Topik 2 - Strategi Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik







2



Strategi dan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran



HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:







1.



Mengenal pasti konsep strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia;



2.



Mengkelaskan strategi pengajaran mediatif, direktif, generatif, kolaboratif, koperatif dan kontekstual;



3.



Menerangkan ciri-ciri pendekatan pengajaran deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif;



4.



Menghuraikan konsep pembelajaran masteri; dan



5.



Mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.



PENGENALAN



18







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Setakat ini apa yang anda faham dengan konsep strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran? Mengapakah kedua-dua konsep ini begitu penting untuk anda fahami maksudnya? Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Strategi melibatkan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan cara yang berkesan. Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan pencapaian objektifnya secara optima. Untuk melaksanakan langkah-langkah penyampaian yang telah dirancangkan dengan licin dan berkesan, guru harus memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik berdasarkan mata pelajaran, objektif pelajaran, isi pelajaran, langkah-langkah mengajar, peruntukan masa, kebolehan murid-murid serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Oleh itu, sebagai guru bahasa Malaysia, anda perlu mengetahui strategi dan pendekatan pengajaran yang paling sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Strategi pengajaran dan pembelajaran itu ialah mediatif, direktif, generatif, kolaboratif, koperatif, kontekstual, masteri dan belajar cara belajar. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan pula ialah deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif. Sebagai guru, anda perlu mengetahui bahawa terdapat kriteria-kriteria tertentu untuk memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh anda gunakan. Kriteria-kriteria tersebut terdiri daripada tujuh kriteria (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985:11), iaitu: (a)



Pemilihan strategi harus merujuk kepada mata pelajaran yang akan diajar. Misalnya, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, direktif, generatif, kolaboratif, koperatif, kontekstual, masteri dan belajar cara belajar serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif untuk mata pelajaran bahasa Malaysia;



(b) Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada objektif pelajaran; (c)



Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada kebolehan murid-murid;



(d) Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada jenis aktiviti pelajaran yang akan diajarkan; (e)



Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada aktiviti pembelajaran muridmurid;



(f)



Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada prinsip bersepadu; dan



(g) Pemilihan strategi harus merangkumi akses kendiri.



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







19



STRATEGI PENGAJARAN



2.1



Seterusnya kita perhatikan pula strategi pengajaran yang digunakan untuk mata pelajaran bahasa Malaysia. Terdapat enam strategi pengajaran yang sesuai digunakan ketika mengajar bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985:12). Sebelum keenamenam strategi pengajaran itu dihuraikan satu persatu, sila perhatikan Rajah 2.1:



Rajah 2.1: Strategi pengajaran



SEMAK KENDIRI 2.1 Fikirkan perbezaan antara strategi pengajaran dengan pendekatan pengajaran.



2.1.1



Strategi Pengajaran Direktif



Sekarang mari kita teliti konsep strategi pengajaran mediatif. Mediatif bermaksud penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 2006:226-227). Media yang digunakan dalam strategi ini ialah media cetak dan yang terkini ialah media elektronik melalui penggunaan komputer dan internet. Media cetak yang boleh digunakan untuk strategi ini ialah penggunaan surat



20







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



khabar untuk mengajar mata pelajaran tertentu, misalnya program Akhbar Dalam Darjah (ADD). Media elektronik melalui penggunaan komputer pula misalnya buku elektronik yang digunakan untuk menggantikan buku teks dalam bilik darjah. Dengan penggunaan buku elektronik, seorang murid boleh membaca bahan pelajaran dari satu topik ke topik yang lain bergantung kepada tahap kebolehannya. Dalam mata pelajaran bahasa Malaysia, strategi mediatif ini sesuai digunakan untuk aktiviti dialectical reasoning, iaitu memberi penjelasan tentang penggunaan struktur tatabahasa sesuatu teks, misalnya dengan menggunakan media cetak, iaitu akhbar Berita Harian. Selain itu, strategi ini juga boleh digunakan untuk aktiviti open-ended discussion, iaitu perbincangan terbuka tentang sesuatu isu, misalnya dalam aktiviti penulisan karangan jenis pendapat, muridmurid berbincang untuk mengenal pasti isi-isi penting karangan itu secara berkumpulan sebelum menulis karangan itu (Koh Boh Boon, 1989). Strategi ini juga boleh digunakan untuk topik-topik lain, iaitu pemahaman, membina ayat, membetulkan kesalahan ayat, merumuskan karangan dan sebagainya, jika murid-murid menggunakan buku elektronik sebagai buku teks.



AKTIVITI 2.1 Lakarkan secara grafik topik-topik dalam mata pelajaran bahasa Malaysia yang boleh dilaksanakan dengan strategi pengajaran mediatif.



2.1.2



Strategi Pengajaran Mediatif



Apa pula strategi pengajaran direktif? Direktif bermaksud arahan. Arahan yang dimaksudkan di sini ialah arahan yang diberi oleh guru. Strategi ini hanya berpusatkan guru semata-mata kerana murid-murid perlu mendengar dan mengikut arahan yang diberi oleh guru (Mok Soon Sang, 2006:268). Fokus pengajaran adalah kepada kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan (termasuk mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia. Guru menerangkan dan melakukan demonstrasi tentang topik pelajaran yang diajar terlebih dahulu sebelum memberi murid-murid soalansoalan latih tubi dan latihan kecekapan. Dalam mata pelajaran bahasa Malaysia, strategi ini sesuai untuk topik tatabahasa. Contohnya membina ayat berdasarkan perkataan, pengimbuhan dan kata ganda. Guru yang mengajar akan menerangkan terlebih dahulu maksud perkataan, jenis-jenis imbuhan dan kata ganda dalam bahasa Malaysia sebelum mengarahkan murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. Guru



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







21



juga boleh mengarahkan murid-murid menjawab soalan-soalan berupa latihan kecekapan untuk menguji pemahaman murid-murid tentang imbuhan dan kata ganda yang terdapat dalam bahasa Malaysia.



