STPM Makroekonomi Penggal 2 DEFINISI  [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAB 1 PENGENALAN Aliran Wang  Aliran dalam bentuk benda seperti faktor pengeluaran (TBMU) dan barang & perkhidmatan. Aliran Fizikal  Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(C) , tabungan (S) Isi Rumah  Individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dalam sebuah rumah dan sama-sama membuat keputusan ekonomi. Firma  Satu unit ekonomi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang & perkhidmatan. Kerajaan  Unit Ekonomi yang menjalankan dan mengawal aktiviti ekonomi sesebuah Negara. Luar Negeri  Merupakan Negara asing yang berinteraksi dengan unit ekonomi domestic melalui kegiatan Perdagangan Antarabangsa.



Isu Makroekonomi Inflasi  Merupakan kenaikan tingkat harga umum barang & perkhidmatan secara berterusan dan tidak terbatas dan menyeluruh. Pengangguran  Jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi. Tenaga Buruh  Jumlah Penduduk (15-64 tahun) yang sanggup bekerja, sedang bekerja atau secara aktif mencari pekerjaan. GunaTenaga  Jumlah Tenaga Buruh yang menjalankan pekerjaan produktif untuk menghasilkan keluaran Negara. Pertumbuhan Ekonomi  Merupakan peningkatan pendapatan Negara benar pada tahun semasa berbanding dengan pendapatan Negara pada tahun sebelumnya. Imbangan Pembayaran  Merupakan penyata yang merekodkan nilai-nilai urusniaga dan aliran wang antara Negara-negara dalam satu tahun tertentu. Petunjuk Ekonomi Keluaran Negara Kasar (KNK)  Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik Negara tersebut dalam tempoh setahun sebelum ditolak susut nilai. Kitaran Perniagaan  Keadaan melambung dan meleset ekonomi dakan habgka masa panjang.



Kadar Inflasi  Satu ukuran yang menunjukkan peratusan perubahan tingkat harga umum purata tahun semasa berbanding dengan tingkata harga umum purata tahun sebelumnya. Kadar Pengangguran  Satu ukuran yang menunjukkan peratusan tenaga buruh yang tidak bekerja pada suatu tahun atau tempoh tertentu. Kadar Bunga  Merupakan peratusan wang yang perlu dibayar oleh Firma kepada Institusi Kewangan kerana membuat pinjaman untuk melakukan pelaburan. Kadar Pertumbuhan Ekonomi  Merupakan peratusan kenaikan keluaran Negara benar pada tahun tertentu berbanding dengan keluaran Negara berbanding dengan tahun sebelumnya. Imbangan dagangan  merupakan perbezaan antara nilai eksport barang Nampak dengan nilai import barang Nampak. Akaun semasa  merekodkan nilai eksport dan import barang Nampak, nilai eksport dan import barang tak Nampak (perkhidmatan), pendapatan dan pindahan semasa bagi sesebuah Negara dalam tempoh setahun.



BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA. Pendapatan Negara  Nilai jumlah pendapatan yang diterima oleh faktorfaktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran di sesebuah Negara dalam tempoh satu tahun. Keluaran Negara  Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan ileh sesebuah Negara pada suatu tahun tertentu. KDNK  Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam Negara dalam tempoh satu tahun tanpa mengira sama ada fator pengeluaran yang digunakan milik Negara itu atau Negara asing. KNK  Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dengan menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh Negara itu sendiri tanpa mengira pengeluaran itu dilakukan di dalam Negara atau di luar Negara dalam tempoh satu tahun. PFьLN  Perbezaan antara penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negeri dengan pembayaran faktor asing ke luar negeri. Harga Pasaran (hp)  Harga yang dibayar oleh pengguna ke atas barangbarang akhir yang dibeli. Harga Faktor (kf)  Harga yang dibayar oleh pengeluar kepada faktor pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran sesuatu barang.



