Perkembangan Program Linus [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PROGRAM LINUS 2010 - sekarang



• Merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006 • KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I • Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal.



PENGENALAN • LINUS merupakan program intervensi atau pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah • Disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)



MATLAMAT • Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.



OBJEKTIF • Objektif Program Literasi • Pada akhir Program Literasi murid berupaya : I. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; II. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; III. Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.



• Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya : I. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000; II. Membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; III. Menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan; IV. Mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.



KUMPULAN SASARAN • Sasaran ialah murid Tahap1 • Kecuali murid berkeperluan khas : – Sekolah Kebangsaan : Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan – Sekolah Rendah Pendidikan Khas : Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran – Sekolah Jenis Kebangsaan – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan



STRATEGI PELAKSANAAN • Enam strategi utama LINUS : 1. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3; 2. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif; 3. meningkatkan kemahiran pedagogi guru; 4. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti; 5. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan 6. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.



PELAKSANAAN PROGRAM LINUS • Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS • Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September • Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas • Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar



Sambungan.. • Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan • Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi • Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik • Pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya • Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas