Pengantar Antropologi Dan Sosiologi Sosial Semester 2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGANTAR SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL II Pengenalan 



Antropologi berasal dari perkataan yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari tentang manusia.







Ilmu antropologi merupakan ilmu yang mempelajari manusia dalam arti yang sangat luas, karena ilmu tersebut tidak hanya mempelajari manusia secara biologi, namun mempelajari manusia dalam pelbagai aspek.







Antropologi adalah ilmu yang mempelajari tentang umat manusia, ciri fizikal, budaya dan perilakunya, bertujuan untuk memahami kepelbagaian manusia.







Secara umum, antropologi adalah salah satu cabang ilmu sosial yang mempelajari tentang budaya masyarakat suatu etnik tertentu. Antropologi lahir atau muncul seawal dengan ketertarikan orang-orang Eropah yang melihat ciriciri fizikal, adat istiadat, budaya yang berbeza dari apa yang dikenal di Eropah.







Menurut Ralfh L Beals dan Harry Hoijen (1954) – antropologi adalah ilmu yang mempelajari manusia dan segala apa yang dilakukannya.







Allan H Smith & John L Fischer – ilmu antropologi berusaha untuk melihat manusia dengan segala kompleksitinya, atau manusia dengan segala aspeknya. Aspek-aspek itu berkaitan dengan asal-usul, perkembangan, sifat, dan ciri-ciri manusia serta kebudayaaannya. Cabang-cabang ilmu antropologi







Antropologi ekonomi – Ilmu ini mempelajari dan memahami masyarakat dengan melakukan penelitian terhadap masalah-masalah yang berhubungan dengan; modal, tenaga kerja, sistem pengeluaran, pemasaran barangan, dan kegiatan lainnya dalam masyarakat. Ini mendorong perkembangan dan terbentuknya sub-ilmu antropologi ekonomi.







Antropologi Pembangunan – Ilmu ini mempelajari dan memahami masyarakat dengan melakukan penelitian terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan pembangunan. Antropologi pembangunan mengkhusus kepada penggunaan kaedah-kaedah, konsep- konsep serta teori-teori antropologi. Hasil penelitian dalam didiplin ini boleh digunakan oleh pihak yang berkenaan untuk membuat dasar pembangunan.







Antropologi Perubatan – Ilmu ini mempelajari dan memahami masyarakat dengan melakukan penelitian mengenai masalah kesehatan masyarakat. Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk mengetahui konsepsi dan sikap penduduk tentang kesehatan, penyakit, dukun dan perubatan tradisional, kebiasan dan pantang larang dalam tabiat pemakanan. Hasil penyelidikan dalam



bidang ini bertujuan untuk membantu doktor atau ahli nutrision untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. 



Antropologi Politik – Ilmu ini mempelajari dan memahami kejadian dan gejala politik, persaingan, kerjasama, di antara parti-parti politik yang ada. Antropologi politik juga mempelajari atau memperhatikan latar belakang kebudayaan, sistem nilai dan norma dalam kalangan yang melaksanakan politik atau pelaku politik itu.







Antropologi Linguistik – Ilmu ini mempelajari bahasa lisan mahupun tulisan dari bangsa-bangsa diseluruh dunia. Antropologi linguistik juga mempelajari sejarah perkembangan bahasa dan hubungannya antara bahasa- bahasa itu dengan nilai budaya yang ada.







Antropologi sosial – disiplin ini mempelajari struktur dan fungsi kelompok masyarakat dengan melihat fenomena-fenomena seperti kebudayaan kebendaan, bahasa, karya seni, dan agama, yang lebih menekankan institusi daripada melihat manusia sebagai pribadi. Antropologi sosial adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari umat manusia sebagai mahkluk masyarakat, terutama sifat-sifat khusus fizikal dan cara-cara pengeluaran, tradisi-tradisi dan nilai- nilai yang membuat pergaulan hidup berbeza dari yang satu dengan lainnya







"Antropologi" bererti kajian "manusia". Akan tetapi ahli antropologi bukanlah satu-satunya pakar yang mengkaji manusia, dan juga tidak bererti bahwa ahli antropologi hanya mengkaji manusia (Keesing, 1999:2).







Menurut Koentjaraningrat (1992 : 1), antropologi memperhatikan lima masalah mengenai mahluk manusia, yaitu: I.



Masalah sejarah terjadinya dan perkembangan manusia sebagai mahluk biologis.



II.



Masalah sejarah terjadinya aneka warna mahluk manusia, dipandang dari sudut ciri-ciri tubuhnya.



III.



Masalah persebaran dan terjadinya aneka warna bahasa yang diucapkan oleh manusia di seluruh dunia.



IV.



Masalah perkembangan, persn lobhebaran dan terjadinya aneka warna dari kebudayaan manusia di seluruh dunia.



V.



Masalah dasar-dasar dan aneka warna kebudayaan manusia dalam kehidupan masyarakat-masyarakat dan suku-suku bangsa yang tersebar di seluruh muka bumi zaman sekarang ini.



Sejarah Antropologi 



Ilmu Antropologi termasuk ilmu-ilmu sosial yang lain mempunyai sejarah tersendiri.







Antropologi disebut ilmu yang baru atau muda disebabkan perkembangan antropologi relatif baru. Kerana sebagai ilmu pengetahuan baru berkembanga pada abad ke 20.







Juga disebut ilmu tua karena sejarahnya apabila antropologi yang juga dikenali sebagai Etnografi telah ditulis oleh pelbagai bangsa di dunia semenjak 500 tahun yang lalu.







Herodatus disebut sebagai bapak etnografi karena beliau menulis masyarakat Mesir, yang dianggap tulisan etnografi yang terkuno. Tulisannya masih bersifat subjektif dan mengandung perasangka yang kurang baik terhadap bangsa lain.







Dalam tulisannya beliau menjelaskan bangsa di luar Yunani adalah bangsa “barbar” yang bererti orang yang berbicara “gagap” dan dikatakan sebagai bangsa yang setengah liar. Herodatus selanjutnya mengatakan bahwa orang Mesir, orang Libya dan Persia dianggap belum beradab.







Penulisan etnografi oleh Dinasti Han – dilakukan oleh bangsa Tionghua dan bangsa India.







Walaupun tidak dengan kaedah yang sistematik tetapi kedua bangsa tersebut telah menulis tentang keadaan mereka sendiri ataupun menulis tentang bangsa di luar mereka.







Di Cina terdapat cacatan etnografi bangsa Tiongkok yang ditulis pada zaman Dinasti Han mengenai bangsa Han Nu yang bergerak (nomad) di Tiongkok sebelah barat.







Ibnu Batutah yang dilahirkan di Tangier pada 1304 dan meninggal tahun 1377 berbangsa Arab melakukan pengembaraan di daerah Asia Tengah. Beliau menulis tentang bangsa-bangsa Constantinopel yang menakluk bangsa Turki, sehingga bangsa-bangsa Eropa tidak dapat berdagang dengan Dunia Timur melalui jalan tradisional, melalui Euphrat, Tigris dan Teluk Parsi.







Marco Polo dalam kitab tentang kerajaan & keajaiban di dunia Timur telah menghuraikan pengalamannya selama 20 tahun mengembara di Asia. Ia juga pernah tinggal cukup lama di istana Khublai Khan dan menemukan beberapa keunikan dan kelainan misalnya penggunaan matawang kertas dan diberi cap serta tanda tangan.







Wang kertas tersebut mempunyai berbagai nilai. Menurutnya di negeri tersebut lebih maju jika dibandingkan dengan Eropah saat itu. Ini disebabkan telah ada pengiriman surat yang lebih teratur dan ada jalan besar, tempat rehat, dan ada tempat untuk menukar wang dan kuda.







Antropologi berkembang pesat setelah berlakunya penemuan dan wujudnya hubungan antara bahasa Sanskrit, Latin, Yunani dan German. Ini disebabkan penyelidikan bersifat sejarah perbandingan telah dilakukan dalam kebudayaan dan ianya terus berkembang.







Kemudian berdiri museum etnografi di seluruh dunia pada abad ke 19 dan awal abad 20.



ANTROPOLOGI BUDAYA Pengenalan •



Antropologi budaya berkaitan dengan bagaimana dan mengapa budaya, ada yang berbeza dan ada yang sama dalam kumpulan-kumpulan masyarakat di dunia daripada dahulu hingga kini.







Budaya merujuk kepada cara dan kebiasaan populasi atau masyarakat berfikir dan bertingkah laku.







Budaya merangkumi pelbagai perkara – bermula dengan bahasa pertuturan, cara membesarkan anak, peranan lelaki dan perempuan, kepercayaan yang dianuti hinggalah kepada muzik yang diminati.







Bidang Antropologi budaya merangkumi arkeologi, antropologi linguistik dan etnologi yang juga dikenali sebagai antropologi budaya.







Arkeologi – ahli arkeologi bukan sahaja meneliti budaya dan cara hidup masyarakat lampau tetapi juga mampu mengesan perubahan budaya yang berlaku dengan penjelasan yang boleh diterima.







Ianya sama dengan ahli sejarah. Tetapi ahli arkeologi mampu mencapai kehidupan manusia lebih dari sejuta tahun yang lalu berbanding dengan sejarawan hanya 5,000 tahun sejarah manusia.







Sebahagian besar ahli arkeologi terlibat dengan zaman pra-sejarah, masa sebelum adanya catatan yang direkodkan.







Mereka digelar arkeologi persejarahan yang mengkaji manusia yang belum pernah direkodkan dalam mana-mana catatan.







Mereka cuba memahami bagaimana dan mengapa cara hidup manusia berubah mengikut masa di bahagian dunia yang berlainan.







Mereka meminjam teknik-teknik daripada disiplin lain untuk mengetahui dan menjelaskan tapak kajian.







Ahli arkeologi menggali barang-barang dari tapak pra-sejarah untuk meneliti budaya manusia bermula.







Antropologi linguistik – salah satu cabang antropologi budaya, mengkaji bahasa yang lebih tua daripada disiplin antropologi tersebut.







Bahasa Inggeris contohnya telah ditulis hampir satu ribu tahun dahulu.







Ahli antropologi linguistik memulakan kerja lapangan di kawasan di mana bahasa belum lagi ditulis. Bermakna mereka tidak dapat merujuk kamus untuk membantu mereka mempelajari bahasa.







Mereka dapat mengkaji struktur dan sejarah bahasa, mengkaji perubahan bahasa berdasarkan tempat dan masa. Mereka digelar linguistik sejarah.







Antropologi linguistik berminat bagaimana bahasa kontemporari berbeza.







Kajian tentang bagaimana bahasa digunakan dalam konteks sosial digelar sosiolinguistik.







Ahli antropologi linguistik berminat membangunkan bahasa yang belum ditulis.







Etnologi (Antropologi Budaya) – ahli etnologi atau ahli antropologi budaya cuba memahami bagaimana dan mengapa manusia hari ini dan sebelumnya, ada yang berbeza dan sama dalam kebiasaan hariannya berfikir dan bertingkah laku. •



Banyak persoalan yang timbul, antaranya: i.



Why is the custom of marriage nearly universal in all cultures?



ii.



What explains why families live with or near their kin in some societies, but not in other societies?



iii.



What changes result from the introduction of money to a previously noncommercial economy?







Matlamat ahli etnologi sama dengan ahli arkeologi. Wbgmanapun, ahli etnologi secara umumnya memperoleh data melalui pemerhatian dan temubual dengan manusia yang masih hidup. Ahli arkeologi sebaliknya, memunggut data dari tapak penggalian terhadap masyarakat pra-sejarah yang tidak wujud lagi.







Salah satu jenis ahli etnologi adalah ahli etnografi. Mereka ini memperuntukkan satu tahun untuk tinggal bersama, berbual dan memerhati perlakuan dan kebiasaan harian komuniti yang dikajinya.







Kerja lapangan ini membekalkan data deskriptif yang lengkap dan terperinci tentang tingkah laku, cara berfikir dan kebiasaan-kebiasaan komuniti yang dikaji.







Ahli etnografi berbeza pada keadaan di mana daya usahanya untuk melengkapkan liputan kajiannya tentang budaya dan kehidupan sosial komuniti.







Ahli etnografi yang awal cenderung berusaha untuk melengkapkan kajiannya secara menyeluruh.







Akhir-akhir ini mereka lebih cenderung mengkhusus dan fokus kepada kajian yang mendalam seperti isu-isu gender, kesan globalisasi, hasil tindakbalas dengan persekitaran dll.







Jenis etnologi yang lain adalah ahli etnosejarah (ethnohistorian) yang mengkaji dokumen-dokumen bertulis bagi mengenalpasti bagaimana cara hidup kumpulan tertentu dalam masyarakat telah berubah mengikut masa.







Antara yang dikajinya seperti akaun para mubaligh, laporan pedagang dan ahli pelayaran, rekod-rekod kerajaan yang semuanya hnaya bergantung kepada bahan bertulis yang masih tersimpan.







Jenis etnologi yang ketiga adalah penyelidik silang budaya (cross-cultural researcher) yang mengkaji data yang dikumpulkan oleh ahli-ahli etnografi dan etnosejarah.







Golongan ini mengambil sampel budaya dan bertekad untuk memperoleh penjelasan mengenai adat-adat khusus yang mungkin secara umumnya boleh dijelaskan. Contohnya: i.



What are the affects of living in a very unpredictable environment?



ii.



Is family violence related to aggression in other areas of life?



Rumusan •



Anthropology may help people to be more tolerant.







Anthropological studies can show us why others people are the way they are, both culturally and physically.