Cukai Tak Langsung (CTL)  Cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas pihak yang wajib membayar cukai, beban cukai ini dapat dipindahkan kepada pihak lain. Subsidi (SUB)  Bantuan keraaan kepada unit-unit ekonomi dalam proses pengeluaran. Susut Nilai  Pengurangan nilai barang modal apabila telah using/rosak/lama digunakan melalui masa Keluaran Negara Nominal  Jumlah keluaran Negara yang dinilai pada harga berkenaan. Keluaran Negara Benar (KNB)  Jumlah keluaran negara yang dinilai mengikut harga pada tahun asas. Pendapatan Negara (Y)  Nilai jumlah pendapatan yang diperoleh oleh faktor pengeluaran (seperti TBMU) yang terlibat dalam pengeluaran di sesebuah Negara dalam tempoh satu tahun. Pendapatan Per Kapita (PPK)  Pendapatan purata bagi setiap penduduj di sesebuah Negara dalam tempoh setahun yang dinilai mengikut harga semasa. PPK benar  Pendapatan purata bagi setiap orang penduduk di sesebuah Negara dalam tempoh setahun yang dihitung mengikut harga tetap.



Nilai Tambah (NT)  Tambahan nilai yang berlaku terhadao sesuatu barang kesan daripada proses pengeluaran yang dilakukan dalam kegiatan ekonomi.



BAB 3 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL Keseimbangan Pendapatan Negara  Suatu keadaan apabila nilai keluaran yang diwujudkan oleh semua firma (AS) sama dengan jumlah perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi. Perbelanjaan Agregat  Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh unit-unit ekonomi (IR,F,K,LN) terhadap barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh para pengeluar dalam jangka masa tertentu Bocoran (W)  Bahagian pendapatan yang mengalir keluar dari APP yang akan mengecilkan tingkat keseimbangan pendapatan negara. Suntikan (J)  Tambahan perbelanjaan ke dalam APP yang bukan berpunca daripada pendapatan IR yang akan meningkatkan tingkat pendapatan negara. Kecenderungan Mengguna Sut (MPC)  Perubahan perbelanjaan penggunaan bagi setiap ringgit perubahan dalam pendapatan boleh guna. Kecenderungan Menabung Sut (MPS)  Perubahan dalam tabungan bagi setiap ringgit perubahan dalam Y. Kecenderungan Mengguna Purata (APC)  Purata perbelanjaan penggunaan yang dilakukan pada setiap tingkat pendapatan negara. Kecenderungan Menabung Purata (APC)  Purata tabungan yang dilakikan pada setiap tingkat pendapatan. Penggunaan (C)  Nilai perbelanjaan semua IR ke atas barang akhir dan perkhidmatan dalam suatu tahun tertentu.



Fungsi penggunaan  Keluk yang menunjukkan hubungan di antara tingkat penggunaan IR dengan tingkat pendapatan negara. Tabungan (S)  Bahagian daripada pendapatan IR yang tidak dibelanjawankan. Ia merupakan bocoran dari APP. Fungsi Tabungan  Keluk yang menunjukkan hubungan di antara tingkat tabungan dalam ekonomi dengan tingkat pendapatan negara. Pelaburan (I)  Perbelanjaan firma untuk membeli barang modal dan kelengkapan pengeluaran untuk mengembangkan keupayaan pengeluaran B&P dan meningkatkan pendapatan pada masa depan. Fungsi Pelaburan  Keluk yang menunjukkan hubungan di antara tingkat pelaburan dan tingkat pendapatan negara. Fungsi Perbelanjaan Kerajaan (G)  Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Cukai Sekali Gus (T)  Cukai yang dikenakan pada suatu nilai tetap pada setiap tingkat pendapatan negara. Proses Penggandaan  Analisis kesan perubahan komponen AE ke atas pendapatan negara. Pengganda (M)  Nilai yang menunjukkan berapa kali ganda pendapatan negara akan bertambah akibat peningkatan dalam komponen AE. Alat Dasar Fiskal  Alat yang terdiri daripada alat pemantap automatik dan dasar diskal budi bicara. Alat Pemantap Automatik  Merupakan instrument cukai dan perbelanjaan kerajaan yang sedia ada dan akan berubah secara automatik selaras dengan keadaan ekonomi semasa untuk menstabilkan tingkat pendapatan negara. Dasar Fiskal Budi Bicara  Langkah-langkah kerajaan untuk mengubahkan G dan T. Belanjawan Negara  Penyata anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi suatu tahun tertentu. Jurang KNK (∆Y)  Perbezaan antara keseimbangan pendapatan sebenar (Yₑ) dengan keseimbangan pendapatan potensi (Yf) Guna Tenaga Penuh (GTP) Tingkat di mana kemampuan ekonomi mengeluarkan B&P dapat menampung jumlah perbelanjaan agregat (AE). Lompang Deflasi (LD) à Kekurangan AE pada tingkat pendapatan potensi @ Kekurangan AE untuk mencapai GTP



