Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH PENDAHULUAN Kaunselor



berperanan



dan



bertanggungjawab



dalam



usaha



mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa berada di sekolah. Di sekolah, bimbingan dan kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainkan oleh seorang kaunselor. Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor di sekolah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa



menuju



proses



perkembangannya.



1



Mereka



dilayan



untuk



perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Justeru itu kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh. Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalahmasalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.



DEFINISI Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.



2



Kebanyakan



individu



apabila



diminta



untuk



mentakrifkan



tentang



kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum. Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri



dan kehidupannya yang menimbulakn



masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.



KONSEP KAUNSELING Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti



rundingcara



sesama



mereka.



Kaunseling



merupakan



kebolehan



seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan



berkembang hasil daripada



dapatan penyelidikan



tentang



perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,



3



ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan: 



Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.







Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Kaunseling



adalah



proses



interaksi



yang



membolehkan



individu



memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien. Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.



4



PRINSIP KAUNSELING Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut: 1.



Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.



2.



Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah



hak



individu



membuat



pilihan,



menjadi



bebas



dan



berautonomi. 3.



Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling.



Batasan



ini



ditetapkan



oleh



tujuan



kaunseling



yang



dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor. 4.



Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.



5.



Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.



6.



Kaunselor memahami kliennya.



7.



Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.



8.



Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.



Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut: 1.



Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.



5



2.



Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.



3.



Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.



4.



Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.



Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut: 1.



Kaunseling



diberi



kepada



individu-individu



normal



yang



sedang



menghadapi masalah atau kerunsingan. 2.



Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.



3.



Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.



4.



Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.



5.



Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.



6.



Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.



6



7.



Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masingmasing dan cara untuk mencapai matlamat itu.



8.



Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.



MATLAMAT KAUNSELING 1.



Memudahkan perubahan tingkah laku klien. Matlamat kaunseling adalah untuk



membantu klien membuat sesuatu



perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. 2.



Meningkatkan



keupayaan



klien



memula



dan



meneruskan



perhubungan. Ramai di kalangan klien yang menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain. Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan orang lain. 3.



Membantu klien mengurus diri Satu lagi matlamat kaunselor yang penting ialah membantu kliennya.



Ekspektasi ibu dan bapa terhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak dijangka. Pola tingkah laku yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan masalah padanya di tempat kerja. Dalam keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam situasi baru dan tuntutan baru. 4.



Menggalakkan proses membuat keputusan. Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat



menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad



7



diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil. 5.



Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien. Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Matlamat ini



bermaksud memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling ialah mengurangkan atau mengatasi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang.



JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH Di dalam buku Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1984), telah menyatakan 10 perkhidmatan di dalam kaunseling di sekolah. 1.



PERKHIDMATAN INVENTORI DAN REKOD PELAJAR 



Mengendalikan fail bimbingan.







Bertanggungjawab



mengumpul



dan



merekodkan



butiran



yang



berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar. 



Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.







Menyelaras, menjaga, dan mengemaskini rekod pelajar.







Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.







Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan dan berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.



2.



PERKHIDMATAN PEMBERIAN MAKLUMAT



8







Mengumpul, menyedia, dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan, dan latihan kepada pelajar.(melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah).







Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran, sosial, dan peribadi.







Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.







Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain.







Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.







Menyebarkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok, dan inhalen.



3.



PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK 



Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.







Membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok yang tertentu. Contohnya; masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.







Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM).







Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan meyelia aktiviti mereka.



9



4.



PERKHIDMATAN KAUNSELING 4.1



KAUNSELING INDIVIDU/ KELOMPOK 



Sesi kaunseling dijalankan mengenai;







Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.







Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.







Kerjaya, pelajaran dan peribadi.







Tidak terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum.







Masalah disiplin, seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.



4.2



KAUNSELING KELUARGA Kaunseling keluarga dijalankan sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling mampu mengendalikannya.



