Sejarah Kebudayaan Kedah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Habibah bt. Mustafa Sejarah Kebudayaan Kedah



1.1



PENGENALAN



Setiap negara mempunyai sejarah dan cirri kebudayaannya yang tersendiri. Kebudayaan itu merupakan kesinambungan warisan daripada masyarakat yang terdahulu. Ia merupakan hasil pengalaman kumpulan itu melalui sejarahnya sendiri.



Kebudayaan adalah penting dalam pembentukkan dan pembangunan negara seperti Malaysia. Budaya berupaya mencerminkan keperibadian dan identity sesuatu bangsa. Dalam waktu yang sama , budaya juga dapat mengatur hubungan yang baik antara anggota masyarakat Malaysia.1



Namun, sesuatu kebudayaan itu akan terpengaruh dengan sesuatu budaya lain apabila berlakunya penjajahan kerana mereka akan membawa kebudayaan mereka dan menyatukannya dengan masyarakat setempat.



Begitu juga dengan sejarah kebudayaan Negeri Kedah yang juga terpengaruh dengan budaya luar seperti Siam, Hindu dan Islam. Sejarah kebudayaan Negeri Kedah boleh di bahagikan kepada empat bahagian iaitu ketika zaman pra sejarah, pengaruh Hindu, Siam dan Islam.



1



Siti Razman Hj. Idris dan Fatimah Azzahra, (1996). Kebudayaan Kebangsaan. Selangor : Penerbit Pinang, hlm : 1



1



1.2



PENGERTIAN TAJUK



Sebelum menghuraikan tajuk kajian iaitu " SEJARAH KEBUDAYAAN KEDAH " dengan lebih komprehensif, penulis terlebih dahulu ingin menjelaskan definisi “kebudayaan “ .



Kebudayaan



Kebudayaan menurut Kamus Dewan ialah keseluruhan cara hidup ( yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir ) serta segala hasil kegiatan dan pencipta yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.2



Manakala menurut Edward B. Tylor dari sudut antropologi, kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan apa juga kebolehan serta kebiasaan (tabiat) yang di dapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.3



Maka, dapatlah disimpulkan kebudayaan adalah salah satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan kompleks yang meliputi semua lapangan kehidupan.4



2



3 4



Noresah Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, Ibarahim Ahmad, et. al. ( ed ), (2007), Kamus Dewan, Edisi Ke-4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm : 212 Tylor. E. B. (1871), Primitive Culture, London, hlm ; A. Aziz Deraman, (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia ( Suatu Pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas), Edisi Ke-2, Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. , hlm : 24



2



1.3



Sejarah Kebudayaan Kedah Penulis telah membahagikan sejarah Kebudayaan Kedah kepada lapan bahagian



iaitu : 1.3.1



Kesenian Kedah adalah salah sebuah negeri yang tertu di negara Malaysia. Maka, tentulah



negeri ini juga banyak mempusakaiwarisan kesenian tradisional di rantau ini. Keseniankesenian seperti Mek Mulung, Mak Yong, Jikey, Noge, Hadrah, Gendang Keling, Gendang Nobat, Wayang kulit, Tarian-tarian Ayam Piru, Cinta Sayang, gamelan adalah di antara kesenian-kesenian tradisional yang masih wujud sehingga kini. Dinasti Sailendra dari Jawa yang telah membawa masuk permainan wayang kulit dan gamelan ke Kedah.5



Antara kesenian yang masih lagi wujud sehingga kini ialah Mek Mulung6. Ia masih lagi kekal dimainkan dan di pelihara di Kampung Wang Tepus yang terletak kirakira-kira 15 batu dari Alor Setar. Hanya satu kumpulan ini saja yang masis menunjukkan permainan ini. Tidak terdapat lagi kesan-kesan Mek Mulung di daerah lain, malah ialah hanya satu-satunya permainan yang hidup di Kedah dan di Malaysia sendiri.7



Selain itu, Kedah juga terkenal dengn Nobat dan dianggap paling tua dan bersejarah. Ia menjadi lambang kebesaran raja-raja negeri Kedah sejak 400 tahun dulu. Nobat Kedah ini sudah pun termashur di seluruh Malaysia dan di negara-negara lain di



5



6



7



Hj. Ibrahim Ismail, (1987). Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Jitra : Penerbit Universiti Utara Malaysia, hlm :7 Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff, (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm : 1 Ahmad b Long, (1976). Kedah dari Segi Sejarah, majalah Persatuan Sejarah Sejarah Malalysia cawangan Kedah, Jilid 7, Kedah : Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, hlm : 40



