Panduan Lengkap Setup BBMA VOL 2 PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

fghgfh



FIRULSNR FX



PRAKTIKAL LENGKAP MENGUASAI KIRAAN LOT ENTRY DAN COMPOUNDING



“ Pa dua Le gkap E try Da Si ulasi Trade De ga Modal 00USD Me jadi 7000USD “



| Copyright FirulSNR FX



Panduan lengkap setup BBMA + break SNR



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pertamanya saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi mendapatkan e-book ini dan memberi kepercayaan atas tulisan saya.



E-book ini akan menerangkan cara-cara bagaimana untuk trade dengan menggunakan setup BBMA + break SNR. Ianya telah saya ceritakan dalam Facebook. Mungkin ramai yang dah belajar asas disana.



Namun jika anda belum pernah ikut tulisan saya di Fb, insyaAllah anda akan dapat belajar juga dengan e-book ini sebab setup ni agak mudah untuk difahami.



Dalam e-book ini saya lampirkan gambar-gambar setup untuk kajian dan kefahaman. Saya masukkan juga gambar-gambar history entry saya sebagai tambahan keyakinan untuk anda semua.



Ok kita straight to the point ya..



Syarat / prosedur untuk entry cara BBMA + break SNR



Bagi anda yang dah baca dan mengikut tulisan saya di Facebook, mungkin dah faham cara setup kita ni. Macam mana nak kenal setup dan apa syarat untuk entry.



Setup yang kita guna ialah Extreme dan break SNR. Saya akan jelas dan ditilkan setup ni dengan cara yang santai dan penerangan yang simple.



Nak juga saya pesan kepada pengamal BBMA, setup ni memang lain dari cara yang anda guna. Saya hanya guna MA 5 dan Bolinger Band. Kefahaman cs arah, re entry di MA saya tak guna.



Saya kena jelaskan dulu supaya nanti tak bercampur kefahamannya.



Ok tuan / puan...jom belajar.



Langkah pertama ialah kita masukkan dulu indicator yang diperlukan.



1. Masukkan indicator Bolinger Band dengan default setting.



2. Masukkkan indicator Moving Average



Ok siap indicator. Kita hanya pakai Bolinger Band dan Moving Average 5 saja ya.



Mengenal Extreme



Mencari dan mengenal Extreme adalah syarat pertama sebelum kita Entry. Kita hanya ada 2 syarat. Syarat kedua ialah market / candlestick mesti break SNR. Nanti kita tengok..



Apa dia Extreme ? Iaitu MA 5 keluar dari Bolinger Band. Jika MA 5 high ( MA merah ) keluar dari atas top BB, maka itu adalah Extreme Sell. Jika MA 5 low ( MA kuning ) keluar dari low BB, maka itu kita panggil Extreme Buy.



Apa fungsi Extreme ni ? Ia petunjuk sebagai pemati arah trend. Katalah market sedang naik, kemudian berlakulah Extreme sell..maka itu petanda awal yang market akan berubah kepada downtrend.



Contoh Extreme Sell



Ini contoh gambar Extreme sell. Candle naik..naik..sampailah MA merah keluar dari Bolinger Band ( BB )



Dan disamping itu juga akan ada candle yang berlawanan. Ini melengkapkan wajah Extreme.



Ingat...MA keluar dari BB dan ada candle yang lawan trend / berlawanan.



Contoh Extreme Buy



Ini contoh Extreme Buy. Market turun..turun..turun dari atas hinggalah MA kuning keluar dari low BB bersamanya ada candle yang berlawanan. Iaitu candle buy lah...



Ok nampak tak contoh-contoh Extreme ? Ingat...MA keluar dari BB itu Extreme, dan ada bersamanya candle yang berlawanan.



Kesimpulan



1. Extreme adalah step pertama untuk lengkapkan prosedur ( SOP ) entry cara BBMA + break SNR 2. Hanya perhatikan berlakunya Extreme saja, tidak boleh entry lagi sehingga berlaku syarat ke 2 iaitu break SNR ( tengok bab break SNR ) 3. Ingat..Extreme ialah MA 5 keluar dari BB dan ada cs berlawanan sekali 4. Extreme adalah tanda awal pemati trend / petunjuk market nak berubah arah. Tapi tetap kena tunggu syarat ke 2 iaitu break SNR



Ok...beralih ke syarat ke 2 pulak. Jom tengok.....



Mengenali SNR



Support dan Resistence.



Ramai yang boleh sebut, ramai yang tahu..ramai yang trade guna SNR. Ramai juga yang macam pernah dengar tapi tak berapa jelas. Bagi yang tahu, kefahaman tu mungkin berbeza, atau setup nya pun tak sama.



Ada a g trade ara e tr sell .



reak high resiste e e tr



u , reak low support



Ada juga a g trade de ga ara tu ggu reje t, reje t high resiste e e tr sell, reject low ( support ) entry buy



Secara asasnya, support ialah harga terendah dan resistence ialah harga tertinggi semasa market bergerak. Pergerakan market...naik..turun..naik..turun...naik..turun.... Yang turun itu Support, yang naik itu Resistence...



Contoh pergerakan naik turun Support dan Resistence.



Dalam pergerakan naik turun market, akan ada support dan resistence. Tengok pada gambar contoh di atas. R itu resistence dan S itu support.



Resistence ialah harga atas / high. Ada yang panggil siling, ada panggil pucuk. Itu semua adalah resistence. Ia duduk dekat atas.



