan makan bersama-sama. 3. Kesibukan anak-anak dalam kerjaya masing-masing. 88



Contoh: Along dan Angah tidak dapat menunaikan permintaan abah supaya berkumpul di kampung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. 4. Keistimewaan masakan seorang ibu. Contoh: Kami sekeluarga berselera makan hidangan yang disediakan oleh ibu,walaupun hanya menggunakan bahan-bahan makanan dari kampung.



KAMI AKAN MATI, LIN (Saroja Theavy Balakrishnan) Sinopsis Cerpen mengisahkan kehidupan batu karang (hidupan laut) yang sedang terancam dan akan mengalami kepupusan. Karangan laut mengimbau kehidupan mereka yang harmonis suatu ketika dahulu, (berabad dahulu) hidup dalam keseronokan dan kegemilangan. Karangan laut mencurahkan perasaan kecewa dan sedih kerana ancaman pencemaran laut kepada sahabatnya, Lin. Karangan laut juga mengadu dia kini telah kehilangan kekasih pujaan hati dan cintanya kini telah punah. Kini karangan laut hidup kesepian. Tema Kemusnahan karangan laut (batu karang) akibat pencemaran alam. Batu karang meluahkan perasaannya kepada sahabatnya, Lin akan kemusnahan kehidupan mereka sedikit demi sedikit akibat kerakusan sikap manusia mencemarkan laut. Kapal-kapal besar silih berganti hadir di kawasan kejiranan batu karang dengan memuntahkan cecair hijau perang.



Persoalan 1. Putus punca rezeki. Penduduk



miskin



di



pulau-pulau



nusantara



kemusnahan karangan laut. 89



putus



punca



rezeki



kerana



2. Kekerdilan yang membawa impak besar. Karangan laut yang kerdil menjadi habitat kepada lebih satu juta spesies hidupan laut yang lain serta keindahan mereka dapat menjamu mata ribuan manusia.



3. Kealpaan manusia Manusia mudah alpa dengan sumbangan karangan laut terhadap sumber mata pencarian manusia. Manusia sewenang-wenangnya mencemarkan laut sehingga menyebabkan jutaan spesies hidupan laut yang lain menjadikan kawasan batu karang sebagai habitat musnah. 4. Kerakusan manusia Sikap rakus manusia yang mencari keuntungan dan kekayaan. Manusia membina kilang-kilang berhampiran sungai yang kemudiannya mengalirkan bahan buangan ke sungai lalu bahan-bahan ini mengalir ke laut dan mencemarkan laut.



90



PERSPEKTIF (NF Abdul Manaf) Sinopsis Menceritakan Sharifah yang baru kematian suami iaitu Said. Semasa abang Said hidup pandangan ataupun perpsektif terhadap kehidupannya mula berubah semenjak dia menerima sepucuk surat layang. Tiga bulan yang lepas dia merupakan isteri kepada seorang pemimpin yang terkenal kehidupannya penuh dengan kemewahan dan cara dengan protokol. Sebelum ini dia beranggapan bahawa dia dan suaminya disayangi oleh semua lapisan masyarakat namun begitu anggapannya ternyata kurang tepat setelah menerima surat layang dan terbukti apabila kematian suaminya iaitu tiada seorang kenalannya yang datang untuk menguruskan jenazah suaminya kecuali ahli masjid. Barulah dia sedar bahawa suaminya hanya dihormati kerana mempunyai kuasa, pangkat dan wang ringgit. Hanya Pak Dol dan Mak Limah sahaja yang menangisi kematian abang Said kerana dia pernah membiayai pembedahan Mak Limah semasa sakit jantung. Sharifah teringat kembali tentang isi kandungan surat layang yang banyak memberi kesedaran kepadanya. Penulis surat tersebut memintanya menyelami kesusahan dan cara hidup golongan bawahan yang kurang terbela dan mendapat perhatian daripada pihak atasan. Penulis itu juga menegur sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membela nasib masyarakat setelah terpilih. Sharifah mula bertekad untuk mengubah cara hidup dan berusaha menjaga imej suaminya. Walaupun suaminya meninggal dunia sebelum melihat perubahan dirinya. Namun dia tetap bertekad mengubah perpsektifnya dalam kehidupan walaupun sudah agak terlambat.



91



Tema Cerpen bertemakan perbezaan kehidupan masyarakat atasan dengan masyarakat bawahan. Iaitu pemimpin yang tidak pernah menyelami kesusahan dan juga cara hidup golongan bawahan dan rakyat biasa seperti yang berlaku pada abang Said dan Sharifah yang dipilih oleh rakyat tetapi tidak pernah membela nasib mereka.



Persoalan 1. Kehidupan dan cara yang mewah golongan atasan. Contoh: Abang Said dan Sharifah menjalani kehidupan dan cara hidup yang mewah tanpa mempedulikan golongan bawahan. 2. Keinsafan akan kesusahan hidup golongan bawahan atau golongan miskin. Contoh: Sharifah kini insaf akan kehidupan golongan bawahan atau miskin setelah menerima sepucuk surat. 3. Sikap pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Contoh: Said tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpian walaupun dia telah dipilih dan diberi amanah oleh rakyat untuk membela nasib mereka. 4. Sikap mengenang budi orang yang telah berjasa kepada kita. Contoh: Mak Limah dan Pak Dol menangisi kematian Said kerana Said pernah menolong membiayai pembedahan Mak Limah suatu masa dahulu.



BUKIT EMAS (Mufidah Hanum Yusuf) Sinopsis 92



Kehadiran Sahat yang merupakan anak jati Kampung Kuah tidak disenangi oleh Penghulu Sudin terutama semasa majlis randau diadakan. Penghulu Sudin akan mengadakan majlis randau ketika ketiadaan Sahat di Kampung Kuah. Sikap Sahat yang akan bertanya pelbagai perkara yang di luar kemampuan Penghulu Sudin untuk menjawab menyebabkan Penghulu Sudin merasakan hilang kewibawaannya di hadapan penduduk kampung. Kedatangan Encik Firdaus selaku wakil rakyat yang baharu di majlis randau di Kampung Kuah menyebabkan Penghulu Sudin berasa gelisah. Beliau sangat mengharapkan ketidakhadiran Sahat semasa majlis tersebut yang dirasakan olehnya akan merencatkan agendanya. Berita yang disampaikan oleh wakil rakyat semasa ucapannya di majlis randau untuk memajukan kawasan Bukit Emas dengan menjadikan kawasan kuari memeranjatkan seluruh penduduk kampung. Penerimaan dingin oleh penduduk kampung menimbulkan perasaan tanda tanya kepada Encik Firdaus yang difahamkan bahawa seluruh penduduk kampung Kuah telah bersetuju untuk memajukan kawasan kampung tersebut. Kemunculan Sahat dalam majlis randau dan penjelasan beliau tentang hal sebenar penduduk kampung yang tidak mengetahui berkaitan penjualan batu-batan serta pembangunan di Bukit Emas yang akan mengakibatkan kemusnahan tanaman buahanbuahan penduduk kampung. Selain itu, Sahak menjelaskan berkaitan kepentingan mengekalkan pokok buah-buahan bermutu terutama buah durian yang menjadi punca rezeki penduduk kampung tersebut yang telah berjaya menarik pelancong berkunjung ke Kampung Kuah seterusnya menjadikan kampung tersebut terkenal di seluruh negara.



