Teks Ucapan Perasmian Penangguhan Merentas Desa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teks Ucapan Perasmian Penangguhan Merentas Desa SK Kampung Beraya 2018



Yang berusaha, Encik Othman bin Haji Yunus, Guru Besar SK Kampung Beraya, Yang dihormati, Encik Helmi bin Tambi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Yang dihormati, Puan Zaleha binti Main, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Yang dihormati, Puan Sharifah Rakiah binti Wan Drahman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang dihormati, barisan para guru, para exco pibg, anak-anak murid SK Kg Beraya dan hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur kita kepada Tuhan Sekalian Alam yang telah mencipta kita, memberikan kita kesihatan, kekuatan dan menemukan kita pada hari ini di Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah tahun 2018. Terima Kasih kepada semua yang telah bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam menjayakan kejohanan merentas desa kali ini. Berikan tepukan yang paling gemuruh untuk kita semua. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar, para guru dan para exco PIBG yang sudi meluangkan masa melibatkan diri dalam kejohanan merentas desa pada hari ini. Walaupun pada tahun 2018 ini kita mengadakan kejohanan merentas desa dengan agak lewat, tetapi hasil kerjasama yang telah diberikan sangat memuaskan. Kita sama-sama dapat menjayakan merentasdesa ini walaupun mungkin dalam kalangan kita sibuk dengan tugasan masingmasing.



Ini juga adalah pengalaman pertama saya sebagai Yang Dipertua PIBG dan juga pertama kali saya berucap pada tahun ini. Rupanya baru saya tahu, dalam menguruskan sesuatu kejohanan merentas desa, ianya bukan sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai aspek yang perlu kita lihat antaranya ialah keselamatan, persiapan dan penglibatan. Aspek keselamatan ini amat penting kerana melibatkan nyawa, dan perkara ini kita perlu teliti dengan serius sekali. Kemudian, aspek persiapan. Aspek ini merangkumi persiapan tempat, laluan dan juga keselesaan para peserta yang melibatkan diri. Yang terakhir ialah penglibatan. Kita perlu tahu siapa peserta kita, keadaan kesihatannya, kedudukan dan yang lain-lain. Tidak perlu saya berucap panjang, Terima Kasih atas kerjasama semua. Beraya Semua Boleh!!! Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim, saya merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SK Kg Beraya 2018. Sekian, terima kasih.