Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA (NO K/P ____________________)



(TERMAKTUB PADA) 01 HARIBULAN JAN 2014



28 SAFAR 1435



SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA 1. Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. 2. Segala puji bagi Allah S.W.T yang kekal selamanya. Tiada tuhan melainkan Allah SWT, Nabi Muhammad S.A.W itu adalah pesuruh Allah. Kematian adalah benar, kebangkitan semula adlah benar, semua yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W ( semoga kesejahteraan dan rahmat Allah S.W.T dilimpahkan terhadapnya, keluarganya, para sahabat dan pengikut-pengikutnya) adalah benar, tiada keraguan bahawa hari Penghakiman akan tiba dan Allah S.W.T akan membangkitkan semua yang di dalam kubur. 3. Saya, ______________________________ (NO K.P_____________) yang beralamat di _________________________________________________________________________ dengan rela hati, sempurna akal dan sihat tubuh badan, tanpa sebarang paksaan, dengan ini menarik balik semua wasiat yang terdahulu yang dibuat oleh saya dan mengisytiharkan ini sebagai wasiat terakhir saya. 4. Saya, dengan ini melantik Wasi dan Pemegang Amanah Pertama (selepas ini digelar “Wasi dan Pemegang saya”) yang bertanggungjawab mengurus Harta Pusaka saya iaitu:



Nama : No. K/P : Alamat : 5. Dalam apa jua keadaan di mana Wasi/Pemegang Amanah Pertama di atas telah meninggal dunia atau hilang upaya daripada menjalankan tannggungjawab sebagai Wasi, saya melantik (ANAK KANDUNG SAYA / PEGUAM / MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR / AMANAH RAYA BERHAD ) sebagai Wasi dan Pemegang Amanah Kedua bagi harta pusaka saya di bawah Wasiat saya ini (selepas ini disebut sebagai “ Wasi dan Pemegang Amanah saya”) 6. Saya mengarahkan kepada Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk mentadbir dan mengurus harta pusaka saya dan melaksanakan arahan-arahan yang dinyatakan di dalam perenggan ini selama mana ia tidak melanggar Hukum Syara’, iaitu : 6.1. Pembayaran Hutang dan Hak-Hak Yang Tergantung Atas Pusaka. Hutang-hutang saya sebagaimana yang dilampirkan pada Surat Wasiat ini, termasuklah gadaian-gadaian berhubung dengan harta tak alih, pengkebumian, lain-lain perbelanjaan berkaitan yang yang dituntut syarak. 6.2. Pelaksanaan Wasiat Pemberian Selepas Kematian.



Dengan niat beramal jariah, saya berwasiat agar 1/3 daripada keseluruhan nilai bersih harta pusaka saya terutamanya dari harta alih saya iaitu simpanan atas nama saya juga atas nama syarikat perniagaan saya disedekahkan untuk pembangunan dan manfaat Yayasan Dakwah Islam Malaysia / Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia / Asrama Anak Yatim dan MAKNA. 6.3. Pelaksanaan Pembahagian Harta Pusaka. Tanpa menafikan hakikat Hukum Faraid sebagai cara pembahagian pusaka yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan waris-waris saya adalah pihak yang berhak dan berkuasa penuh untuk membuat persepakatan dalam pembahagian harta pusaka saya. Namun saya sebagai Pemilik dan Pemegang Amanah Allah ke atas saya selama di dunia ingin membuat cadangan terhadap cara pembahgian Harta Pusaka saya iaitu : Setelah membuat penjelasan hutangdan mengeluarkan wasiat pemberian 1/3 dari nilai bersih harta saya sebagaimana dinyatakan di para 6.2 di atas, saya memohon agar ahli waris dapat melaksanakan pembahagian pusaka dengan cara berikut : 6.3.1. Serahkan bahagian tertentu dari harta-harta tertentu kepada isteri saya _________________ (No K/P : ______________) sepertimana yang telah saya nyatakan dalam surat Pengisytiharkan Harta Sepencarian untuk isteri saya. (Sila rujuk surat tersebut). 6.3.2. Serahkan harta hibah yang telah saya hibahkan untuk anak-anak saya seperti yang saya nyatakan dalam Surat Pengisytiharan Hibah untuk anak-anak saya. (Sila rujuk surat tersebut). 6.3.3. Kemudian keseluruhan baki dan Harta Pusaka saya dibahagikan kepada ahli waris saya secara sama rata ataupun secara faraid. 7. Saya seterusnya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya agar dalam apa jua sebab harta pusaka saya telah lewat diselesaikan melebihi Enam (6) bulan dari tarikh permohonan dikemukakan dan walupun hutang saya belum selesai dibayar keseluruhannya, hendaklah membuat suatu agihan pendahuluan pusaka dengan mengeluarkan suatu jumlah yang difikirkan munasabah sebagai nafkah hidup mana-mana pihak di bawah tanggungan saya. Jumlah tersebut hendaklah kemudiannya dipotong dari bahagian harta pusaka yanga akan diterima oleh waris saya semasa agihan akhir dilaksanakan. 8. Tertakluk pada perenggan 7 wasiat ini, saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya agar mengekalkan kedudukan dan penjagaan semua harta tak alih sehingga tarikh pembahagian kepada waris-waris saya. 9. Sekiranya sebahagian / keseluruhan cadangan pembahagian harta pusaka di perenggan 6.3 wasiat ini telah tidak dipersetujui oleh waris- waris saya dan / atau mana-mana persepakatan pembahagian telah tidak dapat dicapai oleh waris-waris saya, saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah



saya supaya segala baki harta alih dan tak alih sata setelah menolak perkara di perenggan 6.1 dan 6.2 di atas, dibahagi-bahagikan di antara waris-waris saya yang berhak mengikut Hukum Faraid. 10. Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk memegang dan mengurus secara jujur dan amanah, dengan sebaik mungkin mengikut kebijaksanaan serta budi bicara Wasi dan Pemegang Amanah saya segala harta yang menjadi hak kepada waris-waris saya yang masih di bawah umur, sekiranya ada, bagi faedah waris-waris bawah umur tersebut sehinggan mereka mencapai umut dewasa atau umur yang difikirkan layak untuk menguruskan harta tersebut. Semoga seluruh keluarhga saya sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T setelah pemergian saya. Dicatat pada ______________ bersamaan _________________ Allah S.W.T adalah saksi terbaik, semoga Allah S.W.T mengampuni saya. Ditandatangani oleh Pewasiat dengan kehadiran kami yang hadir pada masa yang sama diatas permintaan beliau dengan kehadiran beliau, antara satu sama lain



] ] ] ] ]



NAMA : __________________________________________________ NO K/P : __________________________________________________ SAKSI 1 Tandatangan : Nama : No. K/P : Alamat : SAKSI 2 Tandatangan : Nama : No. K/P : Alamat :



SENARAI SEMAK LAMPIRAN Bil TAJUK 1. SALINAN KAD PENGENALAN PEWASIAT 2. SENARAI WARIS DAN NISBAH FARAID 3. SALINAN KAD PENGENALAN/ SIJIL KELAHIRAN WARIS 4. SENARAI HARTA 5. SALINAN DOKUMEN MILIKAN HARTA 6. SENARAI HUTANG 7. SALINAN DOKUMEN HUTANG 8. SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH 9. SURAT PENGISYTIHARAN HARTA SEPENCARIAN 10. CATATAN / PESANAN TERAKHIR PEWASIAT



CATATAN



Asalah dengan ini diakui bahawa hanya lampiran yang bertanda  beserta mana-mana lampiran di bawahnya seperti yang disenaraikan sahaja telah dikemukakan oleh Pewasiat setakat tarikh semakan ini.



LAMPIRAN A SENARAI KAD PENGENALAN PEWASIAT



LAMPIRAN B SENARAI WARIS DAN NISBAH FARAID BIL NAMA WARIS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 



HUBUNGAN



NISBAH FARAID



KADAR PEMBAHAGIAN



LAMPIRAN C SALINAN KAD PENGENALAN / SIJIL KELAHIRAN WARIS



LAMPIRAN D SENARAI HARTA BIL NAMA HARTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



BUTIRAN HARTA



CATATAN



LAMPIRAN E SENARAI DOKUMEN MILIKAN HARTA BIL NAMA HARTA



NO. LAMPIRAN



LAMPIRAN F SENARAI HUTANG



LAMPIRAN G CATATAN / PESANAN TERAKHIR Anak – anakku, Jadilah anak yang beriman dan beramal soleh Serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa Janganlah sekali-sekali berselisih faham Atau hingga membawa pergaduhan. Tolong menolonglah dalam segala hal. Berusahalah untuk sentiasa meningkatkan ilmu dan amalan dunia demi kebahagian akhirat. Sekian, Wasalam. Al-Fatihah