Penjelasan



berkaitan



potensi



buah-buahan



di



kampung



Kuah



telah



menyebabkan wakil rakyat memutuskan untuk membatalkan projek kuari di kampung tersebut bahkan meminta penduduk kampung sentiasa berusaha untuk mengekalkan mutu pokok buah-buahan di situ. Keputusan wakil rakyat membatalkan projek kuari ekoran daripada penjelasan Sahat menyebabkan Penghulu Sudin merasa amat marah terhadap Sahat kerana telah menyebabkan impiannya terkubur. Seluruh penduduk kampung berasa gembira dengan keputusan wakil rakyat tersebut. Pengikut setia Penghulu Sudin berasa menyesal atas 93



segala perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh mereka terhadap penduduk kampung terutama terhadap Sahat. Namun Penghulu Sudin masih lagi dengan sifat angkuh dan tamak serta tidak berasa insaf atas perbuatannya walaupun beliau jatuh sakit akibat diserang sakit jantung.



Tema Kepentingan mempertahankan alam semula jadi daripada arus pembangunan. Sahat mempertahankan pokok buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari. Sahat menerangkan kepada wakil rakyat potensi buahbuahan di Kampung Kuah yang bermutu tinggi hingga Kampung Kuah terkenal dalam kalangan pelancong serta seluruh negara kerana mempunyai buah-buah yang bermutu terutama buah durian. Selain itu, pokok buah-buahan inilah yang menjadi sumber rezeki penduduk kampung Kuah.



Persoalan 1. Persoalan bersemangat tinggi dalam usaha memajukan bidang pertanian. Walaupun Sahak berkelulusan sarjana namun kerana minat yang mendalam dia berusaha untuk memajukan bidang pertanian di Kampung Kuah dan berazam untuk memperkenalkan hasil buah-buahan terutama buah durian hingga ke peringkat antarabangsa.



2. Persoalan pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Penghulu Sudin tidak pernah berterus terang dan berbincang dengan penduduk kampung berkaitan untuk menjual tanah kuning dan batu-batan Bukit Emas seterusnya memusnahkan pokok buah-buahan yang menjadi punca rezeki penduduk kampung. 3. Persoalan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. 94



Penghulu Sudin mengambil kesempatan ke atas penduduk Kampung Kuah kerana kebanyakan penduduk lurus bendul malah ada yang tidak pernah ke sekolah bahkan yang mampu bersekolah hanya di peringkat minimum sahaja. 4. Persoalan berani menegakkan keadilan. Sahat berani menjelaskan kepada Encik Firdaus selaku wakil rakyat Kampung Kuah tentang perkara sebenar yang berlaku kepada penduduk semasa majlis randau. 5. Persoalan mengamalkan amalan rasuah. Penghulu Sudin memberi duit kepada Tahot untuk memastikan Sahat tidak hadir semasa kehadiran mengejut pegawai daerah ke Kampung Kuah dua bulan yang lalu. 6. Persoalan menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri. Empat puluh tahun yang lalu Penghulu Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama Pak Jaya digugurkan sebagai calon penghulu. 7. Persoalan penyesalan atas tindakan jahat yang pernah dilakukan. Pengikut setia Penghulu Sudin iaitu Tahot, Ayub dan Kasim memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mereka selama ini yang memusuhi Sahat dan menakutkan penduduk kampung atas arahan penghulu Sudin. Mereka sanggup menerima hukuman daripada Sahat dan penduduk kampung atas perbuatan yang pernah mereka lakukan.



DRAMA 95



ANNA (Kemala) SINOPSIS Drama ini mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Zaki melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan berkenalan dengan Anna yang berketurunan Melayu dan Inggeris. Persahabatan mereka walaupun tidak direstui oleh ayah Anna, tetapi mereka tetap berkahwin dan pulang ke Malaysia. Apabila pulang, Zaki mendapati ibunya sakit dan tumpuan Zaki lebih kepada kebajikan ibunya menyebabkan Anna menjadi cemburu dan tidak dapat menerima hakikat Zaki lebih menyayangi mentuanya berbanding dirinya. Usia perkahwinan yang baru 96



mencecah 4 tahun serta kegagalan Zaki membimbing Anna dalam ilmu keagamaan dan budaya Melayu memburukkan lagi keadaan rumah tangga mereka. Akhirnya Anna mengambil keputusan untuk kembali ke London kerana terpengaruh dengan pandangan ayahnya mengenai budaya dan sikap orang Melayu.



PEMIKIRAN Perbezaan dua budaya antara Barat dan Timur dalam mengintepretasikan kasih sayang.



PERSOALAN 1. Kegagalan memahami budaya sesuatu bangsa.  Ana gagal untuk memahami budaya suami dan keluarganya walaupun telah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Zaki. 2. Sikap mengagungkan budaya sendiri dan memperlekehkan budaya orang lain.  Ana terlalu mengagungkan budayakan kerana dia merasakan budayanya yang terbaik. 3. Ketabahan menghadapi dugaan hidup  Mak Munah bekerja keras dan sanggup menggadaikan tanahnya demi pelajaran anaknya di Universiti Cambridge di London. 4. Pengorbanan dan tanggungjawab seorang anak untuk membalas jasa orang tua.  Zaki sanggup berkorban wang, masa dan kasih sayang demi membalas jasa ibunya. 5. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu  Zaki menjaga ibunya yang uzur, separuh lumpuh dan hampir buta dengan penuh kasih sayang sehingga sanggup berpisah dengan isterinya. 6. Simpati terhadap nasib orang lain



97







Dr. Chan bersimpati terhadap ibu Zaki yang hampir buta. Beliau menawarkan diri untuk merawat ibu Zaki kerana Dr. Chan dan Zaki merupakan kawan sejak di bangku sekolah.



