Teka Silang Kata [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kaedah belajar Bahasa Melayu menggunakan teka silang kata.



Latar belakang



Permainan Teka Silang kata



merupakan salah satu permainan mengasah



minda yang sangat diminati. Dalam permainan ini, pemain akan diminta untuk mengisi kotak-kotak kosong dengan jawapan yang betul. Permainan akan dianggap berjaya jika pemain mampu mengisi kesemua kotak-kotak kosong dengan jawapan yang tepat. Soalan terdiri daripada kotak-kotak dua warna biasanya berwarna hitam dan putih. Kotak-kotak ini akan membentuk deretan kotak tempat suatu kata yang merupakan jawapan dari soalan akan diisi. Setiap deretan kotak dapat berhubung dengan deretan kotak lain baik secara mendatar mahupun menurun. Setiap deretan kotak yang berhubung dengan deretan kotak lain akan memiliki persamaan isi karaktor pada tempat terhubungnya kotak-kotak tersebut. Untuk itu, dengan adanya algoritma Backtracking ini diharapkan mampu memberikan hasil yang tepat dan maksima, apakah deretan-deretan kotak jawapan yang telah dibuat sudah sesuai dengan deretan jawapan kata yang telah disediakan dan mampu menangani ketidaksinambungan yang dapat terjadi jika memasukkan kata-kata yang salah. Teka teki silang kata merupakan sebuah permainan untuk mengasah minda. Teka silang kata dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk menguji kemampuan para pelajar.



Kepentingan teka silang kata.



Seseorang guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut prinsip dan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini



adalah perlu agar pengajaran dan pembelajaran mampu mengembangkan diri, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka. Misalnya sewaktu mengajar guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak. Oleh itu,



sewaktu berhadapan dengan kanak-kanak di kelas tahap



satu, guru haruslah bijak memilih pendekatan yang digunakan. Ini kerana kanak-kanak ini datang dari pelbagai jenis latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang berbeza-beza. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kumpulan atau pun secara individu. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) mengesyorkan empat pendekatan



pengajaran berasaskan konsep dan prinsip dan amalan yang



bersesuaian



dengan



perkembangan



terutamanya tahap satu



kanak-kanak



di



sekolah



rendah



iaitu pendekatan belajar melalui bermain,



pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan pendekatan projek. Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan



dalam



pendekatan



pengajaran



guru



sekolah



rendah.



Ia



bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak bermain



dan



dalam



masa



yang



sama



mereka



mendapat



manfaat



pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanakkanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar. Pendekatan



belajar



melalui



bermain



yang



disarankan



oleh



Pusat



Perkembangan Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang



supaya



penekanannya



dalam



proses



pengajaran



dan



pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.



Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini



menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran,melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri,memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain. Mengikut Vygotsky (1967),“Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanakkanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.



Pernyataan masalah



Di dalam sesebuah kelas terdapat berbagai-bagai aras pemikiran murid. Ada yang terlalu aktif dan bijak. Ada yang sederhana dan ada yang lemah. Untuk menarik minat dan memberi pemahaman kepada murid sederhana dan lemah



mempelajari,



memahami



dan



mengingati



kata



ganti



nama,



pendekatan bermain teka silang kata ini digunakan di kelas sewaktu pelajaran Bahasa Malaysia. Dengan harapan semoga golongan ini akan lebih berminat untuk belajar.



Objektif



a) Untuk menanam minat dalam membaca dan menulis Kebanyakkan para guru mengalami kesulitan dalam mendorong minat para pelajar dalam pelajaran sekolah. Anak-anak tidak suka dipaksa membaca, apatah lagi dengan pelajaran yang tidak mereka sukai. Teka silang kata dapat digunakan untuk menarik minat anak dalam membaca dan menulis. b) Untuk meningkatkan pengetahuan kosakata dalam diri pelajar Apabila para pelajar mengisi teka silang kata bererti mereka akan menemui kosakata yang baru. Mengisi TTS bererti juga menemui kata-kata yang baru. Para pelajar juga akan mengenal kata-kata yang mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata yang sudah diketahuinya. Misalnya kata “perang” yang dikenali sebagai sejenis warna. Selain itu, “perang” juga dikenali sebagai keadaan yang kucar kacir. Kosa kata para pelajar akan bertambah dan para pelajar akan



mempelajarinya dengan cara yang



mereka sukai. c) Untuk meningkatkan penumpuan para pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Melayu.