3



dunia, malah cerita mengenai Nobat ini pernah bergema di angkasaraya melalui Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan diikuti pula oleh Radio Malaya ketika itu.8 1.3.2



Permainan



Negeri Kedah amat kaya dengan adat istiadat yang tidak luput dek zaman sejak dari nenek moyang lagi walaupun sudah suku abad lamanya. Permainan rakyat amat digemari oleh berbagai lapisan tua dan muda dan dimainkan oleh orang ramai di daerah pendalaman. Sejak lima abad yang lalu, wau, gasing, toi, jongkak, sole, guli, lambung keeling, ikan Karen dan laga ayam dimainkan mengikut musim.9



Antara permainan yang masih lagi di main sehingga sekarang seperti wau dan gasing. Terdapat banyak bentuk wau yang dimainkan seperti wau bulan, wau merak, wau kucing, wau burung, wau ular, wau jala budi dan wau bayam, tetapi yang paling terkenal akhir-akhir ini ialah wau bulan10. Wau selalu di mainkan di kawasan lapang seperti di sawah padi kerana mempunyai angina yang kuat.



Permainan gasing merupakan satu permainan tradisi yang menggunakan akal dan kepandaian yang seni dan juga kecekapan orang memutarkan gasing dengan menggunakan seutas tali yang halus. Permainan gasing amat digemari oleh orang-orang Melayu, khasnya orang tua-tua. Lazimnya mereka bermain pada musim-musim tertentu khasnya di musim sesudah menuai padi. 1.3.3



Pakaian



8



Saad Taib, (1986). Nobat Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm : 5 9 YB Senator Ahmad bin Othman, (1986). Beberapa Permainan Rakyat Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm : 87 10 Ibid,



4



Pada generasi sekarang, pakaian tradisional tidak lagi merupakan aspek kebudayaan yang harus dibanggakan. Pengaruh Siam dapat dilihat pada busana tradisional masyarakat Kedah. Antaranya ialah Baju Kurung Kedah yang hampir menyerupai blaus pendek Siam, agak singkat dari baju kurung biasa. Ia diperbuat daripada benang yang halus, dipadankan dengan sarung, sama ada kain batik, kain limar atau kain songket.



Selain itu, baju sekerat merupakan pakaian harian yang dipakai oleh kebanyakkan wanita Kedah. Ia juga merupakan baju sekerat diperbuat daripada kain cit yang berwarna dan berbunga lembut dipadankan dengan sarung sama ada kain batik atau kain pelikat11.



Baju Kurung Cekak Musang beserta samping atau digaya bersama Baju Sikap digemari oleh golongan lelaki. Baju Sikap Kedah ini dipakai seawal tahun 1786, mempunyai butang ke paras pinggang dengan seluar potongan Cina dan samping.



Masa kini, baju Kedah masih lagi dipakai oleh masyarakat wanita Kedah tetapi telah di ubah suai. Kain-kain di pelbagaikan corak dan warna agar nampak kelihatan lebih moden.



1.3.4 11



Pendidikan



Datin Hajah Aishah Nazim, (1986). Pakaian Tradisional Wanita Negeri Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm : 100



5



Pendidikan merupakan unsur yang paling penting untuk membentuk sesebuah negeri maju , bersatu padu, stabil dan progresif. Bertereskan kenyataan tersebut, sistem pendidikan telah berkembang pesat di Tanah Melayu. Fenomena ini turut berlaku di negeri Kedah.



Sistem pendidikan di negeri Kedah ini sebenarnya telah pun wujud sebelum tahun 1900 lagi. Ia bermula dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok yang memberi didikan agama Islam. Kewujudan sekolah-sekolah pondok inilah yang telah merintis jalan kea rah wujudnya sekolah-sekolah Melayu di negeri Kedah ini12. Sekolah Jawi Padang Lepai iaitu di Jalan Baru, Alor Setar merupakan sekolah pertama yang wujud iaitu pada tahun 1898.



