Teks Syarahan Bahasa Melayu 2017 Kebangsaan 2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera, Terima kasih peneraju kepimpinan majlis, panel juri penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik perjalanan, dan warga sidang dewan yang dimuliakan. Salam ukhwah bersulam kemesraan. Berdirinya saya disini, tidak lain dah tidak bukan untuk menyampaikan sebuah syarahan berpaksikan mauduk “Muhammad Al Fateh pahlawan Ulung”. Sebelum kita mengembara lebih jauh, sebelum saya membawa anda menerokai lebih dalam, izinkan saya merungkai, dan menghurai pengertian mauduk hari ini.



Secara



konseptualnya, frasa pahlawan yang ulung adalah gelaran untuk orang yang dianggap berjasa terhadap masyarakat dan berjuang dalam mempertahankan kebenaran. Manakala junjungan kasih lautan budi baginda Sultan Muhammad al-Fateh merupakan Sultan Muhammad II, yang mana juntaian indah Al Fateh diambil daripada kata terbitan "al-fath" senada dengan Surah al Fatihah yang bermaksud surah pembukaan atau "Pembuka yang besar". Baginda dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan merupakan Sultan yang memerintah dalam Empayar Uthmaniyyah. Penaklukan baginda keatas Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun telah membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine ke titik nul.



Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapat takrifkan sebagai Muhammad Al Fateh adalah model kepada umat islam untuk bangkit seiringan semboyan kepahlawanan baginda demi mengembalikan kegemilangan islam.



Sidang hadirin paksi umat, Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama:“Muhammad Al Fateh model pemimpin berilmu dan pencetus kepimpinan berkesan” Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq; “.Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan tentera-tenteranya. Baginda adalah pemimpin yang telah menerima pendidikan secara holistik dan bersepadu mencakupi bidang keagamaan dan akademik dengan penguasaan 7 bahasa. Disamping itu, baginda sangat mahir dalam ilmu peperangan dan kepimpinan. Diusia 12 tahun, baginda memangku jawatan khalifah dan matang dalam menangani tipu helah musuh. Hagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul merupakan simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dalam membuka kota Konstantinopel. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine. Ketika itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid. Dengan ilmu, seorang pemimpin dapat menjayakan suatu penjajahan dan menangani masalah yang timbul dalam tempoh pemerintahan. Tanpa ilmu pasti kejayaan sedemikian tidak dapat dituntaskan dan sesebuah pemerintahan mudah disabotaj dan diserang oleh anasir-anasir pendusta. Maka benarlah “Mohammad Al Fateh model pemimpin berilmu dan pencetus kepimpinan berkesan yang membawa kepada kegemilangan Islam.”



Sidang umat bermatlamat, Rempuhan mandala saya yang kedua, “Muhammad Al Fateh model pahlawan ulung berstrategi dan bersemangat wajah” Keunggulan pemerintahan baginda teserlah apabila kota Konstantinopel jatuh ke atas pemerintahan islam. Kejayaan ini tidak diperolehi dengan mudah sebaliknya disusun dengan strategi yang cukup rapi. Kegagalan dikaji dan diperhalusi dengan perbincangan dengan panglima perang telah melahirkan susunan pertempuran yang berakhir dengan kejayaan. Pembinaan meriam terbesar bagi meruntuhkan tembok kukuh kota adalah interventasi tercanggih pada abad berkenaan. Muhammad Al Fateh merupakan contoh terbaik seorang tokoh pejuang yang sangat mementingkan sesuatu perkara harus dilakukan secara berjemaah, seperti firman Allah dalam surah Al-Saff ayat 4 .



َ ‫اَّلل ُي ِح ُّب َّال ِذ َين ُي َقا ِت ُل‬ َ َّ ‫ِإ َّن‬ ٌ‫ون ِفي َس ِبي ِل ِه َص ًّفا َك َا َّن ُه ْم ُب ْن َي ٌان َم ْر ُصوص‬



Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” Alunan azan dan seruan agama ditiupkan melalui para ulama dan pakar motivasi yang turut serta ke medan perang bagi meningkatkan semangat jihad tenteranya agar tidak gentar pada musuh yang semakin mara. Pada saat yang genting, baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”



