Teks MC Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teks MC Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017 berbilang kaum hidup bersama, Bersopan santun amatlah mesra, Tak kira bangsa juga agama, Tahun baru cina disambut gembira, ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN KEPADA… Yang Berbahagia En Roger Seet Tee Gee Pengerusi MCA Bahagian Jelebu merangkap naib pengerusi MCA negeri Sembilan dan Ketua hal ehwal kampung baru. Yang Berusaha En. Amir Fuad Bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri En Mahat Bin Bujang Guru Penolong Kanan Akademik dan pentadbiran Pn. Mazni binti Mohamed Isa Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Rahman Bin Mohamad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ketua-ketua bidang, guru-guru, serta pelajar yang dikasihi sekalian. ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DIHARI YG BERBAHAGIA INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2017..



HADIRIN SEKALIAN… TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN adalah untuk membina sebuah masyarakat penyayang, Merapatkan hubungan di antara pelajar SMK DUSAJ dan Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan nilai murni kasih sayang.



IBARAT PANTUN YANG BERBUNYI ANAK MONYET ANAK KERA ANAK SIANG BERNAMA TAHIM SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM



PARA HADIRIN SEKALIAN. SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, En Amir Fuad Bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato Undang Syed Ali Al-Jufri UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN serta merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA Tn pengetua diatas ucapan sebentar tadi.



SETERUSNYA,MAJLIS diteruskan dengan gimik perasmian sambutan tahun baru cina smkdusaj 2017. Di jemput tn pengetua memotong ribbon sebagai simbolik perasmian. Majlis diteruskan dengan penyerahan kad tahun baru cina pada semua kelas dari unit RIMUP. Dengan itu dijemput tn pengetua diiringi oleh en Rahman bin Mohamad untuk penyerahan kad tahun baru cina. DIjemput ketua tingkatan (senarai kelas).



MAJLIS diteruskan lagi dengan pemberian angpau kepada pelajar yatim. Dengan itu dijemput En Seet Tee Gee diiringi oleh En amir fuad bin mohd dom. Untuk makluman semua, peruntukan duit untuk pemberian angpau datang daripada kutipan mingguan guru dan pelajar serta sumbangan dari tetamu jemputan kita En Seet Tee Gee (DNS) Ahli Majlis Kawasan Zon 7, Majlis Daerah Jelebu. Dipersilakan Dijemput pelajar : 1. (senarai nama) Terima kasih di ucapkan kepada En Seet Tee Gee atas kesudian menyampaikan angpau kepada anak-anak yatim. Seterusnya adalah pemberian angpau kepada semua pelajar cina. Dengan itu, diminta semua pelajar cina berdiri dan beratur mengikut kelas. MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA En Amir Fuad bin Mohd Dom.



Sambutan tahun baru cina smkdusaj diteruskan lagi dengan persembahan daripada semua pelajar cina tingkatan 5. Dipersilakan …. HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA persembahan ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. diucapkan kepada semua, pelajar selamat bercuti, selamat menyambut tahun baru cina dan jaga diri.



TERIMA KASIH.SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…