Perbandingan Definisi Mal Mengikut Mazhab [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



Disediakan oleh : Nur Athirah Syuhada binti Hasni (P83629) Dalam Islam, harta merupakan suatu amanah Allah kepada manusia untuk diuruskan dengan baik. Segala ciptaan Allah SWT yang ada dibumi yang disifatkan sebagat harta adalah diwujudkan untuk kesejahteraan manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah alBaqarah ayat 29, “Maksudnya: Dialah yang telah menjadikan segala apa yang ada di bumi ini untuk kamu”.



Dalam mentarifkan perkataan harta atau mal itu sendiri, para sarjana Islam telah menghasilkan beberapa takrifan yang dijadikan rujukan sehingga kini untuk memberikan gambaran yang tepat mengenai takrifan harta itu sendiri. Daripada sudut bahasa, perkataan ‘harta’ adalah sama dengan perkataan ‘mal’ dalam bahasa Arab. Perkataan ‘mal’ adalah mufrad dari perkataan ‘amwa1’. Harta juga bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu. Ibn Athir berpendapat, harta pada asalnya ialah sesuatu yang dimiliki, terdiri dari emas dan perak dan kemudian telah diguna pakai dari setiap sesuatu yang diperolehi dan dimiliki dariwang. Dalam percakapan Arab, perkataan ini banyak digunakan dengan merujuk kepada unta atau binatang ternakan kerana pada ketika itu unta dan haiwan ternakan merupakan harta terpenting atau paling terbesar dimiliki oleh masyarakat Arab. Menurut kamus al-Munjid pula, harta bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang Badwi kepada binatang ternakan seperti kambing biri-biri dan unta sama ada jantan ataupun betina1. Ia juga membawa maksud tiap-tiap benda, barang perniagaan, harta alih, wang atau binatang yang dimiliki sama ada secara individu atau kumpulan. Mengikut pengertian umum,maksud perkataan ‘harta’ (mal) yang paling mudah difahami adalah peredaran wang di antara manusia sama ada dari bahan galian mahupun kertas2. Harta menurut istilah mempunyai pentakrifan berbeza oleh para fuqaha. Menurut Artikel 26 Al Majallah Al Ahkam Al Adliyyah, harta bermaksud suatu benda yang mana diingini oleh manusia 1



Al-Munjid fi al-lughahwa al- aclam,Dar al-Mashriq, Beirut, 1975M/1378H, hlm.780. Yazid Ahmad & Haji Ibnor Azli Ibrahim, Konsep Harta Menurut Perspektif UndangUndang Islam dan Undang-Undang Sivil : Satu Tinjauan, Jurnal Pengajian Umum Bil. 7, hlm. 124. 2



1



Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



dan boleh disimpan untuk keperluan di masa akan datang. Para fuqaha empat Mazhab utama juga telah mengeluarkan takrifan bagi perkataan harta. Menurut pendapat Imam al-Shafii seperti yang dinyatakan oleh al-Suyuti bahawa harta adalah sesuatu yang bernilai dan mesti dibayar gantirugi jika berlaku kerosakan 3. Termasuk di dalam sesuatu yang dikategorikan sebagai mal itu walaupun sedikit dan tidak diabaikan oleh manusia seperti fils (duit syiling) dan yang seumpama dengannya Sebahagian ulama’Maliki berpendapat sesuatu yang boleh dinamakan sebagai ‘mal’ adalah yang digunakan oleh pemiliknya sahaja, jika ia memperolehinya dengan cara yang betul. Al Shatibi dalam kitab Muwafaqat karangannya menyatakan harta sebagai segala yang boleh dimiliki dan penmilik mempunyai hak undang-undang eksklusif untuk menyimpan dan mengawal objek itu apabila dia memilikinya. Al- Hijawi daripada Mazhab Hanbali mentafsirkan mal dalam kitabnya Al iqna’ fi Imam Ahmad bin Hanbal iaitu apa-apa sahaja yang berguna dan dibolehkan menurut shariah yang mana kebenaran untuk menggunakannya adalah semasa keadaan normal. Al-Buhuti pula menyatakan dengan lebih lanjut yang apa-apa sahaja yang dibolehkan dalam keadaan darurah adalah bukan mal4. Sebagai contoh, haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak atas sebab keadaan darurah. Fuqaha daripada mazhab Hanafi menyatakan bahawa harta adalah sesuatu mesti secara adatnya dikehendaki oleh manusia oleh manusia dan tidak memberi kemudaratan kepada manusia. Al- Sarakhshi dalam kitab Mabsut menyimpulkan harta sebagai apa sahaja yang dicipta, berguna kepada manusia, bernilai dan boleh disimpan. Ibnu Abidin’ dalam Hashiyyah Radd al-Mukhtar menyatakan yang objek boleh diklasifikasikan sebagai mal jika mempunya ciri berikut5 : 3