Customs or actions that appear improper or offensive to us may be other people’ adaptations to particular environmental and social conditions.







Anthropology is also valuable in that knowledge of our past may bring us both of feeling of humility and a sense of accomplishment.



SIFAT-SIFAT DAN CIRI-CIRI BUDAYA Makna Budaya •



Budaya berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu bentuk jamak daripada perkataan buddhi yang bererti budi atau akal.







Budaya merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, m coral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh individu sebagai anggota hmasyarakat.







Budaya merupakan sesuatu yang membezakan antara satu orang dengan orang yang lain.







Kebudayaan adalah suatu produk yang dihasilkan oleh sekelompok individu hasil daripada tindakbalas persekitaran fizikal dan sosial mereka yang kemudiannya ditransformasikan menjadi ide-ide, konsep-konsep dan pengalaman hidup seperti yang mereka fikirkan dan alami. Semua ini tercermin dan disebut sebagai ekspresi budaya.







Secara tradisinya interpretasi budaya adalah sekumpulan individu yang berbicara dengan menggunakan bahasa yang sama dan menempati suatu wilayah tertentu.







Kumpulan individu ini terdiri dari individu-individu yang mempunyai tujuan dan karakteristik yang sama, biasanya termasuk bahasa yang sama, tempat tinggal, tradisi, kebiasaan, sejarah, dan sebagainya.







Menurut E.B.Tylor kebudayaan adalah komplek, merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat-istiadat dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan-kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.







Kebudayaan terdiri daripada segala yang dipelajari, antaranya pola-pola perilaku yg normatif, mencakupi cara dan pola begljbrfikir dan bertindak.







Menurut Kluckhohn ada 7 unsur kebudayaan yg dianggap sebagai cultural universal iaitu: i.



Kelengkapan manusia untuk hidup (rumah, pakaian, alat-alat pengeluaran dsb).



ii.



Mata pencarian masyarakatnya (pertanian, sistem pengeluaran, industri dsb).



iii.



Sistem kemasyarakatan (organisasi politik, undang-undang, sistem perkahwinan, sistem kekeluargaan)



iv.



Bahasa ( lisan dan tulisan).



v.



Kesenian (ukiran, tarian, dsb).



vi.



Sistem pendidikan.



vii.



Sistem kepercayaan.







Kebudayaan menurut ilmu antropologi pada hakikatnya adalah keseluruhan sistem gagasan, tindakan dan hasil karya manusia dalam rangka kehidupan masyarakat yang dijadikan milik diri manusia dgn belajar (Koentjaraningrat 1996: 72)







Koentjaraningrat (1996: 74) menjelaskan kebudayaan dapat dibezakan kepada empat yang digambarkan menjadi empat lingkaran seperti berikut:







Keempat-empat lingkaran berpusat bermula daripada dalam ke luar iaitu: i.



Nilai-nilai budaya (lingkaran hitam).



ii.



Sistem budaya.b



iii.



Sistem sosial.



iv.



Kebudayaan fizikal.







Kebudayaan Fizikal – lingkaran paling luar kebudayaan sebagai artifaks seperti bangunan, kenderaan, komputer dll.







Sistem sosial – lingkaran kedua melambangkan kebudayaan sebagai sistem tingkahlaku, pola-pola tingkahlaku dll.







Sistem budaya – lingkaran ketiga melambangkan kebudayaan sebagai sistem gagasan bersifat abstrak, tidak dapat dirakamkan dengan kamera dan hanya dapat diketahui dan difahami setelah dipelajari dengan mendalam.







Nilai-nilai budaya – lingkaran hitam dengan bentuk yang paling kecil merupakan pusat daripada seluruh bahagian, melambangkan kebuvdayaan sebagai sistem gagasan yang ideologis.







Adaptasi budaya – membolehkan manusia mengadaptasi terhadap perubahan yang berlaku. Ini menjadikan manusia mampu meneruskan kehidupan dan berkembang selaras dengan persekitaran yang pelbagai.







Perubahan budaya – ianya berlaku apabila manusia bertindakbalas hasil daripada inovasi teknologi, pertumbuhan penduduk, krisis persekitaran, berlakunya pengubahsuaian dalam nilai dan tingkahlaku.



Unsur-unsur Kebudayaan 1) Menurut Melville J.Herskovits i.



Alat-alat teknologi yang dihasilkan.



ii.



Sistem ekonomi masyarakatnya.



iii.



Sistem kekeluargaan.



iv.



Kekuasaan politik.



Ciri-Ciri Budaya 1) Setiap budaya mengalami pnerubahan i.



Tidak ada budaya yang statik, kaku mahupun rigid.



ii.



