Refleksi Pelaksanaan Sesi Terapi Seni [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI PELAKSANAAN SESI TERAPI SENI Syukur kerana dengan izin dan rahmat-Nya saya telah dapat menyiapkan tugasan bagi kursus PBKK3073 Terapi dalam Intervensi Kanak-kanak ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek, Puan Ratanamla a/p Kalimuthu kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus. Komitmen beliau yang tinggi dalam menyampaikan ilmu pengetahuan semasa interaksi telah memberi dorongan dan panduan kepada saya dan rakan-rakan sekelas untuk turut melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada rakan-rakan sekelas yang turut menyumbang perkongsian maklumat dan semangat dalam menyiapkan tugasan. Bagi subjek ini, tugasan yang diberi ialah melaksanakan satu aplikasi terapi dalam intervensi kanak-kanak semasa PBS. Saya telah memilih seorang murid darjah 5 dari sekolah tempat saya menjalankan PBS sebagai klien intervensi kanak-kanak yang akan dilakukan. Terapi yang saya pilih untuk diaplikasikan dalam intervensi pula ialah terapi seni (melukis). Sebelum melaksanakan sesi, saya telah membuat prasesi untuk mengkaji serba sedikit tentang maklumat latar belakang klien. Ini sedikit sebanyak membantu saya dalam menilai kesesuaian terapi yang dipilih. Klien yang saya ambil adalah dari darjah 5, seorang yang cemerlang akademik, hubungan sosial yang baik, dan berdisiplin. Klien baru kehilangan bapanya kira-kira setahun yang lalu dan dikatakan mengalami konflik berkaitan keluarga sejak itu. Misalnya, klien kurang mampu bercerita dan bersuara serta menunjukkan tingkah laku murung apabila isu berkaitan keluarga dibangkitkan. Seterusnya, saya melakukan penyediaan tempat dan kelengkapan untuk terapi, serrta mengatur tarikh dan masa untuk sesi. Kemudian tibalah waktu melaksanakan rakaman sesi terapi seni bersama klien. Saya mengendalikan sesi terapi mengikut modul terapi seni yang telah saya sediakan. Penggunaan modul tersebut sebagai rujukan membantu saya menjalankan sesi dengan lebih mudah, teratur, dan lancar. Jadi, saya rasa lebih berkeyakinan untuk menjalankan sesi dengan baik dan lancar. Namun demikian, perjalanan sesi tidaklah selicin apa yang dirancangkan. Setiap tahap sesi mempunyai pengisian tersendiri sebelum dapat beralih ke tahap seterusnya. Misalnya, dari fasa pembinaan hubungan, penstrukturan, masa melukis, penerokaan, dan seterusnya. Oleh itu, agak sukar melicinkan sesi apabila ada tahap yang masih belum dicapai sepenuhnya. Misalnya, setelah pembinaan hubungan dan penstrukturan,



pembinaan hubungan masih perlu dilakukan sepanjang sesi untuk mewujudkan kepercayaan dan keterbukaan klien. Apa yang saya rasakan ialah melaksanakan sesi terapi dalam situasi sebenar bukanlah semudah yang difikirkan dan tidak boleh dipandang mudah. Persediaan mental dan fizikal amat perlu untuk mengendalikan sesi. Lebih-lebih lagi menghadapi klien yang mempunyai isu sebenar tetapi ada unsur penolakan dalam sesi khususnya dalam penerokaan. Misalnya, klien saya memberikan respon kabur terhadap soalan. Klien juga hanya melukis secara ringkas dan singkat jika tidak digalakkan. Selain itu, klien saya juga banyak menggunakan perlambangan dalam lukisannya. Jadi, dalam hal ini saya mempelajari cara yang terbaik untuk meneroka iaitu membiarkan klien yang menceritakan maksud perlambangan-perlambangan yang dibuat. Kemudian, pada akhir sesi klien diberi peluang menceritakan kembali secara keseluruhan tentang lukisannya sekaligus membolehkan klien beroleh celik akal tentang hasil lukisannya dan dalam masa yang sama menggunakan kemahiran mengekspresikan dirinya yang terpendam. Secara keseluruhannya, pembelajaran yang saya peroleh setelah menjalankan sesi ialah perlunya persiapan diri yang cukup terutamanya dari segi pengetahuan tentang terapi, pengendalian proses sesi, dan kemahiran komunikasi untuk melayan klien. Saya mempelajari pentingnya modul sebagai rujukan dan pentingnya kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikan sesi terapi yang berjaya. Akhir sekali ialah tindakan susulan yang akan diambil dalam melaksanakan terapi kaunseling bila bergelar guru bimbingan dan kaunseling (GBK) kelak ialah saya akan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang cukup untuk menjadi seorang GBK yang berkesan. Misalnya, mahir menangani klien tanpa mengira umur, jantina, latar belakang, dan isu Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pula diasah dan diperkasa untuk pengaplikasian yang efektif. Dengan itu, saya dapat menjadi GBK yang mampu mengendalikan sesi dengan lancar dari sebelum, semasa, penamatan, dan susulan sesi seterusnya menjadi GBK yang boleh menyediakan perkhidmatan yang berguna.