Teks Ucapan Bertajuk Hormat Dan Sanjung [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SYARINA INA



TEKS UCAPAN BERTAJUK HORMAT DAN SANJUNG Terima kasih diucapkan kepada guru pengerusi majlis. Yang



Berusaha



Tuan



Guru



Besar



SK____,Kulim,



En



Fadzil



bin



Darus



Yang Dihormati Guru Penolong Kanan 1, Pn Norwati binti Salleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, ____________________________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En chek zulkifli bin mustafa , barisan guru,barisan pengawas dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Saya, Cikgu Syaharina binti Shahidan bersama-sama dengan Cikgu Rosnah binti Abdullah dan Cikgu A’dnan adalah guru bertugas sepanjang minggu ini, bermula daripada 6/4/2014 hingga 10/4/2014. Oleh itu, sekiranya kamu mempunyai sebarang masalah seperti tidak sihat atau sebarang masalah yang lain, kamu boleh datang berjumpa kami bertiga .



Pada hari ini, cikgu akan memberi sedikit ucapan ringkas yang bertajuk HORMAT DAN SANJUNG. Diminta semua murid untuk memberi perhatian yang serius terhadap perkara yang ingin disampaikan.



Tujuan kita datang ke sekolah adalah untuk belajar ilmu pengetahuan. Ilmu yang diajar oleh guru akan membantu kamu semua pada masa akan datang. Apabila kamu besar kelak, ilmu yang kamu belajar hari ini lah yang akan kamu gunakan. Maka, sebagai seorang murid, kamu semua perlu menghormati guru. Jika murid-murid semua mahukan ilmu yang dipelajari itu kekal buat selamanya, kamu semua seharusnya menghormati guru. Guru-guru yang berada dihadapan kamu inilah yang cukup berjasa kepada kamu. Ini kerana hampir separuh masa seharian kamu berada di sekolah dalam pantauan guru. Guru-guru inilah yang mengajar, menjaga, memberi nasihat malah sebagai tempat mengadu sepanjang kamu berada di sekolah.



SYARINA INA



Tidak cukup dengan itu, guru juga banyak berkorban masa,tenaga dan wang ringgit demi kejayaan kamu semua. Ada antara guru-guru di sekolah ini yang sanggup mengajar lebih masa demi melihat kejayaan murid-murid semua. Kelas tambahan juga dijalankan secara sukarela demi memastikan kamu semua mendapat pendidikan yang secukupnya. Oleh itu, bermula hari ini, tanamkan sikap dan semangat untuk menghormati guru-guru kamu. Sikap dan amalan murni ini akan menjadikan kamu semua seorang manusia yang disegani dan dicontohi. Apabila berada di rumah, pastinya ibu dan ayah cukup berbangga melihat perubahan positif diri dan akan dijadikan teladan kepada ahli keluarga.



Percayalah dengan adanya sikap menghormati guru, hormati kawan-kawan dan hormati diri sendiri akan dapat menjadikan proses pembelajaran lebih seronok, berlangsung dengan aktif dan dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan terkawal.



Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua di luar kawasan sekolah, berilah salam kepadanya sebagai tanda menghormati. Di dalam kawasan sekolah pula contohnya, amalkan gaya bertutur yang sopan dan santun ketika hendak membeli makanan di kantin sekolah. Gunakan bahasa yang santun dan janganlah kamu meninggikan suara kepada orang yang lebih tua. Pak cik dan mak cik , mak tam yang berkerja di sekolah kita juga seharusnya dihormati dan disayangi.



Oleh itu, marilah kita tanamkan tekad dan azam untuk menjadi seorang murid yang menghormati orang tua, ibu bapa, guru-guru,rakan-rakan serta sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita. Hal ini kerana apabila kita ingin dihormati oleh orang lain, maka belajarlah untuk menghormati orang terlebih dahulu. Nescaya Allah akan mengangkat martabat kamu dan dipandang mulia oleh orang lain.



Sebagai penutup, saya ingin menyeru semua murid untuk sama-sama tanamkan tekad dan iltizam yang tinggi untuk menjadi seorang murid yang kaya dengan budi



SYARINA INA



bahasa dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sebagai contoh, Pelajar sekolah kita yang mendapat 5A dalam UPSR tahun lalu patut dijadikan pelajar contoh kerana bukan saja dapat menguasai pembelajaran dengan cemerlang, malah mampu menjadi seorang murid yang disegani dek kerana budi pekerti dan tingkah lakunya yang menyenangkan.



Mulai hari ini, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi kecemerlangan kita semua. Guru-guru di sekolah ini pastinya berbangga kerana mempunyai murid-murid yang berjaya dengan cemerlang tanpa mengalami kebocoran tingkah laku.



Saya sudahi ucapan saya dengan beberapa rangkap pantun.



Puteri ceria menanti bonda, Halwa dihirup terasa nikmat, Hormati tua sayangi muda, Bahagia hidup dunia akhirat.



Siang kerapu menyerong lagi, Kelar gelama himpun sebelah, Orang berilmu disanjung tinggi, Melontar idea santun berhemah.



Pergi berburu jangan terleka, Usah ditunggu senja di hutan, Hormati guru jangan derhaka, Kutiplah ilmu dipersia jangan.