Abd al-Rahman al-Suyutiyy, al-Ashbah wa al-naza’ir fi qawacid wa furucfiqh al-shaficiyyah,Dar alKutub al-cIlmiyyah,Beirut, 1983M/1403H, hlm.327. 4



Al-Buhuti, Mansur Bin Yunus. (2000). Syarh muntaha al-Iradat. Kaherah: Muassasah al-Risalah



Nasyirun 5



Ibn Abidin, Muhammad Amin. (1995). Hasyiah Rad al-Mukhtar. Beirut: Dar al-Fikr.



2



Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



1. Apa-apa sahaja yang menjurus kecenderungan manusia secara semulajadi dan boleh disimpan serta boleh digunakan ketika waktu yang dihajatkan. 2. Boleh ditentukan jika manusia menggunakannya bagi tujuan menjana aktiviti ekonomi 3. Segala yang tidak boleh menjana aktiviti ekonomi adalah bukan mal walaupun tujuannya adalah dibenarkan oleh Shariah. 4. Mesti dalam bentuk fizikal. Manfaat tak boleh dianggap sebagai mal. Tulisan Ibnu Abidin ini telah mewujudkan dua pandangan terhadap takrifan mal. Pertama adalah berdasarkan pandangan Ibnu Abidin ini sendiri. Sekiranya sesuatu itu tidak memenuhi salah satu syarat di atas, maka ia tidak diiktiraf sebagai harta menurut perspektif Mazhab Hanafi. Keempatempat kriteria di atas dengan jelasnya telah membawa kepada satu kesimpulan bahawa sesuatu itu boleh dikira sebagai harta jika ia mempunyai jisim. Ini kerana hanya sesuatu yang berjisim sahaja boleh disimpan, dikawal dan dijaga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa harta menurut fuqaha mazhab Hanafi hanya terhad dan terbatas kepada harta-harta yang berbentuk fizikal sahaja. Justeru, sesuatu yang tidak berjisim seperti manfaat tidak boleh dikelaskan di dalam kategori al-mal6. Manfaat tidak dianggap sebagai harta menurut pendapat Mazhab Hanafi kerana ia tidak boleh disimpan, dipelihara serta tidak kekal. Ini disebabkan manfaat tidak mempunyai zat serta tidak dapat ditanggapi oleh penglihatan kasar manusia sepertimana harta fizikal atau ayn. Ini bertitik tolak daripada sifat harta yang bertunjangkan kepada kewujudan harta tersebut, sekiranya sesuatu itu tidak wujud pada zahirnya seperti manfaat, maka ia tidak menepati kriteria untuk dinamakan sebagai harta7. Selain itu, kewujudan manfaat adalah disebabkan wujudnya harta. Nilainya juga bersandarkan kepada harta fizikal itu sendiri berbanding dengan nilai harta fizikal yang terletak pada zatnya sendiri berbeza dengan manfaat yang mana nilainya bergantung kepada zat aynnya.



6



Mohd Asyadi Redzuan & Mohd Zaki Razaly, Mal Mutaqawwim Menurut Pandangan Islam dan Implikasinya dalam Kehidupan Manusia, International Conference on Islamic Economy and Business, 29 June1July. 7 Ala al-Din al-Bukhari. (1997). Kasyf al-asrar. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah



