Peribahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BIL



PERUMPAMAAN



MAKSUD



AYAT



1.



Bagai air titik ke batu



Susah menasihati orang yang degil



2.



Bagai ayam dibawa ke lampok



Orang yang tidak pernah menghadiri majlis atau jamuan



Pak Rahman sudah berkali-kali menasihati kakaknya supaya tidak melabur dalam skim cepat kaya tetapi kakaknya langsung tidak mempedulikan nasihat itu bagai air titik ke batu. Sarah bagai ayam dibawa ke lampok apabila pergi ke majlis perkahwinan itu kerana itulah kali pertama dia menghadiri majlis seperti itu.



3.



Bagai anjing buruk kepala



Orang yang telah diketahui kejahatannya akan dibenci masyarakat



Penduduk kampung menganggap Rahim bagai anjing buruk kepala kerana dahulu dia pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri.



4.



Bagai bulan penuh purnama



Wajah yang sangat cantik



Faiz berhasrat untuk mengahwini anak gadis Pak Abu yang cantik bagai bulan penuh purnama.



5.



Bagai duri dalam daging



Hal yang tidak menyenangkan hati



Kehadiran anak tirinya yang panas baran itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Mak Cik Aminah kerana sering menimbulkan masalah.



6.



Laksana garam dengan asam



Kalau sudah jodoh akan bertemu jua walaupun jauh



Airis tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin dengan Adam kerana mereka sudah lama berpisah tetapi laksana garam dengan asam, akhirnya mereka bertemu dan bakal berkahwin.



7.



Seperti air di dalam kolam



Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya



Walaupun dia mempunyai masalah yang berat, tetapi dia masih bersikap seperti air di dalam kolam.



8.



Seperti embun di hujung rumput



Kasih sayang yang lekas hilang



Kasih saying Encik Hamid kepada isterinya seperti embun di hujung rumput kerana selepas setahun berkahwin, Encik Hamid meninggalkan isterinya itu.



9.



Seperti kaca terhempas ke batu



Hati yang hancur kerana amat berdukacita



Hati Amir menjadi seperti kaca terhempas ke batu apabila mendengar berita yang sedih itu.



10 .



Seperti kera mendapat bunga



Tidak tahu menghargai pemberian orang lain



Amira ialah gadis yang seperti kera mendapat bunga kerana hadiah yang ibunya berikan kepadanya tidak dihargai sama sekali.



11 .



Seperti ulat lupa akan daun



Melupakan kebaikan orang kepadanya



Sikap Saiful itu seperti ulat lupa akan daun kerana dia tidak mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang telah menolongnya itu.



12 . 13 .



Bagai perian pecah



Suara yang tidak merdu



Suara Amru itu bagai perian pecah tetapi dia tetap juga mahu menyanyi.



Seperti pacat kenyang



Apabila habis makan di rumah orang, terus pergi



Afif seperti pacat kenyang kerana selepas menjamu selera di rumah jirannya, dia segera mahu pulang ke rumah.



14 .



Seperti bertih digoreng



Bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti



Encik Amar tidak tahan dengan sikap isterinya yang suka membebel seperti bertih digoreng.



15 .



Seperti rusa masuk kampung



Berasa hairan dan tercengangcengang apabila berada di tempat baru



Amir seperti rusa masuk kampung sebaik sahaja dia tiba di majlis yang berprestij itu.



16 .



Seperti api dalam sekam



Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi



Segala perancangan yang dibuat telah gagal kerana ada di antara mereka yang bersikap seperti api dalam sekam.



17 .



Laksana pohon kayu tidak berbuah



Ilmu yang tidak diamalkan



Orang tua itu laksana pohon kayu tidak berbuah kerana ilmu yang dipelajari selama ini langsung tidak diamalkan olehnya dalam kehidupannya.



18 .



Seperti harimau menyembunyikan kukunya



Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya



Zamil bersikap seperti harimau menyembunyikan kukunya, walhal dia sangat hebat dalam sukan badminton.



19 .



Seperti rumput di tepi jalan



Kehidupan melarat, orang yang tidak berguna kepada masyarakat



Kehidupan penagih dadah itu seperti rumput di tepi jalan kerana dia tidak dipedulikan oleh keluarganya dan masyarakat.



20 .



Bagai mendapat durian runtuh



Mendapat keuntungan yang banyak



Nazim bagai mendapat durian runtuh setelah diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah sebuah motosikal.



21 .



Laksana wau melawan angin



Membuat pekerjaan yang mungkin tidak terkerjakan



Hasrat Maryam untuk bermalam di tengah-tengah hutan selama sebulan laksana wau melawan angin.



PERIBAHASA



BIL 22.



