Soalan 1 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



1. PENGENALAN 1.1 DEFINISI KAUNSELING Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “counseling” yang boleh difahami oleh semua orang tetapi dalam pengertian yang berbezabeza. Menurut Krumboltz (1965), kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Definisi kaunseling yang diutarakan oleh Blocher (Shertzer & Stone,1974) ialah kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai tingkah laku masa depan. Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) pula mendefinasikan kaunseling sebagai lambang satu perhubungan profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadang-kala melibatkan lebih daripada dua individu. Ia bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan



dan belajar



menentukan matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu. Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien. Definisi kaunseling yang diutarakan oleh Zainal Abidin (2002) pula ialah kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.



1



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



Sebagai kesimpulannya, kaunseling adalah satu proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu klien memahami dirinya dan alam sekelilingnya. 1.2 KEPENTINGAN KAUNSELING Di antara kepentingan kaunseling adalah seperti berikut; 1. Kaunseling dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh individu dari segi jangka pendek. 2. Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain dari segi jangka panjang. 3. Mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang positif. 4. Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebesan psikologi, iaitu berkebolehan untuk menguruskan hidupnya sendiri. 5. Membuat keputusan yang bijak dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat keputusan yang dibuatnya. 6.



Bertindak secara logik dan berkesan.



7.



Individu yang bermasalah menjadi rasional semula. 8. Memperkembangkan bakat, minat dan berkebolehan ke satu tahap yang optimum. 9. Membuat penyelesaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendakkehendak masyarakat dan sekolah. 10. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan seperti ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-gurunya. 11. Membantu mereka yang berada dalam risiko dan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah. 12. Membantu mereka yang mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah supaya memperoleh keinsafan mengenai bahayanya amalan mereka. 13. Menentukan nilai-nilai hidup yang ingin dimilikinya bagi memperoleh hidup yang sejahtera.



2



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



1.3 CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG BAIK Seseorang kaunselor harus mempunyai sifat-sifat yang dianggap baik dalam kerja bimbingan dan kaunseling. Secara umumnya seseorang kaunselor haruslah mempunyai sifat -sifat peribadi yang sabar dan sensitif kepada keperluan orang lain. Persatuan untuk Pendidikan Kaunselor dan Supervising (1964) di Amerika Syarikat (Association For Counselor Education And Supervision) telah menyenaraikan enam jenis sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor iaitu : 1.



Seseorang kaunselor percaya kepada setiap individu.



2.



Seseorang kaunselor mempunyai komitmen kepada nilai-nilai manusia perseorangan.



3.



Seseorang kaunselor mempunyai kesedaran terhadap dunia.



4.



Seseorang kaunselor ialah seorang yang terbuka.



5.



Seseorang kaonselor memahami diri sendiri.



6.



Seseorang kaunselor mempunyai komitmen professional.



Carl Rogers dan beberapa orang kaunselor lagi telah menghuraikan cirri-ciri seseorang kaunselor termasuklah: 1. Penerimaan dan Kemesraan ( Acceptance and Warmth) Sebagai seorang kaunselor, dia mestilah memberitahu klien tentang sikapnya yang meneriman klien dengan kerelaan dan menghormatinya. Penerimaannya boleh digambarkan melalui air muka dan tutur kata yang baik semasa menyambut dan melayani klien. 2. Tidak menghukum (Non-judgemental) Seseorang kaunselor tidak boleh menilai atau menghukum sesuatu terhadap



kelakuan



klien.



Sekiranya



seseorang



kaunselor



ingin



mendapatkan maklumat tentang klien, dia hendaklah mengelakkan daripada menetap atau menilai sesuatu terhadap klien. 3. Ketulenan (Genuineness) Semasa sesi kaunseling, kaunselor hendaklah tenang, sabar dan berterus terang kepada kliennya. Kaunselor yang tidak jujur dan berpura-pura akan



3



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



menyebabkan klien berasa tidak selesa dan sukar mempercayai pendapat kaunselor. Sebaliknya kaunselor yang sentiasa mengambil berat tentang klien akan memudahkan interaksi dan perkongsian pendapat antara kaunselor dan klien. 4. Ketepatan (Specificity) Kaunselor seharusnya sentiasa menggunakan bahasa yang ringkas, mudah dan tepat semasa sesi kaunseling dijalaankan. Kaunselor juga boleh mencelah dan membantu klien menyatakan apa yang tersimpan di dalam hati klien. Kaunselor perlu peka untuk memahami pengucapan klien yang kadang-kala sukar difahami oleh kaunselor. Secara keseluruhannya bolehlah dinyatakan bahawa ciri-ciri seseorang kaunselor itu adalah seperti berikut: 1.



