Tokoh Tamadun India [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tokoh-Tokoh Tamadun India



Mahatma Gandhi



Hidup pada zaman penjajahan British.  Seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.  Terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India.  Aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman. 



  



  



Nama sebenar beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi. Dilahirkan pada 2 Oktober 1896di Porbandar , Gujerat. Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat” ).



Keluarga kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Ibunya Putlibai, seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.



Dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu di sekolah.  Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti.  Dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.  Dikurniakan empat orang anak. 



Melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang pada usia 18 tahun.  Selain mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan.  Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya.  Lulus peperiksaan dan pulang ke India sebagai seorang peguam pada tahun 1891. 



Afrika Selatan & Dasar Apartheid Di Bombay, mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan.  Beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami". 











Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Telah dihumban keluar dari keretapi tersebut. Memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.



GANDHI & KEMERDEKAAN INDIA  Kembali ke India setelah 21 tahun di Afrika Selatan pada tahun 1915, membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, memberikan inspirasi kepada rakyat di jajahan-jajahan lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaan negara mereka.  Dalam masa 15 tahun, beliau telah menjadi Ketua Gerakan Nasionalis India. 



Mengamalkan prinsip satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran” dalam mengetuai gerakan tersebut.



Beliau menyukai falsafah dari agamaagama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.  Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan.  Hal ini tidak disetujui Gandhi. 



Prinsip satyagraha Gandhi telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela.  Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).  30 Januari 1948, ketika berusia 78 tahun Gandhi dibunuh seorang pelampau Hindu. 







Tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak 5 kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".







Sepanjang hidupnya, Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata "Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."



Albert Einstein berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."  Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh 



Sidhaharta Gautama Buddha



Sejarah Awal Dilahirkan daripada puak Sakya pada awal masa Magadha (563 S.M.), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini (selatan Nepal).  Meninggal dunia ketika berusia 80 tahun (483 S.M)  Dikenali dengan nama Shakyamuni,("orang bijak daripada kaum Sakya") dan Tathagatta selepas memperolehi kebenaran.  Dikahwinkan dengan Yesodhara dan mempunyai seorang anak bernama Rahula. 



Pada awalnya menikmati kehidupan yang mewah di bawah perlindungan ayahnya, Suddhana .  Namun kemudian Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan menyimpul bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. 



Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak berertinya lalu menjadi seorang yang zuhud.  Kemudian beliau berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, lalu mencari jalan tengah antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan zuhud yang terlalu menyeksa diri. 



Diramalkan akan menjadi seorang pemerintah yang agung (cakravati) jika beliau mempunyai minat dalam pemerintahan atau pun akan menjadi Buddha jika memilih kehidupan sebagai seorang zahid.  Sejak kecil, meminati kehidupan bertafakur.Pada usia 35 tahun, ia mencapai makrifat. Pada saat itu, ia dikenali sebagai Gautama Buddha, atau hanya "Si Buddha" saja, sebuah perkataan Sanskrit yang bererti "ia yang sedar" (dari kata budh+ta). 



Sumbangan 



     



45 tahun selanjutnya, beliau merantau ke Dataran Ganga di tengah India (daerah mengalirnya Sungai Ganga dan anak-anak sungainya). Mengasaskan ajaran Buddha. Tidak membicarakan kewujudan Tuhan. Mengandungi etika yang berhudung kait dengan kehidupan. Menyebarkan ajarannya kepada sejumlah orang yang berbeza-beza. Menyampaikan ajaran pertama di Taman Rusa di Varanasi. Ramai rakyat memeluk agama Buddha dan terbentuknya masyarakat Budddha.



Menubuhkan Sanga iaitu komuniti sami-sami Buddha.  Berkhidmat sebagai komuniti sami Buddha yang ideal dan menjadi contoh kepada kehidupan suci.  Sanga adalah penaung kepada agama Buddha. 



Kitab – Kitab Suci Agama Buddha  Ajaran-ajaran Buddha dikumpulkan dalam bentuk teks yang dikenali sebagai Pitaka.  Usaha-usaha mengumpul dilakukan oleh majlis-majlis Buddha yg diadakan kali pertama di Rajagraha (483 S.M), kali kedua di Vaisali (383 S.M), kali ketiga di Pataliputra (250 S.M).  Terdapat 3 buah Pitaka yg juga dikenali sebagai Tripitaka. - Vinaya Pitaka - Sutta Pittaka - Abhidhamma Pitaka



Keengganan Buddha untuk mengangkat seorang pewaris atau merasmikan ajarannya mengakibatkan munculnya banyak aliran dalam tempoh 400 tahun selanjutnya.  Contoh : - Mahayana - Hinayana 