Scca2083 Undang-Undang Dalam Komunikasi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN INDIVIDU



SCCA2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI Pelajar dikehendaki memilih SATU (1) KES yang berkaitan dengan undang-undang komunikasi. Pelajar dikehendaki membuat analisis terhadap kes tersebut tidak lebih daripada 10 muka surat, bertaip dan langkau 1.5 (1.5 spacing). Tugasan ini hendaklah sampai ke tangan pensyarah pada PERTEMUAN ke TIGA (3). Permarkahan tugasan adalah berdasarkan. i. Huraian mengenai penerangan kes ii. Huraian mengenai penyelesaian mahkamah iii. Pandangan atau hujahan anda terhadap kes yang dianalisis.



Tarikh Akhir Serahan



Pertemuan 3



Nama Pensyarah



Tarikh Penerimaan



14/3/2020



Pn. MARZURA IBRAHIM (UUM)



Pecahan Bahagian Tugasan 1. Huraian mengenai penerangan kes 2. Huraian mengenai penyelesaian mahkamah 3. Pandangan atau hujahan anda terhadap kes yang dianalisis 4. Gaya Bahasa, susunan, format penulisan dan kelancaran idea JUMLAH KESELURUHAN



Pecahan Pemarkahan 1.5 1.5



Markah diperolehi



10 2 15



Nama Pelajar



MOHD NAZREE MOHD NASIR



No. Matrik



252282



Bulan dan Tahun Pendaftaran



15 JANUARI 2020



Pusat



KELANA JAYA / KL



ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN……………………………………………………………………...1 2. LATAR BELAKANG PELAKU / ORANG KENA SAMAN ……………………...1 3. ISU DAN KES YANG BERLAKU ….……………………………………………...2 4. SABITAN DI BAWAH SEKSYEN 233(1)(A) AKMM 1998………………………3 5. PANDANGAN DAN HURAIAN ...………………………………………………...7 6. KESIMPULAN ……………………………………………………………………...8



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi 1.0



PENGENALAN Dalam realiti kehidupan, secara amnya masyarakat memerlukan satu panduan kepada



apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam kehidupan mereka. Undang-undang adalah antara elemen penting dalam konteks ini di mana melalui undangundang seseorang boleh hidup secara aman dan tanpa huru hara. Walaubagaimanapun, kerajaan terus menghadapi pelbagai cabaran dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang (Muhammad Adnan, Wan Amizah, Shahrul Nazmi & Ali Salman 2015). Hal ini kerana undang-undang yang diwujudkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara akan menyatakan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh masyarakat. Justeru, bagi menangani masalah penyalahgunaan Internet dan jenayah siber, maka kerajaan Malaysia telah mewujudkan pelbagai undang-undang dan akta yang berkaitan dengan penyalahgunaan Internet. Sebagai contoh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 dan sebagainya. Dalam hal ini, seorang pengguna Internet atau media massa amnya perlu mengetahui tentang kewujudan undangundang siber ini sebagai panduan kepada mereka untuk mengetahui perbuatan yang dilakukan itu betul atau salah di samping dapat melindungi diri mereka sekiranya menjadi mangsa siber. Umumnya, sesuatu masalah tidak boleh diselesaikan hanya melalui undang-undang malah masyarakat perlu ada kesedaran mengenai undang-undang dan perbuatan yang menyalahi undang-undang berkenaan. Kali ini penulis mengambil tugasan berkaitan “pertuduhan ke atas Fahmi Reza atas kesalahan menerusi laman profil Instagram “kuasasiswa” di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 31 Jan 2016. Kajian isu ini adalah berdasarkan pandangan dan fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan pandangan peribadi penulis. 2.0



LATAR BELAKANG PELAKU / ORANG KENA SAMAN



Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau lebih dikenali dengan nama Fahmi Reza dilahirkan pada tahun 1977 di Kuala Lumpur telah mendapatkan pendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Amerika Syarikat antara tahun 1995 hingga 1999. Fahmi Reza ialah seorang pereka grafik politik, artis jalanan dan pembikin filem dokumentari di Malaysia. Walaubagaimanapun, beliau lebih terkenal kerana telah melakar potret menyerupai Perdana Menteri Malaysia ke 6, iaitu Perdana Menteri semasa pada masa itu iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, 252282