Mempunyai ilmu dan kepakaran tertentu dalam bidang kaunseling.



2.



Mempunyai keyakinan diri dan percaya kepada kebolehan orang lain.



3.



Mempunyai kreadibiliti yang tinggi iaitu boleh dipercayai.



4.



Amanah, jujur dan ikhlas.



5.



Berprihatin, bersimpati dan peka terhadap perasaan kliennya.



6.



Sanggup melibatkan diri dalam masalah klien.



7.



Mempunyai persepsi yang positif terhadap klien.



8.



Kebolehan berfikiran jauh daripada klien.



4



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



2.0



SOALAN TUGASAN



Baca kes di bawah bagi menjawab soalan 1 – 4 yang di sediakan. Sal merupakan pelajar tahun tiga di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Beliau tinggal bersama dengan lima orang rakannya di sebuah flat yang berhampiran dengan universiti. Kelima-lima teman serumahnya mengambil program pengajian yang sama hanya beliau seorang sahaja dari program pengajian yang berlainan. Keadaan ini menjadikan Sal tidak selesa tinggal di rumah berkenaan kerana beliau tidak dapat berbincang mengenai pelajarannya. Pada masa yang sama keputusan peperiksaan Sal menurun, dia memerlukan rakan sekelas untuk mengadakan perbincangan.



Matlamatnya



adalah



untuk



meningkatkan



keputusan



peperiksaannya. Kebanyakan rakan sekelasnya tinggal jauh daripada universiti. Mereka boleh membantu Sal kalau beliau bersedia berpindah ke rumah mereka. Sal tidak pasti cara untuk menyatakan hasratnya untuk berpindah kepada rakan serumahnya. Baginya rakan serumahnya yang bekerjasama adalah perkara yang amat dihargainya, tambahan pula Sal telah tinggal setahun bersama mereka. Anggapan Sal, rakan serumahnya adalah keluarganya di Kuala Lumpur. Untuk tugasan ini, anda perlu membaca dan memahami ketiga-tiga unit dalam modul Bimbingan dan Kaunseling dan lain-lain sumber jika perlu untuk menjawab soalan-soalan berikut:



5



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



2.1



SOALAN 1



Apakah matlamat kaunselor di dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama Sal? Matlamat kaunselor dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama Sal ialah : (a) Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan. -



Matlamat kaunselor dalam sesi kaunseling ini adalah untuk meningkatkan keupayaan Sal untuk memulakan dan meneruskan perhubungan dengan rakan-rakan serumahnya. Sal perlu diberi tunjuk ajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan serumahnya. Dia juga perlu diberi keyakinan diri untuk bercakap dengan rakan-rakan serumahnya tentang masalah yang sedang dihadapinya. Sal perlu meluahkan masalahnya kepada rakan-rakan serumahnya dengan cara yang betul supaya tidak ada sesiapa sama ada Sal sendiri atau rakan-rakannya akan berasa kecewa atau kecil hati. Sal mesti menyuarakan hasratnya untuk berpindah dan memberikan alasan-alasan yang munasahah kepada mereka.



(b)



Membantu keberkesanan klien menguruskan diri. -



Salah satu matlamat kaunselor adalah untuk membantu kliennya menguruskan diri dalam keadaan kesulitan. Dalam kes Sal, kaunselor haruslah membantu Sal untuk menguruskan dirinya yang sedang berhadapan dengan masalah. Kaunselor haruslah memberikan tunjuk ajar kepada Sal untuk menyusun jadual hariannya supaya selari dengan jadual pembelajarannya. Dengan cara ini Sal akan dapat berjumpa dengan rakanrakan sekuliahnya untuk berbincang tentang pelajaran mereka. Mungkin dengan cara ini prestasi pelajaran Sal akan meningkat.



