Teks Ucapan Wakil Murid Prasekolah 2011 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teks Ucapan Wakil Murid Prasekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua hadirin sekalian. Selamat datang ke Majlis Konvokesyen Ke-21 Prasekolah Mesra Idaman 2011 dan Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat Ilahi,kerana dengan limpah izinnya ,dapat kita bersama-sama berkumpul di Pra Sekolah Mesra Idaman ini untuk menjayakan majlis konvokesyen pada kali ini.



Yang dihormati, Tuan haji Kamarulizham Bin Hazizi, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, yang berusaha, Ketua Jabatan, Encik Mohd Mashor bin Mustapa, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Puan Low Siew Wah, Ketua Bidang Prasekolah, serta pensyarah-pensyarah, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan sekalian.



Hadirin Sekalian,



Kami bermula dengan mengenali ABC sampai Z, menghitung satu sampai sepuluh, belajar mengeja dan mengira. Saya, _________________________ mewakili semua murid Prasekolah Mesra Idaman merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu. Tanpa guru siapalah kami. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa dan budi cikgu PraSekolah Mesra Idaman. Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan. Kerana gurulah, kami telah memulakan perjalanan untuk menimba ilmu dengan lancar daripada merangkak sehingglah kami dapat berlari seperti sekarang. Tidak lupa juga kepada ibu dan bapa yang memberi peluang kepada kami untuk menuntut ilmu. Kami akan belajar bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan guru dan ibu bapa kami.



Akhir kata daripada saya, doakan kejayaan kami pada masa hadapan supaya kami menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Segala ilmu dan kenangan di sini akan kami gunakan dalam kehidupan akan datang kelak. Buat guru-guru, ibu dan bapa serta hadirin sekalian, kami doakan supaya hidup kalian dalam kebahagian dan kegembiraan. Sekali lagi jutaan terima kasih buat warga Pra Sekolah Mesra Idaman.



Sekian terima kasih.