BIDALAN Alah sabung, menang sorak



MAKSUD Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati



AYAT Perbuatan Pak Ali itu alah sabung, menang sorak kerana duitnya telah banyak habis tetapi impiannya untuk menjadi ketua kampung tidak kesampaian.



23.



Jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau



Keturunan yang baik tetap menjadi baik walau di mana-mana jua



Semua anak Pak Hassan Berjaya ke menara gading. Begitulah jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.



24.



Belakang parang diasah lagikan tajam



Jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya



Adik Sarah yang nakal itu berjaya lulus dalam peperiksaannya kerana dia percaya bahawa belakang parang diasah lagikan tajam.



25.



Ada gula ada semut



Pasar tani itu menjadi tumpuan para peniaga kerana ada gula ada semut.



26.



Ada rupa ada harga



Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudahnya Harga barang menurut keadaannya



27.



Air susu dibalas dengan air tuba



Kebaikan dibalas dengan kejahatan



“Beginilah perangai orang yang tidak tahu mengenang budi. Air susu dibalas dengan air tuba,” marah Pak Amad.



28.



Adat juara kalah menang



Tiap-tiap usaha ada untung ruginya



Yuna akan terus berusaha untuk memajukan perniagaan barunya itu kerana dia tahu bahawa adat juara kalah menang.



29.



Ada padi masak, adalah pipit



Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul



Ramai pemuda di kampung hendak ke bandar kerana di sana terdapat banyak peluang pekerjaan. Kata orang, ada padi masak, adalah pipit.



30.



Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api



Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredakan kemarahan seseorang



Amira sedar bahawa air yang dingin juga yang dapat meredakan api. Oleh itu, dia memujuk rakan baiknya yang sedang marah itu dengan kata-kata yang lemah lembut dan sopan.



31.



Anak harimau takkan menjadi anak kambing



Anak orang besar biasanya jadi orang besar juga



Anak Datuk Johan kini sudah menjadi pengarah syarikat di syarikat terkemuka. Kata orang, anak harimau takkan menjadi anak kambing.



32.



Belum menetas sudah



Sudah bersenang-senang sebelum



Keputusan peperiksaan Amir masih belum diketahui tetapi dia sudah pun bergembira.



Kain sutera ini sangat mahal, kerana ada rupa ada harga.



dibilang Bertanam tebu di bibir



tercapai maksudnya Mengeluarkan perkataan manis untuk memujuk



Bak kata orang, belum menetas sudah dibilang. Adik Zura amat pandai bertanam tebu di bibir. Oleh sebab itu, ayah Zura selalu akan mengikut sahaja kehendaknya.



Habis kapak berganti beliung Rosak bawang ditimpa jambak



Usaha yang gigih pasti akan membuahkan kejayaan Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri



Imran dipuji oleh majikannya kerana gigih dating bekerja pada setiap hujung minggu dalam sikap habis kapak berganti beliung ini patut dicontohi oleh pekerja lain. Maruah pemuda itu rosak akibat perbuatannya yang suka mencuri. Kata orang, rosak bawang ditimpa jambak.



36.



Orang mengantuk disorongkan bantal



Memperoleh sesuatu yang diinginkan



Ain berasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal kerana ayah dan ibunya akan membawanya bercuti ke Jepun pada cuti sekolah nanti.



37.



Tiada rotan, akar pun berguna



Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik juga ada



Salim membalut kaki adiknya yang luka itu dengan sapu tangannya kerana sukar untuk Salim mendapatkan kain pembalut di taman permainan itu, bak kata orang, tiada rotan, akar pun berguna.



38.



Bernasi di balik kerak



Masih ada sesuatu yang belum selesai



Mak Cik Kiah terpaksa pulang ke kampung kerana urusannya dengan datuk masih bernasi di balik kerak.



39.



Besar suap daripada mulut



Belanja lebih besar daripada pendapatan



Khalid bersikap besar suap daripada mulut kerana pendapatannya tidak mampu untuk menampung perbelanjaanya.



40.



Emas berpeti, kerbau berkandang



Harta benda harus disimpan baik-baik di tempat masing-masing supaya selamat



Puan Hani menyimpan barang kemasnya di dalam peti besi kerana baginya emas berpeti, kerbau berkandang.



33.



34. 35.



BIL



PEPATAH



MAKSUD



AYAT



41.



Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu



Lahirnya baik, batinnya jahat



Laila tidak menyangka bahawa Airin sanggup mencacinya sedangkan Laila amat percaya akan Airin. Rupa-rupanya di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.



42.



Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan



Danial menolak tawaran kerja yang telah diterimanya kerana dia berharap untuk mendapatkan kerja di syarikat yang lebih besar. Dia mengharapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan.



43.



Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis



Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil sudah pasti dilepaskan. Selalu waspada dan hati-hati



44.



Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya



Janji mesti ditepati



Kita perlu berpegang pada janji untuk menanam kepercayaan orang lain terhadap kita. Bak kata pepatah, jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.



45.



Makin murah, makin menawar



Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta



46.



Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang



Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang



“Sesudah dibelikan kereta mainan, dia meminta motosikal mainan pula kerana Adam bersikap makin murah, makain menawar. Sarah banyak membantu Sofi sewaktu dia ingin menyertai pertandingan melukis. Namun begitu, hadiah berupa wang tunai yang dimenanginya itu tidak dikongsikannya. Kata orang, nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.



47.



Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah



Orang lain melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh



Faris tidak sanggup ingin melihat orang yang tidak bersalah mendapat hukuman, kelak orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.



48.



Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan



Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan



Penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara berbeza-beza kerana rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.



49.



Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya



Seseorang



yang



berbuat



Pak Saad menasihati anaknya agar tidak menghabiskan duit gajinya supaya dapat digunakan untuk masa hadapan. Bak kata orang, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.



salah, Hassan seorang sahaja yang tidak menyiapkan kerja rumah,



50.



terpalit



semuanaya terbawa-bawa



Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas



Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh



tetapi semua murid dileteri oleh Cikgu Tina bak kata pepatah, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Majlis perkahwinan itu berlangsung dengan meriah sekali mengikut adat turun temurun yang tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.



SOALAN PERIBAHASA (FORMAT 1) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. Soalan: 1) Bagai bulan penuh purnama 2) Adat juara kalah menang 3) Seperti air di dalam kolam 4) Bernasi di balik kerak 5) Seperti rusa masuk kampung 6) Makin murah, makin menawar 7) Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah 8) Besar suap daripada mulut 9) Orang mengantuk disorongkan bantal 10) Belum menetas sudah dibilang Jawapan: 1) Gadis yang ingin dikahwini oleh Amir itu amat cantik wajahnya bagai bulan penuh purnama. 2) Yana akan terus berusaha dengan gigih untuk memenangi pertandingan itu kerana dia tahu bahawa adat juara kalah menang. 3) Hazim masih mampu untuk bersikap seperti air di dalam kolam walaupun dia mempunyai banyak masalah yang perlu diselesaikan.



4) Hafiz perlu mengambil cuti untuk pulang ke kampung halamannya kerana terdapat beberapa hal yang masih bernasi di balik kerak. 5) Tina berkelakuan seperti rusa masuk kampung ketika berada di dalam majlis perkahwinan yang sangat mewah itu. 6) Ayah telah menghadiahi adik sebuah kereta mainan tetapi dia meminta ayah untuk membeli sebuah basikal untuknya. Bak kata orang, makin murah, makin menawar. 7) Ali tidak mempunyai ramai kawan dan kawan-kawan Ali tidak suka berkawan dengan Ali kerana Ali suka menuduh sesorang yang tidak melakukan kesalahan bak kata pepatah, orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah. 8) Wawa merupakan seorang yang besar suap daripada mulut kerana dia sering berbelanja melebihi daripada pendapatan. 9) Ayu merupakan anak bongsu dalam keluar Pak Husin. Oleh itu, setiap apa yang Ayu mahukan pasti dituruti seperti orang mengantuk disorongkan bantal. 10) Amira masih belum mengetahui keputusan peperiksaan tetapi dia amat gembira. Bak kata orang, belum menetas sudah dibilang.



SOALAN PERIBAHASA (FORMAT 2) Nyatakan maksud peribahasa yang diberikan. Soalan: 1) Habis kapak berganti beliung 2) Bertanam tebu di bibir 3) Laksana garam dengan asam 4) Seperti kaca terhempas ke batu 5) Harapkan guruh di langit, air di tumpahkan 6) Laksana pohon kayu tidak berbuah



7) Alah sabung, menang sorak 8) Seperti bertih digoreng 9) Air susu dibalas dengan air tuba 10) Seperti harimau menyembunyikan kukunya



Jawapan: 1) Usaha yang gigih pasti akan membuahkan kejayaan. 2) Mengeluarkan perkataan manis untuk memujuk. 3) Kalau sudah jodoh akan bertemu jua walaupun jauh. 4) Hati yang hancur kerana amat berdukacita. 5) Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil sudah pasti dilepaskan. 6) Ilmu yang tidak diamalkan. 7) Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati. 8) Bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti. 9) Kebaikan dibalas dengan kejahatan 10) Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya.



1



1 2



BUKU LATIHAN INTERNET (Google)