(c)



Menggalakkan proses membuat keputusan. -



Membuat keputusan yang betul adalah satu perkara yang amat sukar bagi sesetengah individu. Begitu juga dengan Sal yang menghadapi masalah untuk membuat keputusan untuk berpindah atau sebaliknya. Sal harus bijak memilih supaya dia tidak menghadapi masalah lain pula dikemudian



6



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



hari. Kaunselor akan mencari punca masalah tersebut dan akan memberikan cadangan yang perlu agar Sal tidak akan menghadapi risiko yang besar akibat daripada keputusan yang dibuat. (d)



Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien. -



Kaunselor haruslah berperanan untuk membantu perkembangan potensi klien. Dalam kes Sal, kaunselor haruslah membantu Sal untuk berasa selesa untuk menyatakan hasratnya kepada rakan-rakan serumahnya. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu Sal menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.



2.2



SOALAN 2



Sesi kaunseling sedikit sebanyak bergantung kepada sikap yang ada pada seseorang kaunselor. Bincangkan sikap kaunselor yang disenaraikan berikut: (a)



Kongruen Kongruen ialah satu usaha perpaduan, secara sedar, secara disengajakan terhadap klien yang wujud agar ianya menjadi sebahagian serta sebati dengan swadiri. Antara klien dengan kaunselor, ciri pengalaman dalaman dari aspek rasa hati klien itu benar-benar dapat dijiwai oleh kaunselor. Ini bermakna satu-satu pengalaman itu seolah-olah meresap dan dipunyai oleh kaunselor. Dalam proses terapi, baik klien atau kaunselor akan sentiasa mengkaji, menyemak konsep swadiri masing-masing supaya sealiran, kongruen dengan pengalaman yang dapat digambarkan secara tepat. Apabila pengalaman yang dirasai itu telah dapat digambarkan dengan tepat, dan juga telah diresapi ke dalam konsep swadirinya, keadaan ini dikatakan sebagai kongruen terhadap pengalaman diri sendiri. Konsep ini agak menyerupai dengan maksud integrasi kejujuran. Sifat ketulenan atau kongruen merujuk pada sifat asli yang ada dalam diri kaunselor. Ini bermakna kaunselor bersikap jujur pada klien untuk bertindak mengikut kemampuan diri dalam sesi kaunseling. Ini sangat penting untuk mendapatkan kepercayaan klien.



7



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



Menurut Sabariah (2003) elemen utama dalam mewujudkan suasana teraputik adalah ketulenan atau kongruen yang ditunjukkan oleh kaunselor. Ini bermakna kebolehan kaunselor menjadi dirinya sendiri tanpa berselindung atau bertopeng. Suasana teraputik bermaksud suasana yang selesa bagi melakukan perbincangan dan tanpa menghadapi tekanan. Suasana ini perlu wujud di dalam bilik kaunseling sebelum sesi dijalankan supaya klien berasa selesa dan dapat membuat pendedahan kendiri. Bagi Fgan (19770) pula, orang yang bertindak secara tulen atau kongruen tidak bermain perasaan dan juga tidak mengubah nilai-nilai mereka apabila berhadapan dengan apabila berinteraksi dengan orang yang berbeza. Amar(1987) memberikan pendapatnya tentang kongruen iaitu kaunselor harus menerima klien tanpa mengenakan syarat supaya klien dapat merasai ketulenan kaunselor. Jadi ini memudahkan proses perubahan personaliti berlaku pada klien. Pendapat Rogers (1977) tentang kongruen pula ialah individu yang tulen diterima sebagai seorang yang jujur dan benar. Secara tidak langsung klien akan berasa selamat dan mempercayai kebolehan kaunselor. Sifat kongruen yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor adalah penting dalam menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor hendaklah meyakinkan klien bahawa ia mampu membantu klien untuk menyelesaikan masalahnya. Kaunselor hendaklah berterus-terang dengan kliennya tentang hal-hal yang meragukan dan yang boleh menimbulkan kontroversi. Kaunselor tidak boleh sekali-kali menipu, berpura-pura atau bermuka-muka di hadapan klien. Jika dia tidak mampu untuk menyelesaikan atau menyelami masalah klien, seseorang kaunselor itu haruslah berterus-terang denga kliennya. Kaunselor yang ingin membantu Sal dalam sesi kaunseling ini haruslah mempunyai sikap kongruen supaya Sal berasa yakin akan kaunselor tersebut mampu untuk menyelesaikan masalahnya.



