Sejarah Dan Asal Usul Guli [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1



SEJARAH DAN ASAL USUL GULI



Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.



Peraturan permainan 1. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket. 2. Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan. 3. Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas gelanggan pertandingan. 4. Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang telah ditetapkan oleh penganjur 5. Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau kelakuan dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan mengikut budi bicara juri. 1



1



6. Keputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan



Guli adalah sejenis bebola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.



Permainan Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.



Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.



Gelanggang Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.



2



1



Cara bermain Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.



Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.



Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.



Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.



Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan 3



1



semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan



SUSUNAN GRAFIK CARA BERMAIN PERTANDINGAN MAIN GULI



1METER



1 METER



PETUNJUK Pemain Ibu guli Guli SISTEM PERMAINAN MAIN GULI



Gelung



Tali panjang Tali pendek



Sistem permainan dalam permainan guli mengikut sistem kalah mati. Dalam perlawanan pertama sebagai contoh Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertanding dahulu. Dalam perlawanan tersebut sekiranya Kumpulan B menang, mereka akan menunggu perlawanan di antara kumpulan C dan kumpulan D untuk menentukan juara bagi permainan guli ini. Daripada keputusan perlawanan yang melibatkan di antara kumpulan C dan kumpulan D, juara akan bertemu juara bagi menentukan juara keseluruhan permainan guli Contoh Perjalanan Permainan Perlawanan Pertama Kumpulan A



LAWAN



Kumpulan B



Kumpulan B Menang 4



1



Kumpulan C



LAWAN



Kumpulan D



Kumpulan D Menang



Perlawanan Akhir Kumpulan B



LAWAN



Kumpulan D



JUARA KESELURUHAN



? Setiap individu dari kumpulan yang bertanding akan diberikan ibu guli yang mempunyai saiz yang berbeza dengan guli yang berada di dalam bulatan tepung. Kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli yang banyak dari dalam bulatan tepung akan dikira sebagai pemenang. Masa yang diberikan bagi setiap kumpulan yang bertanding selama 15 minit dan selepas tamatnya tempoh permainan, juri pertandingan akan mengira guli yang berjaya dikeluarkan oleh kumpulan yang bertanding. Kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli yang banyak akan di kira sebagai pemenang.. Perlawanan akhir, bagi kumpulan yang bertanding markah akan dikira berdasarkan kepada kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli jauh dari bulatan tepung. Jumlah guli yang berjaya dikeluarkan jauh dari bulatan tepung akan dikira sebagai pemenang mutlak dan juara keseluruhan bagi pertandingan main guli. Sekiranya dalam perlawanan pertama didapati kedua-dua kumpulan mengeluarkan jumlah guli yang sama, pemenang mutlak akan ditentukan melalui jarak guli dari bulatan tepung tersebut. Guli yang berada pada jarak yang jauh dari bulatan tepung tersebut akan dikira sebagai pemenang mutlak. Keputusan juri dalam pertandingan ini adalah muktamad.



5



1



BORANG PEMARKAHAN PERLAWANAN PERTAMA NAMA KUMPULAN KUMPULAN WASSUP KUMPULAN FACEBOOK



JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN



PERLAWANAN KEDUA NAMA KUMPULAN KUMPULAN WECHAT KUMPULAN TWITTER



JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN



PERLAWANAN AKHIR NAMA KUMPULAN KUMPULAN PERLAWANAN PERTAMA KUMPULAN PERLAWANAN KEDUA



JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN



6