Senarai Tugas Pembantu Pengurusan Murid [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Senarai Tugas Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.



Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah. Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah. Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah. Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah. Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah. Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah. Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.



Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah 1. 2. 3. 4. 5.



6.



Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan. Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah. Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah. Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-



7.



8.



murid berkenaan di bawah jagaannya. Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa \ menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.



Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih 1. 2. 3.



4.



Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah. Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya. Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain. Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.



Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid 1. 2. 3. 4. 5. 6.



Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan muridmurid sentiasa berkeadaan bersih. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat. Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas. Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.



BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID Pengurusan Mata Pelajaran



1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal. 3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerqahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan meulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan. 7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah. 9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan. 10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.



13. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas. 14. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. 15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa. Pengurusan dan Organisasi Kelas 1. Membentuk organisasi kelas. 2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas a) Jadual waktu b) Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan. c) Motto kelas d) Alatan pembersihan. 3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran. 5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid 1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat. 2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis. 3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas. 4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan. a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan. b) Menjamin keselamatan buku tersebut. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin. 1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik. 2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik danmemberikan hadiah (jika perlu) 3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.



Pendaftaran Murid Baru 1. Menerima kemasukan murid baru. 2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid daripada Penolong Kanan HEM. 3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan. Guru Bertugas Harian / Mingguan 1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir. 2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an menghantar mereka ke hospital / ke rumah. 7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon. 8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang. 10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan. 12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah: a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit c) lawatan / pelawat d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan



e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan 13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil. 14. Perhimpunan 14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan. 14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan. 14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.