Lompang Inflasi (LI) à Lebihan AE pada tingkat pendapatan negara potensi. Cara Alat dasar fiskal mengawal Inflasi tarikan permintaan à Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh lebihan AE berbanding dengan pendapatan negara/lebihan suntikan berbanding dengan bocoran, pada tingkat GTP. Cara Alat dasar fiskal mengatasi pengangguran à Pengangguran kitaran wujud apabila pendapatan negara (Yₑ) kurang daripada pendapatan negara potensi (Yf). Kekurangan AE berbanding dengan PN pada GTP @ kurangan suntikan berbanding bocoran pada GTP. Pertumbuhan ekonomi yang positif à Peningkatan pendapatan negara benar pada suatu tahun berbanding dengan tahuun sebelumnya. Kitaran Perniagaan à Keadaan apabila ekonomi sesebuah negara mengalami keadaan naik @ turun yang ketara. Fungsi Eksport (X) à Menunjukkan hubungan antara tingkat Eksport dengan tingkat pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi terbuka. Fungsi Import (I) à Menunjukkan hubungan antara tiingkat import dengan tingkat pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi terbuka. Hutang Negara à Hutang negara terbahagi kepada hutang dalam negeri dan hutang luar negeri. Keluk Permintaan Agregat (AD) àKeluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan KNB/PNB/nilai benar AE dalam sesebuah ekonomi. Permintaan Agregat (AD) à Jumlah perbelanjaan agregat pada pelbagai tingkat harga berubah di sepanjang keluk AD, tingkat harga adalah berbeza. Penawaran Agregat (AS) à Jumlah KNB yang sanggup dikeluarkan oleh para pengeluar dalam ekonomi pada setiap tingkat harga. Keluk Penawaran Agregat (AS) à Keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan KNB yang ditawarkan oleh para pengeluar. Keseimbangan AD-AS à Interaksi antara AD dan AS akan menentukan keseimbangan pendapatan negara dalam keadaan apabila harga berubah.



BAB 4 WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN Wang à Wang merupakan sesuatu benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran dalam kegiatan jual-beli dan urusniaga lain. Nilai Wang (NW) à Jumlah B&P yang dapat dibeli dengan sejumlah mata wang. Penawaran Wang/Bekalan Wang (MS) à Jumlah pelbagai jenis wang yang terdapat dalam sesebuah ekonomi. Bank Perdagangan à Merupakan institusi kewangan milikan swasta yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Penciptaan Kredit à Keupayaan sistem bank perdagangan member pinjaman berulangkali dengan menggunakan sejumlah deposit awal sehingga tiada wang boleh dipinjamkan. Deposit Wang Semasa à Deposit semasa yang dicipta apabila pelanggan bank perdagangan menyimpan sejumlah Wang Tetap ke dalam A/K Semasa.



Deposit Semasa Derivatif àDeposit semasa yang dicipta apabila bank perdagangan memberi pinjaman kepada pelanggan dengan mendepositkan sejumlah pinjaman ke dalam A/K semasa peminjam. Pengganda Wang àUkuran berapa kali bekalan wang bertambah akibat perubahan nilai rizab. Teori Kuantiti Wang àHubungan antara penawaran wang dengan tingkat harga. Teori Kuantiti Wang Fisher à Menyatakan bahawa sebarang perubahan dalam bekalan wang akan membawa kepada perubahan dalam tingkat harga pada arah dan kadar yang sama. Teori Keutamaan Kecairan Keynes à Menyatakan masyarakat meminta wang bukan hanya untuk tujuan urus niaga sahaja juga untuk awasan dan spekulasi. Keluk Permintaan Wang (MD) à MD ditentukan oleh keperluan wang untuk tujuan MDT, MDP dan MDS Penawaran Wang (MS) à Penawaran Wang ditentukan oleh bank pusat dan sistem bank perdagangan maka jumlah penawaran wang adalah tetap dalam jangka pendek. Mekanisme Transaksi à Rangkaian peristiwa yang berlaku sebagai akibat perubahan penawaran wang sehingga akhirnya mempengaruhi pendapatan dan Guna Tenaga melalui proses pengganda.