Resistence adalah point / zon yang menahan market naik lebih tinggi. Makna kata, kalau candle tak berjaya break / tembus resistence...kemungkinan market dah letih dan nak tukar arah



Support pula ialah harga kat bawah / low. Ada panggil lantai, ada panggil akar. Itu semua adalah support. Ia duduk dekat bawah.



Support adalah point / zon yang menahan market turun lebih rendah. Makna kata, kalau candle tak berjaya break / tembus support..kemungkinan market dah letih dan nak tukar arah.



Tengok contoh lagi.



Tengok dari bawah ya. S itu support, naik hingga R. Market berhenti kejap pastu turun semula..tapi R tu tak break S sebelumnya ( iaitu support terdekat ) maka market naik lagi.



Hingga buat R yang baru ( iaitu new high / new resistence ). Pastu turun semula...hingga bermain di S ke 2. Tapi masih belum berjaya break....maka market naik lagi.



Naik hingga jumpa R yang ke 3...iaitu new high lah / new resistence. Pastu turun lagi....sangkut lagi pada S yang terdekat iaitu support terdekat.



Ingat ! Setiap kali sangkut pada S terdekat, market akan naik lagi buat new high. Pastu market naik lagi..naik..naik kuat hingga buat new R atas sekali tu. Kita tak sabar menunggu nak sell kan ?



So bila boleh sell ? Bila market / candle break S terdekat. Iaitu break support terdekat..



Tengok betul-betul...market turun..terjun...hingga break S tu. Itu petanda syarat ke 2 kita dah ada. Market dah break SNR ( support terdekat ). Bila dah cukup syarat ke 2, maka kita standby lah untuk entry di zon R atas tu.



Kita tunggu market naik semula / retest zon entry kita. Zon entry kita pada candle highest atas tu.....R atas sekali tu. Nampak tak ? Baca ulang-ulang hingga faham ya.



Ini gambar dalam bentuk candlestick



Gambar yang sama dengan chart line kat atas. Macam mana nak tengok SNR dengan candle chart.



Ramai yang tanya macam mana nak kenal pasti SNR.. Tengok betul-betul, R dan S yang saya tanda. Disitu ada candle bull dan bear bersebelahan...itulah SNR.



Tengok..perhati betul-betul. Nampak kan level / point SNR.



Lagi contoh SNR.



Masa naik ( tengok lukisan yang bentuk candle tu ) kita hanya tunggu untuk Sell saja. Iaitu sell di pucuk, atau pun...kita tunggu market letih...dan nak ubah trend.



Apa tanda dia nak ubah trend ? Antaranya ialah candlestick break sNr terdekat.



Tengok gambar tu ( lukisan bentuk candlestick ), saya ada tulis Support.. Bila candle break support terdekat, itu tanda ia nak tukar trend. So kita standby sell di last cs bull tu. Atau...kita pasang siap PO Sell Limit.



Ingat, sell di last candle ( cs )..bukan dekat sNr.



Tengok lukisan zigzag pulak ( konon macam line chart la ni ) Masa market turun, kita hanya tunggu untuk Buy. Iaitu Buy di akar.



Bila nak buy ? Bila candlestick ( cs ) break Resistence terdekat.



Yang saya bulatkan no 1 tu ialah Resistence terdekat. Garis putus-putus tu marking last cs bear.



Bulat no 2 tu Entry. Berlaku lepas cs break Resistence retest pada last cs..dan market terus naik. Nampak tak ?



Kesimpulan.



1. Konsep SNR yang kita guna ialah: Tunggu break Resistence dan retest untuk buy Tunggu break Support dan retest untuk sell



2. Mesti tunggu market break SNR untuk entry



3. Konsep entry kita sell at resistence dan buy at support



4. Apa yang dikatakan sell at resistence ialah; semasa market naik kita hanya tunggu sell iaitu bila candle break support terdekat dan retest pada last candle bull



5. Apa yang dikatakan buy at support ialah; semasa market turun kita hanya tunggu untuk buy iaitu bila candle break resistence terdekat dan retest pada last candle bear



Entry cara BBMA + break SNR



Ok baik tuan / puan yang dihormati sekalian. Kita dah belajar 2 syarat wajib yang perlu kita perhatikan sebelum entry iaitu, 1. Extreme BBMA 2. Break SNR ( support atau resistence )



Bila dah completed 2 syarat tu maka barulah valid entry kita. Mesti tunggu 2 syarat tu berlaku ya....kena sabar menunggu.



Dan jangan lupa...lepas compeleted setup, kena tunggu market retest pulak untuk entry. Bukan break terus entry tau...ingat. Break and retest..baru entry.



Break and retest..baru entry Break and retest..baru entry Break and retest..baru entry



Jom tengok contoh lengkap entry Extreme BBMA + break SNR...



Contoh 1.



Inilah cara saya marking chart. Tengok betul-betul ya.



Kotak warna biru tu saya marking candle last bull. Iaitu candle sebelah kiri masa berlaku extreme. Tengok lagi...MA 5 keluar dari BB tu, ada sekali candle berlawanan iaitu candle sell. Itulah extreme.. Marking last candle tu boleh saja dari low ke high atau open ke close. Ia subjektif juga. Kalau candle besar.... saya akan marking open ke close. Kalau saiz candle lebih kurang 20-30 pip, saya marking low ke high.



