Pta Bab 5 Nureen [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAB 5



PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN



5.1



PENGENALAN



Bab ini meliputi tiga bahagian iaitu perbincangan dapatan kajian, cadangan kajian dan rumusan. Pada akhir bab ini, akan diberikan beberapa cadangan juga turut dikemukakan untuk memastikan keselamatan pelajar dan pesnayarah di dalam bengkel sentiasa selamat ketika sesi pemeblajaran dan pengajaran berlangsung. Selain itu, kajian ini dapat dikemukakan kepada penyelidik yang berminat untuk membuat kajian selanjutnya berkaitan kajian ini pada masa akan datang.



5.2



PERBINCANGAN



Berdasarkan analisa yang dibuat, hasil dapatan kajian mendapati responden bersetuju bahawa penambahbaikan prosedur peralatan dan tagging pada setiap peralatan di dalam bengkel memberi manfaat kepada semua pelajar dan pensyarah pengurusan bakeri dan pastri. Seterusnya, berdasarkan analisis secara terperinci bahawa bengkel bakeri dan pastri mempunyai masalah prosedur yang sedia ada di dalam bengkel bakeri dan pastri kurang jelas dan tidak dipaparkan. Prosedut di dalam bengkel amatlah penting untuk mengelakkan



berlakunya sebarang kemalangan. Selain itu, masalah kedua ialah penyusunan peralatan di dalam bengkel yang kurang sistematik menyebabkan pelajar sukar untuk mencari dan menggunakan peralatan di dalam bengkel. Kerja amali serta sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar jika setiap peralatan mempunyai tagging.



Seterusnya, pengkaji menambahbaik prosedur penggunaaan peralatan yang sedia ada dan mewujudkan prosedur baru untuk memastikan para pelajar dan pensyarah dapat menggunakan peralatan dengan betul dan selamat. Seterusnya, pengkaji mewujudkan tagging pada setiap peralatan mengikut kategori supaya pelajar mudah untuk mencari dan menggunakan peralatan dengan lebih selesa. Para pelajar dapat mencari peralatan yang hendak digunakan dengan lebih mudah semasa proses amali dan sesi pembelajaran.dan pengajaran.



Hasil daripada dapatan dan analisis dalam Bab 4 yang diperolehi daripada borang soal selidik kepada responden-responden telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di samping itu, masalah juga dapat diatasi dan dapat diselesaikan selepas pengkaji menambahbaik prosedur penggunaan peralatan dan mewujudkan tangging pada setiap peralatan mengikut kategori.



5.3



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN



Bahagian ini menerangkan cadangan - cadangan yang dikemukakan agar dapat menjadi panduan dan tindakan susulan bagi menambahbaik prosedur penggunaan peralatan pada masa hadapan. 5.3.1 Tindakan yang akan dilakukan jika pelajar didapati tidak mengikuti prosedur yang telah disediakan. Prosedur keselamatan diadakan untuk memastikan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pegajaran dan pembelajaran di dalam bengkel tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan terhadap pelajar dan pensyarah semasa menggunakan peralatan di dalam bengkel. Antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap pelajar adalah dengan memberi



nasihat supaya pelajar menggunakan peralatan dengan mengikut prosedur yang disediakan. Sekiranya pelajar masih melakukan kesilapan yang sama pensyarah perlu memberikan amaran yang lebih tegas kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, pelajar akan berasa takut untuk tidak mengikuti prosedur penggunaan di dalam bengkel. Hal ini dapat mengurangkan risiko kemalagan terhadap pelajar. Tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan atau prosedur di dalam bengkel yang akan menyebabkan kejadian yang tidak diingini yang disebabkan kesalahan dalam penggunaan peralatan yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan pada harta benda.



5.3.2 Pensyarah perlu memastikan prosedur yang ditampal sentiasa dalam keadaan yang baik. Setiap barang yang terdapat di dalam bengkel pasti akan rosak atau kurang kualitinya kerana sudah dipakai lama dan selalu digunakan. Oleh hal yang demikian, peralatan yang baru akan dipesan oleh bahagian bakeri dan pastri untuk memastikan semua pelajar dapat menggunakan fasiliti yang ada di dalam bengkel tersebut supaya mereka dapat melaksanakan tugasan amali dan pembelajaran di dalam bengkel. Peralatan yang baru dipesan perlulah diletakkan atau ditampalkan sop yang lengkap iaitu meliputi perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menggunakan peralatan tersebut. Kadangkala, pihak yang berkenaan kurang memberikan



perhatian



terhadap



aspek



prosedur



ini.



Hal



ini



akan



menyebabkan



penyalahgunaan peralatan dan kemalangan terhadap pelajar kerana tiada sop pada perlatan baru tersebut. Oleh itu, pihak berkenaan perlu peka dan memberi perhatian terhadap peralatan yang baru dengan meletakkan sop penggunaan peralatan.



5.3.3 Pensyarah membuat taklimat kepada pelajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Taklimat boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal dan tidak formal. Pensyarah seharusnya tahu dengan jelas tentang keselamatan di dalam bengkel dan memberi panduan kepada pelajar tindakan yang perlu dilakukan sebelum dan selepas sebarang aktiviti berlangsung untuk mengelakkandaripada berlakunya kemalangan. Selain itu, dengan memberi taklimat kepada



pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap keselamatan. Seterunsya, pensyarah perlu memberi keterangan berkaitan prosedur di dalam bengkel dengan lebih jelas supaya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selamat, sekali gus mewujudkan suasana bengkel yang kondusif. Pensyarah perlu menunjukkan demonstrasi kepada pelajar supaya pelajar dapat belajar cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk ajar yang diadakan. Sebaik sahaja sudah memperoleh cukup maklumat, pelajar dapat memulakan kerja dengan lebih yakin dan selamat. Oleh itu, tunjuk cara perlulah tepat dan ringkas. Apabila pelajar mula aktif pesyarah boleh menumpukan perhatiannya kepada tugas membimbing individu. 5.4 Kesimpulan Kesimpulannya, kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kesemua objektif berjaya dicapai. Oleh itu, dengan ini penyelidik mengharapkan agar kajian ini dapat meningkatkan keselamatan di dalam dan dapat mengelakkan risiko kemalangan berlaku bengkel Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Selain itu, penambahbaikan prosedur penggunaan peralatan dapat membantu pelajar menggunakan peralatan dengan betul dan selamat ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan di dalam bengkel. Seterusnya, ‘Tagging’ yang diwujudkan pada setiap peralatan mengikut kategori dapat membantu pelajar menggunakan peralatan dengan lebih mudah. Penyelidik juga berharap agar kajian ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua pihak antaranya pelajar dan pensyarah pengurusan bakeri dan pastri dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ataupun ketika kerja amali dijalankan. Di samping itu, semoga dapatan kajian ini dapat juga dijadikan rujukan kepada penyelidik penyelidik yang lain jika turut berminat dalam mengkaji permasalahan yang melibatkan kajian ini.