Sejarah Pendidikan Moral Di Korea  [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN MORAL DI KOREA Pendidikan moral merupakan pendidikan yang penting di Negara Korea malah jika dilihat daripada sejarahnya sekitar 5000 tahun dahulu masyarakat korea telah menekankan pendidikan moral itu sendiri. Hal ini demikian kerana tradisi dan adat resam masyarakat Korea itu sendiri telah menyedarkan bahawa pendidikan moral boleh dijadikan panduan ataupun amalan moral yang dapat mencerahkan kehidupan bangsa korea dari bangsa peradaban timur sehinggalah nilai-nilai ketimuran tersebut (Mukhtasar Syamsuddin ,2015). Bagi masyarakat Korea “Langit” merupakan dasar bagi panduan moral dan landasan hidup yang mampu merasuk ataupun meresap ke dalam jiwa untuk memberi kesedaran kepada umat manusia. Hal ini demikian kerana pengaruh yang amat kuat terhadap kepercayaan menyebabkan masyarakat Korea beranggapan bahawa “langit” mampu memahami dan menguasai hidup manusia sepenuhnya. Menurut kepercayaan masyarakat Korea “langit” juga merupakan salah satu “Tuhan” yang mampu menguasai kebaikan yang ada dalam diri manusia. Keadaan ini telah merasakan dan melahirkan rasa malu serta kewajipan moral di hadapan “langit” atau “tuhan”. Sebahagian besar masyarakat Korea merasa sangat takut akan ancaman “langit” atau “tuhan” tatkala mereka melakukan sesuatu keburukan ataupun ketidak adilan (Jeong-Kyu Lee ,2001). Dalam hal ini keyakinan dan kepercayaan yang mendalam merupakan



gambaran sebuah masyarakat Korea yang sangat menjunjung tinggi serta mengaplikasikan peradaban timur sejak zaman berzaman lagi. Keadaan ini menunjukkan bukti bahawa Pendidikan Moral sangat dititik beratkan dan dipandang sebagai unsur yang paling penting dalam proses pendidikan di Korea. Selain itu, masyarakat Korea juga sangat mempercayai bahawa penghormatan atas kebajikan moral dan perkembangan disiplin diri merupakan sesuatu yang mungkin dilakukan melalui Pendidikan Moral secara berterusan. Sebagai contoh Hwarang-do dalam era dinasti Silla memberikan pengaruh tertinggi bagi Pendidikan Moral. Hwarang-do didirikan bertujuan untuk melatih remaja dari segi pemikiran serta membangunkan peribadi mereka melalui latihan tentera dan akademik dalam membentuk jiwa patriotisme serta warganegara yang berani (Jeong-Kyu Lee ,2001). Pada era akhir Dinasti Choson juga, Pendidikan Moral dilihat sangat penting sebagaimana yang telah dibentuk dan diajar di Institusi Pendidikan seperti Sungkyunkwan, Hyanggyo, Seodang dan Seowon.



Selepas bebas dari Imperialisme Jepun pada era Perang Dunia II, Korea mula memperoleh pengaruh yang cukup kuat daripada sistem pendidikan barat (Jeong-Kyu Lee ,2002). Pada ketika itu, Pendidikan Moral dilihat tidak dapat dipisahkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendidikan Moral itu juga dikatakan menjadi sebahagian daripada keseluruhan kurikulum sekolah pada ketika itu. Mengikut gagasan daripada Pendidikan Barat, para pendidik Korea pada ketika itu sangat mengharapkan supaya Pendidikan Moral dapat mewarnai seluruh Kurikulum Sekolah. Namun begitu, hasrat tersebut tidak dapat diwujudkan kerana pengaruh dan pendekatan barat ketika itu pada Pendidikan Moral berlaku sebaliknya. Pada ketika itu juga, pengaruh yang kuat terhadap barat mnyebabkan sokongan daripada masyarakat semakin kurang terhadap kepentingan Pendidikan Moral yang mengandungi nilainilai murni sebagaimana perkembangannya pada era dinasti Silla dan Choson (Jeong-Kyu Lee ,2002). Sejak Perang Korea pada tahun 1950 hingga 1953, sistem nilai tradisional seperti rasa hormat kepada orang tua, kerjasama, intergriti, dan menghargai kehidupan mengalami penurunan serta berlaku permasalahan sosial yang luas dalam kalangan masyarakat Korea. Perang yang berlaku antara Korea Utara dan Korea Selatan melahirkan rasa ketidakpercayaan yang sangat mendalam dan menyebabkan lahirnya “survival-first-policy” yang membantah dengan tujuan dan cara hidup bangsa Korea pada ketika itu (Edward Y. J. Chung, 2015). Ancaman Korea Utara menyebabkan semangat anti-komunisme semakin kuat dalam diri masyarakat Korea Selatan sehingga membantah pelajaran anti-komunisme yang merupakan momentum yang tepat bagi para pengajar Pendidikan Moral di Korea Selatan ketika itu. Selain itu, perubahan sosial yang disertai dengan pembangunan ekonomi ketika itu telah melahirkan suatu krisis nilai yang tidak dapat dibendung. Suatu cogan kata dikenali “me-first" bangkit dan sikap materialistik pada ketika itu semakin meningkat. Egoisme, nepotisme, dan rasa kedaerahan ataupun tamak menjadi landasan utama bagi runtuhnya peraturan-peraturan moral (Edward Y. J. Chung, 2015). Wang semakin menjadi nilai dan tujuan utama orang Korea pada waktu itu. Pada waktu yang sama, kejahatan, penggunaan ubat-ubatan terlarang, dan kekerasan meningkat secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Melalui permasalahan yang terjadi , tahap kesedaran masyarakat Korea semakin meningkat dan mula mengambil berat tentang kepentingan aspek moral dalam kehidupan.