Kenapa macam tu ? Sebab stop loss kita bergantung pada saiz candle tu. Bergantung pada saiz candle yang kita marking tu. SL duduk atas atau bawah sikit pada candle yang kita marking.



Ok pastu, tengok garis lurus putih tu ( horizontal line ). Itu lah SNR ( support ) terdekat. Saya banyak bagi contoh sell sebab saya memang banyak entry sell berbanding buy. Terikut cara sifu kot 



So..lepas berlaku extreme dan break SNR kita tunggu market retest dekat last candle yang kita marking warna biru tu. Entry kita disitu..



Kotak biru extreme, kemudian break SNR line putih dan market naik semula...retest kotak biru, entry.



Contoh 2.



Tengok gambar tu. Kotak biru extreme, kemudian break SNR line putih dan market naik semula...retest kotak biru, entry.



Ini memang gambar original. Dalam kotak biru tu ada anak panah merah, itu tanda entry.. Atas kotak tu ada garis kecik warna merah, itu SL.



Entry ni saya ambik 30 pip je, sedangkan market turun lebih kurang 100 pip. Saya memang jarang sangat ambik pip banyak-banyak sebab penakut untuk hold 



Cukuplah dengan kadar % profit yang saya target.



Moga faham dengan 2 contoh yang saya beri. Dibelakang sekali nanti ada lebih 50 gambar contoh setup dan beberapa history entry saya untuk rujukan.



Kat mana nak letak TP dan SL ?



Stop Loss ( SL ) Ok hal ni memang kena ambik berat, kalau tidak bahaya untuk entry kita. Di mana nak letak TP dan SL ?



Cara yang saya guna ialah, untuk SL kita letak beberapa pip di atas candle yang kita marking tu. Letak tambahan dalam 5-10 pip, bergantung pada saiz candle yang kita marking.



Tengok contoh di atas. Saiz candle yang di marking tu 41 pip. Harga tertingginya ialah 1.0685. Saya mungkin akan tambah dalam 5 pip dari 1.0685, jadi SL ialah pada 1.0690. Bersamaan dengan 45 pip.



Sama situasinya jika entry buy. Tolak sikit lagi pip dari harga terendah. Tolak dalam 5-10 pip. Tengok betul-betul saiz candle, sebab ia akan mempengaruhi nilai % profit dan loss kita.



Take profit ( TP )



Ada beberapa cara untuk kita set TP. Cara yang saya guna ialah : 1. Set TP dekat mid bb 2. Hold dan TP bila ada extreme berlawanan



3. Ukur saiz candle yang di marking, katalah saiz candle 30 pip. Maka SL mungkin dalam 35 pip dan TP saya buat dalam nisbah yang sama iaitu 1:1 atau 1:2 4. Cara yang paling kerap saya buat ialah, saya set TP atas kiraan % profit dan loss. Biasa saya buat, SL dalam 2-5%. TP pun saya ambik sekitar 2-5%. Jadi kalau profit dah cecah kiraan % target saya, saya close manual



Sedikit tambahan. Kalau dalam setup tu saya guna Fibonacci Retracement macam yang kita ada belajar sikit kat Facebook...entry, SL dan TP saya akan tengok level Fibo tu.



Katalah dapat entry di level 23.6, kadangnya..saya set TP di level 161.8. Kerap juga saya set TP di level 100 Fibo. Sebab kalau entry di level 23.6, TP di level 100..nisbah risk dan rewardnya dah ada 1:2



Pada saya dah mencukupi. Biar kita nampak jelas berapa % loss dan profit, kita jaga elok-elok dan konsisten dalam entry. Konsisten dengan setup yang kita guna....



Ok...moga bermanfaat.



Antara masalah yang kerap di alami pengamal BBMA, terperangkap dengan Extreme



Gambar ni mungkin boleh menjawab " apa tanda market tak valid ?" Asasnya, kita entry bila cukup syarat...extreme dan break sNr. Macam yang kita dah belajar tu.. Kalau tak cukup syarat, maka takde entry. Kalau cukup syarat komfom TP ? Tak juga...mungkin juga SL. Kebarangkalian tetap ada..



Ok baik. Tengok gambar kat atas. Entry lepas Extreme tapi tak break sNr... Market terus naik buat new high. Tak cukup syarat untuk entry. Kalau tak buat SL lagi sakit. Tak tahu market nak naik sampai mana kan..



Sepengalaman saya, biarlah takde extreme asalkan ada break SNR daripada ada extreme tapi tak break SNR.



Ok..jangan terperangkap dengan extreme tau. Sabar...kena tunggu break SNR dulu baru completed setup.



Lampiran gambar-gambar setup dan entry untuk rujukan.



Ok baik. Dah selesai kita diskas dan belajar setup extreme + break SNR ni, saya lampirkan65 lampiran rekod simpanan setup dan history entry saya.



Dalam setip chart tu ada tarikh, waktu time frame dan jenis pair. Perhatikan betul supaya anda boleh study pulak dekat chart anda nanti.



Tengok betul-betul ya; 1. Perhatikan kotak biru sebagai marking last candle. Kotak biru itulah zon entry kita. 2. Perhatikan garis lurus putih, itu lah SNR ( antara support atau resistence ) - Kalau kotak biru kat atas, bermakna di situ extreme sell, so tunggu untuk entry sell saje. Tengok betul-betul lepas extreme, candle break SNR. - Kalau kotak kat bawah, bermakna di situ extreme buy, so tunggu untuk entry buy saje. Tengok betul-betul lepas extreme, candle break SNR. 3. Lepas break SNR, tunggu market retest kotak biru untuk entry.



