Smart Money Concept [PDF]

  • Author / Uploaded
  • fuggs
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CHAPTER 1: ASAS FOREX “Asas adalah permulaan untuk sesuatu”



1. Asas Pergerakkan Market Pergerakkan market ada dalam tiga (3) fasa, iaitu Uptrend, Downtrend & Sideway. Uptrend atau kata lainnya Bullish. Downtrend atau kata lainnya Bearish.



Dalam Uptrend (Bullish) market perlu buat pergerakkan Higher High (HH) & Higher Low (HL). Manakala, dalam Downtrend (Bearish) market perlu buat pergerakkan Lower Low (LL) & Lower High (LH).



CHAPTER 2: MARKET STRUCTURE “Setiap kali berlakunya BMS tunggu retracement”



2. Break Market Structure (BMS) Break Market Structure (BMS) bermaksud pergerakkan market yang memecahkan struktur yang telah di bentuk. Seperti rajah di bawah, pergerakkan market dari A ke B adalah Downtrend dengan cara marking BMS. Di sini dapat lihat market break ke bawah menandakan downtrend. Manakala, dari titik B ke C adalah Uptrend dengan cara marking BMS iaitu market break ke atas menandakan uptrend.



Setiap kali berlaku BMS market mesti melakukan “retracement” iaitu pergerakkan market yang memberikan kita peluang untuk entry mengikut trend market semasa.



Gambar rajah di bawah ini adalah contoh Marking BMS and tempat untuk mencari entry atau dalam bahasa inggeris Optimal Trade Entry (OTE). Jika market melakukan break ke atas, tempat entry kita mestikan dekat kawasan higher low (HL) ataupon ditulis (OTE) seperti dalam rajah tersebut.



Gambar rajah dibawah menerangkan Cara Marking BMS dan kawasan untuk entry.



CHAPTER 3: ORDER BLOCKS “Pemilihan OB yang sesuai”



3. Order Block (OB) Order block adalah candlestick yang berbentuk base yang dijadikan sebagai zone untuk kita cari position entry setelah berlakunya BMS. Candlestick Order Block (OB) banyak berlaku di dalam chart. Tetapi pemilihan OB yang sesuai haruslah dilakukan agar tidak memilih OB yang fake. OB yang sesuai dipilih adalah OB yang telah melakukan BMS.



Contoh 1 Jadi kita dapat lihat OB ini adalah marking zone untuk kita cari entry. Pastikan OB itu punca berlakunya BMS. Untuk mendapat winrate yang lebih tinggi, gabungkan dengan ikut trend timeframe lebih besar. Cara untuk mengenal pasti trend adalah berdasarkan market structure. Contohnya, timeframe H4 adalah downtrend dan price di dalam zone Order Block (OB).



Gambar di atas adalah USJPY di timeframe H1. Di timeframe H1, price telah pon melakukan BMS. Lalu kita cari OB yang menyebabkan BMS itu. Setelah price kembali ke dalam zone OB tukar ke timeframe kecil. (lihat gambar seterusnya)



Lihat gambar di atas, adalah timeframe 3 minit. Price ada melakukan BMS sebanyak 2 kali. Setelah tunggu BMS sebanyak 2 kali, cari OB yang menyebabkan BMS tersebut. Kemudian sekali lagi, tunggu price masuk ke dalam zone OB timeframe kecil itu (zone warna merah). Seperti kita lihat, entry sell pertama hit SL, tetapi entry sell kedua price trus junam.



Jadi kita dapat lihat price trus junam di timeframe H1. Setup ini dapat memberikan keuntungan yang banyak dengan zone stop loss yang sangat minimal. Pastikan ikut turutan analisa dengan betul untuk mendapatkan tp yang jauh iaitu 26RRR.



Contoh 2



Untuk contoh yang kedua, kita dapat lihat di timeframe H4, price telah pon melakukan BMS iaitu Break Market Structure. Setelah dapat lihat BMS, kita harus cari Order Block (OB) yang menyebabkan berlakunya BMS. Kemudian, kita harus tunggu price untuk turun ke dalam zone OB di H4. Setelah price memasuki kedalam zone OB H4, buka timeframe kecil iaitu 1 minit (M1). Lihat gambar seterusnya.