Untuk menjawab teka silang kata, ia memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada para pelajar. Para pelajar perlu membaca pertanyaan dengan teliti dan memahami soalan yang diberi. Kemudian para pelajar perlu mencari jawapan yang tepat dan sesuai dengan jumlah huruf yang tersedia dalam kotak teka silang kata. Teka silang kata juga mengajar para pelajar menulis kata dengan ejaan yang sebenar. Hal ini, membantu semua para pelajar untuk meningkatkan kemampuan para pelajar untuk fokus terhadap sesuatu yang dilakukan termasuklah dalam belajar. d) Membentuk disiplin diri Menyelesaikan teka silang kata memerlukan masa dan disiplin diri agar dapat menyelesaikan semua soalan



teka silang kata. Para pelajar harus



membaca pertanyaan, mencari jawapan yang tepat dan sesuai dengan kotak yang tersedia. Para pelajar mungkin juga perlu mencari jawapan daripada sumber-sumber luar seperti buku atau kamus. Para pelajar



akan belajar



untuk berusaha bagi menyelesaikan soalan yang sudah di beri. e) Untuk mendorong para pelajar untuk mencari jawapan yang tepat untuk soalan yang diberi. Teka silang kata mendorong para pelajar untuk bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Selain itu, para pelajar mungkin akan mencari jawapan di buku atau kamus dan di internet. Hal ini akan mendorong para pelajar belajar membuka kamus dengan lebih cepat dan efisysen. Anda dapat mengajarkan anak-anak anda untuk mencari kata di kamus sesuai abjad. Hal ini juga dapat membantu para pelajar mencari maklumat di internet dengan menggunakan komputer.



f) Untuk membangkitkan rasa ingin tahu Teka silang kata dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri para pelajar. Apabila para pelajar mendapat jawapan yang lain dari kebiasaanya, mereka pasti ingin mengkaji mengapa jawapan yang diberikan adalah yang



sedemikian. Hal ini, sedikit sebanyak mengalakkan para pelajar mencari punca jawapan itu diberikan.



Kaedah dan aktiviti



1. Langkah pertama adalah mengadakan sesi percambahan otak tentang beberapa istilah penting ataupun nama yang berkaitan dengan kursus pengajian yang sudah pelajar selesaikan. 2. Buat teka silang kata mudah dengan memasukkan sebanyak mungkin butiran ini. Hitamkan ruang yang tidak diperlukan. 3. Berikan petunjuk kepada butiran teka silang kata pelajar. 4. Edarkan teka silang kata kepada pelajar, secara individu ataupun dalam pasukan. 5. Tetapkan had masa. Berikan hadiah kepada individu ataupun pasukan yang mendapat paling banyak butiran yang betul.



Refleksi selepas pelaksanaanya



1. Membantu serta meningkatkan pemahaman murid tentang penggunaan kata ganti nama serta menarik minat murid untuk belajar bahasa Melayu. 2. Murid-murid lebih aktif dan seronok ketika proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Kanak-kanak memperoleh kecekapan dan kemahiran yang membantu mereka meningkatkan lagi keyakinan mereka. 4. Gunakan permainan teka silang kata dalam topik-topik yang lain dalam bahasa Melayu.



Kesimpulan



Sebagai kesimpulannya, di dalam apa jua pelajaran pun guru-guru haruslah bijak



mengambil



mempelajari



pendekatan



sesuatu



tajuk



untuk



dengan



menarik berkesan



minat dan



murid-muridnya



mudah



difahami.



Pendekatan teka silang kata ini amat sesuai digunakan dalam mempelajari sesuatu tajuk dalam bahasa Melayu. Banyak faedah yang boleh kita dapati daripada pendekatan ini. Selain daripada itu, pendekatan teka silang kata ini juga dapat menarik minat murid yang tidak berminat dalam mempelajari bahasa. Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan



dalam



pendekatan



pengajaran



guru



sekolah



rendah.



Ia



bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak bermain



dan



dalam



masa



yang



sama



mereka



mendapat



manfaat



pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanakkanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar.