Pentingnya Bahasa Tubuh [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENTINGNYA BAHASA TUBUH DALAM PERSEMBAHAN Bahasa tubuh anda akan menentukan persepsi audiens terhadap diri anda sebagai seorang penceramah. JIka anda salah mempamerkan bahasa tubuh, besar kemungkinan audiens akan menafsirkan yang anda sedang gugup/gemuruh, bersifat tertutup atau pun anda cuba menyembunyikan sesuatu. Bahasa tubuh yang tepat akan membuat audiens percaya dan menyifatkan anda sebagai seorang yang percayakan diri, berkarisma dan bijak menguasai keadaan. Dalam persembahan, secara umumnya ada 2 jenis bahasa tubuh yang harus anda ketahui iaitu bahasa tubuh tertutup dan bahasa tubuh terbuka.



1)



BAHASA TUBUH TERTUTUP



Bahasa tubuh tertutup adalah bahasa tubuh yang harus anda elakkan kerana ia boleh diertikan sebagai tidak percayakan diri sendiri, sombong atau cuba menyembunyikan sesuatu atau cuba berbohong. Berikut adalah contoh bahasa tubuh tertutup : a)



Melipat kedua tangan di depan dada. Ini adalah bahasa tubuh tertutup yang paling harus anda elakkan kerana ia menunjukkan yang anda berada dalam keadaan tidak selesa, tidak ingin berkongsi dan bersifat tertutup.



b)



Gaya sakit perut. Satu tangan disilangkan di perut, tangan yang lain tegak lurus dengan jari-jari meyentuh dagu atau bibir. Anda mungkin dalam keadaan yang cuba menafsirkan audiens dan juga mempamerkan gemuruh anda.



c)



Memasukkan tangan di saku seluar. Gerakan ini membuat anda ditafsirkan sebagai sombong walaupun ia sering dilakukan oleh orang lain. Justeru itu, jangan dilakukan.



d)



Mengatupkan kedua telapak tangan di depan. Walaupun gerakan ini kelihatan biasa, namun ia perlu dihindari kerana ia memperlihatkan anda dalam keadaan gugup/gemuruh atau cuba mencari sesuatu. Selain itu gerakan tangan yang digenggam seperti memegang mikrofon juga perlu dielakkan.



2)



BAHASA TUBUH TERBUKA Bahasa tubuh terbuka adalah bahasa tubuh yang harus anda tampilkan ketika membuat persembahan. Dengan menampilkan bahasa tubuh terbuka, anda akan dipersepsikan sebagai orang yang hebat, yakin dan percaya diri. Beberapa tips untuk menampilkan bahasa tubuh yang terbuka: a)



Letakkan tangan di samping badan jika tidak digunakan. Hanya jika anda perlu menunjukkan pelbagai gerakan tangan (seperti yang saya terangkan tempoh hari), barulah gerakkan tangan anda. Lakukan secara natural/semulajadi. Alternatif lain adalah memposisikan kedua telapak tangan ke atas. Hanya saja jangan dilakukan terus menerus (dari awal sampai akhir persembahan) kerana nanti audiens akan menyangka anda sedang berdoa 🙂



b)



Gunakan bahasa tubuh yang lebar atau besar. - Penampilan bahasa tubuh ini akan membuat anda kelihatan percaya diri. Contoh: ketika mengatakan bahwa anda mempunyai 3 isi, maka tunjukkan 3 jari di posisi tinggi dengan tangan tegak lurus di atas kepala. Lakukan gerakan tangan dengan sungguh-sungguh dan bersahaja.



Jadi itulah tadi dua jenis bahasa tubuh yang perlu anda ketahui dan praktikkan ketika membuat persembahan, iaitu bahasa tubuh yang tertutup dan bahasa tubuh yang terbuka. Pastikan bahasa tubuh anda terbuka supaya anda tampil lebih percaya diri dan powerful dalam menyampaikan ceramah. Selamat mencuba!



Ruddy M. Hams Mr. Mentor (Sumber : David Pranata.com)