Setelah buka timeframe M1, tunggu price melakukan BMS sebanyak 2 kali. BMS yang pertama iaitu bawah sekali (rujuk gambar di atas), adalah penanda market mahu bertukar trend atau dalam bahasa inggeris di panggil Change of Character (ChoCH). BMS kedua pula adalah confirmation bahawa market sudah bertukar trend. Jadi, BMS pertama adalah penanda awal pertukaran trend. Ini kerana sebelum price masuk zone di H4, price di M1 dalam keadaan downtrend. Maka, price harus melakukan BMS pertama kerana ia memberitahu kita bahawa price mahu tukar trend tapi masih belum ada confirmation. Untuk BMS kedua pula, ia adalah sebagai kepastian (confirmation) bahawa trend sudah bertukar dari downtrend ke uptrend. Jadi, setelah berlaku BMS sebanyak 2 kali, baru lah kita cari OB yang menyebabkan berlakunya kedua-dua BMS tersebut. Kita boleh instant entry buy di zone pertama (zone merah atas sekali) jika price masuk ke dalam zone itu. Dan jika price hit SL di zone pertama, entry buy lagi sekali di zone kedua.



Jadi, kita dapat lihat price telah berinteraksi dengan zone pertama dan memberikan profit kepada kita. Jika price sudah pergi jauh dari tempat entry kita, pastikan set Breakeven (BE) untuk melindungi profit yang telah kita peroleh. Jadi, kita boleh hold position dengan tenang tanpa risau price turun secara tiba-tiba dan hit SL.



Setelah beberapa jam tunggu, akhirnya price sudah pon hit tp dgn memberikan kita 15RR.



CHAPTER 4: KONSEP RRR “RR yang tinggi memberikan keuntungan”



4. Konsep Risk, Reward, Ratio (RRR) Sebagai seorang trader, kita perlu fahamkan konsep RRR untuk lebih mudah mengira berapa banyak yang telah kita untung dan rugi. RRR bermaksud Risk, Reward, Ratio. R pertama iaitu Risk bermaksud risiko. Berapa banyak jumlah yang kita telah risikokan. Contohnya, setiap kali price hit SL, kita telah merisikokan 1R. Contoh jarak ke SL adalah 20 pips, maka 1R kita adalah bersamaa 20 pips untuk setup tersebut (1R = 20 pips). Tetapi jika setup seterusnya jarak SL 13 pips, maka 1R untuk setup kedua itu adalah 13 pips (1R = 13 pips). Risk kita selalunya kiraan menjadi 1R. R kedua iaitu Reward bermaksud hasil. Hasil yang bermaksud berapa banyak kita akan dapat jika price hit TP. Selalunya kiraan jarak kita mengikut pips tetapi dengan kiraan R, lebih mudah untuk tahu setup kita berbaloi atau tidak untuk close. Kiraan R untuk TP adalah bergantung kepada Risk kita. Jika risk 20 pips dan reward 40 pips, maka reward kita adalah 2R kerana 40 pips adalah 2 kali ganda dari jarak SL. Lihat gambar di bawah untuk lebih faham.



R ketiga iaitu Ratio bermaksud Nisbah. Kiraan nisbah ini adalah bergantung kepada Risk dan Reward kita. Contohnya, jika Risk 20 pips iaitu 1R, Reward adalah 40 pips iaitu 2R. Maka nisbah nya adalah RRR = 1:2. Maksunya kita merisikokan 1R untuk 2R. Contoh lainnya, jika jarak SL 5 pips, jarak TP adalah 50 pips, Maka setup kali ini adalah 1R = 5 pips. Jadi nisbah nya adalah RRR = 1: 10.



Untuk buy di website TradingView, rupanya seperti di dalam gambar. Kita tidak perlu kira RRR cuma perlu faham cara gunakan RRR. Mengapa perlu guna RRR? Dengan kiraan RRR, kita boleh tahu bila kita boleh set BE, close position separuh atau close semua position. Contohnya jika saya trade, saya akan set BE apabila price sudah capai pergerakkan 3R, dan saya akan close separuh apabila price sudah capai pergerakkan 5R dan close semua apabila price sudah capai jarak antara 10R hingga 15R.