4. Entry di zon kotak biru. Semoga berjaya semua ....



(1)



(2)



(3)



(4)



(5)



(6)



(7)



(8)



(9)



( 10 )



( 11 )



( 12 )



( 13 )



( 14 )



( 15 )



( 16 )



( 17 )



( 18 )



( 19 )



( 20 )



( 21 )



( 22 )



( 23 )



( 24 )



( 25 )



( 26 )



( 27 )



( 28 )



( 29 )



( 30 )



( 31 )



( 32 )



( 33 )



( 34 )



( 35 )



( 36 )



( 37 )



( 38 )



( 39 )



( 40 )



( 41 )



( 42 )



( 43 )



( 44 )



Lampiran history entry original saya untuk simpanan dan rujukan



(1)



(2)



(3)



(4)



(5)



(6)



(7)



(8)



(9)



( 10 )



( 11 )



Money management



Antara bab yang sangat penting tapi trader kurang minat nak ambik berat ialah MM  Betul kan ? Ya..sebab dalam kepala duk ingat nak profit saje. Bila cakap pasal loss takut, sayang, tak nak kena SL..sanggup float daripada cutloss dan macam-macam lagi.



Tapi ramai otai-otai trader duk pesan, jaga MM...jaga MM. Jaga displin sebelum entry.



Jadi di sini saya kongsikan sikit persediaan kiraan sebelum entry, supaya kita nampak jelas berapa kadar loss dan profit sebelum entry. Jangan bila profit gelak sakan, bila loss..rasa serik dan menyesal tak sudah.



Saya kongsikan cara saya buat kiraan MM. Bagi anda yang ada dah kiraan yang solid molid..teruskan. Mungkin anda punya lebih baik...saya punya kiraan basic je.



Tapi agak lama dah juga saya praktikkan. Semoga bermanfaat ya...



Pertama sekali kita kena kira berapa % nilai kerugian yang kita boleh terima sebelum entry baru kira untung. Kawalan risiko tu amat penting, ingat..



--



Cara kira.



Contoh 1.



Modal 1000usd. Risiko yang sanggup diterima = 2% = 20usd Berapa pip SL = 20 Berapa pip TP = 40



1000 x 2% = 20usd ( nilai kerugian ) 20usd bahagi 20 pip = dapat nilai pip ( 1usd ) 1usd kalau kena SL = 2% lost 1usd kalau kena TP = 4% profit



Kesimpulan.



Dengan modal 1000usd tu, utk dapat profit 40usd ( 4% ) hanya boleh entry 1pip/ 1usd. Dengan kiraan SL 20 pip dan TP 40 pip.



Contoh 2.



Katalah dengan modal yang sama 1000usd Gatal tangan nak entry 1pip 5usd. SL sama 20 pip TP sama 40 pip.



Mari kita kira..



5usd x kena SL 20pip = 100usd lost 100usd lost = 10% lost



5usd x kena TP 40pip = 200usd profit 200usd profit = 20% profit



Kesimpulan



Dengan modal yang sama 1000usd Trade 1pip 5usd. Kalau kena SL lost 10% Kalau kena TP profit 20%



Perasan tak ? sekali trade dah lost 10% Jangan kira profit dulu. Sebab kalau sekali trade lost 10%, hanya ada 9 kali trade je lagi. Kalau 7-8 kali lagi hit SL, memang mengganggu emosi la..dah hampir MC. Mungkin takde la kita hit SL direct. Tapi dengan kadar % lost yang besar macam tu, memang akan ganggu emosi trade kita.



Tambah lagi kalau direct hit SL kena tukar teknik la. Takpun jangan trade..buat habis duit je.



Contoh 3.



Dulu-dulu la, ramai juga trader yang baca bila ada modal 1000usd boleh trade 1pip 10usd..cepat untung katanya. Cuba kita kira tengok.



Modal 1000usd SL sama 20 pip TP sama 40 pip Trade = 1pip / 10usd



--



Situasi rugi.



10usd x 20 SL = 200usd lost Kalau hit SL kita dah lost 20 % per trade..besar tu ! 20% = 200usd 1000usd – 200usd = 800usd baki modal Sekali trade rugi 20%...



Ok tak ? Ke rasa berdebar sangat masa float atau lepas hit SL rasa menyesal sangat. Rasa tak nak buat dah..tapi lama-lama buat semula lagi.



Ba a da kira se ula agi faha



da rasa….



-Situasi untung.



10usd x 40 TP = 400usd profit Kalau hit TP kita dah profit 40% per trade..untung besar ! 40% = 400usd 1000usd + 400usd = modal dah naik jadi 1400usd Sekali trade untung 40%..best kan ? Tapi i gat…SL tu ja ga dia aika .



Contoh 4.



Modal 1000usd juga. Trade tak kira risiko, duk ingat untung je.



1pip = 10usd SL takde Target TP = 10-20 pip



Bila market float 30 pip Nilai float = 300usd = 30% Biarkan je..harap market akan patah balik



Float lagi cecah 50 pip Masa ni goyang sebab dah float 500usd = 50% ! Nak cut lost sayang, rasa banyak sangat.



Bila cecah 70pip Float dah cecah 700usd = 70usd Masa ni, dalam kepala fikir..takpelah mungkin takde rezeki Nak MC pu MC lah…….



