Perbezaan Konsep Etika, Akauntabiliti Dan Prinsip-Prinsip Dalam Etika Kaunseling. [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Perbezaan konsep Etika, Akauntabiliti dan Prinsip-prinsip dalam Etika kaunseling. Menurut Perkhidmatan Awam-INTAN dalam Nilai dan Etika (1991), etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan. Manakala akauntabiliti menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. Oleh itu, etika bermakna tanggungjawab dan akibat tingkah laku tersebut terhadap masyarakatnya, manakala akauntabiliti merujuk kepada sikap tanggungjawab terhadap sesuatu keputusan atau tindakan. Perbezaan antara kedua-dua konsep ini adalah etika merujuk kepada akibat tanggungjawab atau sesuatu tingkah laku terhadap masyarakat manakala akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab terhadap sesuatu tindakan atau keputusan. Gambar rajah dibawah menunjukkan kesinambungan antara kedua-dua konsep dan matlamat atau arah kedua-dua konsep tersebut.



Etika akibat tanggungjawab kepada masyarakat



Akauntabiliti tanggungjawab terhadap tindakan



Masyarakat



Tanggungjawab Menurut Corey, Corey & Callahan(2007) dalam mematuhi garis panduan, kaunselor bolehlah melakukannya samada di tahap mandatori iaitu tahap minimum dan tahap aspirasional iaitu melebihi tahap mandatori. Kedua-dua tahap ini merujuk kepada prinsip-prinsip etika iaitu etika mandatori dan etika aspirasional. Dalam prinsip etika aspirasional pula, terdapat enam prinsip asas etika aspirational iaitu autonomi, tiada kemudaratan, amal jariah, keadilan, kesetiaan, dan kebenaran menurut Corey, Corey & Callanan (2007). Oleh itu, kesinambungan



antara ketiga-tiga konsep ini boleh diperkaitkan melalui gambar rajah dibawah. Etika wujud sebagai set paling besar yang mempunyai kesan kepada masyarakat. Manakala prinsip-prinsip etika wujud sebagai set kecil kerana prinsip-prinsip etika wujud sebagai panduan kepada kaunselor untuk bertindak. Manakala akauntabiliti adalah set besar daripada prinsip-prinsip etika kerana akauntabiliti merujuk kepada akibat tanggungjawab terhadap sesuatu tindakan dan prinsip-prinsip etika haruslah wujud sebagai panduan tanggungjawab seorang kaunselor.



Masyarakat



Etika • Akauntabiliti • Prinsip-Prinsip Etika