Nota Pengajian Am Penggal 3 Bhgian Analisis Data [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Cikgu Salmiah Ramli 1 Email: [email protected]



ALIH BENTUK KOMUNIKASI DARI BUKAN LINEAR KEPADA LINEAR



Jadual atau Carta Pai atau Graf (Mentafsir atau menganalisis data)



Pembahagian Soalan



Carta Alir atau Gambar Rajah (Menghurai proses atau faktor)



2.



Kemahiran asas perlu dikuasai:



MEMAHAMI DAN MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN



Kebiasaan terdapat 2 kehendak soalan iaitu: •Menganalisis data (mentafsir data) - AD



. Menganalisis pengetahuan - AP



MEMAHAMI FORMAT PENULISAN JAWAPAN



Format Bergabung - analisis data + analisis pengetahuan ditulis dalam satu perenggan



Format berasingan -analisis data + analisis pengetahuan ditulis dalam perenggan yang berasingan



CARA MENULIS JAWAPAN



Menyatakan bentuk analisis data



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Bukti /data



analisis pentahuan AP (jika diminta)



Page 1



Cikgu Salmiah Ramli 2 Email: [email protected] 3.



4.



Pendekatan Menganalisis data (AD) 1.



Pendekatan Analisis/ Pola Perubahan a. Meningkat berterusan b. Menurun berterusan c. Turun naik/ tidak konsisten/tidak stabil d. Konsisten/stabil



2.



Pendekatan Analisis/ Pola Bandingan a. Paling Tinggi/tertinggi b. Paling Rendah/terendah c. Lebih banyak/paling banyak d. Lebih besar/paling besar



3.



Pendekatan Analisis/ Pola Perubahan Bandingan



Cara menjawab 5.1



Menganalisis Kehendak Soalan (KS)  Terdapat 2 kehendak soalan : o Analisis data (AD):  Menganalisis jenis pola-pola utama iaitu:  Pola Perubahan  Pola Bandingan  Pola umum (Perubahan bandingan) o Analisis Pengetahuan (AP):  Berikan Sebab/Faktor/Kesan/Langkah



5.2



Memilih Format Jawapan  Format Bergabung: o Idea : Jenis Pola + contoh DalSatu perenggan o Huraian : Data sebagai bukti + Sebab  Format Berasingan: o Analisis Data AD:  Idea : Jenis Pola + contoh Satu perenggan  Huraian : Data sebagai bukti o Analisis Pengetahuan AP:  Idea : Sebab/Faktor/Kesan/Langkah Satu Satu perenggan perenggan  Huraian : Huraian idea



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 2



Cikgu Salmiah Ramli 3 Email: [email protected]



1.0



PENDEKATAN ANALISIS PERUBAHAN/ POLA PERUBAHAN 1.1. Jenis jadual



Menganalisis data (AD) dengan merujuk kepada perubahan data:  Meningkat berterusan  Menurun berterusan  Tiada perubahan/ stabil/ konsisten  Tidak konsistan – menurun,menaik, menurun dan menaik, menaik dan menurun



(Kata Kunci dalam soalan):-



Ciri-Ciri Soalan i. ii. iii. iv. v. vi.



Menggunakan perkataan “Perubahan” dalam soalan Menggunakan perkataan “Perkembangan” dalam soalan Menggunakan perkataan “Pergerakan” dalam soalan Menggunakan perkataan “Kadar” dalam soalan Menggunakan perkataan “Aliran” dalam soalan Menggunakan perkataan “Trend” dalam soalan



Teknik menganalisis :



i. ii. iii. iv.



Menganalisis data secara mendatar sahaja iaitu dengan melihat pergerakan dari tahun ke tahun. Ingat: perubahan tidak boleh dilihat jika ia hanya melibatkan satu tahun sahaja diberi. Kata kunci Jawapan –meningkat/menurun/tidak konsisten/konsisten Data yang digunakan untuk dianalisis - Hanya data mutlak.