MAT PIAH DAN MR. BLACKWAY (Mahizan Husain) Sinopsis Mat Piah bekas pesakit mental, seorang penarik beca di Georgetown dan miskin. Suatu hari Mat Piah bertemu dengan seorang pelancong yang pandai berbahasa Melayu James Rolland Blackway yang mengaku teman baik Francis Light. Blackway meminta Mat Piah membawanya mengelilingi Pulau Pinang. Semasa membawa Blackway mengelilingi pulau itu, berlaku perdebatan antara mereka mengenai pembukaan Pulau Pinang dan penipuan Francis Linght terhadap Sultan Abdullah semasa proses pembukaan Pulau Pinang sehingga nama Francis Light disebut sebagai pembuka Pulau Pinang. Pemikiran 98



Penipuan yang dilakukan oleh Barat untuk mendapatkan Pulau Pinang dari kuasa Sultan Abdullah. Persoalan 1. Persoalan mengenai pertentangan pendapat antara masyarakat pribumi dengan pandangan Barat. Contohnya bagaimana Blackway melihat Mat Piah sebagai penarik beca yang tidak berilmu. 2. Persoalan tentang patriotisme. Contohnya Mat Piah menunjukkan semangat cinta akan Negara dengan menghafal tarikh pembukaan Pulau Pinang dan dia ingin tahu latar belakang sejarah Pulau Pinang sebenarnya daripada Blackway. 3. Persoalan tentang sejarah tanah air. Contohnya sejarah pembukaan Pulau Pinang yang diceritakan oleh Blackway. 4. Persoalan tentang interaksi antara pelbagai bangsa. Contohnya Mat Piah dapat berkomunikasi dengan Blackway yang berketurunan orang putih. Blackway pula boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.



PUISI TRADISIONAL 99



RESAM HIDUP MANUSIA (Pantun Dua Kerat) Maksud Rangkap 1 Kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan corak. Rangkap 2 Setiap individu mempunyai hati dan perasaan yang berbeza-beza. Rangkap 3 Ranjau kehidupan yang diwarisi dahulu amat berbeza dengan dugaan dan cabaran kehidupan masa kini. Rangkap 4 Jika kita berbudi kepada seseorang, lama kelamaan akan dibalas juga dengan kebaikan. Rangkap 5 100



Sudah menjadi lumrah kehidupan, jika kita berbudi bahasa , kita akan dihormati dan dipandang mulia. Rangkap 6 Sesuatu maklumat yang diterima harus diterima dengan penuh tanggungjawab agar tingkah laku terpelihara. Rangkap 7 Perbuatan yang melibatkan pertuturan yang kurang sopan akan mengakibatkan bencana kepada seseorang.



Tema Bertemakan adat resam kehidupan manusia. Persoalan 1. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan. Contoh:lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya. 2. Kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai corak kehidupan. Contoh:banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. 3. Perubahan corak kehidupan yang berbeza . Contoh:lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. 4. Perbuatan yang dilakukan, jika tidak benar, tidak akan menjadi perbualan orang. Contoh:tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. 5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana kepada orang itu. Contoh:sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. 101



KASIH JUALAN (Pantun Empat Kerat) Maksud Rangkap 1 Penyajak memanggil pelanggan dan memberitahu terdapat keluaran baru dalam urusan jualannya. Rangkap 2 Sikap pelanggan yang sekadar ingin melihat-lihat namun belum berhajat untuk membeli. Rangkap 3 Penyajak menyifatkan dirinya masih belum berani dan bersedia untuk berkecimpung dalam urusan perniagaan. Rangkap 4 Penyajak seakan dicabar kelelakiannya kerana takut untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Rangkap 5 Penyajak dikatakan seorang yang kedekut kerana tidak terbeli makanan yang baik. Rangkap 6 Penyajak menyatakan makanan yang baik tidak terbeli kerana sayang akan duitnya yang akan habis. 102



Rangkap 7 Walaupun penyajak takut wangnya habis dia dikatakan masih tidak ada sikap tawar menawar dalam urusan jual beli.



Rangkap 8 Penyajak bukannya seorang yang kedekut ataupun lemah tetapi hatinya masih belum berkenan. Rangkap 9 Kasih dan sayang bukanlah barang yang boleh dijual beli. Tema Bertemakan peradaban manusia dalam dunia perniagaan. Persoalan 1. Peniaga yang mempromosi produk baru di gerai jualan. Contoh:Burung kekek burung di hutan, Terbang naik berlegar-legar ; Mari encik marilah tuan, Barang baik baharu keluar. 2. Sikap sesetengah pelanggan yang lebih gemar memerhati daripada membeli. Contoh:Hari Jumaat pergi memukat, Orang menangguk ikan di kali; Minta maaf belum berhajat, Datang menengok, bukan membeli. 3. Sikap cabar mencabar dalam menceburi sesuatu bidang. Contoh:Kuda tengkot menang berlumba, Lompat bertangkup keempat kaki; Mengapa takut masuk berniaga? Kurangkah sanggup sifat lelaki.



103



NILAI INSAN (Pantun Enam Kerat) Maksud Rangkap 1 Tanggungjawab dalam sesebuah keluarga, anak yang taat kepada ibu bapanya, emak yang mendidik anak-anak dan bapa yang menanggung keluarga. Rangkap 2 Pekerja yang taat menjalani tugas, penyelia yang adil dan saksama serta belas ikhsan seorang majikan. Rangkap 3 Semangat kejiranan yang mesra serta mempunyai ketua kampong yang bertimbang rasa serta masyarakat kampung sentiasa bersatu padu. Rangkap 4 Nilai rakyat yang mempunyai etika diri, mempunyai pemimpin yang berwawasan serta raja yang berbudaya agama.



Tema Bertemakan nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan .



Persoalan 1. Kehidupan dalam sesebuah keluarga yang mempunyai tanggungjawab masingmasing. Contoh:-



nilai anak kerana ketaatan nilai emak kerana asuhan nilai bapa kerana tanggungan.