Perubahan dan pengubahsuaian ini didorong oleh keperluan untuk memenuhi kehidupan masyarakat dari masa ke semasa.



2) Budaya adalah elemen hidup yang dipelajari i.



Budaya dipelajari menerusi proses sosialisasi untuk membolehkan individu menjadi anggota dalam masyarakat.



ii.



Proses pembelajaraan ini (sosialisasi) menanamkan nilai dan norma yang dipentingkan dalm masyarakat.



iii.



Proses pembelajaran ini berterusan dan tidak pernah berhenti sehingga individu itu meninggal dunia.



3) Amalan budaya dikongsi bersama i.



Setiap elemen budaya dikongsi bersama oleh sesuaatu kelompok masyarakat tersebut.



ii.



Perkongsian simbol, bahasa dan norma misalnya, difahami oleh ahliahli masyarakat itu.



4) Budaya merangkumi peraturan-pertauran yang terkandung di dalamnya kewajipan-kewajipan, larangan-larangan dan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli anggota masyarakatnya. 5) Budaya mempunyai nilai-nilai integriti i.



Maksudnya budaya berperanan mengintegrasi ataau menyatupadukan ahli-ahli dalam masyarakat tersebut.



ii.



Contoh bendera Malaysia – semua ahli masyaraakaat tanpa mengira kumpulan etnik dan parti politik menghormati bendera Malaysia.



Oleh itu, budaya bermaksud bagaimana individu dalam masyarakat memberi tafsiran terhadap budayanya dan budaya masyarakat lain.



Teori dalam antropologi Teori Evolusi Budaya •



Konsep yang dibangunkan pada abad ke 19 yang dipinjam daripada teori Evolusi Biologi Darwin.







Kehidupan sosial juga berubah – budaya barat sebagai paling maju







Percaya kepada process unilineal







Masyarakat “primitive” pada hari ini dianggap sebagai ‘fossil’







E.B Tylor (1832 -1917) –masyarakat mempunyai keupayaan yang sama tapi dalam tahap kemajuan yang berbeza







Lewis Hendry Morgan (1818-1881) – mengklasifikasikan tahap perkembangan teknologi manusia kepada “savagery”, “barbarism”, “civilization”. Tiap-tiap tahap ada ciri-cirinya.







“Each stage was distinguished by technological development and had a correlate in patterns of subsistence, marriage, family, and political organization”







Penulisan Morgan kemudiannya mempengaruhi Karl Marx dan Frederick Engles yang percaya proses sejarah akhirnya akan menyokong idea communism.







Herbert – Spencer (1820-1903) –menggunakan pendekatan Darwin dengan mencadangkan persaingan individu akhirnya akan membawa kemajuan kepada masyarakat



Partikularisme Sejarah •



Jawapan kepada pendekatan evolusionist oleh Franz Boas, yang dianggap – bapa perkembangan disiplin antropologi budaya di Amerika.



Franz Boas “culture is learned behavior” •



Pendekatan ini menekankan;







# pengumpulan data ‘firsthand’ di lapangan







# menekankan hubungan sebab-musabab antara tingkahlaku individu dan budaya-generalisasi







# menekankan idea relativisme budaya







Berbeza dengan British school of anthropology yang menekankan pembinaan teori yang diuji semasa fieldwork.



Functionalism •



Kajian Malinowski di Pulau Trobriand (Western Pacific), membawa kepada pembangunan teori ini yang menekankan fungsi institusi dalam masyarakat.







Masyarakat membentuk institusi untuk tujuan “regulate” / mengatur keperluan asas manusia







#Institusi ini akan membentuk jaringan organisasi dalam masyarakat







#Institusi adalah saling melengkap dan mengukuhkan satu dengan yang lain



Structural-functionalism (S.F) •



functionalist approach, with a stronger emphasis on the individual actor







S.F Menekankan kepentingan struktur social dan bukan tingkahlaku individu.







Menekankan kepentingan norma social yang menyokong kekuatan struktur social dalam mengurangkan konflik individu.







Structural functionalism and functionalism both took as their point of departure an idea of society as a holistic, integrated system, but structural functionalism had a much stronger emphasis on the self-maintenance of the system







S.F sebenarnya dimulakan oleh Durkheim, French sociologist; the father of modern sociology; dan mempengaruhi French structuralist anthropology



and British structural functionalism (Radcliffe-Brown). His work on forms of social integration (solidarity), collective representations, and ritual.



Evans-Pritchard (1902-1973) •



Theories of Primitive Religion







Argued that believers and nonbelievers approached the study of religion in very different ways



A. R. Radcliffe-Brown (1881-1955) •



Using his own modified version of Durkheim’s theories, which he called "structural-functionalism", he reinterpreted the entirety of his work among the Andaman Islanders.