Sudut pandangan



Kelompok Negara Asia Barat Asia Tenggara Kesatuan Eropah Amerika utara Amerika Tengah Afrika Utara Jumlah



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Tahun 2012 19 615 119 814 42 930 44 207 13 222 2 306 246 861



Nilai Eksport (RM Juta) Tahun 2013 Tahun 2014 22 917 31 324 128 080 241 512 49 021 34 763 39 616 26 278 11 985 12 564 2 306 2 306 266 147 348 747



Page 3



Cikgu Salmiah Ramli 4 Email: [email protected] Analisis Data (AD) 1. 2. 3. 4.



Jumlah Keseluruhan – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan) Asia Barat – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan) Asia Tenggara – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan) Kesatuan Eropah – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola tidak konsisten meningkat dan menurun) 5. Amerika Utara– tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola menurun berterusan) 6. Amerika Tengah– tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola Tidak konsisten menurun dan meningkat) 7. Afika Utara – tahun 2012 hingga tahun 2014 ( Pola konsisten/ stabil)



Contoh Soalan Analisis Jadual- Soalan 1: Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian. EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA ASEAN TERPILIH DARI TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2006



Negara



2004 (RM Juta) Nilai % 1141 1.18 5162 5.36 6804 7.06 909 0.94 60534 62.80 17505 18.16 4334 4.50 96389 100



Brunei Filipina Indonesia Myanmar Singapura Thailand Vietnam Jumlah * Anggaran



Nilai Mutlak



2005 (RM Juta) Nilai % 1205 1.25 5469 5.69 8086 8.42 568 0.59 62488 65.06 15092 15.71 3138 3.27 96046 100



2006 * (RM Juta) Nilai % 1206 1.02 7362 6.22 11677 9.86 533 0.45 72176 60.94 22954 19.38 2526 2.13 118431 100



Nilai Peratusan



Analisis Kandungan Soalan : Ciri-Ciri Soalan   



Menggunakan perkataan “Perubahan” dalam soalan. Menerangkan mengikut negara ke satu negara Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh diambil untuk mencari perbezaan peratusan



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 4



Cikgu Salmiah Ramli 5 Email: [email protected]



1. Kehendak Soalan o Analisis data (AD) o Analisis Pengetahuan (AP)



o



Format Penulisan Jawapan



:



1) Perubahan eksport Malaysia 2) Sebab berlaku perubahan sedemikian



:



Bergabung (dalam satu perenggan)



Skema Jawapan (4 + 0) = 4 isi pola perubahan



STEP 1: ANALISIS DATA (AD) – POLA PERUBAHAN – Sila lihat hanya pada data mutlak bukan data peratusan 8. Jumlah Keseluruhan – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola tidak konsisten – menurun dan meningkat semula) 9. Brunei – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan) 10. Filipina – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan) 11. Indonesia – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan) 12. Myanmar – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan) 13. Singapura – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola Meningkat berterusan) 14. Thailand – tahun 2004 hingga tahun 2006 ( Pola tidak konsisten – menurun dan meningkat) 15. Vietnam – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan) Rumusan : terdapat 3 jenis pola perubahan dari jadual diatas: 1. Meningkat berterusan a. Brunei b. Filipina c. Indonesia d. Singapura 2. Tidak konsisten – menurun dan meningkat semula a. Jumlah Keseluruhan b. Thailand 3. Menurun berterusan a. Myanmar b. Vietnam



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 5



Cikgu Salmiah Ramli 6 Email: [email protected] CARA MEMBINA IDEA/ ISI:  



Idea hendaklah di tulis dalam satu ayat sahaja. Idea perlu ada 3 elemen seperti: i) Negara/sektor(dalam idea perlu menyatakan semua negara/sektor yang terlibat) ii) Tahun/tempoh (dari tahun mana ke tahun mana) iii) Jenis pola



Contoh Idea: “Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan” BUKTI DATA: Nota: Bukti data perlu ada 4 elemen iaitu: i) Tahun ii) Negara/ sektor iii) Nilai sebenar tahun yang disebut. iv) Perbezaan jumlah dalam nilai mutlak dan peratusan



Contoh : Meningkat Berterusan : Negara Brunei “Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat kepada RM1206 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta bersamaan 5.69%.” Nota: Untuk Pola Perubahan yang meningkat berterusan atau menurun berterusan, memandai hanya sebut tahun awal dan tahun akhir sahaja. Tahun diantaranya tidak perlu di sebut atau ditulis. Perbezaan antara tahun awal dan tahun akhir ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai peratusan. Contoh Pengiraan seperti berikut: Negara Brunei Tahun awal tolak tahun akhir (Tahun 2004 – Tahun 2006) Tahun 2004 RM1 141 juta - Tahun 2006 RM1206 juta = Meningkat sebanyak RM65 juta Peratusan = Perbezaan jumlah bahagi Jumlah tahun awal X 100 65 juta X 100 = meningkat 5.69% (dua titik perpuluhan) 1 141 juta Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 6



Cikgu Salmiah Ramli 7 Email: [email protected]



Ingat: Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh diambil untuk mencari perbezaan peratusan. Hal Ini merupakan satu kesalahan yang besar.



Contoh : Tidak Konsisten – menurun dan meningkat semula : Negara Thailand “Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan sebanyak RM 2413 juta atau 13.78% kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada RM22 954 juta. Peningkatan ini sebanyak RM7502 juta atau 49.70%.”



Nota: Untuk pola perubahan yang tidak konsisten, data perlu di tulis dari tahun ke tahun mengikut turun naik data tersebut.



Perbezaan antara tahun ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai peratusan. Contoh Pengiraan seperti berikut:



Negara Thailand: i.



Tahun 2004, RM17 505 juta – Tahun 2005, RM15 092 juta = Menurun sebanyak RM 2413 juta Peratusan= Perbezaan jumlah bahagi tahun awal







2 413 Juta X 100 = menurun 13.74% 17 505 juta



Tahun 2005, RM15 092 juta – Tahun 2006, RM22 954 juta = Meningkat sebanyak RM7502 juta Peratusan = Perbezaaan jumlah bahagi tahun awal 7 502 juta X 100 = meningkat 49.70% 15 092 juta



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 7



Cikgu Salmiah Ramli 8 Email: [email protected] STEP 2 – ANALISIS PENGETAHUAN (AP) : Berikan alasan sebab @ kenapa berlaku perubahan dari tahun 2004 hingga tahun 2006 untuk negara-negara tersebut. Sila pilih contoh satu negara sahaja bagi setiap 3 pola di atas:



Contoh 1: untuk Meningkat berterusan: Negara Brunei Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Brunei meningkat berterusan? Jawapan: “Berlakunya peningkatan ini adalah disebabkan oleh negara Brunei yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi menampung keperluan ini, maka pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu dilakukan”. (Isi + Huraian)



Contoh 2: Untuk Tidak Konsisten – menurun dan meningkat semula: Negara Thailand. Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Thailand tidak konsisten iaitu menurun dan meningkat semula? Jawapan: “Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya ketidakstabilan politik dalam negara Thailand sehingga menjejaskan perdagangan antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan pedagang Malaysia membekukan perdagangan mereka buat sementara waktu tetapi meningkat sedikit pada tahun berikutnya”. (Isi + Huraian)



STEP 3 – Format penulisan Jawapan:



Format Bergabung



ATAU



Format Berasingan



?? Untuk kedua-dua soalan dibawah, formatnya adalah Format Bergabung.



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 8



Cikgu Salmiah Ramli 9 Email: [email protected]



Contoh Soalan 1: Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.



Contoh Soalan 2: Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perkembangan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006.