2. Nilai kemanusiaan dalam sesebuah organisasi. Contoh:nilai pekerja jalani tugas nilai penyelia adil saksama 104



nilai majikan penuh keihsanan. 3. Semangat sesebuah kampung yang hidup berjiran dan sentiasa bantu membantu. Contoh :nilai penghuni mesra berjiran nilai ketua bertimbang rasa nilai sekampung tolong-menolong 4. Pentadbiran sesebuah negara yang berbudaya, beragama dan berkepimpinan. Contoh:nilai rakyat beretika diri nilai pemimpin ada wawasan nilai raja berbudaya agama



Seloka Boros dan Jimat Maksud Rangkap 1 Penyair memberi gambaran mengenai orang berharta. Rangkap 2 Semua harta akan habis jika digunakan secara boros. 105



Rangkap 3 Begitu juga halnya dengan makanan. Rangkap 4 Sikap berjimat cermat perlu diamalkan untuk mengelakkan harta habis. Rangkap 5 Perumpamaan Melayu menyatakan bahawa bukan mudah untuk menjadi kaya. Kita mudah mendapat sahabat apabila berharta tetapi tinggal keseorangan apabila miskin.



Tema Kepentingan sikap berjimat cermat. Persoalan 1. Sikap boros perlu dielakkan. Contoh: Tetapi jika ditabur habur, diborosi, Semuanya segera juga akan habis pergi, 2. Sahabat sejati hanya diperoleh ketika kita susah. Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan. 3. Pengurusan harta Contoh: Jimat cermat sahaja akan ubatnya, Jika tak mahu harta benda terkubur.



106



SELOKA KEHILANGAN ADAT MELAYU Maksud Rangkap 1 Adat dan resam yang kian dilupai. Rangkap 2 Adat yang dilupakan akan menyebabkan nilai budi pekerti yang mulia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat. Rangkap 3 Peniruan adat resam yang bercampur-baur mengakibatkan peradaban dan tatasusila tercemar. Rangkap 4 Adat Melayu yang menghilang tanpa dapat dikesan. Rangkap 5 Adat Melayu yang terus menghilang dan dilupakan.



107



Tema Bertemakan adat resam Melayu yang kian menghilang dan dilupakan.



Persoalan 1. Kehilangan adat menyebabkan nilai budi pekerti mulia lenyap tidak terbela. Contoh:Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa, Ghaib sepi tiada bersisa…. Semakin mengerang senantiasa, Laksana dipagut tedung yang bisa. . 2. Adat resam yang telah dicampurbaurkan mengakibatkan adab tatasusila Melayu semakin dilupakan. Contoh:Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa, Umpama gajah menjadi rusa; Oleh ragi campuran bangsa, Adat tertib habis binasa! 3. Adat resam Melayu yang terus menghilang dan dilupakan oleh masyarakat. Contoh:Sayang! Sayang! Merajuk ke manakah adat Melayu? Laksana debu dipuput bayu!



108



SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI Maksud Bahagian I Rangkap 1 Penyair menyatakan bahawa ramai orang mempunyai cita-cita tinggi tetapi tidak mahu berusaha. Hanya mengharapkan bantuan orang lain Rangkap 2 Kebanyakan orang hanya meminta bantuan atau hanya berdoa dan menyusahkan ibu bapa. Rangkap 3 Penyair menyindir golongan yang suka mengharapkan bantuan dan hanya berdoa semata-mata tanpa mahu berikhtiar.



Bahagian II Rangkap 4 Orang yang berjaya tanpa usaha sendiri tidak akan merasai cabaran dalam pekerjaan. Rangkap 5 Orang yang berjaya tanpa usaha sendiri juga akan dipandang rendah oleh orang lain dan menjatuhkan maruah dirinya. Rangkap 6 Orang yang tidak menggunakan kebijaksanaannya tidak akan mendapat kejayaan cemerlang sebaliknya merugikan diri sendiri.



109



Tema Kepentingan berikhtiar untuk berjaya.



Persoalan 1. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa berusaha sendiri. Contoh: Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam! Malulah kalau hanya tahu menyusah, Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah, 2. Hilang harga diri. Contoh: Akan hilanglah harga dirinya, Akan jatuhlah darjat manusianya! 3. Berdoa tanpa usaha. Contoh: Bahkan, walaupun kepada Allah, Suka menadah dan tertadah-tadah, Suka menjadikan diri peminta sedekah, Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri. 4. Kejayaan tanpa usaha tidak member makna. Contoh: Orang yang suka meminta-minta, walau berjaya, Walaupun meminta kepada Tuhan Maha Kaya, Tetapi tiada beramal ikhtiar sendiri, Tidak berusaha memakai tenaga diriOrang yang asyik dipeluk gelombang manja, Yang tak tahu menelan pahit maung bekerja-



GURINDAM DUA BELAS (Raja Ali Haji) Maksud Fasal kedua: Rangkap 1 110



Hendaklah kita menjaga pandangan mata agar tidak melihat perkara yang tidak elok. Rangkap 2 Hendaklah kita menjaga pendengaran agar tidak mendengar berita yang tidak baik. Rangkap 3 Hendaklah kita menggunakan kedua-dua belah tangan dengan sebaik-baiknya daripada melakukan kesalahan sama ada yang kecil atau yang besar. Rangkap 4 Seseorang yang terlalu kenyang akan menghilangkan kewarasan berfikir lalu boleh mencetuskan perbuatan yang tidak sopan. Rangkap 5 Hendaklah kita menggunakan kedua-dua belah kaki dengan mengunjungi tempattempat yang mendatangkan manfaat. Fasal ketiga: Rangkap 1 Pemimpin yang kejam akan menyebabkan rakyat menderita. Rangkap 2 Orang yang dengki akan didampingi syaitan yang mengacumnya / menghasutnya supaya melakukan kejahatan demi kejahatan.



Rangkap 3 Hendaklah kita berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata umpatan dan pujian kepada seseorang kerana kedua-duanya boleh mendatangkan keburukan iaitu pujian yang tidak ikhlas. Rangkap 4 111



Hendaklah kita mengawal perasaan marah kerana kemarahan menyebabkan kita kehilangan kewarasan berfikir. Rangkap 5 Orang yang berbohong akan dibenci oleh orang lain.



Fasal kelima: Rangkap 1 Hendaklah kita mencari rakan yang boleh menjadi pengubat hati kala kesusahan. Rangkap 2 Hendaklah kita mendapatkan guru / orang yang benar-benar mahir dalam sesuatu bidang jika kita ingin menuntut ilmu agar dia dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita. Rangkap 3 Hendaklah kita memilih rakan yang setia iaitu sanggup bersama-sama kita kala senang mahupun susah. Rangkap 4 Hendaklah kita memilih pekerja yang baik dan pandai berbudi.



Tema Nasihat dan petunjuk ke arah hidup yang diredai oleh Tuhan. Persoalan 1. Kepentingan memilih rakan yang baik



112



Contoh:



Hendaklah kita mencari rakan yang boleh menjadi pengubat hati kala kesusahan.



