Refleksi Amali Masakan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI AMALI MASAKAN Oleh: Najihah Binti Natri PAKK3243 Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan kursus yang berkaitan dengan memberi pendedahan kepada guru pelatih berkenan dengan aspek keselamatan, kesihatan dan pemakanan kanak-kanak. Bagi tugasan tiga dalam kerja kursus bagi kursus ini, guru pelatih dikehendaki membentangkan amali masakan berkenaan dengan perancangan dan penyediaan menu sihat yang dilaksanakan bersama kanak-kanak prasekolah. Justeru, banyak yang telah saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan tiga ini yang boleh saya bahagikan kepada kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan. 1.0 KEKUATAN Kekuatan yang saya dapati sepanjang melaksanakan tugasan ini adalah berkaitan dengan pengurusan pelaksanaan dan pengurusan masa. Pengurusan pelaksanaan yang dimaksudkan di sini adalah bagaimana guru pelatih berurusan dengan pensyarah, guru prasekolah bagi tujuan perbincangan dan meminta kebenaran membuat aktiviti bersama dengan kanak-kanak prasekolah, pihak stor pusat bagi urusan peminjaman barang dan sebagainya. Seterusnya, bagi aspek pengurusan masa pula, guru pelatih dapat menguruskan masa dengan baik sepanjang pelaksanaan tugasan dengan mematuhi tentatif program yang telah disediakan. Selain itu, aktiviti penyediaan menu sihat yang jarang-jarang dilaksanakan bersama kanak-kanak berjaya menarik minat mereka untuk belajar dan bersama-sama guru pelatih menyediakan menu tersebut.



2.0 KELEMAHAN Kelemahan yang boleh diperbaiki adalah berkaitan dengan penyediaan tempat oleh saya dan ahli kumpulan. Tempat yang dipilih adalah tidak sesuai kerana terkena cahaya matahari secara terus. Jadi ia menyebabkan guru pelatih dan kanak-kanak berada dalam keadaan yang kurang selesa kerana panas. Seterusnya, kelemahan lain pula adalah tempat yang dipilih jauh daripada sumber air. Semasa memasak sumber air adalah merupakan antara sumber yang penting. Oleh itu, ia perlu berada berdekatan dengan tempat memasak.



3.0 PENAMBAHBAIKAN Penambahbaikan yang boleh dibuat adalah dengan mencari tempat memasak yang redup dan terlindung daripada cahaya matahari supaya guru pelatih dan kanak-kanak boleh memasak dengan selesa. Selain itu, tempat memasak juga perlulah berdekatan dengan sumber air supaya mudah untuk mendapatkan sumber air untuk tujuan kebersihan dan sebagainya.



Gambar 1: Persediaan tempat memasak



Gambar 2: Kanak-kanak membantu guru pelatih menyediakan bahan untuk memasak



Gambar 3 : Penyediaan inti roti pai epal



Gambar 4 : Penyediaan roti pai epal