1



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi sebagai badut. Wajahnya mungkin tidak begitu diingati, tetapi wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakarkan seperti badut pasti sukar dilupakan dalam arena politik Malaysia. Selepas pulang ke Malaysia sekitar tahun 2000, Fahmi Reza telah banyak terlibat dengan beberapa NGO, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia. Dia kemudian dapati kempen-kempen NGO di Malaysia berdepan satu masalah. “Semua NGO itu ada mesej penting untuk orang awam, tetapi mereka tiada bajet untuk reka bahan kempen. Risalah mereka tidak berapa menarik, orang mungkin buang saja.” “Aku rasa kita boleh buat lebih baik,” yang kemudiannya telah mula membuat rekaan untuk kumpulankumpulan itu, katanya kepada Malaysiakini terbitan pada 21 Mac 2016. 3.0



ISU DAN KES YANG BERLAKU



Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memuat naik gambar karikatur badut menyerupai Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak semasa pada 06 Jun 2016 di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pertuduhan dibacakan di hadapan Yang Arif Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin. Dalam prosiding pertuduhan tersebut, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Dalam pertuduhan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin telah menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh serta dikenakan syarat menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah manakala tertuduh atau Fahmi Reza diwakili Peguam Syahredzan Johan memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM2,000 dan dikenakan bon tanpa cagaran serta pasport tertuduh tidak diserahkan kepada mahkamah. Hujahan peguam tertuduh menyatakan anak guamnya tidak mempunyai sebarang kebarangkalian untuk melarikan diri dan akan hadir ke mahkamah pada mana-mana tarikh yang ditetapkan selain tertuduh telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis. Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.



252282



2



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi



Notis saman pertuduhan kepada Fahmi Reza Fahmi Reza didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana didapati telah menggunakan perkhdimatan aplikasi Instagram miliknya melalui laman profilnya “kuasasiswa” di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 31 Jan 2016. Pautan tersebut didakwa telah dibaca oleh seorang pengadu di sebuah alamat di No. 35, Jalan BP 10/10, Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, Selangor pada jam 6 petang, 1 Februari 2016. Alasan perkara tersebut yang dicetuskan oleh Fahmi Reza dengan memuat naik imej tersebut adalah dikatakan kerana ketidakpuasan terhadap sistem pentadbiran negara yang menggunakan Akta Hasutan sebagai senjata politik untuk kepentingan politik. 4.0



SABITAN DI BAWAH SEKSYEN 233(1)(A) AKTA KOMUNIKASI DAN



MULTIMEDIA 1998 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 sebagai badan pengawal selia bagi industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Pada masa yang sama, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut digubal dan diluluskan untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan industri penumpuan komunikasi dan multimedia yang semakin berkembang. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengetengahkan prinsip asas ketelusan dan kejelasan, menggalakkan persaingan dan kawal selia kendiri, fleksibiliti dan cenderung ke arah 252282



3



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi peraturan prinsip umum. Akta ini bertujuan untuk menyediakan satu set peruntukan pengawalseliaan yang berdasarkan definisi generik pasaran dan aktiviti industri komunikasi dan multimedia. Peruntukan di bawah Seksyen 233 akta ini iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll. (1) Seseorang yang— (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar— (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau (b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan— (2) Seseorang yang secara sedar— (a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau (b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan.



252282



4



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Fahmi Reza adalah diperuntukan di bawah seksyen ini yang mana tindakan Fahmi Reza yang dikatakan telah memuatnaik gambar “palsu” Perdana Menteri di laman profil instagramnya dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan. Hukuman atau seksaan bagi kesalahan ini diperuntukan di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.



Gambar yang dimuatnaik oleh Fahmi Reza di laman Instagram



252282



5



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi



Laman profil Instagram milik Fahmi Reza Instagram milik Fahmi Reza atau “kuasasiswa” untuk setakat semasa penulis membuat kajian ini mempunyai “Folllowers” atau pengikut seramai 465000 pengikut. Pada 11 Oktober 2018 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan Fahmi Reza daripada tuduhan memuat naik imej badut menyerupai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Instagram miliknya yang dikatakan telah dilakukan pada 31 Januari 2016. Hakim Zamri Bakar telah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa untuk menarik balik pertuduhan itu mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah. Ini adalah kerana pihak pembelaan yang diwakili oleh peguam Syahredzan Johan telah menghantar dua surat representasi untuk menarik balik pertuduhan terhadap Fahmi Reza. Keputusan representasi tersebut telah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan itu. Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan Fahmi Reza daripada pertuduhan itu yang mana pada 6 Jun 2016, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi instagram ‘Kuasasiswa’ secara sedar membuat dan