Akibat perang Korea dan pesatnya kemajuan pembangunan, keperluan terhadap nilainilai demokrasi mula dibangkitkan. Para pendidik Korea mula mementingkan cara demokratik dalam hidup yang harus dimasukkan ke dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi melalui sistem pendidikan yang sistematik. Sejak saat itu, beberapa nilai-nilai demokratik sentiasa bercampur dengan nilai-nilai tradisional Korea. Sebagai contoh, pandangan hidup orang Korea yang didasarkan pada kesetiaan dan cinta serta kasih yang mendalam seringkali harus diikuti oleh masyarakat secara rasional dan secara tidak langsung proses demokratik dalam kehidupan masyarakat wujud. Menurut Mukhtasar Syamsuddin , ( 2015), Pendidikan moral di Korea saat ini merupakan hasil refleksi atas situasi dan faktor sejarah yang telah berlaku. Keperluan dalam membangunkan identiti nasional bangsa Korea memerlukan nilai-nilai dan sikap demokratik yang dapat menciptakan suatu kesepakatan moral melalui sintesis antara nilai-nilai tradisional dan nilai-nilai demokratik. Hal ini telah meningkatkan kembali Pendidikan Moral dalam konteks sintesis nilai tradisional dan nilai demokratik yang sekaligus wujudnya konsep dan implementasi Pendidikan Moral di Korea yang telah berkembang sehingga saat ini. Oleh hal demikian, negara Korea kini merupakan sebuah Negara yang begitu menekankan subjek moral dalam pendidikan formal di mana setiap pelajar perlu mengambil kelas moral selama dua jam seminggu pada umur 12 tahun atau ketika mereka dibangku sekolah rendah sehinggalah ke menengah atas (Yong Lin Moon,1995). Kurikulum pendidikan moral di wajibkan untuk semua pelajar dan buku teks pendidikan moral telah disediakan khas oleh Kementerian Pendidikan Korea. Menurut Yong Lin Moon,(1995) ,pada peringkat sekolah rendah (6 Tahun), murid ditawarkan kepada dua buku teks Pendidikan Moral di mana dua buku teks tersebut ialah buku teks utama dan sebuah buku cerita pada setiap semester selama 6 tahun. Manakala di sekolah Menengah Rendah (3 Tahun) dan Menengah Atas (3 tahun), semua pelajar disediakan satu atau tiga buku teks Pendidikan Moral pada setiap tahun. Pendidikan Moral di Korea sebenarnya adalah berpandukan kepada Dokumen Undang-Undang Kurikulum Kebangsaan yang digubal oleh Kerajaan Pusat (Kementerian Pendidikan). Dalam Kurikulum Pendidikan Moral ini, setiap objektif, kaedah pengajaran, kandungan (Senarai Kebaikan), penilaian dan peruntukan masa untuk tahap gred setiap sekolah di senaraikan dengan rapi dan sistematik.



