Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2 Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 6 ambilan Januari 2012 akan menghadiri praktikum fasa 2 yang akan berlangsung selama 8 minggu persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,Tuaran saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 2 bulan yang bermula pada 14 Julai 2014 hingga 12 September 2014. Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Bahasa Malaysia manakala subjek minor ialah Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 4 Julai 2014 di Bilik Aziz,IPG Kampus Kent. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Pairins . Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperoleh serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta rujukan di masa akan datang Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya. Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut. Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan



yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain itu, saya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Pada sesi praktikum kali ini juga saya berazam untuk memperbaiki suara saya semasa menyampaikan pengajaran serta tulisan saya sewaktu menulis di papan putih Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 4 Julai hingga 12 September 2014



berjalan



dengan



baik



sepertimana



yang



telah



saya



rancangkan.



Walaubagaimanapun, sebagai seorang bakal guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang untuk membentuk jati diri saya sebagai seorang bakal pendidik. Saya pasti bahawa banyak yang bakal saya pelajari melalui pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.