Permainan Tradisional Gasing [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Sejarah dan asal usul gasing Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Di samping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara. Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak pada masa itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Dengan ini, timbulkan idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Selain itu, seutas tali juga digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama. Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Kemudian, mereka menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.



2.0 Undang-undang atau peraturan permainan Berdasarkan Peraturan Permainan Gasing yang dikeluarkan oleh Asean Gasing Asociation (AGA) pada tahun 2003 yang lalu, terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan aturan permainan gasing ini, di antaranya: a) Jumlah pemain b) Jenis permainan c) Jenis gasing Berdasarkan jumlah, permainan gasing dapat dikelompokkan menjadi tiga iaitu : a) Permainan Beregu b) Permainan Ganda c) Permainan Tunggal. Permainan beregu terdiri dari 4 orang per regu, 1 orang cadangan, permainan ganda terdiri dari 2 orang per regu, 1 orang cadangan, sementara permainan tunggal dimainkan oleh 1 orang sahaja. Jenis permainan gasing dapat dibagi menjadi dua, uri dan pangkah. Jenis uri adalah permainan yang berfungsi untuk melihat kepanjangan masa untuk gasing berputar, sedangkan pangkah adalah permainan yang dilakukan dengan cara memangkah gasing lawan yang sudah diputar. Manakala, permainan beregu dan ganda adalah 20 minit, sementara permainan tunggal 15 minit. Selain itu, berat gasing yang diselarikan untuk dimainkan adalah 6-8 kilogram, ukuran lebar lingkaran 36-46 cm; tinggi 8-12 cm. Gasing yang dibolehkan adalah yang berbentuk jantung, piring, guci atau rembang.



3.0 Pelan cara pembuatan gasing



Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.



1. Potongan kayu diukir terus membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan.



2. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.



Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing



3. Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama, dan kekal dan di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.



4.0 Ilustrasi untuk jenis-jenis gasing



Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.







Gasing Uri



Ciri-ciri: Bentuk : rendah dan agak leper Berat : 6 kg Lilitan : 60 cm Tinggi : 8 cm Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat. Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang pokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.



Gasing Pangkah



Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukanpasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.



Gasing Leper Kelantan



Ciri-ciri: Bentuk: Rendah dan juga leper Berat: 8 kg Lilitan: 48 cm Tinggi: 6 cm Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.



Gasing Kuno



Ciri-ciri: Bentuk : sederhana dan berembang Berat : 0.6 kg Lilitan : 30 cm Tinggi : 8 cm Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya di gunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.



Gasing Baba



Ciri-ciri: Bentuk : tinggi dan seperti telur Berat : 0.6 kg Lilitan : 38 cm Tinggi : 20 cm Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur. Gasing Tanjung



Ciri-ciri: Bentuk : tinggi dan Berembang. Berat : 0.6 kg Lilian : 30 cm Tinggi : 10cm Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.



Gasing Jantung



Ciri-ciri: Bentuk: jantung Berat : 0.25 kg Lilitan : 20 cm Tinggi : 12 cm Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.



5.0 Media untuk cara bermain gasing



Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.



MELILIT TALI Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.



MELILIT GASING Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.



MEMUSING GASING Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. 



PUSING SORONG TARIK



Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.







PUSING SENTAP



Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.



MEMANGKAH GASING Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.







PANGKAH TOTOK



Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.







PANGKAH HENTAK



Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.







PANGKAH LAYANG



Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.







PANGKAH TEBANG



Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.



MENGANGKAT GASING Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.



6.0 Nilai yang terdapat dalam permainan gasing. Permainan gasing mengandungi nilai-nilai yang bermanfaat bagi keperibadian dan kebudayaan masyarakat Kalimantan Timur. Jika melihat nilai-nilai ini tentunya menjadi ironis ketika gasing makin lama makin sulit ditemui di daerah Kalimantan Timur. Nilai-nilai yang terdapat dalam permainan gasing seperti: i.



Nilai seni.



Nilai seni tercermin dari pembuatan gasing yang tertentu sahaja memerlukan keterampilan seni ukir dan kayu yang keras. Oleh itu, gasing dibuat dengan serutan yang sangat halus, sehingga gasing juga dapat dijadikan benda seni yang dapat dikoleksi. Bentuk gasing yang kecil bahagian atasnya dan besar bahagian bawahnya seperti kendi atau teko tempat minum meningkatkan pada bentuk dewa rezeki dalam kepercayaan orang Cina. ii. Nilai pariwisata Nilai pariwisata tampak begitu jelas ketika penyelenggaraan pertandingan gasing. Hal ini disebutkan demikian kerana pada masa tersebut banyak orang akan datang dari tempatan atau dari negara lain untuk menikmati pertandingan tersebut. Hal ini telah menambahkan pendapatan penduduk daerah dan juga akan mengenalkan Provinsi Kalimantan Timur sebagai daerah tujuan wisata yang perlu dikunjungi. iii. Nilai kejujuran Semasa pertandingan gasing dijalankan, pertandingan gasing tertentu sahaja mengajarkan pada pemain dan masyarakat umumnya. Hal ini disebutkan demikian kerana pemain dapat saja tidak jujur dalam pertandingan, misalnya dengan memukul gasing musuh terlalu dekat atau bersekutu dengan juri pertandingan sehingga dimenangkan. iii.



