PERTANDINGAN BERCERITA Kisah Nabi Muhammad Di Gua Hira [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi, para hakim yang bijaksana, hadirin hadirat serta kawankawan sekalian Awal kalam pembuka bicara, Selawat dan salam nabi tercinta, Bertemu kita di pertandingan bercerita, Kisah nabi Muhammad di Gua Hira’ Tajuk cerita yang akan saya sampaikan buat anda sekalian iaitu kisah Nabi Muhammad di Gua Hira’ Sebelum kedatangan Islam, Penduduk kota Makkah hidup dalam keadaan kacau bilau, pergaduhan dan perbalahan sering berlaku. Yang kuat semakin hebat yang lemah semakin ditindas. Mereka menyembah berhala, berjudi dan minum arak malah bunuh membunuh diantara satu puak dengan puak yang lain. Oleh demikian Nabi Muhammad sering mengasingkan diri digua Hira' yang terletak berhampiran kota Makkah. NabiMuhammad bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim. Pada saat Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan diri semakin memuncak. Berbekal Roti rasulullah pergi ke Gua Hira di Jabal Nur iaitu kira-kira 5 km dari kota mekah. Siti Khadijah isteri kesayanganya sering menghantar makanan kepada Rasulullah. Rasulullah yang berkhalwat di Gua Hira kusyuk beribadah dan memikirkan



keagungan



alam



untuk



mendapatkan



ketenangan



dan



kedamaian. Begitulah betapa murninya nabi al-amin sebelum dilantik menjadi rasul.



Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab.. Ayat 21



“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” Di Malaysia kini pembuangan bayi semakin menjadi, sumbang mahram hebat mencengkam, gejala sosial semakin melata lebih memilukan hati haruan memakan anaknya.



.negara kita seolah-olah telah kembali



seperti di zaman jahiliah dahulu kerana umat islam dewasa ini sudah jauh terpesong dengan ajaran nabi dan al-quran……..masyaallah…… A’u zubilallah himinn zalik…. Pada suatu hari, Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad di Gua Hira'. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu Nabi Muhammad berusia 40 tahun. Malaikat Jibril datang memeluk Nabi sambil berkata “Bacalah”. Jawab Nabi “Aku tidak dapat membaca” Lantas Malaikat memeluk dan merangkul Nabi hingga sesak nafasnya. Kemudian Jibrail melepaskannya dan berkata lagi “Bacalah”. Jawab Nabi ”Aku tidak bisa membaca”. Lantas Malaikat memeluk dan merangkulnya lagi sampai ketiga kalinya sampai Nabi merasa sesak kemudian melepasknnya. Lalu Jibril membacanya dan Nabi bersedia mengikutinya :



(Surat Al-Alaq ayat 1-5) Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani



1. Bacalah



(



wahai



Muhammad)



dengan



nama



tuhanmu



yang



menciptakan (Sekalian Makhluk) 2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. 3. Bacalah dan tuhanmu yang maha pemurah. 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan 5. Dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.



Rasulullah mengulang bacaan ini dengan hati yang bergetar lalu baginda segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lantas beliau berkata: “Selimutilahaku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah:



“Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi ke atas diriku ini?” Lalu beliau ceritakan segala yang telah beliau alami itu,akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.” Lalu Khadijah berkata, “ Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu,



engkaulah



selama



ini



menghubungkan



silaturrahim,



menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah yang sentiasa bercakap benar”. Kata-kata lemah- lembut dari isteri kesayangannya inilah yang membuatkan hati baginda tenang… Kemudian khadijah meminta izin untuk menemui sepupunya Waraqah bin Naufal dan menceritakan kejadian yang dialami oleh Nabi. Waraqah menjelas dan berkata “`Mahasuci Allah. Mahasuci Allah. Demi Dzat yang jiwa Waraqah ada di Tangan-Nya, jika apa yang engkau ceritakan benar, wahai Khadijah, sungguh suamimu didatangi Jibril yang dulu pernah datang kepada Musa. Sungguh suamimu adalah Nabi untuk umat ini. Katakan padanya agar ia bersabar.' Kemudian Khadijah pulang menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan menceritakan perkataan Waraqah bin Naufal kepada beliau. Sejak dari itulah nabi Muhammad mula berdakwah untuk menegakkan Agama Allah selama 23 tahun… Iaitu 10 tahun di Mekkah dan 13 Tahun di Madinah…..



Pengajaran daripada kisah ini….



1. Kita hendaklah sentiasa mempertahankan akidah dan keimanan kita kepadaAllah S.W.T walaupun dilanda pelbagai masalah dan kesulitan. 2. Kita hendaklah saling menasihati antara satu sama lain tentang perkara-perkara kebaikan dan menjauhi segala larangan.



3. Kita hendaklah menyakini bahawa Allah Maha Berkuasa dalam melakukan setiap sesuatu, tiada perkara yang mustahil bagi-Nya.



NUN DI SANA INDAHNYA PELITA, SAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBAR, AKHIR KATA TAMATLAH CERITA, AMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR. Sekian sahaja, Wabillahi



taufiq



wabarakatuh…



walhidayah



wassalamualaikum



warahmatullahi