8



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



(b)



Empati Empati bermaksud kaunselor dapat menjiwai perasaan klien iaitu memahami dunia klien dari kaca matanya. Tegasnya melalui empati, kaunselor dapat memahami dan merasai apa yang klien rasai yang merangkumi segala aspek perasaan, pemikiran dan perlakuan. Apabila kaunselor memahaminya maka klien akan merasa bebas untuk meluahkan perasaannya. Menurut Rogers (1961) empati adalah keupayaan kaunselor memasuki dunia klien bagi mengalami dunia klien itu sendiri. Bagi Sabariah (2003) pula, empati adalah kebolehan melihat ruang ruang rujuk dalaman klien supaya dunia dan makna yang diutarakan oleh klien dapat dikomunikasikan semula dengan tepat dan jelas. Bagi Shertzer dan Stone (1981) pula, sifat empati bermaksud kebolehan menyedari apa yang sedang berlaku dalam proses kaunseling berdasarkan tingkah laku lisan dan tingkah laku bukan lisan. Menurut Gondlin ( 1981) terdapat tiga tujuan empati dalam kaunseling iaitu: 1.



Bagi menunjukkan pemahaman dan membantu individu



merujuk terus pengalamannya ke masa kini. 2.



Membolehkannya merasai pengalaman masa kini dengan lebih



bersemangat, berpegang padanya serta menghadapi dan bekerjasama dengannya. 3.



Membantunya meletakkan makna implisit ke dalam konsepkonsep yang betul pada tempat yang bersesuaian pada setiap masa. Mizan Abdullah dan Halimatun Halilah (2002) menghuraikan empati



sebagai kebolehan kaunselor memasuki ruang rujukan dan dunia klien. Melaluinya kaunselor dapat mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien. Menurut Hogan (1991) pula, empati bermaksud dapat membayangkan kebimbangan orang lain tanpa dapat merasai atau mengalami pengalaman klien yang sebenarnya.



9



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



Bagi Othman Haji Mohamed (1997) empati membawa pengertian bahawa seorang kaunselor itu benar-benar faham dan peka tentang keadaan dalaman baik dari segi pemikiran dan emosi yang sedang dirasai oleh kliennya. Elemen kefahaman kaunselor menjangkau kepada keupayaannya untuk menjiwai lunaslunas serta liku perasaan yang sedang dialami kliennya. Empati yang jitu akan menjamin pergerakan ke arah hubungan yang akrab antara kaunselor dengan kliennya. Dengan mempelajari cara-cara berempati dengan klien, kita haruslah berupaya untuk menyatakan bukan sahaja makna-makna yang disediakan oleh klien, tetapi juga makna-makna yang klien itu sendiri masih samara-samar. Kaunselor haruslah dapat menyelami, mendalami dan memahami masalah Sal supaya dia mampu membantu Sal menyelesaikan masalahnya dengan cara yang betul dan berkesan. Dengan mempunyai sikap empati masalah yang dihadapi oleh klien seperti Sal dapat dibantu. Penerimaan Tanpa Syarat. Penerimaan tanpa syarat adalah ciri penting yang perlu ada pada kaunselor. Ia bermakna kaunselor menerima klien dengan seadanya tanpa mengambil kira latar belakang, personaliti dan budaya yang dibawa oleh klien. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap kliennya. Menurut Rogers (1977), kaunselor yang menerima tanpa syarat menganggap klien sebagai manusia yang mempunyai harga diri dan kehormatan diri. Kaunselor juga tidak memberi penilaian kepada klien dan tiada sesuatu yang disembunyikan atau berpura-berpura. Mengikut Carkhuff (1969), penerimaan tanpa syarat bermula dan menghormati diri sendiri. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Sabariah (2003) sikap menerima ini membolehkan kaunselor menghargai klien sebagai individu tanpa mengambil kira pandangan, sikap dan nilai yang ada padanya.