And during his fieldwork among the Australian Aborginees (1910-1912), he utilized structural-functionalism to analyze kinship, myth, totemism, in the context of social torganization.



Claude Levi-Strauss- structural anthropologist •



French







born on November 28, 1908 in Belgium







son of an artist, and a member of an intellectual French Jewish family.







Studied at the University of Paris. From 1935-1939







Professor at the University of Sao Paulo







making several expeditions to central Brazil.



"The Structural Study of Myth," •



Explaining why myths from different cultures from all over the world seem so similar. Given that myths could contain anything--they aren't bound by rules of accuracy, or probability--why is there an astounding similarity among so many myths from so many widely separated cultures



Myth is language, because myth has to be told in order to exist”. •



He thus argues that, while myth as structure looks like language as structure, it's actually something different from language per se--he says it operates on a higher, or more complex level.



Myth shares with language the following characteristics : • •



It's made of units that are put together according to certain rules. These units form relations with each other, based on binary pairs or opposites, which provide the basis of the structure



Diffusionisme •



Popular in the early 1900's.







Two main centers for Diffusionist theory, one British and one German.







Both of these groups felt that people who did not posses traits that were considered civilized had degenerated and lost those traits.



German school (of diffusion) •



Led by Father Wilhelm Schmidt and Fritz Graebner. They believed that cultural traits diffused outward from a variety of cultural centers in circles to other regions and people. These culture circles were known as Kulturkreise.



British version •



only one culture center existed from which all cultural traits were diffused.







This cultural center was Ancient Egypt. The main proponents of this theory were G. Elliot Smith and William J. Perry. They had both studied Ancient Egypt extensively which resulted in their belief that Ancient Egypt was the only cultural center.



Clark Wissler – 1870-1947 •



Konsep cultural area , or culture province







Semakin tinggi kesamaan cultural traits menunjukkan adanya pusat kebudayaan berdekatan. Semakin jauh daripada pusat kebudayaan semakin kurangnya persamaan budaya.



Alfred Kroeber-1876-1960 •



Variasi (budaya) berlaku apabila manusia juga mengambilkira faktor persekitaran untuk tujuan adaptasi.



Evolusi Budaya Baru •



Leslie White – masih menggunakan pendekatan evolusi klasik tetapi menekankan kepentingan teknologi



Cultural Ecology







Julian Steward (1902 – 1972) - mengambil pendekatan jalan tengah diantara evolusi klasik dan baru dengan memperkenalkan konsep multilineal evolution. (Neoevolutionist)







Focused on relationships between cultures and the natural environment. =>environmental influences on cultures and cultural evolution. He argued that different cultures do have similar features in their evolution and that these features could be explained as parallel adaptations to similar natural environments.







Membandingkan lima tamadun- Peru= Inca, Tanah Tinggi Mexico= Aztec, Egypt, Mesopotamia dan China.







Tamadun ini mempunyai persamaan kerana kejayaan mereka mengurus (teknologi) air dengan baik



Marxism Anthropology •



Marxism is essentially an economic interpretation of history based primarily on the works of Karl Marx (1818-1883) and Frederich Engels (1820-1895)







K. Marx -a revolutionary - menumpukan usahanya untuk memahami kapitalisme –untuk menjatuhkannya.







Marx and Engel dipengaruhi oleh penulisan skema evolusi sosial oleh Louis H. Morgan



Social evolution (Marxist version) •



Transitions of stage from;







primitive communism, through feudalism and capitalism, to communism; stages are judged in terms of the modes of production which dominate each stage







The modes of production form the base or infrastructure of a society. This base determines the superstructure (laws, governments, and other legal and political apparatus), and both determine the ideology (including philosophies, religions, and the ideals which prevail in a society at any one time).



Antropologi Marxist •



Berbeza dengan ahli-ahli antropologi yang lain, pendekatan Marxist menekankan kepentingan konflik (class struggle)sebagai satu agen perubahan dalam masyarakat yang akhirnya akan mengubah modes of production dan ideologi!



Cultural Materialism







Theoretical paradigm that stresses the empirical study of sociocultural systems within a materialist infrastructure-structure-superstructure framework.







The term cultural materialism was coined by Marvin Harris (1927 – 2001) in his foundational text, The Rise of Anthropological Theory (1968).







“The task of cultural materialism is to create a pan-human science of society whose findings can be accepted on logical and evidentiary grounds by the pan-human community" (Harris 1979: xii).