4.3



KAUNSELING TUNJUK AJAR Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar mengenai penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahirankemahiran



berkomunikasi,



menghadapi



masalah,



membuat



keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen. 5.



PERKHIDMATAN PENEMPATAN 



Membantu



pelajar



memilih



aktiviti



ko-kurikulum



berdasarkan



kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. 



Penempatan pekerjaan:  Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan).



10



 Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). 



Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.



6.



PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH 



Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.







Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.







Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.



7.



PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN 



Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.







Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.







Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.







Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.







Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.



11







Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.



8.



PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA 



Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.







Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.







Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.







Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.







Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.



9.



PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS 



Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.







Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.







Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orangorang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.







Merancang



dan



menjadi



penyelaras



dalam



usaha



untuk



memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat. 10.



PERKHIDMATAN PENILAIAN



12







Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.







Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.



KEMAHIRAN KOMUNIKASI Menurut De Vito (1978), komunikasi adalah proses menghantar dan menerima maklumat antara dua orang dengan kesan dan maklum balas serta merta. Hybels dan Weaver II (1995) komunikasi ialah proses manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Mengikut Abdullah Hassan (2001), antara tujuan komunikasi



interpersonal



adalah



untuk



memahami



manusia



lain



dan



persekitaran, menjalinkan hubungan, mempengaruhi dan membantu individu lain, berkongsi keseronokkan dan pengalaman serta meningkatkan estim diri. Manakala



Zuraidah



(1998),



Komunikasi



adalah



berkesan



bila



maksud



disampaikan diterima dan difahami dengan jelas oleh orang yang menerima seperti yang dikehendaki oleh orang yang bercakap (penghantar). Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas. Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor.



13



Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur



badan



kaunselor.



Kaunselor



boleh



menggangguk



kepalanya,



membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas. Kemahiran asas komunikasi yang mesti dikuasai oleh kaunselor dalam proses kaunseling, sama ada sesi kaunseling individu, mahupun kaunseling kelompok, terdapat tujuh dan boleh dilatih. Kaunselor yang berpengalaman akan melaksanakan dengan mudah tanpa memikirkan sangat tentangnya. Boleh dikatakan penguasaan kemahiran-kemahiran ini yang membezakan antara kaunselor yang berpengalaman dengan kaunselor yang tidak berpengalaman. (a)



Soalan Terbuka Untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada klien, kaunselor boleh



menggunakan cara menyoal yang akan meransang klien menjawab dengan lebih terperinci,



misalnya,



“Selepas



pertengkaran



berlaku,



apa



yang



terjadi



seterusnya?”. Soalan terbuka mengajak klien menjawab lebih panjang daripada “ya” atau “tidak”. Soalan



terbuka



menggalak



klien



berkongsi



maklumat



dengan



kaunselornya. Dengan menyoal cara demikian, dia meletakkan tanggungjawab untuk menjawab ke atas klien dan klien bebas memberi jawapan dengan tidak terkongkong kepada pendapat atau pandangan kaunselor. Dengan cara ini juga, klien bebas untuk meneroka perasaannya, nilai hidupnya dan sikapnya terhadap masalah yang dihadapi. Sebaliknya, soalan tertutup hanya menghasilkan jawapan yang bersifat fakta sahaja yang tidak mempunyai kerelevenan dengan masalah yang dihadapi, melainkan memenuhi keperluan ingin tahu sahaja. (b)



Senyap Senyap di sini bermaksud kaunselor tidak memberi apa-apa komen atau



soalan sebagai respon kepada sesuatu kenyataan daripada klien, tetapi mendiamkan diri serta membiarkan kliennya terus bercakap. Klien biasanya memerlukan peluang untuk melihat dalam dirinya, perasaannya, sikap, nilai-nilai



14



dan perbuatannya. Pada peringkat awal, memang klien inginkan seseorang untuk mendengar tanpa memberi apa-apa maklum balas. Kaunselor mungkin akan merasa kekok apabila ada ruang masa yang tidak diisi dengan percakapan, walaupun sekejap. Bagaimanapun, sekiranya kaunselor sensitif tentang nilai senyap dan pandai menggunakan “timing” bila perlu senyap, dan bila perlu meminta keterangan lanjut, kaunselor akan banyak dapat



faedah



darinya.



