Teks Ucapan Majlis Penyerahan Sumbangan Dan Duit Raya Kepada Anak [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKS UCAPAN MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM, KELUARGA YANG MEMERLUKAN DAN GOLONGAN ASNAF SK TAMAN SUTERA. Bismillahirohamanirohim, Yg Berbahagia En Abdullah bin Idris, Ahli Majlis (WHIP) Johor Bahru Yang Dihormati En Mohd bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera, Yang Dihormati, Puan Haslina binti Hj MD Daud, GPK Pentadbiran SK Taman Sutera, Yang Dihormati, Puan Ruhana binti Wahab, GPK Hal Ehwal Murid SK Taman Sutera, Yang Dihormati En Mohd bin Rahmat, GPK Kokurikulum SK Taman Sutera, barisan guru-guru budiman SK Taman Sutera, AJK PIBG SK Taman Sutera, para ibu bapa dan anak-anak SK Taman Sutera disayangi. Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Salam Ramadhan AlMubarak kepada semua muslimin dan muslimat.



Pertama sekali saya bersyukur kepadaAllah SWT kerana telah memberikan kita kesihatan dan kekuatan untuk bertemu di dalam majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan Dan Duit Raya Kepada Anak-Anak Yatim, Keluarga Yang Memerlukan Dan Golongan Asnaf SK Taman Sutera 2019.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Abdullah bin Idris, Ahli Majlis (WHIP) Johor Bahru turut sama hadir dalam majlis kita pada hari ini dan membantu dalam menjayakan program ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, Usaha-usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru sentiasa ke arah mempersiapkan sekolah kita ini ke arah sekolah yang cemerlang, selesa dan kebajikan baik guru, ibu bapa dan anak-anak terjaga. Maka, banyak program-program yang diatur sepanjang tahun ini dan tahun depan dengan kerjasama baik guru-guru SK Taman Sutera, saya percaya segalanya akan berjalan dengan lancar. Tahniah para guru dan ibu bapa SK Taman Sutera yang sentiasa menggembleng tenaga menjadikan anak-anak kita belajar dalam keadaan paling baik dan selesa di sini. Dalam kita sibuk menyediakan keperluan hari raya bakal menjelma, tidaklah kita lupakan rakan-rakan yang memerlukan. Maka, atas inisiatif itu majlis ini diadakan setiap tahun untuk berkongsi rasa gembira dan syukur atas rezeki yang kita perolehi. Mudah-mudahan, usaha-usaha memberi sepertimana disebut tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah menjadi amalan kepada anakanak kita juga untuk sentiasa berkongsi, prihatin terhadap orang lain, dan mengamalkan semangat persaudaraan dalam kalangan komuniti setempat khususnya, dan masyarakat berbilang kaum amnya. Saya tidak berniat untuk bercakap lebih panjang kerana yang utama dalam majlis ini ialah kita dapat salurkan semua sumbangan yang dikumpul kepada mereka yang memerlukan dan memberi duit raya kepada semua anak-anak SK Taman Sutera. Mudahan anak-anak menjaga keselamatan sepanjang cuti sekolah dan tidak melupakan pelajaran walaupun dalam kemeriahan Syawal bakal menjelma terutamanya calon-calon UPSR 2019. Saya akhiri ucapan saya dengan kalimah Assalamualaikum wbt. Terima kasih semua yang hadir.