Pemasaran Udang Galah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.1 Pengenalan



Syarikat Macrobrachium Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjual udang galah yang pelbagai saiz. Contohnya saiz A, B, dan C. syarikat ini juga menjadi pemborong kepada kedai kedai yang menjual udang galah ini dengan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk menghantar udang galah tersebut kepada penjual - penjual di sesebuah daerah. Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah.



Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangka masa singkat. Keluasan kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu pusingan, malah ada penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu musim (Mun, K.H., 1996) dengan teknik pengurusan yang lebih baik.



Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih bahan makanan bagi mengurangkan import bahanbahan makanan yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport. 1



1.2 Pasaran Sasaran



Pasaran sasaran bagi syarikat ini adalah di daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Selain itu, sasaran juga tertumpu kepada pemborong - pemborong tempatan, penjual - penjual udang dan juga kepada para pembeli. Para pekerja yang bekerja di pejabat yang berhampiran turut menjadi sasaran. Di samping itu, suri rumah tangga yang sering ke pasar dan dekat juga merupakan sasaran syarikat ini.



2



1.3 Trend dan saiz pasaran Kawasan antara Pekan Tenom dan Keningau ini mempunyai anggaran sebanyak 400,000 orang penduduk. Terdapat empat taman perumahan dan tiga buah perkampungan yang berhampiran. Majoriti penduduknya ialah 35% orang murut, 30% orang Kadazan Dusun, 25% orang cina dan 10% lain-lain. Terdapat juga 2 insititusi tinggi, 20 pejabat, 15 syarikat serta 100 kedai-kedai perniagaan yang berhampiran dengan syarikat Macrobrachium Sdn Bhd. Penumpang bas ekspress juga berada di daerah ini. Anggaran sebanyak 15% daripada jumlah kumpulan di atas ini akan menikmati udang galah sebagai menu makan petang dan malam mereka.



3



1.4 Persaingan



Terdapat 4 buah syarikat yang berhampiran sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Hot & Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, Newage Sdn Bhd dan J.M.T Sdn Bhd.



Nama Pesaing Hot & Roll Sdn Bhd



Kekuatan Pesaing -



-



Fast Delivery Shn Bhd



-



Kelemahan Pesaing



Perkhidmatan



-



rekaan cupcake dan



Tenaga pekerja yang



pastri-pastri



ramai



pelbagai



Mempunyai peralatan banyak



-



Kos



perkhidmatan



Tidak



Perkhidmatan



tenaga



pelanggan yang baik



ramai



Kemudahan



yang



tinggi -



pengangkutan



J.M.T Sdn Bhd



-



dan



canggih.



Newage Sdn Bhd



mempunyai



pelanggan yang baik



yang



-



Tidak



yang



Tenaga



mempunyai kerja



yang



kerja



yang



kurang.



banyak.



-



Syarikat yang kecil.



-



Tenaga kerja ramai.



-



Tidak



-



Penghantaran barang



peralatan



yang



yang laju.



lengkap



untuk



Kos



memasarkan jualan



-



perkhidmatan



rendah.



4



mempunyai



1.5 Syer pasaran



Terdapat 4 buah kafe yang berhampiran sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Hot & Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, Cuppylicious, J.M.T Sdn Bhd dan Newage Sdn Bhd.



Nama Pesaing



% Syer Pasaran



Anggaran Jualan Sebulan (RM)



J.M.T Sdn Bhd



33



108,768



Fast Delivery Shn Bhd



24



79,104



Newage Sdn Bhd



21



69,216



Hot & Roll Sdn Bhd



22



72,512



Jumlah



100



329,600.00



Macrobrachium Sdn Bhd menganggarkan menguasai 21% daripada syer pasaran pada tahun pertama urusniaga dijalankan.



Nama Pesaing



% Syer Pasaran



Anggaran Jualan Sebulan (RM)



Hot & Roll Sdn Bhd



19



62,624



Fast Delivery Shn Bhd



27



88,992



Newage Sdn Bhd



16



52,736



Hot & Roll Sdn Bhd



17



56,032



Macrobrachium Sdn Bhd



21



69,216



Jumlah



100



329,600.00



5



1.6 Ramalan jualan



Bulan



Jumlah (RM) Anggaran Jualan



Anggaran Belian



Januari



7,800



3,900



Februari



8,450



4,200



Mac



9,100



4,500



April



9,750



4,800



Mei



10,400



5,100



Jun



11,050



5,400



Julai



11,700



5,700



Ogos



12,350



6,100



September



10,400



5,100



Oktober



13,000



6,500



November



12,350



6,100



Disember



13,650



6,800



Jumlah Jualan Tahun 1



118,300



Kenaikan



64,200



Kenaikan



Jumlah Jualan Tahun 2



136,045



15%



67,410



5%



Jumlah Jualan Tahun 3



163,254



20%



70780.50



5%



6



1.7 Strategi pemasaran Strategi Produk Strategi produk udang galah ialah memastikan udang galah yang berkualiti, masih dalam keadaan segar dan bersaiz yang dikendaki ramai. Para pelanggan boleh memilih udang galah mengikut saiz yang dikehendaki mengikut citarasa dan pilihan mereka ataupun mereka boleh menyuruh para pekerja mengikut kreativiti para pelanggan itu sendiri. Selain daripada itu, pakejpakej menarik turut disediakan kepada para pelanggan agar dapat memilih saiz udang yang dikehendaki.



7



Strategi Promosi Antara cara yang digunakan bagi mempromosikan udang galah ialah melalui laman sosial seperti facebook. Pengusaha akan membuat satu akaun khas pada laman sosial facebook bagi mempromosikan udang - udang galah yang dijual serta perkhidmatan yang disediakan. Pengusaha akan mengemaskini promosi-promosi yang boleh menarik minat para pembaca laman tersebut. Selain daripada itu, pengusaha turut akan mempromosikan produk ini dengan bantuan para bloggers yang berada berdekatan dengan kawasan perniagaan tersebut. Para bloggers akan diberikan beberapa sampel udang galah yang bersaiz A, B, dan C dan mereka akan membuat review berkaitan dengan sampel yang telah diberikan. Kaedah ini adalah sangat efisien. Hal ini disebabkan, remaja-remaja pada zaman kini meminati untuk membaca review bloggers yang mereka follow up. Dengan review yang baik dan positif daripada mereka, maka, perniagaan Cupcake Heaven boleh berkembang maju dari masa ke semasa mengikut edaran masa. Selain itu, pengusaha turut akan melakukan beberapa event bagi mempromosikan produk mereka. Cara – cara mempromosikan udang galah ialah melalui papan tanda, kain rentang yang menarik agar dapat menarik lebih banyak pelanggan untuk mengunjungi. Selain itu, risalah – risalah melalui surat khabar juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan udang galah. Di samping itu, risalah – risalah ini juga akan dihantar dan diedarkan ke syarikat – syarikat swasta dan kerajaan yang berhampiran.



8



Strategi Harga Harga udang galah adalah lebih kurang sama dengan pesaing-pesaing lain di sekitar kawasan ini. Namun demikian, Macrobrachium Sdn Bhd menyediakan pakej-pakej isitmewa untuk beberapa occasion tertentu seperti penghantaran terus kepada kedai - kedai penjual, penghantaran terus ke kilang pemborong udang, penghantaran ke pasar dan sebagainya. Para pelanggan dan penjual serta pemborong udang galah dapat menikmati harga yang berpatutan di samping dapat merasakan udang galah yang bersaiz besar. Tambahan pula, harga istimewa akan diberikan kepada para pembaca bloggers dan facebook serta pelanggan yang menghubungi Macrobrachium Sdn Bhd secara terus.