2. Kepentingan mengawal emosi Contoh:



Hendaklah kita mengawal perasaan marah kerana kemarahan menyebabkan kita kehilangan kewarasan berfikir.



3. Berpada-pada ketika menjamu selera Contoh:



Seseorang yang terlalu kenyang akan menghilangkan kewarasan berfikir lalu boleh mencetuskan perbuatan yang tidak sopan.



BEBERAPA PETUA HIDUP Maksud Rangkap 1 Orang yang malas selalu hidup dalam kesusahan, manakala orang yang rajin pula mempunyai ramai kenalan. 113



Rangkap 2 Sesiapa yang tidak menepati janji, dia akan dihina orang. Rangkap 3 Jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik akan menyebabkan nama keluarganya turut tercemar. Rangkap 4 Di dunia ini terdapat pelbagai perbuatan yang mendatangkan dosa, justeru kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukannya. Rangkap 5 Hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan tanpa mengira bangsa. Rangkap 6 Kaum wanita mesti menjaga maruah dirinya. Rangkap 7 Jika seseorang tidak berharta saudara-mara akan menjauhkan diri. Rangkap 8 Tanpa kesihatan yang baik, wang yang banyak tidak menjamin kebahagian hidup.



Rangkap 9 Jika terlalu mengikut perasaan boleh membawa kepada perkara yang memudaratkan. Rangkap 10 Kekuatan iman menentukan baik atau buruknya kelakuan seseorang.



Tema 114



Panduan dalam kehidupan manusia. Huraian:



Manusia perlu mengelakkan perkara negatif dalam kehidupan mereka untuk memperoleh kesejahteraan hidup.



Persoalan 1. Menjaga kehormatan wanita Contoh:



Orang perempuan manusia juga, Kehormatan dirinya wajib dijaga.



2. Perlu menjauhi maksiat Contoh:



Segala maksiat ada di dunia, Ikhtiarkan diri menjauhi dia.



3. Orang berdosa dipandang hina. Contoh:



Hukuman bagi orang berdosa, Dengan tiada memandang bangsa.



4. Manusia memandang kekayaan. Contoh:



Kalau tiada emas di pinggang, Sanak saudara menjadi renggang.



SYAIR SERATUS SITI (Penyelenggara: Junaini Kasdan)



Maksud Rangkap 1 Sultan Mansur berasa amat gembira apabila melihat negerinya sudah dihias cantik. Kemudian, baginda mengarahkan semua menteri agar datang ke istana untuk berjumpa dengan baginda. Rangkap 2 115



Semua menteri datang menghadap Sultan Mansur dengan segera. Dengan penuh sopan, mamanda / pembesar negeri bertanyakan tujuan baginda memanggil mereka. Rangkap 3 Sultan Mansur menyatakan bahawa mamanda telah dianggap sebagai pengganti ayahanda dan bonda baginda. Oleh itu, baginda ingin menyuarakan hal yang telah lama difikirkannya. Rangkap 4 Sultan Mansur menyatakan bahawa baginda sudah lama menjadi raja tetapi baginda belum pernah beristeri. Oleh itu, baginda mahu berkahwin. Baginda mahu setiap mamanda menyerahkan anak mereka untuk dikahwini oleh baginda. Rangkap 5 Selain itu, Sultan Mansur menitahkan agar seluruh rakyat menghantar anak perempuan masing-masing ke istana untuk dipilih oleh raja untuk dijadikan isteri. Baginda sanggup memberikan kemewahan kepada keluarga bakal isteri-isterinya. Rangkap 6 Sultan Mansur menitahkan mamanda mencari 100 orang gadis tanpa mengira keturunan asalkan beriman untuk dijadikan teman hidup baginda. Rangkap 7 Sultan Mansur menitahkan mamanda supaya memilih gadis yang berbudi pekerti. Rangkap 8 Sultan Mansur tidak mahu mengahwini perempuan yang pernah berkahwin tetapi telah bercerai / janda. Baginda tidak mahu walaupun janda memiliki rupa yang menarik kerana janda memiliki akal panjang lantaran mereka pernah menjalani hidup berumah tangga. Rangkap 9 116



Sultan Mansur bimbang jika janda tidak mengasihi baginda sepenuhnya lantaran masih mengingati bekas suaminya. Rangkap 10 Sultan Mansur menitahkan mamanda mencari 200 orang gadis yang kurang cantik untuk dijadikan pelayan di istana baginda. Rangkap 11 Deraman Syah ialah seorang menteri yang sudah tua dan berpengalaman. Apabila dia mendengar kata-kata Sultan Mansur, dia memberitahu baginda bahawa dia hanya memiliki seorang anak gadis. Rangkap 12 Deraman Syah menyatakan bahawa mungkin Sultan Mansur tidak menyukai anak gadisnya kerana anak gadisnya masih kanak-kanak dan sangat gemuk. Rangkap 13 Deraman Syah menyatakan bahawa gadis di dalam negeri boleh didapatkan dan dibawa ke istana. Lagipun, tiada sesiapa yang berani melanggar titah Sultan Mansur.



Tema Keinginan raja untuk mendapatkan isteri.



Persoalan 1. Ketaatan kepada raja Contoh:



Semua menteri menghadap Sultan Mansur dengan segera apabila dititahkan oleh baginda.



2. Kesunyian hidup tanpa pasangan 117



Contoh:



Sultan Mansur ingin beristeri kerana kesunyian dan tidak pernah beristeri.



3. Kesopanan terhadap raja Contoh:



Dengan penuh sopan, mamanda / pembesar negeri bertanyakan tujuan baginda memanggil mereka.



SYAIR BIDASARI Maksud Rangkap 1 Raja menitahkan pengikutnya berhenti rehat kerana mereka telah keletihan. Rangkap 2 Baginda menitahkan ketiga-tiga orang menterinya untuk mencari air minuman. Rangkap 3 118



Raja berasa sangat dahaga dan meminta ketiga-tiga orang menterinya mencari air walaupun sedikit sama ada air sungai atau perigi. Rangkap 4 Ketika ketiga-tiga menteri cuba memenuhi perintah Raja, mereka menemui Taman Bidasari. Rangkap 5 Ketiga-tiga menteri kehairanan melihat taman tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tiada taman di kawasan itu sebelum ini. Rangkap 6 Mereka bertanya sesame sendiri mengenai tuan taman yang cantik itu. Mereka mengandaikan bahawa tempat itu merupakan rumah makhluk halus. Rangkap 7 Salah seorang daripada menteri telah menemui satu pintu pagar tetapi berkunci dan susah untuk dibuka.