Menjelang tahun 1909, negeri Kedah mempunyai 11 buah sekolah Melayu. Sekolah Melayu perempuan juga turut dibuka pada tahun 1930; Kedah sudah pun mempunyai lima buah sekolah manakala sebelumnya, iaitu pada tahun 1908, Government English School muncul buat pertama kali di Alor Setar. Perkembangan sekolah Melayu juga agak pesat di Kedah iaitu menjelang Perang Dunia Pertama terdapat 34 buah sekolah dengan murud sebanyak 2305 orang yang berdaftar dan menjelang Perang Dunia Kedua jumlah itu meningkat menjadi 111 buah dengan lebih 9000 orang murid berdaftar.13 Seiring dengan itu, perkembangan sekolah rakyat, iaitu sekolah yang dibangunkan oleh



12



13



Mohamad Abu Bakar, (1995). “ Dari Pusat ke Pinggiran : Institusi Pondok di Malaysia” dalam Tamadun Melayu, Jilid 3,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm : 1164 Awang Had Salleh, (1981). “Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah”. Kertas Kerja Konvesyen Sejarah Negeri Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar. 28 Nov. – 1 Dis. 1981, hlm 9



6



rakyat atas kesedaran mereka sendiri juga adalah rancak dan pada sekitar masa yang sama terdapat 24 buah di Kedah.14



1.3.5



Pengangkutan



Pengangkutan mempunyai tiga bentuk dan setiap satu mempunyai ciri-ciri yang berlainan.



Pengangkutan



darat



merupakan



pengangkutan



terawal



dan



diikuti



pengangkutan air dan udara. Alat pengangkutan darat awal yang terdapat di Kedah ialah menggunakan tenaga binatang gajah yang menjadi rakan hidup dan jentera yang sangat mustahak baik sewaktu negeri dalam keadaan aman atau disebaliknya. Gajah memainkan peranan yang bersejarah dalam peperangan antara manusia dengan manusia, dalam perebutan kuasa di zaman lampau15. Selain itu, masyarakat Kedah juga menggunakan rakit buluh untuk pengangkutan di jalan air16.



Pada tahun sebelum 1854, dalam Bandar Alor Setar terdapat kereta kuda, dipanggil bogi untuk membawa penumpang-penumpang hingga kekampung-kampung dipersekitaran Alor Setar. Sultan dan pembesar-pembesar menunggang kuda ataupun mengenderai gajah. Orang-orang Cina telah memperkenalkan “langca” berkhidmat membawa penumpang-penumpang secara berlari ke mana-mana sahaja empat atau lima kilometer sekitar bandar17.



14 15



16



17



Ibid, hlm 11 Dato’ Shafie Abdullah, (1986). Gajah : Satu Jenis Alat Pengakutan Awal Negeri Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm : 90 Hj. Ibrahim Ismail, (1987). Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Kedah : Penerbit Universiti Utara Malaysia, hlm : 5 Ismail Salleh, (1999). Tidak Sesungguh Seluang Melaut, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, hlm : 140



7



Orang-orang India masuk ke Kedah membawa kereta-kereta lembu bersama-sama mereka. Kereta lembu digunakan untuk perjalanan jauh dan membawa barang-barang yang berat. Biasanya kereta lembu membawa barang bergerak di waktu malam dan sampai di destinasinya pagi-pagi keesokan hari. Satu-satu konvoi kereta lembu ialah sebanyak 30 atau 40 buah. Orang-orang Melayu walaupun bukan nelayan mempunyai perahu. Dengan perahu mereka bergerak sepanjang pantai dan sungai18.



Jalan raya paling awal diketahui ialah antara Alor Setar dengan Langgar : kemudian menyimpang di Hutan Kampung ke Kepala Batas. Baginda mengerahkan rakyat membina jalan ini dalam tahun 1855. Kemudian dalam tahun 188 dibinakan pula jalan dari Alor Setar ke Anak Bukit19.



1.3.6



Ekonomi



Padi merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di Kedah. Malah Kedah sendiri begitu sinonim dengan hasilan padi. Gelaran “Jelapang Padi Malaysia“ atau “The Rice Bowl” sememangnya telah dikenali umum.



Ada sumber seperti Sir Richard Winsted yang mengaitkan tanaman padi di Kedah dengan kerajaan Langkasuka yang jauh lebih awal dengan kewujudan sejarah kerajaan Kedah sekarang. Kedah yang terjajah oleh kerajaan Hindu Srivijaya telah menerima



18 19



Ibid, Ibid,



8



pengaruh penanaman padi ini dari Jawa dan Siam yang dianggap lebih pakar dalam persoalan penanaman tumbuhan ini.20



Penduduk –penduduk negeri Kedah selain menjadi petani ada juga yang menjadi nelayan. Nelayan ini selalunya tinggal berdekatan dengan sungai. Kampung Nelayan yang tertua di negeri Kedah dan juga di Malaysia ialah Pantai Merdeka. Ia terletak berhadapan dengan Tanjung Dawai.21



1.3.7



Dialek Kedah



Dialek Kedah ialah bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dituturkan dari Perlis samapai ke Perak bahagian barat laut. Walaubagaimanapun,di dalam negeri Kedah juga mempunyai ketidak seragaman dalam pertuturan.