Nilai kerjasama antara ahli pasukan



Pada beberapa pertandingan gasing, terkadang pertandingan memang sengaja diatur berdasarkan pasukan bukan perseorangan. Jika atas nama pasukan maka satu pasukan harus mempunyai kerjasama yang baik untuk mendapat kemenangan. Pelatih dan pemain harus bijak dalam membuat strategi, khususnya semasa mencarikan lawanan. Jika salah dalam mencarikan lawan permainnya tentu saja akan mengakibatkan kekalahan.



iv.



Nilai pelestarian budaya



Permainan gasing merupakan salah satu permainan tradisional Malaysia. Memainkan atau bahkan mempertandingkan gasing berarti pula ikut melestarikan kebudayaan tradisional. Apalagi gasing saat ini dijalankan sebagai olahraja tradisional yang dipertandingkan pada peristiwa-peristiwa olahraga di daerah Kalimantan Timur. Pada pemain gasing, pelestarian budaya sebenarnya tidak hanya terlihat dari penyelenggara memang sengaja membuat aturan ini. Hal ini bertujuan untuk melestarikan permainan tradisional.



7.0 Analisis kebaikan dari sudut perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 5.1 JASMANI Berbeda dengan permainan elektronik, dalam permainan gasing tradisional gerak fisik sangat ditekankan. Berkesempatan memainkan permainan ini amat baik untuk meyalurkan tenaga pelajar yang berlebih kerana pelajar memang harus banyak bergerak. Perminanan gasing tradisional juga biasa merangsang perkembangan koordinasi mata dengan anggota badan lainnya. Variasi bentuk permainan dapat lebih meningkatkan kemampuan motorik dan koordinasi tubuh pelajar 5.2 EMOSI Semasa permainan berlangsung pelajar perlu belajar bersabar sementara menunggu giliran mereka. Sikap kesabaran adalah amat penting dan dapat dipupuk melalui permainan gasing. Semasa bermain permainan gasing, kita akan belajar bertenang dan tidak akan membuat keputusan dengan terburu-buru. Oleh itu, dalam kehidupan seharian pelajar tersebut tidak mudah melepaskan geram dengan sesuka hatinya. 5.3 ROHANI Permainan gasing dapat menggalakkan pelajar meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Selain itu, permainan gasing juga dapat membantu kita untuk menerima kemenangan dan kekalahan dengan hati yang terbuka. Dengan itu, kita dapat bersedia untuk menerima sebarang dugaan dan cabaran dengan hati yang tenang dan redha tanpa sebarang rungutan. 5.4 INTELEK Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan dan mengira dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui proses menganalisi dalam permainan congkak untuk mencapai kemenangan dalam permainan gasing. Tambahan pula murid juga dapat berfikir secara kreatif dan kritis serta inovatif melalui permainan gasing. Justeru kita dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran



tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari dan menganalisi soalan-soalan penyelesaian dalam Matematik.



5.5 SOSIAL Aktiviti gasing dapat mewujudkan interaksi antara satu sama lain yang dapat meningkatkan tahap sosial kita kerana kita dapat bertukar-tukar maklumat dan pandangan dalam permainan congkak. Tambahan pula, gurau senda dalam permainan gasing dan kerjasama untuk mengatasi persoalan dalam permainan juga dapat meningkatkan interaksi sosial antara muridmurid. Kita juga akan belajar untuk untuk berkomunikasi dengan orang lain bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.



Refleksi



RUJUKAN



INTERNET Arinah Binti Zaidan. (2009 April 29). PERMAINAN TRADISIONAL. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/aplikasi/506. Dilayari pada 5 Mac 2014. NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI. (2009 March 30). Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia. http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/. Dilayari pada 5 Mac 2014. Edan Coba. (2009 August 27). The Story ~ Cerita Kita Warisan Kita. http://edancobathestory.blogspot.com/2009/08/congkak-permainan-tradisional-yang.html. Dilayari pada 6 Mac 2014. WIKIPEDIA Ensiklopedia bebas. ( 2014) Congkak. http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak. dilayari pada 6 Mac 2014.



Buku “Penerbit Femina – Gasing & Congkak” “Dewan Bahasa & Pustaka – Gasing dalam masyarakat melayu” “Mingguan Malaysia – Bersaing di gelanggang gasing” “Berita Harian – Gasing pangkah kembali popular”



Lampiran



Gambar di atas menujukan pelan gasing berpusing



Gambar di atas menujukkan kawasan pertandingan gasing



Gambar di atas menujukan kawasan bermain gasing tradisional di kampung.