Teks Pengacara Majlis Anugerah Bantuan Awal Persekolahan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ATUCARA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN PERINGKAT SEKOLAH 2013 SK UNDANG JELEBU 2012 PADA 23 JANUARI 2013



PERISTIWA Ketibaan Tetamu Khas



BUTIRAN PENYAMPAIAN Mengumumkan ketibaan… Yang Berbahgia En. Mohd Fouzi B. Isa YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUJ



Semua Hadirin Dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu negaraku Nyanyian lagu negaraku



Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis



Hadirin dipersilakan duduk Bsimillahirahmanirrahim Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera Majlis mengalu-alukan kehadiran 1 . Yang Berbahgia En. Mohd Fouzi B. Isa YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUJ 2. Yang berusaha, En. Zulkipili b. Osman Guru Besar Cemerlang SKUJ 3. Yang dihormati Tuan Hj. Alias B. Abd Rashid Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKUJ 4. Yang Setia, Sarjan Zakarian B. Rahim 5. Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru Skuj 6. Guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian



Hadirin Yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinya, kita dapat berkumpul di dewan yang permai ini untuk bersama-sama menjayakan Majlis penyampaian Bantuan Khas awal Persekolahan Peringkat Sekolah 2013. Untuk makluman kepada hadirin sekalian, majlis yang diadakan pada petang ini adalah untuk menyampaikan bantuan awal persekolahan yang berbentuk wang kepada para ibu bapa dan penjaga.



Bacaan doa



Hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis dengan ini dipersilakan, Al Fadhil Ustaz Mohd Firdasu B. Haron untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (bacaan doa hingga selesai) Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi



Penyampaian Bantuan Awal Pesekolahan



Hadirin dewan dihormati, Seperti mana yang kita tahu, Di awal tahun inilah banyak kos yang dikeluarkan oleh ibu bapa dan penjaga untuk membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak. Oleh itu kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan kapada para ibu bapa dan penjaga bagi meringankan kos membeli keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka. Ini juga selaras dengan moto kerajaan iaitu “ rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan. Bagi meneruskan sesi penyampaian bantuan awal persekolahan, Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Zulkupli B. Osman naik ke pentas bagi mengiringi En. Mohd Fouzi B. Isa Selaku YDP PIBG untuk menyampaikan bantuan kepada wakil ibu bapa dan penjaga. Majlis dengan Segala hormatnya dipersilakan,



Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 1 Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 2 Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 3 Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 4 Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 5 Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 6 Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari PPKI Seterusnya Adat Tetamu datang bertandang, Cenderamata diberi tanda ingatan, Majlis mempersilakan En. Zulkipli B. Osman, GBC SKUJ untuk menyampaikan cenderamata kepada En. Mohd Fouzi B. Isa di atas kesudian beliau menyampaikan bantuan. Begitulah tadi penyampaian bantuan awal persekolahan yang telah dilakukan oleh En. Mohd Fouzi B. Isa selaku YDP PIBG. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian menyampaikan bantuan awal pesekolahan itu tadi.



Penutup & Jemputan ke Jamuan



Hadirin yang dihormati, Pihak sekolah amat berharap bantuan yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana dengan adanya kelengkapan persekolahan yang baru akan dapat menyuntik semangat murid-murid untuk terus berjaya dalam pelajaran maka Dengan ini berakhirlah sudah majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan pada tahun 2013. Saya akhiri majlis kita dengan lafaz wabilahi taufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullah.  



Ibu bapa boleh mengambil bantuan khas di kaunter yang telah ditetapkan