Namun begitu, menurut Moon (1990), tahun 1945 dianggap merupakan titik perubahan atau transformasi dalam Pendidikan Moral di Korea di mana ia di bahagikan kepada tradisional (Confucian) dan Moden (Barat). Ia berlaku selepas tahun 1945 di mana Sistem Pendidikan Moral barat ditubuhkan dan ia telah di ajar di seluruh Negara atas tujuan yang jelas untuk memupuk kaedah ataupun cara demokratik kehidupan. Hal ini dianggap penting kepada masyarakat korea bagi membina sebuah Negara Republik Korea yang baru. Selepas daripada itu, kandungan utama dan nilai-nilai dominan Pendidikan Moral di Korea lebih bersifat individualisme Barat serta Demokrasi Rasional. Walaupun begitu, etika tradisional dalam Confucian masih termasuk dalam buku teks dan di ajar sebahagian daripadanya. Lebih daripada lima puluh tahun bermula pada tahun 1945 sehingga kini , Kurikulam Pendidikan Moral di Korea telah berlaku perubahan sebanyak enam kali (Gambar rajah 2.0).



Gambar Rajah Di Bawah Menunjukkan Perubahan Sistem Pendidikan Moral Di Korea. Kurikulum Pendidikan Moral Pertama (1954-1963) Kurikulum ini merupakan kurikulum pertama yang mengalami kemodenan akibat daripada perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Korea. Pendidikan Moral pada era ini difokuskan pada Pendidikan Kewarganegaraan (Civic Rducation).



Kurikulum Pendidikan Moral Kedua (1963- 1973) Kurikulum ini difokuskan pada etika anti-komunisme, pembaharuan ekonomi, dan nilai-nilai tradisional.



Kurikulum Pendidikan Moral Ketiga (1973-1982) Pendidikan Moral menjadi sebahagian pelajaran tersendiri dalam sistem pendidikan



Kurikulum Pendidikan Moral Keempat (1982-1987) Pendidikan Moral lebih menfokuskan pada perkembangan pengajaran dari “pendekatan nilainilai kebajikan” kepada “ pendekatan perkembangan pengetahuan/kognitif”. Pembincangan dan permasalahan moral lebih ditekankan daripada proses penghafalan konsep-konsep moral.



Kurikulum Pendidikan Moral Kelima (1987-1992) Kurikulum ini lebih menekankan unsur-unsur demokratik yang di implementasikan dalam kehidupan seharian. Terdapat juga perubahan fokus daripada anti-komunisme kepada isu permasalahan kedua Korea dan pendidikan yang berorientasikan pada pertahanan nasional.



Kurikulum Pendidikan Moral Keenam (1992-2000) Kurikulum ini dipraktikkan sehingga sekarang di mana ia lebih berpusatkan pada etika kemasyarakatan, tingkah laku moral, dan sikap perilaku moral. Kurikulum ini menekankan pelajaran berkaitan pandangan hidup dalam bertindak “Permasalahan Korea”dan “Selepas permasalahan Korea”.



Gambar rajah 2.0 : Perubahan Sistem Pendidikan Moral Di Korea. Sumber : Mukhtasar Syamsuddin , ( 2015).



Sejarah dan situasi yang berlaku di Korea telah menyebabkan perubahan dalam Pendidikan Moral. Kepentingan Pendidikan Moral dilihat daripada pelbagai aspek sehinggalah membawa perkembangan kepada sistem pendidikan di Korea. Ia mampu membawa dan memperbaiki disiplin dan sikap keperibadian dalam masyarakat korea yang mementingkan aspek sikap demokratik. Kini, Pendidikan Moral telah menjadikan satu subjek penting di Negara Korea kerana ia menitikberatkan kepada perubahan dalam sikap masyarakat itu sendiri.



RUJUKAN Edward Y. J. Chung. (2015). Korean Confucianism Tradition and Modernity. Diambil pada 24 April



2017



di



laman



web



http://intl.ikorea.ac.kr/korean/UserFiles/UKS3_Korean_Confucianism_eng.pdf Jeong-Kyu Lee .(2002). The Role of Religion in Korean Higher Education. Diambil pada 22 April 2017 di laman web http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED547255.pdf. Jeong-Kyu Lee. (2001). The Establishment of Modern Universities in Korea and Their Implications for Korean Education Policies. Diambil pada 24 April 2017 di laman web epaa.asu.edu/ojs/article/download/356/482 Mukhtasar Syamsuddin. (2015). Pendidikan Moral Di Korea. Diambil pada 24 April 2017 di laman web http://www.academia.edu/1497486/Pendidikan_Moral_Korea Yong Lin Moon. (1995). The Status and Perspective of Moral Education in Korea. Diambil pada 24 April 2017 di laman web http://s-space.snu.ac.kr/bitstream/10371/72457/1/01.pdf