Pernah rasa macam ni atau pernah buat macam ni ? Ja ga



uat dah tau…



Ok dari 4 contoh kat atas, boleh faham tak cara kiraan profit dan lost tu ?



Apa yang penting, tak kira berapa banyak modal kita..kena kira dulu berapa % nilai lost baru kira berapa nilai pip.



Ja ga ai e tr je. Dah la tak kira, ila float ta pulak nilai lost nya.



--



Try kira lagi.



Contoh 5.



Katalah modal 500usd SL 10 pip Sanggup rugi 50usd



500 bahagi 10 = 50usd Nilai entry = 1pip/ 5usd TP ? terpulang..ambik secukup rasa.



--



Tapi kalau modal 500usd SL 40 pip Trade 1pip/ 5usd apa jadi ?



ah la er lagi…dah erga da



5usd x 40 = 200usd 200usd lost = 40% Baki modal 300usd



Mesti rasa menyesal kan ? Kalau untung takpe, masalahnya bila rugi baru nak teri gat. Se a tu…pe ti g sa gat kira dulu se elu e tr .



Contoh 6.



Modal kecil tapi nak trade tenang dan munasabah.



Katakan modal 100usd. Risiko per trade 2% SL 40 pip TP 50 pip



100usd x 2% = 2usd 2 bahagi 40 pip ( SL ) = 0.05sen ( nilai pip )



Rugi. 0.05 x 40 hit SL = lost 2usd 2usd = 2% lost



Untung. 0.05 x 50 hit TP = 2.50usd 2.50usd = 2.5% profit



--



Katalah.. Dalam 20 kali entry, ada 13 profit dan 7 lost



Profit



: 13 x 2.5%



= 32.5%



Lost



: 7 x 2%



= 14 %



Total



: 32.5 – 18.5



= 18.5%



Nampak ? Jumlah keseluruhan lepas 20 kali entry, masih untung 18.5%. Kalau setiap bulan boleh menten macam ni pun dah cukup baik. Jaga je modal bagi besar.



Tak perlu kejar untung besar-besar, sebab risikonya juga besar. Yang penting, sebelum entry mesti buat kiraan bagi nampak dengan jelas. Berapa u tu g, erapa rugi …



BONUS ! Hasil backtest saya untuk kefahaman dan keyakinan kita dengan setup, trading style dan cara mengawal risiko.



Ingat tuan/ puan..entry kita tak semestinya semua profit. Jangan takut dengan SL. Backtest ni saya buat sebanyak 50 kali entry. Apa yang penting ialah kita nak tengok keberkesanan setup dan macam mana kita kawal risiko walaupun beberapa kali kita kena SL



Backtest ini kita anggap sebagai simulasi trade real, sebab kita entry ikut kiraan MM yang tetap, setup entry yang sama dengan Tf yang sama. Cuma pair je lain..kita pakai 2 pair.



Backtest kita ialah; 1. 2. 3. 4. 5. 6.



Mula trade dengan modal 300 usd Risiko per entry 10 % profit 20% ( risiko agak besar, kita tengok dulu ya ) Ratio risk and reward 1 : 2 Setup E tre e + reak SNR Time frame H1 Pair Aud/ Usd & Eur/ Usd



Cara kira lot entry ; Modal x risiko / pip = lot entry Contoh : 300 x 10% / 45 pip = 0.67 lot entry Begitulah seterunya...



Jom kita tengok hasilnya.... 1 ) Entry pertama kita pada 7/1 /2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 300 x 10 % risk = 30 usd 30 usd / SL 45 pip = 0.67 sen lot entry 0.67 usd x TP 90 pip = profit 60.30 usd Jumlah modal : 300 usd + 60 usd = 360 usd



2 ) Entry ke 2 pada 12/1/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20% Kiraan lot entry : 360 usd x 10 % risk = 36 usd 36 usd / SL 30 pip = 1.20 usd lot entry 1.20 usd x TP 60 pip = profit 72 usd Jumlah modal : 360 usd + 72 usd = 432 usd



3 ) Entry ke 3 pada 13/1/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 432 usd x 10 % risk = 43.20 usd 43.20 usd / SL 30 pip = 1.44 usd lot entry 1.44 usd x TP 60 pip = profit 86.40 usd Jumlah modal : 432 usd + 86.40 = 518.40 usd



4 ) Entry ke 4 pada 14/1/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 518.40 usd x 10 % risk = 51.80 usd 51.80 usd / SL 45 pip = 1.15 usd lot entry 1.15 usd x TP 90 pip = profit 103.50 usd Jumlah modal : 518.40 usd + 103.68 = 621.19 usd



5 ) Entry ke 5 pada 20/1/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 621.19 usd x 10 % risk = 62.19 usd 62.19 usd / SL 50 pip = 1.24 usd lot entry 1.24 usd x TP 100 pip = 124.40 usd Jumlah modal : 621.19 usd + 124.40 = 745.59 usd



6 ) Entry ke 6 pada 26/1/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 745.59 usd x 10 % risk = 74.55 usd 74.55 usd / SL 25 pip = 2.98 usd lot entry 2.98 usd x SL 25 pip = 74.50 usd Jumlah modal : 745.59 usd – 74.50 = 671.09 usd