10



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



Bagi Egan (1998), peneriman tanpa syarat dimaksudkan sebagai menghormati dan menyatakan ia adalah satu nilai aktif kaunselor yang mempunyai kefungsian yang tinggi. Manakala menurut Myrick (1993) menerima tanpa syarat memfokuskan kepada kerelaan mempercayai dan mengiktiraf harga diri dan maruah seseorang. Dalam situasi penerimaan tanpa syarat ini, kaunselor perlu bersikap tidak menilai iaitu menerima sikap positif dan negatif klien dengan hati yang terbuka. Kaunselor perlu menghormati klien tanpa mengira perbezaan antara kaunselor dan klien. Sebagai kesimpulannya, seseorang kaunselor harus mengamalkan nilai penerimaan tanpa syarat dan menganggap setiap orang mempunyai potensi diri dan juga nilai kemanusiaan. 2.3



SOALAN 3



Sesi kaunseling melibatkan sebanyak lima tahap penting, dan salah satu tahap berkenaan adalah Tahap Membina Hubungan.



b)



Nyatakan EMPAT tugas utama kaunselor di tahap ini. Membina hubungan dalam sesi kaunseling bermaksud hubungan yang teraputik dan kondusif yang dirasai oleh klien semasa sesi berlangsung. Pada ketika ini, kaunselor lebih memberikan perangsang kepada klien. Kaunselor perlu: (i)



Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi. -



Pada permulaan sesi kaunseling, klien biasanya tidak berasa yakin dengan dirinya sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Ada juga kaunselor yang menunjukkan rasa kemesraan, penerimaan serta tingkah laku yang meyakinkan klien.



-



Dalam keadaan ini klien biasanya tidak akan memberikan respon kepada kaunselor secara terbuka. Dalam tempoh ini, klien memerlukan rasa selamat, atau rasa keboleh percayaan terhadap orang lain (kaunselor), ada kujujuran dan rasa dihormati.



11



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



-



Untuk memulakan sesi perbualan, kaunselor hendaklah mempelawa klien untuk berbual. ‘Sosial Talk’ bolehlah dikemukakan oleh kaunselor yang membawa maksud kedatangan klien dialu-alukan. Kata-kata kaunselor ini akan membayangkan yang kaunselor bersedia mendengar dan menolong. Kesediaan ini juga boleh dinyatakan melalui gaya, gerak-geri dan nada suara kaunselor.



(ii)



Menstruktur hubungan. -



Menurut Egan (1990), penstrukturan adalah penerangan yang berkaitan dengan proses kaunseling yang dialami dalam usaha membentuk klien memahami diri dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.



-



Sebagai kaunselor, anda dan klien mesti bersetuju tentang beberapa perkara sebelum memulakan sesi kaunseling iaitu :



a)



kefahaman tentang proses kaunseling -



kaunselor harus



memberitahu klien cara kaunseling boleh membantu dan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. b)



Penjelasan tentang perkara yang terlibat – kaunselor perlu memberi penjelasan supaya klien dan kaunselor bersetuju tentang perkaraperkara yang tidak perlu diulang, seperti masa bertemu, berapa lama, jarak kekerapan bertemu, dan berapa lama proses kaunseling keseluruhannya akan mengambil masa.



c)



Aspek kerahsiaan klien – Aspek ini mesti diterangkan kepada klien supaya klien berasa yakin dan selamat apabila menceritakan masalahnya kepada kaunselor.



(iii)



Menentukan matlamat awal -



Matlamat awal dapat ditentukan apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan pada waktu itu.



-



Kaunselor dapat membantu klien memahami tentang dirinya dan mengenal pasti matlamat kaunseling dengan lebih tepat.



(iv)



Membina kepercayaan. -



Seorang kaunselor mesti menunjukkan sifat dan tingkah laku yang beretika tinggi sepanjang proses kaunseling.



12



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



-



Ini bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan klien.



b.



Tuliskan TIGA dialog yang dilakukan oleh kaunselor pada tahap ini. Pada Tahap Membina Hubungan ini, klien memerlukan banyak bantuan daripada kaunselor kerana pada masa ini ia menggantungkan harapan sepenuhnya untuk mengadu. Justeru itu, kaunselor perlu menyediakan suasana menolong yang membolehkan klien berterus-terang, terbuka dan bebas untuk berkata apa sahaja. Kaunselor mungkin boleh memulakan sesi dengan ayat-ayat berikut : (i)



“ Bagaimanakah saya boleh membantu Sal?”