The paradigm combines many schools of anthropological thought including social evolutionary theory, cultural ecology, and especially Marxist materialism







Privileges (menitikberatkan) both productive (economic) and reproductive (demographic) forces in societies. As such, demographic, environmental, and technological changes are invoked to explain cultural variation



Cultural matrialism vs Marxist •



Cultural materialism explains the structural features of a society in terms of production within the infrastructure only







Marxists, however, argue that production is a material condition located in the base that acts upon the infrastructure



Socio-biological Anthropology •



Was based on Charles Darwin’s evolutionary theory.







Darwin claimed that the biological evolution of physical characteristics is the result of natural selection.







The Socio-biological Anthropologists applied Darwin’s theory to explain the evolution of social behavior.







Humans generally develop certain patterns of social behavior that accurately fit to their societies and surrounding environments.







Socio-biological Anthropologists argue that this evolution of social behavior is the result of reproductive success.







As a result of natural selection, those individuals with certain genes survive because their genes cause behavior which adapts to a particular environment.







Three main topics







The evolutionary psychologists- attempt to describe the function of the human brain by studying our hunter-gatherer ancestors (adaptive behavior).







Human behavioral ecology - is the study of the connection between social behavior and environment. focus on specific populations and test if culturally patterned traits really enhance adaptation to surrounding environments.







Human universals - attempt to discover characteristics found in all human societies. This approach presumes that such universal traits are based on evolutionary biology and adaptation to environments.



Method Penyelidikan dalam Antropologi Kaedah Penyelidikan Utama • •



field work sebagai cara untuk mengumpul data dan menguji hipotesis Banyak kerja lapangan pada hari ini adalah berdasarkan kepada ‘problem oriented’’



Pendekatan Emik •



Observer attempts to learn the rules and categories of a culture in order to be able to think and act like a native (Harris 1979: 32).



Pendekatan Etik •



Observer does not emphasize or use native rules or categories. Instead, the observer uses "alien" empirical categories and rules derived from the strict use of the scientific method (Harris 1979:32). Cth. Taburan hujan, kadar kelahiran, pendapatan ketua isi rumah etc



Struktur penyelidikan •



Mengikut pendekatan deductive logic iaitu:







Memberikan kesimpulan berdasarkan hubungan sebab musabab. (data  kesimpulan)







BUKAN inductive (kesimpulan data)



Pendekatan deductive •



Penyelidik melihat/meneliti fakta dan melalui proses ‘trial and error’ , menemui prinsipal yang menjelaskan perhubungan variables-variables yang diuji.



Data kuantitatif mempunyai dua jenis pembolehubah •



Pembolehubah bebas (independent variable)=>unit ujian







Pembolehubah bergantung (dependent variable) => hasil ukuran yang dijalankan ke atas unit ujian



Teknik pengumpulan data(tingkahlaku) •



Participant Observation(pemerhatian ikut serta)







Systematic observation – cross checking, follow up interviews, time allocation –random (how random?), systematic (how systematic?)







How to record observation?







Temubual







Mendapatkan maklumat umum dan spesifik seperti ; kepercayaan, tingkahlaku tertentu, sejarah etc.







Temubual formal: mempunyai borang soalselidik atau instrumen – respon boleh dibanding dan dianalisis







Temubual Tidak Formal: spontan.







Ada juga structured informal interview - topik difokuskan spt. dalam focus group interviews.



Mengumpul data non-behavioral •



Census – maklumat demografi







Mapping – pemetaan, geografi, maklumat lokasi kerja lapangan, sumbersumber semulajadi,-community mapping







Inventory – maklumat peralatan pertanian, ternakan, pemilikan harta benda







Maklumat sejarah– salasilah, kepercayaan dan dokumen







Gambar dan filem – penting untuk menyokong analisis.



Pemilihan Responden •



Elakkan bias







Pastikan sample mesti mewakili  Random sampling  Stratified sampling  Purposive sampling  Systematic sampling  Snowball sampling



Analisis Statistik







Memerlukan kuantifikasi – boleh diukur/dikira.







Hubungan dua variable. Positif atau negatif?



Apa fungsi persanakan? •



Persanakan adalah satu fungsi sejagat







Persanakan lahir dari institusi perkahwinan yang membenarkan hubungan seks di antara lelaki dan perempuan.







Anak yang lahir daripada hubungan tersebut diterima oleh masyarakat.



Perkahwinan •



Walaupun perkahwinan dan persanakan adalah sejagat, bentuknya adalah berbeza-beza.







Perbezaan berlaku daripada aspek; –



Aktiviti seks sebelum berkahwin atau seks selepas berkahwin







Cara bagaimana upacara perkahwinan dilangsungkan







Dengan siapa (dan berapa) seseorang boleh berkahwin



Institusi Perkahwinan •



Umumnya setiap masyarakat menggunakan institusi perkahwinan sebagai “kebenaran” melakukan hubungan seks samada secara sosial atau secara sah.