7 ) Entry ke 7 pada 1/2/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 671.09 usd x 10 % risk = 67.10 usd 67.10 / SL 30 pip = 2.20 usd lot entry 2.20 usd x TP 60 pip = 132 usd Jumlah modal : 671.09 usd + 132 = 803.09 usd



8 ) Entry ke 8 pada 8/2/2016 pair Aud/ Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 803.09 usd x 10 % risk = 80.30 usd 80.30 usd / SL 35 pip = 2.30 usd lot entry 2.30 usd x TP 70 pip = 161 usd Jumlah modal : 803.09 + 161 = 964.09 usd



9 ) Entry ke 9 pada 11/2/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 964.09 usd x 10 % risk = 96.40 usd 96.40 usd / SL 40 pip = 2.41 usd 2.41 usd x SL 40 pip = 96.40 usd Jumlah modal : 964.09 usd – 96.40 = 867.69 usd



10 ) Entry ke 10 pada 17/2/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 867.69 usd x 10 % risk = 86.76 usd 86.76 usd / SL 35 pip = 2.47 usd 2.47 usd x TP 70 pip = 172.90 usd Jumlah modal : 867.69 usd + 172.90 = 1040.59 usd



11 ) Entry ke 11 pada 25/2/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 1040.59 usd x 10 % risk = 104 usd 104 usd / SL 40 pip = 2.60 usd lot entry 2.60 usd x TP 80 pip = 208 usd Jumlah modal : 1040.59 usd + 208 = 1248.59 usd



12 ) Entry ke 12 pada 25/2/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 1248.59 usd x 10 % risk = 124.80 usd 124.80 usd / SL 25 pip = 5.00 usd lot entry 5.00 usd x TP 50 pip = 250 usd Jumlah modal : 1248.59 usd + 250 = 1498.59 usd



13 ) Entry ke 13 pada 1/3/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 1498.59 usd x 10 % risk = 149.85 usd 149.85 usd / SL 20 pip = 7.50 usd 7.50 usd x TP 40 pip = 300 usd Jumlah modal : 1498.59 usd + 300 = 1798.59 usd



14 ) Entry ke 14 pada 7/3/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 1798.59 usd x 10 % risk = 179.85 usd 179.85 usd / SL 50 pip = 3.60 usd lot entry 3.60 usd x SL 50 pip = 180 usd Jumlah modal : 1798.59 usd – 180 = 1618.59 usd



15 ) Entry 15 pada 9/3/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20% Kiraan lot entry 1618.59 usd x 10 % risk = 161.80 usd 161.80 usd / SL 40 pip = 4.00 usd lot entry 4.00 usd x TP 80 pip = 320 usd Jumlah modal : 1618.59usd + 320 = 1938.59 usd



16 ) Entry ke 16 pada 10/3/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry 1938.59 usd x 10 % risk = 193.85 usd 193.80 usd / SL 30 pip = 6.46 usd lot entry 6.40 usd x TP 60 pip = 384 usd Jumlah modal : 1938.59 usd + 384 = 2322.59 usd



17 ) Entry ke 17 pada 15/3/2016 pair Aud/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 2322 usd x 10 % risk = 232.20 usd 232.20 usd / SL 30 pip = 7.70 usd lot entry 7.70 usd x SL 30 pip = 231 usd Jumlah modal : 2322.59 usd – 231 = 2091.59



18 ) Entry ke 18 pada 23/3/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 2091.59 usd x 10 % risk = 209.15 usd 209.15 usd / SL 40 pip = 5.20 usd lot entry 5.20 usd x TP 80 pip = 416 usd Jumlah modal : 2091.59 usd + 416 = 2507.59 usd



19 ) Entry ke 19 pada 28/3/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 2507.59 usd x 10 % risk = 250.75 usd 250.75 usd / SL 30 pip = 8.30 usd lot entry 8.30 usd x TP 60 = 498 usd Jumlah modal : 2507.59 usd + 498 = 3005.59 usd



20 ) Entry ke 20 pada 29/3/2016 pair Aud/Usd



Result SL = 10 %



Kiraan lot entry : 3005.59 usd x 10 % risk = 300.59 usd 300.59 usd / SL 20 pip = 15 usd lot entry 15 usd x SL 20 pip = 300 usd Jumlah modal : 3005.59 usd – 300 = 2705.59 usd



21 ) Entry ke 21 pada 1/4/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 2705.59 usd x 10 % risk = 270 usd 270 usd / Sl 30 pip = 9 usd lot entry 9 usd x TP 60 pip = 540 usd Jumlah modal : 2705.59 usd + 540 = 3245.59 usd



22 ) Entry ke 22 pada 4/4/2016 pair Eur/usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 3245.59 usd x 10 % risk = 324.55 usd 324.55 usd / SL 40 pip = 8 usd lot entry 8 usd x TP 80 pip = 640 usd Jumlah modal : 3245.59 usd + 640 = 3885.59 usd



23 ) Entry ke 25 pada 7/4/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 3885.59 usd x 10 % risk = 388.55 usd 388.55 usd / SL 30 pip = 12.90 usd lot entry 12.90 usd x TP 60 pip = 774 usd Jumlah modal : 3885.59 usd + 774 = 4659.59 usd



24 ) Entry ke 24 pada 15/4/2016 pair Aud/Usd



Result TP : 18.75%



Kiraan lot entry : 4659.59 usd x 10 % risk = 465.90 usd 465.90 usd / SL 40 pip = 11.60 usd lot entry 11.60 usd x TP 80 pip = 870 usd # special kes sebab TP tak sampai nisbah 1:2. Close sebab ada extreme berlawanan Jumlah modal : 4659.59 usd + 870 = 5529.59 usd