Rangkap 8 Menteri yang termuda kembali menemui raja dan memberitahu bahawa mereka tidak berjaya menemukan air.



Tema Ketaatan pegawai menjalankan tugasan yang berikan oleh pemimpin.



Persoalan 119



1. Kesediaan memenuhi kehendak pemimpin. Contoh: Berapa dicari air nan tiada (R8 B4) 2. Kepatuhan kepada perintah raja Contoh: Pergilah berjalan menteri ketiga (R3 B3) 3. Kesungguhan dalam melaksanakan tugas Contoh: Hendak dibuka terlalu sukar (R7 B4) 4. Bertanggungjawab menjaga keselamatan Contoh: Dikunci dengan besi yang tegar (R7 B3) 5. Menghormati orang yang lebih tinggi darjatnya Contoh: Berdatang sembah kepada baginda (R7 B2) 6. Kepentingan air dalam kehidupan Contoh:



Rasaku ini sangatlah dahaga Barang sedikit carikanlah juga



PROSA TRADISIONAL 120



RADEN PUSPA KENCHANA Sinopsis Prosa tradisional ini mengisahkan sebuah negeri yang bernama Chempaka Jajar, diperintah oleh seorang raja bernama Seri Inu ataupun lebih dikenali sebagai Sang Nata. Baginda telah membina sebuah taman yang indah, dipagari dengan kota batu dan di dalamnya terdiri daripada beberapa buah istana. Baginda telah menyimpan puteri-puteri yang ditawan oleh baginda disitu untuk bertenun kain. Terdapat seorang puteri yang bernama Raden Puspa Kenchana ataupun digelar sebagai Ken Tambohan yang sangat disayangi oleh Sang Nata dan Permaisuri. Pada suatu malam Ken Tambohan telah bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan badannya disinari cahaya bulan itu manakala di pinggangnya terbelit seekor naga. Mimpi tersebut menyebabkan Ken Tambohan sentiasa memikirkan maksud mimpinya itu. Sang Nata mempunyai seorang putera yang bernama Raden Inu Kertapati. Pada suatu malam Raden Inu Kartapati telah bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tiba-tiba datang seekor raksasa lalu melarikan bulan itu. Keadaan ini menyebabkan dia tertanya121



tanya tentang maksud mimpinya itu. Pada waktu tersebut Raden Inu Kertapati sudah berumur 17 tahun dan menurut ayahanda dan bondanya sudah sampai waktunya dia beristeri. Seorang menteri telah mencadangkan agar dia dikahwinkan dengan Puteri Ratu Banjar Kulon yang sangat cantik dan setaraf dengannya. Semasa Raden Inu pergi berburu di dalam kawasan taman dan tempat terbinanya istana Ken Tambohan, dia cuba menyumpit seekor burung serindit namum burung tersebut telah terbang masuk ke tempat Ken Tambohan bertenun. Baginda mengarahkan Wira Wani untuk mendapatkan burung tersebut. Dilihatnya burung itu berada disisi Ken Tambohan. Setelah diberitahu oleh Wira Wani, dengan segera Raden Inu pergi melihat dan apabila terpandang Ken Tambohan baginda begitu tertarik dan terpikat dengannya. Wira Wani menyedari bahawa Raden Inu sudah jatuh cinta kepada Ken Tambohan dan dia meminta agar baginda pulang kerana bimbang akan dimurkai oleh ayahanda baginda. Namun baginda tidak mahu pulang dan masuk ke tempat Ken Tambohan. Setelah dipujuk dan dirayu oleh Raden Inu maka Ken Tambohan telah menerima baginda untuk berkahwin dengannya. Perkahwinan Raden Inu dengan Ken Tambohan telah diketahui oleh Sang Nata dan permaisuri. Permaisuri amat murka dan tidak suka Raden Inu berkahwin Ken Tambohan kerana dia merupakan seorang puteri tawanan. Permaisuri ingin mencari jalan untuk membalas dendam kepada Ken Tambohan. Setelah beberapa hari berkahwin Raden Inu telah pulang ke istana untuk berjumpa dengan ayahanda dan bondanya. Permaisuri meminta agar Raden Inu pergi berburu kijang dan pelandok untuk dibawa kepadanya. Setelah Raden Inu pergi permaisuri mengarahkan dayang agar memanggil Ken Tambohan mengadapnya. Ken Tambohan telah dimarahi dan ditampar oleh permaisuri. Permaisuri telah memanggil Pelebaya (Tukang Bunuh) dan mengarahkannya untuk membunuh Ken Tambohan. Pelebaya meminta Ken Tambohan mengikutnya pergi ke dalam hutan dengan alasan ingin membawanya berjumpa Reden Inu setelah berada di dalam hutan barulah Pelebaya memberitahu bahawa dia diarahkan oleh permaisuri untuk membunuh Ken Tambohan. Sebelum dibunuh Ken Tambohan meminta Pelebaya meletakkan mayatnya di atas rakit dan ditaburkan bunga cempaka dan bunga ansana. Kemudian rakit tersebut dihanyutkan ke sungai setelah Ken Tambohan dibunuh, Pelebaya telah melaksanakan pesanannya. 122



Raden Inu yang tidak mendapat hasil dalam perburuannya telah berhenti ditepi sebuah sungai dan turun mandi bersama dengan pengikutnya. Semasa mandi mereka telah terpandang sebuah rakit yang sangat cantik. Raden Inu begitu terkejut apabila mendapati mayat Ken Tambohan di atas rakit tersebut. Akibat terlalu sedih dengan kematian isterinya Raden Inu telah membunuh diri dengan menikam dadanya. Wira Karta telah pulang ke istana dengan membawa berita kemangkatan Raden Inu dan sebab baginda membunuh diri. Sang Nata dan Permaisuri begitu terkejut dan sangat sedih dengan berita tersebut. Sang Nata dan permaisuri telah berangkat ke tempat Raden Inu membunuh diri. Semasa dalam perjalanan para menteri telah bercerita



kepada



Sang



Nata



perbuatan



permaisuri



yang



membawa



kepada



pembunuhan Ken Tambohan dan kematian Raden Inu. Mayat Raden Inu dan Ken Tambohan telah dibawa balik ke istana dan diletakkan di dalam candi. Pelebaya telah dikenakan hukuman bunuh manakala permaisuri pula diarahkan berada diluar istana untuk menjaga anjing perburuan. Sang Nata sangat sedih dan bermohon kepada Dewata Mulia Raya untuk menghidupkan kembali Raden Inu dan Ken Tambohan. Betara Kala dari kayangan telah diarahkan untuk ke istana Sang Nata untuk menghidupkan mereka berdua. Setelah berjumpa Sang Nata, Betara Kala telah menggunakan kembang ganda pura dan kembang wijaya untuk menghidupkan Raden Inu dan Ken Tambohan. Sang Nata begitu gembira setelah mereka berdua dihidupkan. Baginda telah mengampunkan dosa permaisuri dan menabalkan Raden Inu dan Ken Tambohan sebagai ratu dan suri negeri Kuripan.