(ii)



“Apakah perasaan awak pada pagi ini?”



(iii)



“Saya lihat Sal sentiasa termenung, apa yang sedang Sal fikirkan?



2.4



SOALAN 4



4.



Sesi kaunseling melibatkan pelbagai kemahiran termasuk tingkah



laku verbal. (a)



Tuliskan



SATU



dialog



minta



penjelasan



lanjut



yang



digunakan dalam sesi di atas. Kaunselor



: Masalah yang awak hadapi ialah anda tidak selesa tinggal di



rumah tersebut. Bolehkah anda jelaskan dengan lebih lanjut pernyataan anda itu? Klien



: Sebenarnya, saya sudah setahun tinggal di rumah itu bersamasama dengan lima orang rakan saya. Kelima-lima orang mereka adalah dari program pengajian yang sama. Hanya saya sahaja dari program pengajian yang berlainan. Masalah akan timbul apabila saya ingin membuat perbincangan tentang pelajaran. Saya tidak dapat berbincang dengan sesiapa kecuali apabila saya berada di tempat pengajian. Ini membuatkan saya berasa sedikit tertekan. Ini telah membuatkan prestasi pelajaran saya semakin merosot.



13



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



(b)



Tuliskan SATU dialog menyemak persepsi yang digunakan dalam sesi di atas.



Kaunselor:



Jadi, apa yang anda maksudkan di sini ialah yang anda berasa tidak selesa tinggal di rumah tersebut kerana tidak dapat berbincang tentang pelajaran semasa berada di rumah tersebut dan akhirnya menyebabkan pelajaran anda merosot?



Klien :



Benar tu. Saya berasa benar-benar berasa tidak selesa dan tertekan dengan keadaan ini. Saya terpaksa mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan bersendirian apabila berada di rumah tersebut.



3.0



Kesimpulan Mutakhir ini perkataan kaunseling telah dikenali dalam masyarakat kita.



Biasanya kaunseling dikaitkan dengan masalah manusia. Apabila seseorang itu menghadapi masalah, pastinya orang itu akan dirujuk atau dinasihatkan untuk berjumpa dengan kaunselor. Ini adalah untuk mendapatkan nasihat secara professional. Oleh kerana kaunseling adalah satu proses membantu manusia, matlamat kaunseling juga mestilah berkait rapat dengan falsafah hidup manusia. Matlamat adalah untuk membantu manusia ke arah mencapai kesejahteraan hidup seseorang individu. Dalam kaunseling setiap individu bertanggungjawab terhadap dirinya dan apa sahaja keputusan yang diambil untuk menyelesaikan kekusutan yang dihadapinya. Kesimpulannya, proses kaunseling merupakan satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud persetujuan dan kata sepakat antara kaunselor dan klien yang membolehkan perlaksanaan proses tersebut berjalan lancar. Proses kaunseling boleh diberhentikan sekiranya kaunselor mendapati tiada jalan lain untuk membantu klien dan lazimnya klien akan dirujuk kepada pakar lain.



14



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng (1992), Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Amir Awang (1998), Perhubungan Menolong Dalam Kaunseling Dan Perundangan, Pulau Pinang, Penerbitan USM. Ishamudin Haji Ismail (1996), Persepsi Kaunseling Kotemperari, Pusat Ilmu Jeletek Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Halimatun Halaliah Mokhtar (1995), Kaunseling Individu, Percetakan Polygraphic (M) Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan. Othman Haji Mohamad (1997) Teori Kaunseling, Selangor Darul Ehsan, Jalak Trade (M) Sdn. Bhd . Sabariah Siron (2005), Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Menolong, Prentia Hall Pearson Malaysia. Tan Chee Yee (1991), Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Zainal Abidin Ahmad, Wan Abd. Kadir Ahmad (2009), Modul Bimbingan dan Kaunseling, Meteor Doc. Sdn. Bhd. http://www.geocities.com/familyportal2003/Kauns eling.html http://www.geocities.com/skjb/laprak7200.doc



15



ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBEF2203 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)



http://abdulharid.blogspot.com/2009/02/membina_hubungan_dalam_sesi_kaunsel ing. http://www.geocities.com/norlionline



16