25 ) Entry ke 25 pada 21/4/2016 pair Eur/usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 5529.59 usd x 10 % risk = 552.90 usd 552.90 / SL 30 pip = 18.40 usd lot entry 18.40 usd x SL 30 pip = 552 usd Jumlah modal : 5529.59 usd–552 = 4977.59 usd



26 ) Entry ke 26 pada 21/4/2016 pair Aud/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 4977.59 usd x 10 % = 497.60 usd 497.60 / SL 20 pip = 24. 90 usd lot entry 24.90 usd x SL 20 pip = 498 usd Jumlah modal : 4977.59 usd – 498 = 4479.59 usd



27 ) Entry ke 27 pada 26/4/2016 pair Aud/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 4479.59 x 10 % risk = 447.90 usd 447.90 / SL 25 pip = 17.90 usd lot entry 17.90 usd x SL 25 pip = 447.50 usd Jumlah modal : 4479.59 usd – 447.50 = 4032 usd



28 ) Entry ke 28 pada 2/5/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 4032 usd x 10 % risk = 403 usd 403 usd / SL 20 pip = 20.10 usd lot entry 20.10 usd x TP 40 pip = 804 usd Jumlah modal : 4032 usd + 804 = 4836 usd



29 ) Entry ke 29 pada 23/5/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 4836 usd x 10 % risk = 483.60 usd 486.36 usd / SL 20 pip = 24.10 usd lot entry 24.10 usd x TP 40 pip = 1928 usd Jumlah modal : 4836 usd + 964 = 5800 usd



30 ) Entry ke 30 pada 26/5/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 5800 usd x 10 % risk = 580 usd 580 usd / SL 25 pip = 23.20 usd lot entry 23.30 usd x TP 50 pip = 1160 usd Jumlah modal : 5800 usd + 1160 = 6960 usd



31 ) Entry ke 31 pada 2/6/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 6960 usd x 10 % risk = 696 usd 696 usd / SL 30 pip = 23.20 usd lot entry 23.30 usd x TP 60 pip = 1392 usd Jumlah modal : 6960 usd + 1392 = 8352 usd



32 ) Entry ke 32 pada 16/6/2016 pair Aud/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 8352 usd x 10 % risk = 835.20 usd 835.20 usd / SL 25 pip = 33.40 usd lot entry 33.40 usd X SL 25 pip = 835 usd Jumlah modal : 8352 usd – 835 = 7517 usd



33 ) Entry ke 33 pada 1/7/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 7517 usd x 10 % risk = 751.70 usd 751.70 usd / SL 30 pip = 25 usd lot entry 25 usd x SL 30 pip = 750 usd Jumlah modal : 7517 usd – 750 = 6767 usd



34 ) Entry ke 34 pada 6/7/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 6767 usd x 10 % risk = 676.70 usd 676.70 usd / SL 40 pip = 16.90 usd lot entry 16.90 usd x TP 80 pip = 1352 usd Jumlah modal : 6767 usd + 1352 = 8119 usd



35 ) Entry ke 35 pada 11/7/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 8119 usd x 10 % risk = 811.90 usd 811.90 usd / SL 30 pip = 27 usd lot entry 27 usd x TP 60 pip = 1620 usd Jumlah modal : 8296.70 + 1620 = 9916.70 usd



36 ) Entry ke 36 pada 13/7/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 9916 usd x 10 % risk = 991.60 usd 991.60 usd / SL 20 pip = 49.60 usd lot entry 49.60 usd x SL 20 pip = 992 usd Jumlah modal : 9916 usd – 992 = 8924 usd



37 ) Entry ke 37 pada 21/7/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 8924 usd x 10 % risk = 892.40 usd 892.40 usd / SL 20 pip = 44.60 usd lot entry 44.60 usd x TP 40 pip = 1784 usd Jumlah modal : 8924 usd + 1784 = 10,708 usd



38 ) Entry ke 38 pada 27/7/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 10708 usd x 10 % risk = 1070.80 usd 1070.80 usd / SL 20 pip = 53.50 usd lot entry 53.50 usd x SL 20 pip = 1070 usd Jumlah modal : 10,708 usd – 1070 = 9638 usd



39 ) Entry ke 39 pada 5/8/2016 pair Eur/Usd



Result SL= 10%



Kiraan lot entry : 9638 usd x 10 % risk = 963.80 usd 963.80 usd / SL 25 pip = 38.50 usd lot entry 38.50 usd x SL 25 = 962.50 usd Jumlah modal : 9638usd – 962.50 = 8675.50 usd



40 ) Entry ke 40 pada 23/8/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 8677.50 usd x 10 % risk = 867.50 usd 867.50 usd / SL 20 pip = 43 usd lot entry 43 usd x TP 40 pip 1720 usd Jumlah modal : 8677.50 usd + 1720 = 10,397.50 usd



41 ) Entry ke 41 pada 5/9/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 10,397.50 usd x 10 % risk = 1039.70 usd 1039.70 usd / SL 20 pip = 51.80 usd lot entry 51.80 usd x TP 40 pip = 2072 usd Jumlah modal : 10,397.50 usd + 2072 = 12,469.50 usd