3



Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



Jika dilihat dari sudut yang berbeza, takrifan di atas yang diberikan oleh fuqaha mazhab Hanafi tidak menetapkan keizinan syarak sebagai asas pertimbangan dan piawaian dalam mengkategorikan sesuatu itu sebagai harta atau pun sebaliknya. Oleh itu, tidak ada halangan menurut mereka bagi sesuatu yang telah jelas pengharamannya seperti khamar (arak) dan khinzir untuk dianggap sebagai harta. Walaubagaimanapun, harta itu hanya boleh dimiliki oleh ahl zimmi (orang kafir yang tinggal di dalam Negara Islam dan mematuhi peraturan dan undangundang Islam) sahaja tetapi tidak bagi orang Islam. Pendapat kedua didokong oleh majoriti fuqaha yang menegaskan mal merujuk kepada sesuatu yang bernilai, boleh diambil manfaat dan ianya terdiri daripada ayn dan manfaat 8. Ini jelas dapat dilihat daripada takrifan yang dikemukakan oleh Imam as-Syatibi dan Imam Syafie 9. Kewujudan sifat harta pada manfaat ini dapat dilihat melalui pandangan dan hujah Imam Syafie : 1. Kewujudan maslahah disebabkan manfaat bukannya zat harta atau ayn. Pada hakikatnya, harta benda atau ayn diciptakan untuk kemaslahatan manusia. Maslahah hanya akan dapat direalisasikan sekiranya ayn tersebut mempunyai manfaat. Ini kerana maslahah itu wujud disebabkan manfaat yang ada pada harta tersebut bukannya zat harta tersebut. 2. Dari segi uruf, transaksi di kalangan manusia bersendikan kepada zat dan manfaat. Ini dapat dilihat di pasar apabila ada peniaga yang menjual barang dan ada pula yang membeli untuk menyewakan kepada orang lain. 3. Syarak memperakui manfaat sebagai harta yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam banyak kes-kes membabitkan harta seperti sulh terhadap mahar serta wajib menggantikan barang yang telah rosak atau hilang. Pengertian manfaat menurut para fuqaha merujuk kepada faedah atau kegunaan yang terhasil daripada sesuatu benda atau barang seperti rumah yang boleh didiami atau kenderaan yang boleh 8



Al-Buhuti, Mansur Bin Yunus. (2000). Syarh muntaha al-Iradat. Kaherah: Muassasah al-Risalah



Nasyirun 9



Ala al-Din al-Bukhari. (1997). Kasyf al-asrar. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah



4



Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



dinaiki. Justeru, manfaat menepati dan memenuhi karakteristik untuk diklasifikasikan sebagai harta kerana ia mendatangkan maslahah serta kemudahan di dalam kehidupan manusia. Malah, manfaat merupakan objektif utama dalam suatu aktiviti ekonomi kerana harta-harta fizikal yang diperdagangkan di pasaran adalah bertujuan untuk mengambil serta menikmati manfaat yang terhasil daripada penggunaan harta-harta tersebut. Selain daripada konsep mal yang lebih luas, jumhur fuqaha mensyaratkan keizinan syarak sebagai pertimbangan utama dalam menentukan status sesuatu yang dinilai itu sebagai mal atau tidak. Oleh itu, pada pandangan jumhur fuqaha antaranya Imam Syafi‟i, Ibnu al-Thauri dan Ibnu Hazm, khamar dan khinzir tidak dianggap sebagai harta kerana ianya tidak dibenarkan oleh syarak walaupun ianya dimiliki oleh golongan bukan Islam10. Takrifan mal (harta)



Hanafi



Shafii



Maliki



Hanbali



Sesuatu yang mempunyai Setuju



Setuju



Setuju



Setuju



nilai Apa-apa yang bermanfaat Setuju



Setuju



Setuju



Setuju



kepada manusia Sesuatu yang



Setuju



Setuju



Setuju



dimiliki. Sesuatu yang berbentuk Setuju



Tidak setuju



Tidak setuju



Tidak setuju



fizikal atau berjirim Sesuatu yang dibolehkan Tidak Setuju



Setuju



Setuju



Setuju



syarak Sesuatu



Tidak



Tidak



Tidak



disimpan dan digunakan



dinyatakan



dinyatakan



dinyatakan



pada masa akan datang Termasuk hak dan Tidak setuju



Setuju



Setuju



Setuju



yang



boleh Setuju



boleh Setuju



manfaat



10



Az-Zuhaily, Wahbah. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Dimashq: Dar al-Fikr.



