Teori Perkembangan Bahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teori-Teori Pemerolehan Bahasa  Teori Behavioris (Skinner)  Teori Mentalis (Chomsky)  Fungsionalis



 Teori Kognitif (Piaget)  Teori Interaksionalis (Haliday)  Teori nativisme (Noam Chomsky)  Teori Konstruktivis



Teori Behavioris  Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai     



subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental. Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka



PRINSIP TEORI BEHAVIORISME  Bahasa yang diutamakan ialah lisan.



Tulisan kedua penting  Bahasa adalah tabiaat / kebiasaan  Pengukuhan penting dalam P&P  Latihan bahasa perlu diperkukuhkan  Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan  Wujudkan unsur ransangan dan tindakabalas dalam P&P



Teori Behavioris (Skinner)  Ahli psikologi di Harvard  Pembelajaran berlaku dengan adanya



ransangan dan tindak balas yang berulang  Ujikaji dengan burung merpati dan tikus: bahasa adalah hasil proses perilaku hasil operasi RT  Pengukuhan menambah kemungkinan berulangnya sesuatu laku  Sangat penting RT dalam p&p



Teori Bahasa-Pandangan Behaviorisme 



Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa. Melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fizikal.  Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner .



 Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak



balas.  Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.  Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.  Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.  Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa  Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna



Perspektif Behavioris  Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan



peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anakanaknya.  •Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.



 Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau



tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan.  Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata, “Saya dahaga, nak minum”.  Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut.  Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul.



 Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap



apabila ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapannya.  Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanakkanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.



Teori Bahasa-Pandangan Behavioris  Brown (1980) dalam “Principles of Language Learning



and Teaching” menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apaapa calitan.  Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan untuk membentuknya membuat pengukuhan terhadap tingkah lakunya.  Pengetahuan dan keterampilan berbahasanya akan diperolehi melalui pengalaman dan proses pembelajaran.  Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu kenderaan



Teori Bahasa- Pandangan Behavioris  Menurut model behaviorist pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas.  kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu.  ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti ”mama” atau ”papa” dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut



Model Pembelajaran Fungsionalis  Ciri-ciri penting :  Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli



masyarakat itu bertenaga dan terbuka  Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik.  Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem social  Bahasa alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.



Teori Mentalis  Dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller, Katz dan    



Lakoff Tidak bersetuju dengan teori sebelumnya Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif



Hubungan Teori Mentalis dalam P&P  Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa     



kecekapan dan prestasi Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Kaedah: koda-kognitif Teknik: hafalan



Teori Kognitif (Piaget)  Manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang



tinggi - berkebolehan mempelajari pelbagai perkara  P&P adalah proses mental bukan mekanis  Kanak-kanak menyerap dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan datadata yang diperoleh daripada persekitaran



Model Pembelajaran Kod-Kognitif  Model ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran yang



merupakan kebolehan manusia secara semula jadi.  Model ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan.  Model ini mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan letsikal. Peraturan tatabahasa juga perlu dihafal.  Model ini menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.



Perspektif Kognitif  Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan



pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang dewasa.  •Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain.  •Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.



Teori Interaksionalis (Haliday)  Berkembang dalan Tahun 60an  Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970),Bowennan



(1973),Gromer (1976) dll  Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa



Pandangan ahli Interaksionalis  Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi



lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat



Prinsip P&P Interaksionalis  Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi  Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan



linguistik  P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna



TEORI BAHASA Pandangan Nativis  Pandangan teori ini menyatakan bahawa anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak.



TEORI BAHASA-PANDANGAN NATIVIS  Secara hipotesisnya kanak-kanak ini apabila



dilahirkan telah mempunyai struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah.  Setiap manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti perktaan apabila ia dilahirkan secara umum sahaja. Berdasarkan itu kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu kanakkanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tata bahasanya.



Teori Perkembangan Bahasapandangan Konstruktivis Pandangan Konstruktivis  Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada enam model teori pembelajaran penting iaitu       



Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan, Teori Pembelajaran Kod Kognitif, Teori Pembelajaran Interaksionalis, Teori Pembelajaran Fungsionalis, Teori Pembelajaran Situasionalis Dan Teori Pembelajaran Anggapan.



Pandangan Konstruktivis  Model ini berpendapat bahawa pembelajaran



bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Model ini menganggap faktor persekitaran menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Model ini menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas.  Contoh : Dalam konteks pembelajaran bahasa, model ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.



Perspektif Nativis  Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan



otat yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi.  •Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.



 Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa



individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri.  •Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai “Tatabahasa Universal”.  •Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada.  •Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan.



