5 0 389 KB
Pengenalan Bidang Menggambar PSV Kurikulum Masa Kini 3. Tema dan Kandungan Disediakan oleh Siti Harijah Annur Athirah Rina Gobrin
Tema • Kamus Pelajar • Dasar cerita yang dipercakapkan atau perkara yang dijadikan dasar sesuatu cerita atau pembicaraan dan lain lain.
• Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) • subjek yang menjadi dasar sesuatu perbicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya.
• Menurut Tarigan (1993:125) • Tema adalah pandangan dunia tertentu atau perasaan tertentu tentang kehidupan atau satu set tertentu dari nilai-nilai yang membentuk atau membangun gagasan utama utama dari karya sastra.
• Menurut Aminudin (1995:91) • Tema yang mendasari adalah idea cerita yang juga bertindak sebagai awal dasar dalam menggambarkan karya yang dicipta.
• Menurut Rusyana (1988:67) • Tema adalah dasar atau makna dari sebuah cerita, tema adalah cara hidup tertentu atau perasaan tertentu yang membentuk dasar dari gagasan utama atau membangun sebuah karya sastra.
Kandungan • Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) • 1. sesuatu yang dikandung oleh sesuatu yang lain atau apa yang termuat (di dalam sesuatu) • 2. sesuatu yang tercantum atau tersirat (di dalam hati dsb)
Kesimpulan • Tema bermaksud dasar atau konsep utama dalam sesebuah karya yang dapat menjelaskan makna dan keseluruhan cerita. • Kandungan adalah isi yang dimasukkan dalam satu keseluruhan sesuatu karya seperti hal benda/subjek matter.
Kajian Dan Analisis Lukisan Kanak-kanak
Nama : Nur Farzana Musa Umur : 7 tahun Bangsa : Melayu Koleksi : Lukisan Pelajar-pelajar Malaysia-Jepun Ke-12
Huraian Lukisan Tema Tema perkampungan orang Melayu Malaysia yang aman dan tenang.
Isi kandungan • Menggunakan subjek rumah, pokok, air terjun, bukit, sawah padi untuk menggambarkan kehidupan kampung yang aman serta damai.
Makna dan Ekspresif • Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini. • Keadaan persekitaran kampung diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, biru coklat, jingga dan merah.
• Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan “outline”. Rupa objek yang dilukis seperti burung dan air terjun digunakan untuk mewujudkan kesan pergerakan (‘movement’). • Rupa burung yang dilukis dengan aksi yang berbeza untuk menampakkan lagi kesan pergerakan lebih jelas. • Penegasan ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, warna yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.
• Subjek merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman langsung pelukis dengan menegaskan subjek seperti rumah, sawah padi, bukitbukau, pokok dan air terjun. • Aspek imbangan dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti rumah, sawah padi dan pokok. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan.
• Mesej yang disampaikan menggambarkan kepada kehidupan masyarakat kampung kaum Melayu di Malasysia yang aman, damai dan tenang. • Dari segi aspek penilaian, hasil karya ini dapat dapat diertikan dari segi kehidupan masyarakat sosial orang Melayu di Malaysia kebanyakan bekerja sebagai petani.
Cerita dalam lukisan • Persekitaran tempat tinggal mempengaruhi kanakkanak. Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka. • Nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni menampakkan imej yang menjadi ekspresi individu sama ada dalam keadaan riang atau sedih.
Tajuk Tahun Pelukis Media
: : : :
Jauh 2003 A. SHUKRI ELIAS Cat minyak
HAL BENDA -Imej muka manusia dengan reaksi tenang -Imej wajah yang distailisasikan menjadi karikatur wajah manusia. -Menggunakan warna panas(merah,jingga & kuning) –merupakan warna dominan yang digunakan dalam gambaran imej. MAKNA -Penggunaan garisan ekspresif di bahagian kiri imej menimbulkan jalinan tampak yang jelas. -Olahan imej pada mata menimbulkan unsur penegasan pada karya. -Olahan garisan yang dipermudahkan menampakkan ekspresi wajah manusia yang tenang yang sedang merenung jauh. - Pengkarya juga menggunakan warna panas seperti merah, jingga, dan kuning sebagai warna dominan dalam gambaran imej
Cerita -Penampilan reaksi wajah manusia yang sedang berfikir/merenung jauh/mengimbau kenangan atau pengalaman lalu. -Manusia perlu mengawal emosi dalam menghadapi pelbagai situasi dalam kehidupan -Kepelbagaian perasaan manusia boleh menimbulkan pelbagai reaksi dan emosi melalui penampilan wajah.
Ekspresif - menunjukkan imaginasi pengkarya terhadap ekspresi wajah manusia yang tenang yang sedang merenung jauh.
• Ekspresif – penekanan kepada penyampaian rasa, emosi dan perasaan pengkarya melalui sesebuah karya yang dihalkan. • Cerita - sebuah kisah yg disampaikan secara fakta atau tidak nyata. • Makna – maksud yang ingin disampaikan melalui sesebuah karya yang dihasilkan. • Hal benda –imej objek/ paparan utama yang ditampilkan dalam sesebuah karya/perekaan bertujuan untuk menyampaikan mesej.