5



Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



Berdasarkan rajah di atas, dapat dilaht, terdapat persamaan pandangan mengenai takrifan harta dalam perkara-perkara tertentu seperti mempunyai nilai, bermanfaat kepada manusia dan boleh dimiliki. Perbezaan pandangan para fuqaha pula boleh dilihat berdasarkan beberapa segi seperti sesuatu yang dibolehkan syarak dan harta dalam bentuk fizikal. Bagi tujuan masa kini, terdapat beberapa takrifan yang masih relevan dan boleh diterima pakai. Namun terdapat juga beberapa takrifan yang perlu dipertimbangkan berdasarkan keadaan semasa. Tidak dapat dinafikan yang sesuatu harta perlu mempunyai nilai. Harta yang bernilai juga disebut sebagai mal mutaqawwam. Status sesuatu harta amat penting dalam menentukan kesahihan sesuatu urusan jual beli. Harta yang bernilai sah dilakukan semua jenis kontrak ke atasnya seperti kontrak jual beli, sewa, hibah, pinjaman, wasiat, syarikat dan sebagainya. Dalam konteks masa kini, harta itu perlu sesuatu yang mempunyai nilai kerana ianya penting bagi urusan jual beli. Hanya harta yang bernilai sahaja yang akan dijual dan mahu dibeli oleh manusia. Walaubagaimanapun, nilai pada harta ini sesuatu yang subjektif mengikut adat sesuatu komuniti. Di Malaysia, lintah mungkin menjadi sesuatu yang bernilai kerana digunakan sebagai salah satu alternatif perubatan. Namun hal yang berbeza berlaku di Negara lain. Selain itu, harta yang mempunyai nilai juga penting dalam menentukan ganti rugi. Status harta mutaqawwam memberikan hak kepada pemiliknya untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap individu yang bertanggungjawab merosakkan atau menghilangkan harta tersebut. Sekiranya seseorang itu merosakkan mal mutaqawwam milik orang lain, maka ia wajib menggantikan harta tersebut dengan jenis harta tersebut atau nilainya. Harta juga perlu sesuatu yang boleh dimiliki. Hal ini kerana, urusan jual beli atau yang lain hanya boleh dilakukan terhadap harta yang dimiliki sahaja. Harta seperti sekawan burung yang bertebangan dan ikan di lautan tidak boleh digunakan dalam mana-mana transaksi. Takrifan ini dilihat masih relevan pada masa kini. Sebagai contoh, seseorang tidak boleh menjual rumah atau kereta yang bukan miliknya. Jika masih berhutang dengan bank, dia hanya boleh menjual dengan kebenaran bank dan akan mendapat hasil berdasarkan peratus pemilikan terhadap harta itu sahaja. Selebihnya adalah kepunyaan bank itu sendiri. 6



Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab



Takrifan fuqaha Mazhab Hanafi harta sebagai sesuatu yang berbentuk fizikal sahaja adalah dilihat tidak begitu relevan pada masa kini. Hal ini kerana, harta juga boleh jadi sesuatu yang bukan dalam bentuk fizikal seperti hak dan manfaat. Sebagai contoh, dalam situasi sekarang, hak cipta juga dianggap sebagai harta. Walaupun ianya bukan dalam bentuk fizikal, namun ia memenuhi ciri-ciri lain mengenai harta. Hak cipta boleh dikatakan sebagai hak eksklusif yang dilindungi undang-undang terhadap karya-karya yang telah dihasilkan. Karya-karya yang dihasilkan ini adalah sesuatu yang bernilai dan memberi manfaat samada kepada orang ramai serta pencipta sendiri. Oleh itu, ia boleh dikategorikan sebagai harta. Maka hak-hak yang berhubung juga boleh dianggap sebagai harta. Fuqaha Mazhab Hanafi juga menyatakan yang harta itu adalah sesuatu yang boleh disimpan dan digunakan pada masa akan datang. Takrifan ini boleh dikatakan tidak relevan lagi di masa kini. Hal ini kerana harta seperi sayuran dan makanan basah tidak boleh disimpan lama namun ia masih lagi bernilai dan boleh digunakan sebagai medium transaksi. Sebagai kesimpulan, harta dalam konteks masa kini perlu diberikan takrifan secara meluas. Hal ini kerana dengan kecanggihan serta kemajuan dunia, harta boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Takrifan yang diberikan oleh fuqaha’ terdahulu dikeluarkan berdasarkan zaman itu sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa definisi yang masih relevan dan boleh diterima pakai bagi mentakrifkan harta.



7