Menekankan tanggungjawab ekonomi antara suami dan isteri







Tanggungjawab yang berterusan







Tanggungjawab penjagaan anak-anak



Isu antropologikal •



Aspek antropologikal terpenting ialah tanggungjawab seksual disertai dengan tanggungjawab ekonomi (pembahagian kerja, perkongsian harta benda, penyaraan).



Perspektif fungsional •



Dari perspektif fungsional – institusi perkahwinan boleh menyelesaikan beberapa masalah dalam masyarakat seperti;







Faedah ekonomi daripada kerjasama antara jantina







Penjagaan dan pemeliharaan anak-anak







Mengurangkan persaingan seks



Faedah ekonomi •



Masyarakat pemburu dan pengumpul- lelaki menjadi pelindung dan ketua mencari nafkah keluarga.







Lelaki –memburu, menangkap ikan etc.







Wanita membuat pekerjaan yang dianggap kurang berat atau berbahaya seperti mengumpul bahan makanan (biji, buah-buahan, pucuk, akar etc).



Masyarakat pastoral •



lelaki akan mengembalakan ternakan jauh daripada kediaman, wanita di rumah untuk menguruskan rumah.



Types of Male and Female WorkSchulze and Suriani, 1999: 63 Male work (heavy task)*



Female work (light task)**



Male and female work (indifferent)



Building houses and sulap[1]



Most of the domestic work



Buying food/ supplies



Clearing fields with chainsaw; burning of debris in fields



Clearing undergrowth using machete



Cleaning compound



Digging holes for sowing rice



Sowing rice (putting seeds into hole)



Looking after the children



Raising and selling of buffalo, cattle and pigs



Winnowing/ husking of rice



Weeding of rice field



Hunting and collecting heavy forest products (logs, bamboo)



Planting vegetables



Harvesting rice and fruits



Selling of produce (vegetables, fruits, handicrafts)



Carrying rice to the sulap



Faedah ekonomi lain •



Perolehan tenaga buruh tambahan







Masyarakat Rungus tinggal selama satu tahun atau lebih dengan keluarga mertuanya untuk membantu mengerjakan ladang







Pemberian berian juga sebagai satu faedah ekonomi walaupun tujuan asal amalan ini sebenarnya berkaitan dengan ganti rugi dan bukan jual beli







Murdoch (1957), kebanyakan masyarakat mengamalkan lelaki memberikan sesuatu kepada keluarga perempuan – spt binatang ternakan, makanan.







Cth. Swazi, Afrika Selatan – lembu diberikan mengikut status wanita,







Ifugao, Filipina, babi diberikan kepada keluarga wanita sebagai simbol penerimaan wanita tersebut sebagai isteri,







Eskimo pula menggunakan selimut tebal.



Pemeliharaan anak •



Kebanyakan masyarakat, ibu diberikan tanggungjawab utama untuk memberikan penjagaan anak-anak khususnya diperingkat awal.







Anak yang sedang membesar akan mengalami proses sosialisasi (?)







Kebanyakan masyarakat, ibu diberikan tanggungjawab utama untuk memberikan penjagaan anak-anak khususnya diperingkat awal.







Anak yang sedang membesar akan mengalami proses sosialisasi (?)



Pengurangan Persaingan seks •



Hubungan seks yang kekal dengan satu pasangan dipercayai menstabilkan masyarakat berbanding dengan seks bebas.



Sumbang Mahram •



Aturan yang melarang perkahwinan atau hubungan seks dengan anggota dalam keluarga terdekat. – faktor budaya dan factor ekonomi.







Masyarakat Inca dan kerabat diRaja Hawai melanggar hukum ini utk mengekalkan kesucian darah (diraja) mereka.



Eksogami dan endogamy •



Amalan yang menentukan asal usul pasangan – dari luar kelompok atau dari dalam kelompok.







Cth India – Sistem kasta, Masai endogamy



Monogamy – Poligami •



Poligini 70%– lelaki mengahwini beberapa wanita- status, Masyarakat Siwai – Pasifik Selatan mengaitkan keceriaan pemanggil babi (lelaki)



dengan kecenderungan mendapat isteri yang ramai sebab wanita ditugaskan mencari makanan babi. Poliandry •



Wanita berkahwin dengan beberapa lelaki,







1 % - Tibet dan Toda India. Seorang isteri – dikongsi oleh adik beradik.







Toda- bapa sosial lebih penting daripada bapa biologi.