Pertama,



senyap



menyedarkan



klien



bahawa



tanggungjawab bercakap dalam temu bual kaunseling adalah pada klien. Kedua, senyap membolehkan klien memeriksa apa yang sedang difikirkannya, dan apa yang dirasakannya, dan memberi ruang masa untuk membuat kesimpulan tentang implikasi perbincangan pada sesi itu. Klien perlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses apa yang telah berlaku tanpa tekanan menjawab soalan kaunselor, tentang fikirannya dan perasaannya. (c)



Mendengar Mendengar, dalam konteks kaunseling ialah menerima mesej dengan teliti



dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang disampaikan. Ia meletakkan aras pendengaran kita lebih tinggi daripada mendengar ucapan dalam perbualan biasa. Kebolehan mendengar oleh kaunselor amat penting kerana ia menjadi teras kepada keberkesanan kaunseling. Dengan mendengar kenyataankenyataan yang dibuat oleh klien, kaunselor dapat memberi maklum balas tentang fikirannya dan perasaannya. Pada aras lain pula, apa yang didengar oleh kaunselor ditafsirkan kepada makna yang lain, yang lebih tepat lagi mengikut mesej yang dihantar. Pentafsiran ini dianggap perlu kerana biasanya, dan pada keseluruhannya, manusia tidak berkomunikasi secara tepat. Biasanya, bila kita bercakap, kita mempunyai kecondongan untuk cakap berlapik. Isi percakapan tidak mencerminkan ketelusan apa yang sebenar difikirkan dan apa sebenarnya perasaan yang hendak disampaikan.



15



Oleh



yang



demikian,



proses



mendengar



memerlukan



kita



menggabungkan kemahiran menyatakan semula isi percakapan dan kemahiran merefleksi perasaan. Mendengar sebenarnya mempunyai nilai teraputik yang mana ia memberi kesan kepada klien bahawa dia difahami dan didengari oleh seseorang. (d)



Pernyataan Semula Membuat pernyataan semula berkait rapat dengan kemahiran mendengar.



Kebolehan kaunselor menyatakan semula intipati mesej yang disampaikan oleh klien menandakan kaunselor mendengar dengan teliti. Kemahiran ini juga dikenali sebagai memparafrasa sesuatu kenyataan. Kaunselor memberi maklum balas kepada kliennya apa yang telah dicakapkannya dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri. Memparafrasa ucapan klien ada tiga tujuan: •



Memberi tahu klien bahawa kaunselor cuba memahaminya.







Meringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan oleh klien.







Menyemak kalau apa yang dipersepsikan oleh kaunselor sama dengan yang dimaksudkan oleh klien. Memparafrasa kenyataan klien sesuai dibuat pada awal sesi temu bual



kerana ia menggalak klien bercakap dengan lebih terbuka dan menjelaskan masalahnya dengan lebih lanjut. Bagaimanapun, harus diingat bahawa memparafrasa tidak membawa kepada penerokaan masalah dengan mendalam, malah



perbincangan



akan



membosankan



jika



tidak



dibantu



dengan



menggunakan kemahiran-kemahiran yang lain. (e)



Merefleksi Perasaan Perbezaan antara membuat pernyataan semula apa yang dicakapkan



oleh klien dengan merefleksi perasaan adalah dari segi penekanannya. Membuat pernyataan semula ialah memberi keterangan dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri untuk menyemak sama ada apa yang dicakapkan oleh klien bertepatan dengan apa yang dipersepsikan oleh kaunselor. Merefleksi perasaan ialah mencadangkan satu perasaan yang dialami oleh klien bila



16



membuat sesuatu kenyataan, untuk menyemak ketepatan perasaan yang dialami ketika itu. (f)