Kata kunci Format bergabung:  



Ada ayat seperti “mengapakah berlakunya perubahan sedemikian” dalam soalan. Tiada lagi ayat selepas tahun.



# Oleh kerana format penulisan jawapan jenis bergabung. Bermakna Analisis Data + Bukti + Alasan sebab perlu di tulis dalam satu perenggan yang sama.



SKEMA 4 + 0 – Format bergabung 1. Perenggan 1 – Pendahuluan (ambil sebahagian ayat daripada soalan) 2. Peranggan 2 – Jumlah Keseluruhan – untuk pola perubahan, jumlah keseluruhan selalunya akan menjadi isi yang pertama (Isi 1) 3. Perenggan 3 – Meningkat berterusan (Isi 2) 4. Perenggan 4 – Menurun berterusan (Isi 3) 5. Perenggan 5 – Tidak konsisten (Isi 4) 6. Perenggan 6 - Kesimpulan



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 9



Cikgu Salmiah Ramli 10 Email: [email protected] Contoh Penulisan Jawapan lengkap: Jadual menunjukkan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006. Bukti data dari jadual IDEA



Perbezaan



Perlu tulis SEMUA Negara yg mengalami peningkatan



1 Markah



1 Markah



Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara Asean terpilih dari tahun 2004 hingga tahun 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, jumlah eksport sebanyak RM96 389 juta meningkat kepada RM118 431 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah sebanyak RM22 042 juta atau 22.86%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh berlakunya perkembangan perdagangan antarabangsaa antara negara Asean. Kerjasama yang wujud ini menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang.



Sebab berlaku prubahan sedemikia n



(I + H)



Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat kepada RM1206 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta atau 5.69%. Berlaku peningkatan ini adalah disebabkan negara Brunei yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi menampung keperluan ini, maka pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu dilakukan. Eksport Malaysia ke Myanmar dan Vietnam dari tahun 2004 hingga tahun 2006 (anggaran) adalah semakin menurun berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Vietnam sebanyak RM4 334 juta menurun kepada RM2 526 juta pada tahun 2006 (anggaran). Penurunan ini adalah sebanyak RM 1 808 juta atau 41.71%. Berlakunya penurunan ini adalah disebabkan negara Vietnam masih lagi menghadapi masalah keamanan dalam negara. Peniaga dari Malaysia masih belum yakin dengan sambutan peniaga di negara berkenaan. Keadaan ini menyebabkan nilai eksport semakin berkurangan tahun demi tahun. Eksport Malaysia ke Thailand dari tahun 2004 hingga 2006 (anggaran) adalah tidak konsisten iaitu menurun dan meningkat semula. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan sebanyak RM 2413 juta atau 13.78% kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada RM22 954 juta. Peningkatan ini sebanyak RM7502 juta atau 49.70%. Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya ketidaksatabilan politik dalam negara Thailand sehingga menjejaskan perdagangan antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan pedagang Malaysia membekukan perdagangan mereka buat sementara waktu. Peningkatan secara keseluruhan nilai eksport Malaysia memberi lebih perkembangan ekonomi dan seterusnya kesejahteraan rakyatnya.



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 10



1 Markah



Cikgu Salmiah Ramli 11 Email: [email protected]



Nota:  Data peratus dalam jadual boleh diabaikan (untuk pola perubahan je)  Pastikan “anggaran” ditulis bagi data 2006. Kecuaian akan menyebabkan idea tidak diterima.  Idea 2,3 perlu menyatakan SEMUA sektor terlibat dan memandai hanya mengambil SATU sektor dalam bukti



Pemarkahan: Idea Huraian idea Bahasa Impak



= = = =



4 idea = 4 markah 4 idea X 2 huraian = 8 markah 2 markah 1 markah



Jumlah



=



15 markah



Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang perlu di ketahui. Contoh di atas adalah yang paling basic.



Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017



Page 11