252282



6



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 31 Januari lalu. 5.0



PANDANGAN DAN HURAIAN Daripada sisi sudut penulis, berpendapat tindakan Fahmi Reza yang memuat naik imej



badut yang dikatakan menyerupai Dato Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu menerusi laman profil Instagram “kuasasiswa” adalah didapati telah melanggar kesalahan yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walaubagaimanapun, Jabatan Peguam Negara adalah mempunyai fakta tersendiri untuk menarik balik dan mengugurkan pertuduhan ke atas Fahmi Reza dari pertuduhan tersebut. Pertuduhan tersebut adalah digugurkan mungkin atas beberapa fakta dan alasan yang telah dikemukakan oleh pembelaan. Penulis berpendapat imej karikatur yang dimuat naik oleh tertuduh adalah mungkin satu bentuk parodi (gurauan) yang bertujuan untuk mengkritik secara keras pihak berkuasa ketika itu yang dikatakan telah menyekat kebebasan komunikasi di media sosial selain telah menggunakan Akta Hasutan untuk kepentingan politik. Di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang mana tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Ini mungkin satu bentuk suara oleh tertuduh yang mana kebebasan bercakap dan bersuara adalah bukan sahaja melalui lisan tetapi di dalam media elektronik juga. Disamping itu, pengadu dalam pertuduhan ini adalah bukan daripada individu yang seperti dilakarkan tersebut atau dengan kata lain Dato Seri Najib Bin Tun Razak sendiri ataupun setiausaha politiknya. Walaupun pengaduan oleh sesiapa sahaja adalah dibenarkan tetapi dapat disimpulkan bahawa individu atau watak dalam lakaran tersebut adalah didapati “tidak berminat” dengan situasi tersebut yang mungkin juga tidak mahu terjerumus sama dalam pertelingkahan tersebut. Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan tersebut juga iaitu “dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain” tidak dinyatakan secara khusus siapa individu atau pihak yang sakit hati dengan tindakan tertuduh. Berdasarkan keterangan fakta tersebut penulis berpendapat alasan tersebut mungkin dijadikan faktor kepada penguguran pertuduhan yang telah dikenakan ke atas Fahmi Reza. Walaubagaimanapun, adalah juga didapati tertuduh juga mempunyai niat menyakitkan hati orang lain melalui perbuatan dengan jelas yang mana setiap posting di dalam laman Instgram miliknya ditetapkan sebagai “public” sesiapa sahaja boleh melihat setiap hantarannya. 252282



7



SCCA 2083 Undang-Undang dalam komunikasi Semakan daripada laman profil Instgram miliknya juga dapati imej karikatur tersebut juga telah dimuat naik sekali lagi bersama notis peringatan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang disyaki adalah palsu. 6.0



KESIMPULAN Prinsip moral perlu disesuaikan untuk manfaat demi kepentingan keselamatan negara



dan ketenteraman awam. Walaupun hak kebebasan bercakap, besrhimpun dan berpersatuan adalah menjadi hak setiap individu di dalam Malaysia tetapi ia bukanlah hak mutlak yang boleh diberikan kepada semua. Oleh yang demikian, wujudnya undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan komunikasi adalah supaya kebebasan peribadi dapat dikawal dengan cara yang sewajarnya. lni merupakan pengorbanan yang amat diperlukan demi untuk mengekalkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Sebagai balasan, undang-undang melindungi individu dan keseluruhan masyarakat. Walaubagaimanapun, kawalan yang keterlaluan boleh menimbulkan beberapa kesan negatif khususnya dari segi hak orang awam atau pengguna media untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat dan hak para pengamal media dalam menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh pengguna, tanpa rasa bimbang dan takut pada risiko pendakwaan. Hal ini berbeza dengan Akta Hasutan 1948 mahupun Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu Fitnah atau Akta Fitnah yang mana ia merupakan satu perkara yang berbeza. Di dalam agama Islam sendiri khasnya melarang umatnya untuk membuat fitnah. Komunikasi tanpa pengawalan boleh menyebabkan anasir luar yang boleh menyebabkan mengugat ketenteraman awam dan keselamatan negara akan tergugat. Dapat penulis rumuskan dalam kajian ini, dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk yang berbilang kaum, bangsa dan agama, sesuatu isu sensiviti atau palsu mungkin boleh menyebabkan krisis dan pertelingkahan adalah perlu dititikberatkan. Hal ini perlu dibendung dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya dengan peruntukan undang-undang yang telah sedia ada agar ia tidak menular dan mungkin boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk. Akhir kata junjunglah “Keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang”.



252282



8



Rujukan http://english.astroawani.com/malaysia-news/fahmi-reza-claims-trial-posting-doctoredimage-prime-minister-107394 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 https://www.mcmc.gov.my/ms/home Laman profil Instagram @kuasasiwa https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/484605/fahmi-reza-lepas-bebas-tuduhanmuat-naik-imej-aib-bekas-pm