Meringkaskan Isi Perbincangan Kemahiran meringkaskan isi perbincangan merujuk kepada kebolehan



kaunselor meringkaskan perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama klien dalam sesi temu bual untuk menyemak bahawa kedua-duanya bersetuju tentang apa yang telah dibincang. Menyemak intipati perbincangan tidak sama dengan memparafrasa. Intipati perbincangan mungkin dibuat berdasarkan beberapa keterangan daripada klien dalam satu sesi perjumpaan atau yang telah dibuatnya dalam sesi-sesi yang lepas. Tujuan utama ialah membuat semakan. Kedua, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor. (g)



Meringkaskan Perasaan Kemahiran



untuk



meringkaskan



perasaan



klien,



hasil



daripada



perbincangan dalam temu bual, agak rumit sedikit dibuat atas beberapa sebab. Pertama ialah kerana dalam budaya kita, iaitu budaya orang Timur, meluahkan sesuatu perasaan yang mendalam adalah sukar. Apabila kaunselor cuba meringkaskan perasaan yang dialami oleh klien, ada kemungkinan klien tidak mengakui bahawa dia telah merasakan begitu. Ini kerana mengaku sesuatu yang bertentangan dengan nilai budaya, amat perit bagi klien untuk dipikul, walaupun hakikatnya klien mempunyai perasaan begitu, misalnya, bencikan ibu dan bapa, memarahi dan sebagainya. Oleh



itu,



kaunselor



hendaklah



menggunakan



kebijaksanaannya



menggunakan kemahiran komunikasinya agar kaunselor dan klien tidak bertembung pendapat. Kalau klien menidakkan sesuatu yang dipersepsikan benar bagi kaunselor, maka kaunselor hendaklah mengubah topik perbincangan itu kepada yang lain. Ada kemungkinan juga memang kaunselor benarbenar salah mempersepsikan perasaan yang ditunjukkan oleh klien.



17



IMPLIKASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Komunikasi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan



sebaya



dan



media



massa.



Sekolah



sebagai



institusi



sosial



bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.



18



Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan muridmurid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Berkomunikasi melalui interaksi sosial yang wujud di bilik darjah boleh membantu pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar, memikir secara kreatif dan berkomunikasi tentang masalah, yang mana akan memperkembang dan memperdalamkan pemahaman pelajar-pelajar tentang mata pelajaran yang diajar. Dalam proses pembelajaran mata pelajaran yang boleh mewujudkan interaksi sosial, sering melibatkan proses rundingan. Proses rundingan akan membantu pelajar melihat bagaimana rakan sebayanya memahami sesuatu konsep, dan secara langsung skema dalam mindanya berubahsuai dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada. Di samping itu, proses berunding boleh mempertajam dan memperdalamkan lagi pemikiran seseorang.



PENUTUP Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi



seluruh



proses



kaunseling



seperti



menyukarkan



klien



menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.



19



Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Contoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan klien. Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien.



20



BIBLIOGRAFI



1. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003). Kaunseling individu: Panduan membimbing individu secara praktikal dan berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2. Mizan Adilah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2006). Kaunseling individu: Apa dan bagaimana (2nd ed.). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 3. Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin. (1993). Pengantar kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Othman Mohamed. (2005). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling (2nd ed.). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 5. Yatimah Sarmani & Mohd tajudin Ninggal. (2008). Teori kaunseling alghazali. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 6. Burks, H. M. & Stefflie, B. (1979). Theories of counseling (3rd ed.). New York: McGrow Hill. 7. Feltham, C. (2001). A personal view: Counseling studies. British Journal of Guidance and counseling, 29(1), 111-119. 8. Ee Ah Meng (1991), Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Petaling Jaya: Siri Pendidikan Fajar Bakti. 9. Fakulti Pendidikan Bahasa (2007), Bimbingan dan Kaunseling, Open University Malaysia:UNITEM Sdn. Bhd. 10. Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai, Johor. Penerbit UTM.



21