Strategi Edaran Para pelanggan dan pembeli yang mengunjungi tempat penternakan udang galah ini akan disambut oleh para pekerja pada hari-hari tertentu bagi menarik minat para pelanggan untuk selalu mengunjungi tempat penternakan ini. Layanan yang baik dan mesra turut diberikan oleh para pekerja. Layanan yang baik akan dipenuhi dengan kadar yang cepat di samping memberi perkhidmatan yang memuaskan. Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Selain itu, para pelanggan dan pembeli juga boleh menelefon kepada syarikat Macrobrachium Sdn Bhd untuk bertanya tentang harga semasa udang galah yang dijual dan saiz - saiz udang galah yang dikehendaki oleh para pelanggan dan pembeli.



9



1.8 Belanjawan pemasaran Butir-butir



Perbelanjaan



Belanjawan



Lain-lain



Aset Tetap (RM)



Bulanan (RM)



Perbelanjaan (RM)



Aset Tetap Perabot



12,500



Computer



dan



Cash



3,800



Register Kaunter dan Kelengkapan



2,000



Papan Tanda Perniagaan



1,250



Peralatan



16,550



pembersihan



kolam udang Van



40,000



Belanjawan Bulanan Gaji



10,900



KWSP, PERKESO



1,677



Sewa Kedai



1,000



Bahan Mentah



3,250



Minuman



650



Elektrik



250



Air



150



Telefon



150



Makanan udang



250



Lain-lain Perbelanjaan Deposit Sewa Kedai Pembaikan



2,000 dan



550



pembersihan kolam udang Daftar Niaga



60



Lesen Niaga



40



Kad Perniagaan



100



Insuran



kenderaan



dan



2,500



cukai jalan Jumlah



76,100



18,277 10



5,250



Gaji dan Ganjaran Anggaran gaji dan ganjaran pekerja sebulan. Jawatan



Bil.



Gaji



KWSP



PERKESO



Jumlah



Bulanan



(13%)



(2%)



(RM)



(RM)



(RM)



(RM)



Pengurus



1



2000



260



40



2,300



Pelayan



5



3750



487.5



75



4,312.5



(750x5)



(97.5x5)



(15x5)



2250



292.5



45



(750x3)



(97.5x3)



(15x3)



1400



182



56



(700x2)



(91x2)



(28x2)



Pembersih kolam



3



Pengawal



2



keselamatan



2,587.5



1,638



Juruwang



1



800



104



16



920



Pemandu Van



1



700



91



28



819



Jumlah



13



10,900



1,417



260



12,577



Peralatan Jenis



Harga



Bilangan



(RM)



Jumlah Harga (RM)



Alat ukur pH air



130



10



1,300



Alat ukur suhu air



20



10



200



Alat



300



3



900



800



1



800



Peti Ais



2,000



1



2,000



Peralatan Lain



1,500



1,500



800



800



ukur



oksigen



terlarut dalam air Peti Sejuk



Peralatan ubatan Jumlah



25



11



7,500



Kos Bahan Mentah Bahan Mentah



Kuantiti



Harga



Jumlah



(RM/Unit)



Makanan udang



50kg



1.80



45.00



kacang



50kg



1.80



45.00



dedak padi



50kg



3.40



680.00



Jumlah



770.00



12



1.9 Masalah pemasaran Terdapat pelbagai masalah pemasaran yang dihadapi dalam perniagaan ini. Masalah-masalah tersebut adalah : Masalah Persaingan Macrobrachium Sdn Bhd berhadapan dengan empat pesaing yang menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan perniagaan ini. Pesaing-pesaing tersebut adalah Hot & Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, J.M.T Sdn Bhd dan Newage Sdn Bhd.



Keempat-empat pesaing ini mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Bagi perniagaan Hot & Roll Sdn Bhd, kelebihan yang ada pada perniagaan tersebut adalah ianya mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik. Pelanggan ramai yang berkunjung ke sana kerana layanan pelanggan yang diberi amatlah memuaskan hati para pelanggan.



Tambahan pula, dengan bilangan tenaga kerja yang ramai, kesemua pelanggan yang mengunjungi perniagaan tersebut akan menerima layanan yang sama serta tidak perlu menunggu dalam masa yang panjang untuk dilayan. Akan tetapi, kelemahan bagi perniagaan tersebut adalah mereka tidak mempunyai kemudahan - kemudahan yang pelbagai dalam penternakan udang galah. Udang - udang galah yang dijual kebanyakkannya bersaiz kecil dan sederhana sahaja.



Pesaing kedua J.M.T Sdn Bhd pula, kelebihannya adalah ianya mempunyai kemudahan pengangkutan yang banyak. Dengan mempunyai kenderaan yang banyak, syarikat tersebut dapat membuat penghantaran udang - udang galah ini dengan kuantiti yang banyak. Bahkan, perkhidmatan pelanggannya juga amat baik membuatkan pelanggan merasa selesa dan senang untuk mengunjungi kedai tersebut. Kekurangan yang terdapat pada perniagaan tersebut adalah mereka tidak mempunyai bilangan pekerja yang mencukupi untuk melayan para pelanggan yang datang membeli. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidak lancaran dalam menjalankan perniagaan mereka. Kos perkhidmatan di perniagaan tersebut juga adalah tinggi



13



menyebabkan terdapat segelintir pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.



Kelebihan pada Newage Sdn Bhd pula ianya mempunyai udang galah yang besar dan berisi. Dengan kelebihan ini, Newage Sdn Bhd berjaya untuk menambat hati pelanggannya untuk kerap mengunjungi syarikatnya untuk mendapatkan udang galah yang besar dan berisi banyak tersebut. Kekurangannya pula, Newage Sdn Bhd hanya menyediakan beberapa jenis saiz udang galah sahaja. Akhir sekali adalah Fast Delivery Shn Bhd. Fast Delivery Shn Bhd ini menawarkan resipi cupcake dan pastri yang pelbagai kepada para pelanggannya. Akan tetapi, mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap bagi mempelbagaikan lagi rekaan dan resipi cupcake mereka.



Setelah mengkaji dan memahami corak perniagaan pesaing-pesaing Macrobrachium Sdn Bhd, pengusaha telah merancang beberapa strategi bagi menarik minat para pelanggan untuk melanggan di perniagaan ini. Antara strategi yang digunakan adalah mereka menternak lebih banyak udang galah yang bersaiz besar. Para pelanggan mahukan sesuatu yang istimewa mahupun sesuatu yang mampu memberikan mereka satu kepuasan dalam menikmati hidangan makanan yang disediakan, oleh itu, produk-produk yang dihasilkan akan menepati ciri-ciri yang diingini pelanggan. Juga, udang galah yang dijual adalah berdasarkan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik. Para pelayan yang bekerja dengan Macrobrachium Sdn Bhd akan dilatih untuk melayan para pelanggannya dengan sebaik mungkin.



Masalah penyakit dan rawatan



Udang galah ini juga mempunyai penyakit - penyakit tertentu. Contohnya Penyakit yang disebabkan oleh bakteria, Penyakit yang disebabkan oleh virus, Penyakit yang disebabkan oleh parasit, Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam. Oleh itu, udang galah yang mempunyai penyakit tidak akan dijual kepada pelanggan atau pembeli. Di samping itu, kos pembaziran bagi memberi rawatan kepada udang galah juga adalah tinggi dan mampu menangguh kerugian jika udang galah yang berpenyakit adalah dalam kauntiti banyak. 14



Masalah Lain



Selain daripada masalah pesaing, masalah-masalah lain turut timbul seperti had pengeluaran produk, kepuasan pelanggan dan kualiti produk. Masalah pertama adalah had pengeluaran produk. Bagi seseorang pengeluar produk, produk yang dikeluarkan mempunyai had keluarannya bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku dan bagi menjaga kualiti sesuatu produk tersebut. Hal ini menimbulkan masalah kepada para peniaga ataupun pengeluar kerana had keluaran sesuatu produk itu tidak boleh memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad. Kehendak pengguna yang tidak terhad itu akan menyebabkan pembaziran berlaku sekiranya, pengeluar produk tidak menghadkan keluaran produknya.