Pertuturan di Perlis Utara dan Pulau Langkawi berbeza sedikit daripada pertuturan di Lembah Kedah. Perbezaan-perbezaan itu sedikit sahaja misalnya dalam lagu bahasa atau dalan pembunyian vokal atau konsonan tertentu. Disamping itu, di Kedah juga terdapat pelat Siam kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Siam. Kebanyakkan orang-orang tua di Kedah yang tinggal berhampiran dengan Siam. boleh bertutur dalam bahasa Siam.



1.4



20 21



Kesimpulan



Dato James Agustine, (1996). Kedah Zaman Silam, Muzium Negeri Kedah, hlm, 128. Lokmaniyah hj. Ahmad, Usha Thiagarajah dan Norizan Ishak, (1991). Kedah, Kuala Lumpur : Penerbitan Seri Utama, hlm : 25



9



Negeri Kedah merupakan negeri yang tertua di Malaysia dan mempunyai sejarah kebudayaannya yang tersendiri. Dapatlah dikatakan, bahawa perkembangan kebudayaan Negeri Kedah dan pengaruh-pengaruhnya dapatlah di simpulkan seperti berikut : Pertama: Kebudayaan Kedah wujud dan tumbuh bersama-sama dengan pertumbuhan masyarakat Kedah. Kedua : Pengaruh yang terdapat dalam kebudayaan Kedah adalah hasil daripada pergaulan dan percampurannya dengan bangsa-bangsa yang datang ke Kedah. Pengaruh yang jelas kelihatan ialah ciri-ciri budaya Hindu, Arab, Siam dan Barat. Bagaimanapun unsur-unsur pengaruh tersebut tidak merosakkan dasar atau sendi kebudayaan Kedah secara keseluruhannya.



RUJUKAN 1.



A. Aziz Deraman, (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia ( Suatu Pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas), Edisi Ke-2, Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.



2.



Abdul Rahman Hj. Abdullah, (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam : Karisma Publications.



3.



Ahmad b Long, (1976). Kedah dari Segi Sejarah, majalah Persatuan Sejarah Sejarah Malalysia cawangan Kedah, Jilid 7, Kedah : Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah.



4.



Asmad, (1990). Kebudayaan Secara Umum, Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.



5.



Awang Had Salleh, (1981). “Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah”. Kertas Kerja Konvesyen Sejarah Negeri Kedah, Wisma Negeri, Alor 10



Setar. 28 Nov. – 1 Dis. 1981Siti Razman Hj. Idris dan Fatimah Azzahra, (1996). Kebudayaan Kebangsaan. Selangor : Penerbit Pinang. 6..



Dato James Agustine, (1996). Kedah Zaman Silam, Muzium Negeri Kedah.



7.



Datin Hajah Aishah Nazim, (1986). Pakaian Tradisional Wanita Negeri Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.



8.



Dato’ Shafie Abdullah, (1986). Gajah : Satu Jenis Alat Pengakutan Awal Negeri Kedah dalam Intisari



Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan



Negeri Kedah. 9.



Hj. Ibrahim Ismail, (1987). Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Jitra : Penerbit Universiti Utara Malaysia.



10.



Ismail Salleh, (1999). Tidak Sesungguh Seluang Melaut, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman.



11.



Lokmaniyah hj. Ahmad, Usha Thiagarajah dan Norizan Ishak, (1991). Kedah, Kuala Lumpur : Penerbitan Seri Utama.



12.



Mohamad Abu Bakar, (1995). “ Dari Pusat ke Pinggiran : Institusi Pondok di Malaysia” dalam Tamadun Melayu, Jilid 3,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



13.



Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff, (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



14.



Noresah Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, Ibarahim Ahmad, et. al. ( ed ), (2007), Kamus Dewan, Edisi Ke-4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.



11



15.



Tylor. E. B. (1871), Primitive Culture, London.



16.



Saad Taib, (1986). Nobat Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.



17.



YB Senator Ahmad bin Othman, (1986). Beberapa Permainan Rakyat Kedah dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.



12