Peringkatperingkat Perkembangan Bahasa



Peringkat Pranatal  Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya



berkembang baik dan sudah berfungsi.  •Janin boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan menggerakkan kaki dan lengan.



Peringkat Bayi  Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian.  •Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian



ibubapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya.  •Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama:Menangis,‘Cooing’,‘Babbling’ dan membuat isyarat:  •Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut.  •Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan.



 Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya



telah berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri.  •Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses ini.  •Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat (papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu), anggota badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye).  •Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna. Contohnya ‘bola’ mungkin membawa maksud “itu bola” atau “saya nak bola”.



 Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50



perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan.  •Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan yang diguna atau yang dapat disebut.  •Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama.



 Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut



dalam lingkungan 50 patah perkataan.  •Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan (2 tahun).  •Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil “vocabulary spurt”.



Peringkat Kanak-kanak  Model tahap perkembangan membaca dalam



kalangan kanak-kanak dicadangkan oleh Chall, 1979.



Aras 0: Umur 0 – 4 Tahun  Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran asas



untuk membaca.  •Mereka memahami peraturan dalam membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan.  •Mereka mula mengenali huruf, boleh menulis dan membaca nama sendiri.  •Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra sekolah, kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca yang asas.



Aras 1: Umur 5 – 7 Tahun  Kebanyakan kanak-kanak mula belajar membaca pada



peringkat ini.  •Mereka mula mengenali suku kata bunyi perkataan dan cara menyebut.  •Mereka mula membaca perkataan mudah dengan menggabungkan suku kata.



Aras 2: Umur 7 – 9 Tahun  Kanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca.  •Mereka boleh mengenali perkataan dan membaca



ayat.  •Walau bagaimanapun, membaca pada peringkat ini masih hanya di peringkat pembacaan sahaja.  •Kanak-kanak pada peringkat ini kadang-kadang hanya membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca.



Aras 3: Umur 10 – 13 Tahun  Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih mahir



mendapatkan maklumat dan informasi daripada pembacaan.  •Mereka mula membaca dengan kefahaman. Tetapi mereka masih belum memahami pembacaan yang memerlukan analisa atau yang melibatkan perspektif yang berbeza.  •Kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat ini, akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran akademik subjek-subjek yang lain.



Aras 4: Umur 14 Tahun Ke Atas  Hampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca



yang mahir pada peringkat ini.  •Kefahaman mereka tentang bahan yang dibaca meningkat, mereka berupaya memahami pembacaan yang kompleks melibatkan pelbagai perspektif.  •Ini membolehkan mereka berbincang secara analitikal tentang kesusasteraan, sejarah, ekonomi dan politik.



Peringkat Remaja  Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan



penggunaan ayat yang lebih kompleks.  •Setara dengan perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat.  •Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.



 Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis



mengenalpasti antara pendahuluan idea-idea utama dan penutup.  •Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka.  •Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.



Pengaruh Biologi Dan Persekitaran Terhadap Perkembangan Bahasa



Pengaruh Biologi  Naom Chomsky (1957) menegaskan individu telah



diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa.  •Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition Device) - mekanisme penguasaan bahasa yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penggunaan bahasa yang digunakan di persekitaran.  •Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut. Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.



 Menurut kajian, kecederaan pada kawasan Broca dan



kawasan Wernicke yang sama kedua-duanya terletak di hemisfera kiri otak boleh menyebabkan seseorang individu hilang keupayaan dalam berbahasa.  •Kawasan Broca adalah bahagian dalam otak yang mengawal pergerakan otot yang menghasilkan pertuturan.  •Manakala kawasan Wernicke adalah bahagian yang terlibat dalam memproses kefahaman berbahasa.  •Individu yang mengalami kecederaan di kawasan ini boleh bercakap tetapi percakapannya sukar difahami dan individu tersebut juga mempunyai kesukaran untuk memahami percakapan orang lain (Santrock, 2007).



Pengaruh Persekitaran  Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat



ke atas kemahiran berbahasa.  •Sokongan serta pengaruh ibubapa dan guru penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.  •Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara ibubapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibubapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanakkanak.



 Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley (Santrock,



2007) mendapati ibubapa dari golongan professional kurang bercakap dan kurang menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak.  •Dalam kajian lain, mendapati kanak-kanak yang mempunyai ibu yang kerap berkomunikasi dengan mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata daripada anak-anak yang mempunyai ibu yang pendiam.



 Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99)



mendapati ibubapa yang membaca kepada anak-anak mereka tiga hingga empat kali seminggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa yang baik berbanding dengan ibubapa yang kurang berbuat demikian.