Masalah yang kedua adalah memenuhi kepuasan pelanggan. Bagi memenuhi serta memuaskan kehendak satu golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya menimbulkan ketidakpuasan hati kepada golongan lain. Golongan lain yang dimaksudkan adalah pelanggan bagi pengeluar itu sendiri. Ada kalanya pelanggan akan berasa iri hati kepada pelanggan yang lain sekiranya layanan ataupun tempahan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh pengeluar. Jika hal ini berlaku, maka pelanggan tersebut akan berhenti mengunjungi perniagaan pengeluar tersebut. Bahkan, pelanggan tersebut berkemungkinan akan menyatakan perkara yang tidak baik mengenai produk atau perkhidmatan pengeluar yang akan mengakibatkan pengeluar tersebut kehilangan pelanggannya yang lain.



Masalah ketiga ialah kualiti produk. Memandangkan sesetengah barang tidak tahan lama, produk tersebut hendaklah dipasarkan dalam jangka masa yang singkat. Hal ini adalah bagi menjaga kualiti produk. Macrobrachium Sdn Bhd sangat menitikberatkan kualiti produknya. Bagi barangan yang singkat jangka masanya, produk bagi barangan tersebut akan dihasilkan dalam kuantiti yang kecil. Jika pelanggan mahukan produk tersebut dalam kuantiti yang besar, maka, pelanggan tersebut hendaklah menempahnya dengan pihak Macrobrachium Sdn Bhd terlebih dahulu. Tindakan ini diambil bagi mengelak dari berlakunya pembaziran dan menjaga kualiti produk perniagaan ini.



15



Penutup



Macrobrachium Sdn Bhd adalah merupakan sebuah perniagaan bumiputera milik tunggal yang baru ditubuhkan dimana bidang yang diceburi adalah menjual dan membekal udang galah kepada pelanggan khursusnya kepada pembeli dan pemborong udang galah.. Sungguhpun begitu perniagaan ini juga bersedia untuk menerima apa sahaja tempahan daripada pelanggan untuk pihak lain. Sebagai perniagaan baru yang ingin menceburi didalam bidang perniagaan ini, maka sudah tentu terdapat pelbagai menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat usahawan bumiputera maju didalam bidang perniagaan, perniagaan ini akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Jesteru itu kebanyakan pekerja yang diambil untuk bekerja dengan perniagaan ini terdiri dari kaum keluarga.



Berdasarkan kepada perancangan dan ujuran pendapatan yang telah dibentangkan, Macrobrachium Sdn Bhd amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang lumayan. Kajian sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Walaupun mungkin perjalanan agak jauh lagi untuk sampai ke destinasinya, saya percaya dengan kesungguhan dan keyakinan yang ada pada diri saya dan keluarga, akan dapat mencapai cita-cita yang kehendaki ini.