Tuan-tuan dan puan-puan hadirin budiman, Mandala saya yang ketiga ialah Muhammad Al Fateh model pahlawan ulung yang soleh. Berdasarkan karakteristik baginda dapat kita teladani sikap, keilmuan dan kepimpinannya yang menjadikan ketamadunan Islam yang gemilang. Sewaktu kelahiran Muhammad Al Fateh, Sultan Murad ayahanda baginda segera sujud syukur dan dan berulang kali membaca Surah Al-Fath ayat pertama yang bermaksud:



ً‫إ َّنا َف َت ْح َنا َل َك َف ْت ًحا ُمبينا‬ ِ ِ



“Sesungguhnya Kami telah memberikan kemenangan kepadamu, kemenangan yang nyata.” Seorang pemimpin tidak hanya dilihat dari kualiti keilmuan dan sifatnya tetapi yang terpenting adalah kualiti aqidah dan ibadahnya kepada Allāh SWT. Di antara rahsia kemenangan baginda dalam upayanya mewujudkan bisyarah Islam dan nubuwwah Rasulullah SAW. Kejayaan baginda dalam penaklukan kontantinopel adalah kualiti amal soleh Muhammad Al-Fateḥ tercatat dengan tinta emas mengabadikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang teguh mendirikan ṣolat fardhu dan solat sunnah. Baginda begitu meyakini bahwa kemenangan pasukan Islam dalam setiap peperangan melawan musuh-musuhnya bukan semata kerana jumlah pasukan yang banyak, teknologi persenjataan yang hebat atau strategi ketenteraan yang tersusun. Namun, Muhammad Al-Fateḥ meyakini sepenuhnya bahwa setiap kemenangan pasukan yang dipimpinnya merupakan pertolongan nyata dari Allah SAW.



Warga dewan penerus wawasan, Pada dasarnya manusia dalam fungsinya sebagai khalifah Allah di bumi yang mengembang amanatNya mempunyai tugas serta kewajiban yang tidak ringan.Manusia harus mampu mengolah, memanfaatkan serta memelihara alam seisinya untuk kesejahteraan hidup mereka sendiri.Hal ini selari dengan mandala fikir saya yang terakhir, Muhammad Al Fateh model pahlawan ulung berperibadi unggul. Baginda seorang pemimpin yang bertaqwa dan patuh pada suruhan Allah SAW. Keteguhan hati baginda dalam mengepalai perjuangan meruntuh tembok pemerintahan Byzantine tidak dapat disanggal lagi. Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah hanya kerana kekuatan ketenteraan, peralatan canggih dan sterategi. Pertembungan rencah perjuangan sebati dengan ketaqwaan kepada Allah melayakkan Muhammad Al Fateh sangat berjaya dalam pemerintahannya. Pemilihan panglima dan tentera itu sendiri mestilah terdiri dari orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka mesti dekat dengan Al-Quran kerana musuh-musuh Islam sangat mengetahui bahawa pemimpin negara atau umat Islam tidak akan berjaya dan mendapat pertolongan dari Allah jika mereka jauh dari Allah dan tidak mengamalkan ajaran yang dibawa Rasulullah. Dalam Surah An Nisa ayat ke 76:



َّ ‫ون في َسبيل‬ ُ ‫ون في َسبيل َّاَّلل ۖ َو َّالذ َين َك َف ُروا ُي َقات‬ ُ ‫َّالذ َين ا َم ُنوا ُي َقات‬ ُ ‫الط‬ َ َ ‫وت‬ ‫اغ‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ‫الش ْي َطان ۖ إ َّن َك ْي َد‬ َّ ‫َف َقا ِت ُلوا َا ْو ِل َي َاء‬ ‫الش ْي َط ِان َك َان َض ِع ًيفا‬ ِ ِ “Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikutpengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul.



Sidang hadirin Umat Pilihan; Di sini saya ingin mengait jaluran bicara kata menjadi simpulan pada wacana saya yang pertama ialah Muhammad al Fateh model pemimpin yang berilmu dan pencetus



kepimpinan berkesan. Wacana saya yang kedua, Muhammad Al Fateh model pahlawan ulung berstrategi dan bersemangat wajah dan wacana saya yang ketiga ialah Muhammad Al Fateh model pahlawan ulung yang soleh. Sebagai pengakhiran, cuba kita renungkan kata-kata Imam Malek “Tidak akan memperolehi kejayaan ummah kemudian, melainkan mencontohi bagaimana ummah terdahulu memperolehinya.” Sekian,



‫وباهلل التوفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا وبركته‬