Tema Bertemakan percintaan antara sesama manusia. Contohnya Raden Inu sangat mencintai Ken Tambohan tiada tolak bandingnya iaitu Raden Inu telah membunuh diri setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit semasa dia berburu kijang dan pelandok di dalam hutan.



123



Persoalan 1. Melakukan kezaliman kepada orang lain tanpa mengira hubungan. Contohnya Permaisuri telah mengarahkan Pelebaya membunuh menantunya iaitu Ken Tambohan di dalam hutan.



2. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pasangan. Contohnya Raden Inu sangat setia kepada Ken Tambohan sehinggakan sanggup mencabut nyawanya sendiri setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit.



3. Setiap perbuatan akan menerima balasannya. Contohnya Sang Nata telah menjatuhkan hukuman mati kepada Pelebaya dan mengarahkan Permaisurinya menjaga anjing di luar kota kerana terlibat dalam rancangan yang mebawa kepada kematian Ken Tambohan dan Raden Inu. HANG TUAH DIUTUS KE SIAM Sinopsis Laksamana bersama-sama Maharaja Setia



diutuskan ke benua Siam untuk



menyampaikan surat Raja Melaka yang berkehendakkan enam ekor gajah (empat ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina). Raja Melaka ingin menguasai negeri baru, Patani lalu mengarahkan Laksamana agar cuba mengalahkan Patani. Namun begitu, apabila sampai di Patani, Laksamana



melihat Patani



sukar ditakluki kerana



kedudukannya yang strategik. Laksamana dan Maharaja Setia tiba di benua Siam. Mereka di bawa berjumpa Oya Bagelang. Kedua-dua utusan Melaka itu diberitahu Oya Bagelang agar menghadap Phra Chau mengikut adat Siam dengan cara berjumpa seorang diri dan merangkak sambil menyembah. Walau bagaimanapun, dengan muslihat yang dibuat oleh Laksamana, akhirnya beliau dibenarkan menghadap Phra Chau menggunakan adat Melayu Melaka iaitu berjalan dan berkeris sewaktu menghadap raja Siam. Kepetahan Laksamana bertutur dalam bahasa Siam menarik perhatian Phra Chau lalu dikurniakan sepersalinan cara Siam. 124



Beberapa hari kemudian, Phra Chau memerintahkan supaya Chin Chu (pendekar Jepun dari Kamboja) berlawan pedang dengan Laksamana. Chin Chu yang angkuh ditewaskan oleh Laksamana. Pendekar bertujuh amat marah lalu mengamuk dan cuba membunuh Phra Chau tetapi dapat ditewaskan oleh Laksamana. Seramai lima orang pendekar Jepun itu dibunuh manakala dua orang lagi melarikan diri ke kuala benua Siam menuju ke Kamboja. Phra Chau berasa gembira dengan perkhabaran pembunuhan pendekar-pendekar Jepun itu lalu Laksamana dikurniakan sepersalinan. Semasa makan bersama-sama, Laksamana mencadangkan agar Phra Chau mengadakan jamuan untuk rakyat baginda dengan menjamu gendana (sejenis siput) daripada Berunai yang dibawa oleh Laksamana. Gendana itu diserahkan ke Kampung Bagelang. Laksamana dan Maharaja Setia kembali semula ke Melaka. Dalam perjalanan pulang, mereka dihalang pasukan panglima Jepun dari Kamboja yang ingin membalas dendam atas kematian lima orang pendekar Jepun yang dibunuh Laksamana. Kehebatan Laksamana berlawan dan menggunakan mantera sakti menyebabkan kesemua pahlawan Jepun dapat dikalahkan. Laksamana dan Maharaja Setia selamat tiba di Melaka. Utusan Siam dipersembahkan kepada Raja Melaka. Raja Melaka memilih dua ekor gajah besar yang diberi nama Pudi Ma’nikam dan Permata Sailan. Selang beberapa ketika, Raja Melaka mengarahkan Laksamana menguruskan pertabalan Raden Bajau sebagai raja di Bukit Seguntang. Isteri-isteri Raja Melaka melahirkan tiga orang anak yang diberi nama Puteri Gunung Ledang, Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.



Tema Bertemakan jalinan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Hal ini dapat dilihat apabila Laksamana Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka untuk diutus ke Benua Siam bagi membeli 6 ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana disukai oleh Raja Phra Chau kerana pandai bertutur dalam bahasa Siam dan bijak berlawan menewaskan musuh sehinggakan cadangan Laksamana agar Raja Siam 125



menjamu rakyatnya dengan gendana dipersetujui oleh Raja Siam. Laksamana juga telah dianugerahkan dua kali persalinan atas khidmat bakti kepada Benua Siam dan turut menghadiahkan 10 ekor gajah, iaitu 6 ekor kepada Raja Melaka dan 4 ekor kepada Laksamana.



Persoalan 1. Perihal kesetiaan rakyat kepada raja Contoh:



Laksamana Hang Tuah akur akan perintah Raja Melaka untuk diutuskan ke Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja yang menginginkan gajah.



2. Perihal kepahlawanan pendekar Melayu yang gagah dan berani Contoh:



Laksamana Hang Tuah telah berjaya mengalahkan 8 pendekar Jepun dari Kamboja, termasuklah Chin Chu.



3. Kemurahan hati raja terhadap rakyat jelata Contoh:



Raja Phra Chau telah menjamu rakyatnya dengan gendana yang dibawa oleh Laksamana dari Berunai.



4. Perihal menghormati tetamu yang datang berkunjung Contoh:



Raja Phra Chau menerima kunjungan Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan Hang tuah masuk mengadap menggunakan adat Melayu iaitu berjalan dan berkeris.



5. Kepentingan menjaga dan mengekalkan adat orang Melayu Contoh:



Laksamana berjaya memujuk Raja Phra Chau supaya menerima adat kunjung hormat mengikut adat Melayu tanpa perlu merangkak, sebaliknya berjalan ketika menghadap Raja Siam.