Jika kita guna SL yang besar, kita akan dapat RRR yang sangat kecil. Contoh dalam gambar ini, jika anda tidak entry sell di timeframe kecil (M1), anda akan dapat RRR yang sangat sikit iait hanya RRR = 1:3.16. Dengan ini keuntungan anda adalah sangat nipis walaupon gambar ini adalah timeframe Daily di GBPUSD pada 24 Jan 2022.



Lihat di atas kanan ada tulis 30. Ini bermaksud gambar ini adalah timeframe 30 minit. Jadi, setelah masuk zone di timeframe Daily, jangan terus masuk sell kerana jarak SL akan lebih besar mengakibatkan RRR yang sangat rendah. Untuk mengurangkan jarak SL, tukar ke timeframe lebih kecil seperti dalam gambar. Tunggu BMS sebanyak 2 kali. Cari OB yang menyebabkan BMS tersebut. Kemudian tunggu price kembali ke dalam Ob tersebut. Terus entry sell di zone OB tersebut. Entry sell itu dengan jarak SL yang sangat rendah iaitu 26.6 pips.



Ini adalah rupa jarak SL (Risk) and jarak TP (Reward) setelah kita telah kurangkan jarak SL di timeframe kecil. Sekarang setup Daily ini kita dapat RRR = 13.17 dengan jarak SL 26.6 pips dan jarak TP 350.2 pips. Sebelum ini RRR kita adalah 3.16 dan telah berubah menjadi 13.17.



Kiraan 1R boleh ditukar ke Dollar. Contohnya, modal trade 1,000 USD. Kita mahu risikokan 5% dari modal iaitu 50USD. Jadi jika hit SL, kita akan rugi 50USD. Maka 1R kita bersamaan 50USD. Reward setup tadi adalah 13.17R iaitu 658.5 USD untung.



Tetapi jika kita merisikokan akaun trade kita lebih tinggi, seperti 20% dari modal 1,000 USD jadi kita risikokan 200USD. Jika hit SL setup ini kita akan rugi 200 USD iaitu bersamaan 1R. Dan jika hit TP, kita akan dapat 13.17R bersamaan 2,634 USD. Sebagai seorang trader kita perlu tahu berapa % untuk merisikokan akaun trade kita. Untuk menjadi professional trader, risiko yang digunakan selalunya bawah 5%.



Contoh:



Jadi, cuba kita lihat contoh gambar ini. Di timeframe besar iaitu M30, ada BMS. Kemudian kita cari OB yang melakukan BMS tersebut. Kemudian tunggu price masuk semula ke dalam zone itu. Jika kita lihat, kalau kita guna SL timeframe besar, jarak sl kita adalah 26 pips dan jarak tp kita ialah 208.4 pips. Ini menjadikan RRR 1:8. Maksudnya jika kita merisikokan 10 USD, kita akan dapat dalam 80 USD. Tetapi, jarak SL ini sangat tebal menyebabkan kadar risiko yang tinggi.



Maka, kita tuka kepada timeframe lebih kecil, iaitu M1. Kita dapat lihat price masuk ke dalam zone M30 (warna kelabu) dan kita harus tunggu double BMS di timeframe kecil. Setelah berlakunya BMS sebanyak dua kali, baru lah kita marking OB yang menyebabkan BMS tersebut. Selalunya ada 2 zone OB tetapi kali ini, OB zone ini tempatnya lebih kurang sahaja. Setelah price masuk zone OB timeframe kecil, kita boleh trus entry sell dengan jarak SL yang sangat nipis bagaikan kulit bawang.



Di sini kita dapat lihat sudah terang bahawa jarak SL tadi yang sangat tebal iaitu 26 pips sekarang telah di kurangkan menjadi 6.6 pips sahaja. Jika anda telah mahir setup ini, kebanyakkan jarak SL bawah 10 pips di major pair currency. Sekarang kita dapat RRR 1:33. Jadi, jika kita merisikokan 10 USD, kita akan dapat reward profit sebanyak 330 USD dengan sekali entry sahaja. Tetapi yang paling penting adalah kawalan risiko kepada equity account trade kita. Jangan merisikokan semua equity yang ada demi profit sedangkan pengawalan risiko itu yang boleh menyebabkan account trade grow menjadi lebih besar.