Skrip Berbalas Pantun [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Anak Cina di Kampung Lembah Meraut selasih ditepi paya Tidur lena makan bertambah Mengapa masih tidak bermaya?



Meraut selasih ditepi paya, Paya penuh si pohon semalu, Makan tak lalu tidur tak lena, Ku sapa si manis dipandang lalu.



Amboi amboi , bukan main lagi.. daripada kau begini, apa kata kita mengambil bahagian dalam pertandingan berpantun sempena minggu bahasa di sekolah kita. uiisshh susah tu.. saya tak pandai lah berpantun secara spontan. Boleh, kalau kita berlatih dari sekarang kita mesti boleh menang. Betul juga. Baiklah, jawab pantun ni!



Kalau tuan pergi ke pantai, Kirimkan saya sebiji delima, Kalau tuan bijak dan pandai; Siapakah Perdana Menteri Kelima?



Memakai selendang di atas bahu, Selendang beli di pasaraya, Kalau itu awak nak tahu; Tun Dr Mahathir gerangannya.



*Pandai…pandai.. ini baru permulaan.. jawab ni pula..



Dihujung selat bertiup bayu, Teratai di kolam tampak serinya; Dikandung adat budaya Melayu, Dicemar susila mana manisnya?



Sinis surya di persada meriah, Tatkala camar memainkan rebab; Manis budaya pada maruah, Susila yang cemar dipulihkan adab.



Rejang menuding belukar nan kelam, Pelepah bidara bergalang malap; Bijak berunding luar dan dalam, Indah bicara di mana silap?



Buah bidara di dalam kaca, Serai seikat di pangkal bertemu; Salah bicara bukanlah punca, Hanya muafakat belum ditemu.



wahhh.. hebat menjawab. Saya pasti kita boleh menang nanti. Hari dah lewat ni. Mari kita pulang.