Sop Mesin Jahit Industri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

STANDART OPERATING PROCEDURE (S.O.P)



LANGKAH PENGGUNAAN MESIN JAHIT SULAM INDUSTRI SEBELUM : 1. Pastikan mesin berada dalam keadaan yang baik seperti bahagian motor, kabel dan minyak pelincir. 2. Pastikan benang atas, benang bawah dan jarum berada dalam kedudukan yang betul. 3. Letakkan alat yang tajam seperti gunting di laci alat. 4. Duduk dalam keadaan badan yang tegak. 5. Tumpu perhatian pada kerja menjahit. 6. Jalankan mesin dengan menekankan kaki kanan dan kaki kiri untuk menolak kedudukan jarum. 7. Tekan butang ON, untuk menghidupkan mesin. Mulakan secara perlahan-lahan. KETIKA MENJAHIT : 1. Letakkan fabrik yang hendak dijahit pada kedudukan yang betul. 2. JANGAN berbual atau bermain ketika menjahit. 3. Beri tumpuan pada jahitan dan tangan berada pada kedudukan yang sesuai dan selamat. 4. Tekan butang “OFF” ketika mesin tidak digunakan. SELEPAS : 1. Matikan suis dan cabut plug setelah selesai proses menjahit. 2. Bersihkan mesin dan simpan peralatan pada tempat yang disediakan. LANGKAH KESELAMATAN 1. Menggunakan pakaian yang bersesuaian. 2. Bersihkan tangan sebelum memulakan kerja dan pastikan tangan betul-betul kering sebelum memasang plug. 3. Memaklumkan pada guru jika terdapat kerosakan dan kecederaan.



Panitia PVMA SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur