Skrip Majlis Pertunangan Pihak Lelaki [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki 1. Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkok pun boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan mengetuai rombongan perjalanan. Berkumpul pukul 9.00pagi. Mula Bertolak dari rumah (USJ2) pukul 9.45pagi. 2. Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun duduklah tempat yang dah disediakan. 3. Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan datang dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan seperti: “Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami dengan: Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang, Wajah Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan. Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat, amin.” 4. Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka: “Selat Melaka di Pantai Barat, Hendak Menangkap Sekawan Ikan, Kami Datang Membawa Hajat, Hendak Menyunting Bunga Di Taman.” 5. Lepas tu taaruf (kenalkan diri): “Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya Zainal Zulia Zainuddin, anak sulung lelaki serta mewakili ibu saya, iaitu Puan Daing Masita binti Daing Ibrahim bagi pihak adik dicintai, Fariz Danial bin Zainuddin. Tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah Cik Naili sudah berpunya? Jika belum berpunya saya secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…” 6. Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan kita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun terima: "Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuah Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah." 7. Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan. “Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah, maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya, 8. Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh sambung skrip: “Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di terima, maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihak lelaki ingin memaklumkan nilai hantaran dan mas kahwin telah ditetapkan seperti yang telah dibincangkan semasa sesi merisik. Tarikh telah ditetapkan bagi 1. Hari pernikahan adalah 6 Jun 2020 hari sabtu di rumah pengantin perempuan 2. Majlis walimah belah perempuan pada 7 Jun 2020 hari ahad di Dewan Warisan Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam 3. Majlis walimah belah lelaki pada 13 Jun 2020 hari sabtu di dewan serbaguna SS15, Subang Jaya



9. Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun untuk di jual beli: Negeri Terengganu di tepi pantai, Tempat mandi ikan tembakul, Yang kita hajat sudah tercapai, Yang kita doakan sudah terkabul. Negeri tuan sungguh indah, Semua cantik tidak terperi, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati Pekan Raub di negeri Pahang Daerah masyhur raja durian Dari Damansara kami datang Nak petik bunga di taman tuan Sepasang merpati sudah berjanji Burung lain sudah ketepi Menyampai hajat Putera kami Meminang Puteri pilihan hati Gagah hulubalang memegang panji Dayang menari bertingkah irama Adat bertunang meterai janji Menanti hari disanding bersama Adat setempat dijunjung hormat Dulang hantaran terhias sangat Kedua pihak menghurai hajat Bertolak ansur membawa berkat Cincin sebentuk sebagai tanda Ikatan pertunangan jadi sempurna Pihak perempuan setuju terima Pihak lelaki syukur dan gembira Cincin disarung bakal mertua Keluarga gembira foto bersama Lepas makan masa dah tiba Janji dibawa pulang bersama