Objektif Kajian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

OBJEKTIF KAJIAN 



menerangkan 3 faktor kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu







mengenal pasti 3 kesan kedatangan kuasa barat







mengenal pasti 4 strategi yang digunakan oleh kuasa barat untuk mendapatkan Tanah Melayu







menyatakan 4 langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penjajahan bentuk baharu



PENGENALAN Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang menjadi tumpuan beberapa kuasa asing.Antara kuasa asing yang menumpukan perhatian terhadap Tanah Melayu adalah kuasa barat.Terdapat pelbagai faktor yang telah mendorong kuasa barat untuk menjajah Tanah Melayu.Antara faktor-faktornya adalah ekonomi, keagamaan dan revolusi perindustrian.



Faktor-faktor yang disebut di atas mendapat tumpuan pada abad-abad yang berlainan. Ekonomi dan keagamaan merupakan faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16.Selain itu, revolusi perindustrian merupakan faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-17 dan 18.Faktor-faktor yang disebutkan di atas akan dibincang dengan terperinci pada perenggan berikut.



FAKTOR-FAKTOR



Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16,kuasa barat adalah untuk untuk memboloti barangan mewah seperti bahan-bahan mentah,rempah ratus,tembikar, emas dan berlian.Barangan mewah tersebut



merupakan hasil kekayaan Tanah



Melayu dan telah dibawa ke negara mereka masing-masing bagi memajukan ekonomi negara mereka.



Faktor kedatangan kuasa barat pada abad 16 juga adalah perluasan agama Kristian. Ia merupakan satu lagi faktor utama kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu. Apa yang menyebabkan faktor ini adalah semangat peperangan Salib menentang Islam yang masih berkobar-kobar di negara barat.Justeru itu,mereka telah memperluaskan kekuasaanya ke Tanah Melayu untuk menyerbakan agama Kristian.



Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-17 dan 18 adalah revolusi perindustrian. Negara-negara barat telah mencuba nasib di Tanah Melayu.Ini adalah kerana selepas berlakunya revolusi perindustrian,dasar kuasa-kuasa barat berubah corak.Mereka terpaksa mencari pusat perdagangan da menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keprluan kilang perusahann mereka secara berterusan .Revolusi perindustrian memolehkan barangan dikeluarkan secara besarbesaran.Dengan kepesatan pengeluaran barangan kilang,kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tarsebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan