Syair Merdeka [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Syair Merdeka Salam dihulur kata aluan, Syair disembah tema kemerdekaan, Aman Negara kerana perpaduan, Syair didengar kerana kesukaan. Para pejuang menumpahkan darah, Di bumi jati berjuang ghairah, Melawan penjajah biar pun parah, Syukurlah kita kerana sejarah. Rombongan peroleh gelaran merdeka, Bekerjasama di setiap ketika, Kerana merdeka sanggup terluka, Toleransi kaum sedia dirangka. Lepas merdeka semakin berubah, Negara membangun tidak lagi rebah, Rakyatnya matang tidak lagi gelabah, Berdepan rintangan di gunung dan lembah. Nikmat merdeka perlu dikongsi, Peminpin dan rakyat jangan bersangsi, Anugerah alam indah menghiasi, Pelabur pun datang mencari nasi. Mari kita tunjukkan betapa, Hebatnya Malaysia kerana apa, Perpaduan kaum tidak dilupa, Semoga Negara tidak dihampa



Syair Malaysia Tercinta Aku Melayu anak Malaysia, lahir di bumi yang kaya raya, bertuah sungguh rasa di jiwa, hidup senang tiada sengsara.



Krismas Thaipusam dan banyak lagi.



Dari Perlis hingga ke Johor, Sabah Sarawak sama tersohor, bumi Malaysia sudahlah masyhur, rakyat peramah berbudi luhur.  



Negara ini merdeka sudah, lebih lima dekad tidak dijajah, rakyat bebas tidak gundah, pergi ke mana terasa indah.   Berbilang kaum bersatu-padu, Islam Buddha mahupun Hindu, hitam putih atau kelabu, boleh berpakat mampu bersatu.   Songket sutera dan juga sari, teluk belanga batik dan dotti, cantik berseri berwarna-warni, satu negara penuh harmoni.   Pilih saja apa makanan, nikmati semua yang berkenan, nasi lemak mee roti naan, bahulu muruku atau kuih bulan.   Ada hari kita bercuti, di Aidilfitri dan Raya Haji, Tahun Baru Cina juga Deepavali,



Satu dunia inginku laung, langit Malaysia aku bernaung, bangga berbakti nama dijunjung, nagara tercinta yang ku sanjung.   Indahnya laut pasir di pantai, tempat pelancong bersantai-santai, tanah airku negeri nan damai, budi ditabur jasa disemai.   Orang yang datang melimpah-ruah, mencari kerja di bumi bertuah, menumpang hidup tenaga dicurah, betapa di sini rezekinya murah.   Malaysia ku ini amat ku cinta, tempat lahirku membina cita, teruslah aman itu ku pinta, bahagialah hidup sesama kita.



Syair Kisah Merdeka



Sembang politik di sana sini, Media sosial hebatlah lagi,



Inilah tuan saya nukilkan, Bait dan baris datang lintasan,



Lahirnya ramai wira papan kekunci, Fitnah dan umpat tidak bertepi.



Tentang Malaysia nan kemerdekaan,



Marahkan parti benci pimpinan,



Inilah tahun ke lima puluh sembilan.



Usah negara jadi taruhan,



Jalur Gemilang gelaran bendera, Megah berkibar nan empat warna,



Tetaplah cinta teguh kepercayaan, Inilah satu tempat kelahiran.



Putih bersih merah membara,



Ayuhai adik aduhai anak,



Biru berpadu kuning daulat tanda.



Janganlah leka mengikut hendak,



Negaraku namanya lagu, Meniup semangat rakyat bersatu,



Fikir tiada mengikut benak, Itu petanda akhlak nan rosak.



Bawah naungan Duli Tuanku,



Merdeka itu ertinya luas,



Rukun Negara menambah jitu.



Luar dan dalam tidak terbatas,



Bunga raya bunga kebangsaan, Lima kelopak jadi perlambangan,



Andai fikiran sudah diberkas, Tiada guna badannya bebas.



Rukun Negara yang ditetapkan,



Merdeka kita terus merdeka,



Buat pedoman bawa keharmonian.



Tanamkan benih rasanya cinta,



Malaysia tercinta teruslah maju Teknologi terus memacu, Dunia berubah tak seperti dulu, Semua pantas tiada menunggu. Lama berlalu berabad sudah, Cerita merdeka jadi sejarah, Muda-mudi hidup bermewah, Tak kenal erti perang berdarah. Kisah perjuangan dipandang sepi, Sekadar foto tinggal memori, Ramai memandang sikit menghayati, Apatah lagi dapat merasai.



Akan mekar patriotik berbunga, Moga Malaysia aman dan jaya.