42 ) Entry ke 42 pada 15/9/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 12,469.50 usd x 10 % risk = 1246.90 usd 1246.90 usd / SL 50 pip = 24.90 usd lot entry 24.90 usd x TP 100 pip = 2490 usd Jumlah modal : 12,469.50 + 2490 = 14,959.90 usd



43 ) Entry ke 43 pada 21/9/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 14.959.50 usd x 10 % risk = 1495.90 usd 1495.90 usd / SL 20 pip = 74.70 usd lot entry 74.70 usd x TP 40 pip = 2988 usd Jumlah modal : 14,959.50 usd + 2988 = 17,947.50 usd



44 ) Entry ke 44 pada 28/9/2016 pair Aud/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 17,947.50 usd x 10 % risk = 1794.70 usd 1794.70 / SL 25 pip = 71.70 usd lot entry 71.70 usd x SL 25 pip = 1792.50 usd Jumlah modal : 17,947.50 usd–1792.50 = 16,155.50 usd



45 ) Entry ke 45 pada 10/10/2016 pair Aud/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 16,155.50 usd x 10 % risk = 1615.50 usd 1615.50 usd / SL 33 pip = 48.90 usd lot entry 48.90 usd x TP 66 pip = 3227.40 usd Jumlah modal : 16,155.50 + 3227.40 = 19,382.90 usd



46 ) Entry ke 46 pada 8/11/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 19,382.90 usd x 10 % risk = 1938.20 usd 1938.20 usd / SL 25 pip = 77.50 usd lot entry 77.50 usd x TP 50 pip = 3875 usd Jumlah modal : 19,382.90 usd + 3875 = 23,257.90 usd



47 ) Entry ke 47 pada 4/10/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10%



Kiraan lot entry : 23,257.90 usd x 10 % risk = 2325.70 usd 2325.70 usd / SL 30 pip = 77.50 usd lot entry 77.50 usd x SL 30 pip = 2325 usd Jumlah modal : 23,257.90 usd – 2325 = 20,932.90 usd



48 ) Entry ke 48 pada 14/10/2016 pair Eur/Usd



Result SL = 10% Kiraan lot entry : 20,932.90 usd x 10 % risk = 2093 usd 2093 usd / SL 30 pip = 69.70 usd lot entry 69.70 usd x SL 30 pip = 2091 usd Jumlah modal : 20,932.90usd – 2091 = 18,841.90 usd



49 ) Entry ke 49 pada 23/11/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 18,841.90 usd x 10 % risk = 1884 usd 1884 / Sl 30 pip = 62.80 usd lot entry 62.80 usd x TP 60 pip = 3768 usd Jumlah modal : 18,841.90 usd + 3768 =22,609.90 usd



50 ) Entry ke 50 pada 30/11/2016 pair Eur/Usd



Result TP = 20%



Kiraan lot entry : 22,609.90 usd x 10 % risk = 2260.90 usd 2260.90 usd / SL 45 pip = 50.20 usd lot entry 50.20 usd x TP 90 pip = 4518 usd Jumlah modal : 22,609.90 usd + 4570.20 = 27,127.90 usd



30000



25000



20000



15000



10000



5000



0



Gambar graf trade sebanyak 50 kali entry Bermula dengan modal 300 usd menjadi 27,421.20 usd !



Statistik trade 1. 2. 3. 4.



Entry 50 TP 34 SL 16 Risk and Reward : SL 10% TP 20 % ( 1:2 )



Kata-kata motivasi



Sampai ke bahagian terakhir ebook ni, iaitu bahagian kata-kata motivasi atau muhasabah diri.



Sepengalaman saya sendiri dari tahun 2007 dulu, ramai juga kawan-kawan yang tenggelam timbul dalam bidang ni. Ramai juga yang bergolok bergadai, terpaksa jual kedai, terpaksa jual tanah hanya kerana terlalu kerap deposit akaun. Untungya tak boleh nak cover modal.



Ada juga yang serik sampai tak nak trade terus. Hutang kad kredit menimbun hanya kerana terlibat dengan trading forex. Ya..kita sangat memahami dan setuju bahawa memang bukan senang nak konsisten profit dengan forex. Apa lagi teknik yang kita nak belajar ? kalau tak disertai dengan kiraan money management yang betul,emosi yang waras, disiplin yang kuat..maka trading kita mesti takkan berkesan.



Saya rasa inilah kuncinya, jagalah MM, emosi dan disiplin. InsyaAllah kita akan merasa sedikit demi sedikit profit dalam forex. Biar untung kecil asalkan kita tak jadi pendeposit tegar.



Ramai juga yang berjaya dengan forex. Saya percaya, mereka mengamalkan prinsip tersebut. Tradelah dengan kadar untung yang munasabah..biarlah dapat 13% per trade sekalipun, kalau dijumlahkan sebulan banyak juga hasilnya.



Forex adalah bisnes / pelaburan yang boleh bagi kita pulangan yang lumayan berbanding pelaburan yang lain diluar sana. Tapi perlu letak dalam kepala bahawa, ia uka ski epat ka a a g kita i pika depo hari i…esok dapat i o e ri u ri a …..bulan depan jadi jutawan.



Buatlah kiraan yang baik sebelum entry. Jaga modal baik-baik, trade dengan tenang, buat untung..withdraw dan ambillah untung yang munasabah. Akhir kata, mohon maaf saya atas kesilapan dan kekurangan. Semoga anda semua mendapat faedah dari ebook ini.



InsyaAllah hingga berjumpa