Teks Moderator (Forum) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKS MODERATOR



‘Berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia,’ itulah baitbait kata Soekarno, Presiden Pertama Republik Indonesia yang saya kira semangatnya kata-kata beliau itu wajar ada dalam diri setiap guru di Malaysia. Alhamdulillah dan rasa syukur terhadap Ilahi kerana pada hari ini kita telah dipertemukan dalam sebuah diskusi ilmiah iaitu sebuah program pengisian ilmu iaitu Forum Guru Muda. Assalammualaikum dan selamat sejahtera hadirin sekalian. - Sebelum kata bersulam bicara - Sebelum ilmu menusuk di dada - Kata orang tak kenal maka tak cinta Oleh itu sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, apa kata kita berkenalan dengan 2 orang ahli panel yang sudi meluangkan masa bersama kita pada hari ini. -



Memperkenalkan ahli panel 1 Memperkenalkan ahli panel 2



Perabot jati dari Sulawesi, Cantik buatan rekaan terkini, Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, Tema sambutan untuk tahun ini.



Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi itulah tema Hari Guru pada tahun ini. tema ini pada pendapat saya sangat sesuai selaras dengan kemajuan arus perdana



pada masa kini. Jadi bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai tema ini, tanpa membuang masa saya ingin bertanya kepada ahli panel kita yang pertama. Cik liyana, bolehkah Cik Liyana kongsikan bersama maksud atau definisi sebenar tema hari guru pada tahun ini? dipersilakan..



JAWAPAN AHLI PANEL 1



Terima kasih Cik Liyana. Begitu jelas sekali definisi yang diberikan oleh ahli panel sebentar tadi. Hadirin sekalian, apa kata seterusnya kita bertanyakan pendapat ahli panel yang seterusnya mengenai tema hari guru pada hari ini. dipersilakan…



JAWAPAN AHLI PANEL 2



Terima kasih ahli panel. Hadirin sekalian, sebentar tadi dengan begitu jelas sekali ahli-ahli panel kita telah memberikan definisi dan memberikan pandangan mereka mengenai tema hari guru pada hari ini. saya fikir sudah tentu hadirin sekalian juga jelas dengan penerangan yang diberikan. -



Kesimpulan moderator



Tamat sudah pusingan pertama forum guru muda.



Memetik bait-bait kata seorang pemimpin pada masa dahulu, ‘perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah, perjuanganmu lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri’



Pada pandangan saya sendiri bait-bait kata tersebut sebenarnya ditujukan kepada pendidik. Ini bukan bermakna guru perlu berperang sebagainya, tetapi bait-bait kata tersebut membawa maksud bahawa tugas sebagai bukanlah satu tugas yang mudah. Kita teruskan dengan pusingan kedua forum ini. baiklah Cik Liyana, dalam hati saya sendiri sejak dari tadi terlonjak-lonjak rasa ingin tahu ‘apakah keperluan terhadap guru kreatif dan inovatif?



JAWAPAN PANEL 1



Terima kasih Cik Liyana atas penerangan yang diberikan. Saya sangat tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh ahli panel kita ini tadi. Zaman sudah berubah. Guru kini berada pada alaf 21 dan hampir alaf 22. Mendidik ganerasi Y mendidik ganerasi Z. oleh itu guru mesti bersedia menghadapi cabaran semasa dan mesti mengambil usaha menggerakkan peranan sebagai pencetus kreativiti penjana inovasi.



Jadi saya sangat teruja untuk bertanyakan pada ahli panel yang kedua. Apakah peranan guru sebenarnya seiring dengan arus globalisasi pada masa kini?



JAWAPAN AHLI PANEL 2



Terima kasih ahli panel. Cantik dikena dokoh suasa, Tidak perasan kancingnya karat, Guru Pembina negara bangsa, Mendidik insan dunia akhirat.



Begitu banyak sekali ilmu yang dapat dikongsikan pada hari ini. terima kasih ahli panel sekalian atas info dan pandangan yang mantap sekali. Masa begitu mencemburui. Kesimpulannya disini semua guru Malaysia perlu mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru kea rah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengatahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika, dan kerohanian serta beridentitikan nasional. Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas mesti mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi pada masa kini.



Sebelum menutup tirai forum kita pada hari ini saya sangat suka untuk memperdengarkan hadirin sekali sajak nukilan Usman Awang.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.



Kalau ada sumur diladang, boleh saya menumpang menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang semoga kita bersua kembali.



Sekian, terima kasih.