Pidato Integrasi Nasional Membentuk Perpaduan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PIDATO INTEGRASI NASIONAL MEMUPUK PERPADUAN Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya dengan penuh hormat di dewan yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “Integrasi Nasional Memupuk Perpaduan”. Hadirin sekalian, Integrasi nasional adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Integrasi nasional telah menjadi salah satu agenda utama negara sejak mencapai kemerdekaan. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses intagrasi nasional dalam memupuk perpaduan. Memandangkan betapa pentingnya integrasi nasional, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar dan program bagi merealisasikan matlamat ini. Sidang hadirin yang dihormati, Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam pembentukan integrasi nasional adalah melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan yang memberikan penekanan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan utama. Hal ini sejajar dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Penggunaan bahasa Melayu diharapkan dapat memberikan ruang kepada para pelajar pelbagai kaum berinteraksi dan bergaul sesama mereka. Langkah ini dapat mewujudkan silaturahim dan melahirkan perpaduan yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan negara. Para hadirin yang dikasihi, Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat. Integrasi nasional mudah dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Penglibatan para guru dan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan memupuk perpaduan masyarakat di sekolah. Hadirin yang dihormati,



Selain itu, kerajaan juga telah menganjurkan program Rumah Terbuka Malaysia pada setiap tahun bagi meraikan perayaan utama masyarakat Malaysia. Antaranya Rumah Terbuka Aidilfitri, Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Rumah Terbuka Deepavali dan Rumah Terbuka Krismas. Selain menjadi tarikan pelancongan, program ini juga dapat mengukuhkan integrasi nasional rakyat negara ini. Melalui majlis ini, rakyat dapat menikmati juadah tradisional pelbagai kaum dan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa. Ibarat “tak kenal, maka tak cinta”, pengunjung akan dapat memahami budaya sesuatu bangsa dengan lebih dekat dan akan lebih menghormati budaya mereka. Para hadirin yang dikasihi, Program Nilai Murni yang dilancarkan oleh kerajaan juga dapat membantu pembentukan integrasi nasional. Hal ini kerana nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong, toleransi dan hormat-menghormati amat penting bagi mengeratkan perpaduan. Perpaduan rakyat juga perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak berkenaan perpaduan. Anak-anak haruslah diajar dan dididik untuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan. Keadaan ini akan memudahkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa integrasi nasional amat penting bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup, seterusnya dapat merealisasikan wawasan negara. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ” Bersatu Malaysia akan teguh, Bercerai Malaysia akan roboh”. Sekian, terima kasih.