16



Refleksi



Bagi tugasan projek kali ini, arahan soalan yang diberi adalah untuk membuat satu portfolio Rancangan Pemasaran yang meliputi kesembilan aspek yang telah dipelajari dalam bab satu pada awal tahun ini. Untuk menghasilkan satu portfolio yang berasaskan Rancangan Pemasaran merupakan satu proses yang amat rumit sekali terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas bidang perakaunan mahupun perdagangan. Perusahaan yang saya pilih untuk dijalankan satu rancangan pemasaran adalah jualan udang galah, Macrobrachium Sdn Bhd. Macrobrachium Sdn Bhd ini tertumpu kepada penjualan udang - udang galah mengikut saiz kerana pada peredaran zaman pada zaman sekarang ini, udang galah menjadi popular dan berkembang pesat di Asia untuk dijadikan sebagai menu utama dalam majlis-majlis istimewa. Bahkan, udang galah juga turut dijadikan sebagai umpan untuk memancing ikan dan sebagainya. Dengan saiz yang besar sememangnya menjadi pilihan ramai. Disebabkan itu, saya memilih perniagaan ini bagi rancangan pemasaran saya. Sepanjang menjalankan tugasan projek ini, saya telah mempelajari beberapa perkara yang baru dan dapat mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam diri saya sendiri. Antara pelajaran baharu yang saya telah pelajari adalah memulakan atau memegang suatu perniagaan tidak kira secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran merupakan satu tanggungjawab yang besar dan sangat memenatkan. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan sesuatu perniagaan itu. Kita hendaklah tengok dari segi pasaran ekonominya, sambutan produk yang ingin kita laksanakan danyang terutama sekali, penyesuaian pelaksanaan perniagaan tersebut dengan sesuatu kawasan tertentu. Aspek-aspek tersebut amatlah penting yang harus dipertimbangkan kerana dengan aspek-aspek tersebut adalah penentu keuntungan mahupun kerugian bagi perniagaan kita kelak. Jikalau kita menjalankan aktiviti perniagaan di sebuah kawasan yang bilangan penduduk yang sedikit atau kecil, maka, kita tidak akan dapat memperoleh keuntungan akan tetapi kita hanya akan memperoleh kerugian yang besar sahaja. Tambahan pula, kita hendaklah melihat minat majoriti pada sesebuah kawasan tersebut. Hal ini disebabkan, sekiranya kita memulakan perniagaan pada sesebuah kawasan yang tidak meminati akan produk yang dijual pada perniagaan kita, kita akan berhadapan dengan sejumlah angka besar bagi hutang yang disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi penempatan.



17



Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, kita hendaklah bijak dalam mempromosikan perniagaan kita agar mendapat sambutan ramai daripada penduduk setempat dan sekitarnya. Bagi melaksanakan sesuatu promosi untuk perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Akan tetapi, jika dibandingkan kepada zaman dahulu yang tidak mempunyai rangkaian internet, aktiviti promosi tidak akan mendapat sambutan yang baik. Pada zaman ini, kemudahan internet telah disediakan bagi memudahkan interaksi bersama orang tersayang yang berada jauh di negara perantauan. Bagi mereka yang celik dan bijak pandai, mereka akan menggunakan kemudahan ini sebagai tarikan promosi yang utama. Hal ini disebabkan, remaja mahupun warga tua banyak menghabiskan masa terluang mereka pada laman-laman sosial terutamanya facebook. Peluang ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin oleh para peniaga kerana dengan membuat promosi secara online akan melipat gandakan kunjungan pelanggan ke perniagaan anda. Manakala, kekurangan yang saya dapati sepanjang menjalankan tugasan ini adalah pengetahuan saya mengenai bidang perniagaan terutama sekali perniagaan yang saya lakukan bagi tugasan ini adalah sangat sedikit. Hal ini mungkin disebabkan saya kurang membaca dalam bidang-bidang tersebut. Akan tetapi, demi menyiapkan tugasan ini, saya telah menambah sedikit sebanyak pengetahuan bagi menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kekurangan yang lain pula, saya telah melupakan bidang ini semenjak dari tamatnya pengajian sekolah menengah dahulu. Mempelajari semula topik ini setelah meninggalkannya beberapa tahun yang lalu sememangnya sesuatu yang kurang menyenangkan saya. Sungguhpun begitu, dengan mempelajari semula saya dapat menambaikan pengetahuan sedia ada saya untuk diperkembangkan. Akhir



sekali,



saya



telah



mempelajari



beberapa



perkara



yang



baru



serta



menambahbaikan pengetahuan sedia ada saya bagi mempersiapkan diri untuk bergelar seorang guru kelak pada masa akan datang.



18