Penyata Razak 1956 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penyata Razak 1956.



Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. jawatankuasa ini dipengerusikan oleh oleh Dato Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukekan pada bulan April 1956. Cadangan dalam Penyata Razak telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.



Tujuan utama Penyata Razak 1956 adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diharapkan mengeratkan perpaduan antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di tanah melayu. Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud hendak menyatukkan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar besar. Walaupun perkara ini tidak dapat dilakukan dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur. Tambahan pula memeriksa akan dasar Pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang dan mengesyorkan sebarang perubahan kepadanya atau menyesuaikan denganya yang mana wajib dengan tujuan hendaklah menubuhkan satu peraturan pelajara yang munasabah yang dapat diterima oleh rakyat di dalam Persekutuan Tanah Melayu in amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka sebagai suatu bangsa di dalam bidang kebudayaan masyarakat, ekonomi dan politik dengan tujuan dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu memelihara bahasa dan kebudayaan lain-lain bangsa yang ada didalam negeri ini.” (Penyata Razak: Paragraph 12, 115 and 1(a))



Tujuan kedua Penyata Razak adalah mengembangkan system pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Selain itu, menyediakan kemudahan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. Pengembangan sistem pendidikan ini boleh dilihat dari sudut peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan sistem peperiksaan.



Sekolah rendah dibahagikan kepada sekolah rendah kebangsaan (SRK) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan bahasa inggeris, cina dan tamil sebagai bahasa pengantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris dijadikan matapelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Selain itu, murid-murid keturunan cina dan tamil di sekolah aliran inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada lima belas orang atau lebih murid yang ingin belajar. Sementara itu, guru-guru yanng mengajar di peringkat sekolah rendah harus mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.



Peringkat sekolah menengah pula dibahagi kepada tiga peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). Dalam konteks ini, satu jenis sekolah menengah sahaja dengan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Sekolah menengah ini terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. Selain itu, murid-murid harus lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah bayi memasuki sekolah menengah.



Mengikut Penyata Razak, sistem peperiksaan pada peringkat sekolah telah dibahagi kepada 2 iaitu sistem peperiksaan sekolah menengah rendah dan sistem peperiksaan sekolah menengah. Dalam sekolah menengah rendah iaitu pada peringkat tingkatan 3, pelajar seharusnya lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas. Peperiksaan Sekolah Menengah Atas (tingkatan 3) untuk memperoleh Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. Sementara itu, dalam konteks pra-U, peperiksaan pra-U tahun kedua diadakan untuk memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.



Selain itu, kewujudan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan merupakan tujuan ketiga Penyataan Razak 1956. Tujuan ini berkeupayaan melahirkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif dari berkeupayaan memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.



Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Pelaksanaan perlakuan Jawatankuasa Razak in agak berjaya dalam



kebanyakan hal. Jawatankuasa ini juga mengambil berat terhadap keperluan untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini ( Penyata Razak 1956). Namun demikian, jelas wujud banyak masalah dan kekuranganya seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah; guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget, Okt. 18, 1956). Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembengan pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri. Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya. Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular dalam kalangan murid-murid bukan Melayu. Hakikat bahawa kana-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.



Laporan Razak 1956 Objektif Laporan Razak ialah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara kandungan yang termaktub dalam Laporan Razak ialah: 1. Persamaan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu. 2. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama di sekolah. 3. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Penubuhan satu jenis sekolah menegah kebangsaan yang terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama. 5. Sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar. 6. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan bagi mengelolakan sekolah di Tanah Melayu. 7. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidamatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.