126



HIKAYAT PARANG PUTING Sinopsis Hikayat Parang Puting mengisahkan seorang budak miskin yang mendapat tiga barang berharga iaitu cincin hikmat, tongkat sakti dan parang puting. Budak miskin tinggal bersama-sama ibunya dan sering bermain-main dengan seekor helang, tikus dan juga membela anak ular naga.



Anak ular naga yang hidup di sungai sering menjadi



perhatian orang kampung. Datuk Syahbandar meminta budak miskin datang ke rumahnya untuk melihat sendiri anak ular naga. Syahbandar kehairanan melihat budak miskin boleh bermain dengan anak ular naga. Masyarakat kampung terkejut apabila melihat budak miskin naik di belakang ular naga seperti naik gajah. Sebelum pulang, datuk syahbandar telah memberi bekalan makanan seperti beras dan padi serta baju kepada budak miskin . Masyarakat kampung yang melihat keistimewaan budak miskin itu juga telah memberi berbagai-bagai jenis makanan dan buah-buahan seperti keladi, ubi, pisang dan sebagainya. Perkhabaran tentang budak miskin dengan ular naga sampai ke telinga raja. Melalui datuk Syahbandar, raja telah meminta budak miskin bersama-sama ular naga dan binatang lain datang menghadap baginda ke istana. Budak miskin ke istana dengan naik di atas belakang ular naga dan diikuti oleh helang yang terbang di atas kepala 127



serta tikus yang mengekori di belakang ular naga. Budak miskin juga ditemani oleh datuk Syahbandar. Raja dan menteri merasa takjub apabila melihat anak ular naga. Sebelum budak miskin pulang ke rumah, baginda telah mengurniakan kain, baju dan beras serta dua orang hamba sahaya. Anak ular naga yang dibela telah menjadi besar. Oleh sebab badannya yang besar, anak ular naga telah melarikan diri ke tasik hijau pada waktu malam, kerana jika anak naga berendam di dalam sungai kampung itu akan menyebabkan musibah besar kepada budak miskin dan orang kampung. Kehilangan budak miskin menyebabkan ibu budak miskin meminta dua hamba sahaya mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. Hal ini menyebabkan ibu budak miskin menangis dan meminta bantuan datuk syahbandar. Datuk Syahbandar mencadangkan kepada ibu budak miskin supaya mengadakan kenduri untuk mendoakan anaknya. Pada keesokan harinya, apabila budak miskin melihat ular naga sudah tiada di rumahnya, dia telah pergi mencari anak ular naga tersebut bersama-sama tikus dan helang dengan mengikut kesan tapak anak naga berjalan sehinggalah mereka berjumpanya. Anak naga menyuruh budak miskin supaya meminta nendanya memberikan cincin yang berada di dalam mulut nendanya sebagai balasan kerana telah menjaganya. Setelah nenda anak ular naga muncul dari tasik hijau ia telah meminta budak miskin datang menghampirinya dan bertanyakan permintaan budak miskin itu. Setelah melihat wajah budak miskin, nenek anak ular naga berasa belas kasihan dan menyerahkan cincin yang mempunyai banyak kesaktian. Budak miskin dan ular naga berpelukan sebelum berpisah. Budak miskin meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah tetapi telah sesat dan masuk ke hutan besar. Peristiwa nenda ular naga memberi cincin saktinya telah menyebabkan ibu anak ular naga marah dan meminta hulubalangnya mencari budak miskin untuk menukarkan tongkat dengan cincin tanpa mencederakan budak itu.



Hulubalang naga telah



berjumpa dengan budak miskin yang berada di bawah pokok. Setelah berkenalan, hulubalang ular naga tertarik hati melihat budak miskin dan menceritakan hasratnya untuk mendapatkan cincin arahan daripada bonda anak ular naga. Hulubalang telah menyatakan khasiat tongkat yang banyak kegunaannya. Setelah mendengar kesaktian 128



itu, budak miskin telah bercita-cita untuk mendapatkan tongkat itu. Hulubalang naga berasa panas dan ingin berendam di kolam yang berhampiran dengan tempat itu. Apabila hulubalang naga telah berendam di dalam kolam, budak miskin telah mengetuk tiga kali tongkat tersebut menyebabkan hulubalang tidak bergerak. Budak miskin meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan parang puting yang boleh menebang pokok sendiri. Apabila dilihat oleh budak miskin, parang puting telah terbang balik ke rumah tuannya. Budak miskin telah mengekori parang puting sehingga sampai di rumah seorang tua. Orang tua itu telah menjemput budak miskin naik ke rumahnya.



Pada malam itu, budak miskin telah mengetuk tongkatnya



menyebabkan terhidang makanan malam. Budak miskin menjemput orang tua itu makan bersama-sama mereka. Setelah melihat kejadian itu, orang tua telah meminta budak miskin menukarkan tongkatnya dengan parang puting. Pada keesokannya budak miskin telah meneruskan perjalanan pulangnya ke rumah bersama-sama helang dan tikus dengan membawa parang puting tersebut.



Setelah sampai di rumah, ibunya



sangat gembira dan meminta anaknya berjumpa dengan datuk Syahbandar iaitu bapa angkatnya. Setelah berjumpa datuk Syahbandar, budak miskin menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tempat ular naga berada sehinggalah dia pulang pada hari ini setelah ditanya oleh bapa angkatnya. Semasa pulang ke rumah setelah berjumpa ayah angkatnya, budak miskin telah meminta ibunya merahsiakan cincin geliga yang banyak kesaktiannya daripada masyarakat kampung. Akhirnya budak miskin hidup bahagia bersama-sama helang, tikus dan ibunya.



Tema Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara akan membawa kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga.



Budak miskin membela anak ular naga sehingga besar.



Hubungan istimewa antara anak ular naga dan budak miskin membawa tuah kepada keluarganya.



Orang ramai memberikan pelbagai hadiah seperti padi, beras, buah-



buahan dan baju kepada budak miskin termasuklah datuk syahbandar dan raja.



129



Persoalan 1. Taat kepada pemerintah Contoh:



Budak miskin akur kepada perintah Datuk Syahbandar supaya datang ke rumahya dengan membawa anak naga teman permainannya.



2. Sayang akan binatang Contoh:



Budak miskin memelihara dan menyayangi helang, tikus dan anak ular naga.



3. Tanggungjawab ibu terhadap anak Contoh:



Bonda budak miskin menyediakan makanan untuk budak miskin.



4. Kasih sayang dalam keluarga Contoh:



Nenda anak ular naga amat menyayangi cucunya/bonda budak miskin sentiasa mendoakan agar anaknya dijumpai.



130