SEMAK KENDIRI 2.2 Nyatakan definisi direktif.



2.1.3



Strategi Pengajaran Generatif



Mari kita teliti pula strategi pengajaran generatif. Strategi pengajaran ini melibatkan kaedah pemudahcaraan dan sumbang saran. Walau bagaimanapun, fokus utamanya diberi kepada kaedah pemudahcaraan. Ketika melaksanakan strategi pengajaran ini, guru menyediakan soalan bermasalah dan murid-murid diberi pilihan penyelesaian yang sesuai. Guru pula akan membantu muridmurid di sepanjang proses penyelesaian masalah itu. Strategi ini berpusatkan guru kerana guru menyediakan soalan bermasalah untuk diselesaikan oleh murid-murid. Strategi ini juga turut berpusatkan murid-murid kerana mereka menetapkan pilihan dalam penyelesaian masalah dengan bantuan daripada guru (Mok Soon Sang, 2006:268). Untuk mata pelajaran bahasa Malaysia, topik yang boleh diajar dengan menggunakan strategi pengajaran generatif ini ialah membina ayat berdasarkan bahan rangsangan untuk sekolah rendah dan menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan untuk sekolah menengah.



2.1.4



Strategi Pengajaran Kolaboratif



Setelah mengenal pasti tiga strategi yang berlainan, kita teliti pula strategi pengajaran kolaboratif. Kolaboratif bermaksud kerjasama erat antara dua pihak atau lebih. Strategi ini menitikberatkan kaedah projek dan sumbang saran dan berpusatkan murid-murid sepenuhnya. Walau bagaimanapun, objektif pengajaran dan peraturan ditetapkan oleh guru. Guru membahagikan muridmurid kepada kumpulan tertentu dan bertindak sebagai fasilitator. Murid-murid menetapkan objektif pembelajaran dan peranan masing-masing dalam kumpulan yang dibentuk. Murid-murid juga bertindak mengurus sesuatu projek secara berkumpulan dengan merujuk kepada guru jika ada masalah (Mok Soon Sang, 2006:272).



22







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Untuk mata pelajaran bahasa Malaysia, antara topik yang boleh diajar dengan menggunakan strategi pengajaran kolaboratif adalah mengadakan pertandingan perbahasan untuk sekolah rendah dan simulasi mesyuarat untuk sekolah menengah.



2.1.5



Strategi Pengajaran Koperatif



Jika strategi pengajaran kolaboratif berpusatkan murid-murid sepenuhnya, strategi pengajaran koperatif pula berpusatkan kedua-dua pihak, iaitu muridmurid dan guru-guru. Koperatif bermaksud kerjasama, iaitu kerjasama antara murid-murid dalam bilik darjah. Strategi ini dimulakan dengan guru mengajar sesuatu topik. Setelah selesai, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Selepas selesai sesi perbincangan, ujian diedarkan oleh guru untuk mengesan kemajuan atau pencapaian murid-murid dalam setiap kumpulan. Guru akan memberi peneguhan sosial kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang (Mok Soon Sang, 2006:271-272). Untuk mata pelajaran bahasa Malaysia, strategi pengajaran ini boleh digunakan untuk mengajar topik penulisan karangan berformat dan karangan berdasarkan bahan rangsangan. Caranya ialah guru mengajar terlebih dahulu tentang format karangan dan bahan rangsangan yang diberi. Murid-murid seterusnya berbincang tentang isi-isi karangan berformat dan karangan berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Seterusnya guru meminta setiap kumpulan menulis karangan lengkap sebagai ujian dan membacakannya di dalam bilik darjah. Karangan yang terbaik menerima peneguhan sosial daripada guru, iaitu guru mempamerkannya di papan kenyataan dalam bilik darjah untuk dirujuk oleh murid-murid lain.



2.1.6



Strategi Pengajaran Kontekstual



Sekarang, kita teliti strategi pengajaran yang terakhir, iaitu strategi pengajaran kontekstual. Strategi ini menekankan pengajaran berdasarkan konteks tertentu, iaitu isi pelajaran yang dirancang berasaskan kurikulum dan objektif pelajaran yang ditentukan. Strategi ini juga menggabungjalinkan isi pelajaran berasaskan KBSR dan KBSM dengan pengalaman harian murid-murid di sekolah dan alam sekitar. Strategi ini juga melibatkan aktiviti hands on dan minds on, iaitu secara kerja praktik. Di samping itu, strategi ini melibatkan pelbagai kemudahan seperti bilik darjah, makmal, alat bantu mengajar dan alam sekitar. Strategi pengajaran kontekstual ini boleh dihuraikan berdasarkan akronim REACT. Relating (menghubungkait), iaitu aktiviti pembelajaran menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman murid-murid. Experience (mengalami), iaitu aktiviti pembelajaran melalui inkuiri, penerokaan, penemuan dan reka cipta. Applying



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







23



(mengaplikasi), iaitu aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk pelbagai situasi nyata. Cooperating (bekerjasama), iaitu pembelajaran secara kerjasama melalui aktiviti kumpulan. Transferring (memindahkan), iaitu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk situasi baru (Mok Soon Sang, 2006:218-220). Berdasarkan strategi kontekstual untuk mata pelajaran bahasa Malaysia, guru boleh mengajar latihan tatabahasa, iaitu membina ayat berdasarkan perkataan atau mengenal pasti perkataan tertentu seperti kata majmuk berdasarkan teks dengan membawa murid-murid ke makmal bahasa. Guru juga boleh mengajar topik menulis karangan keperihalan dan karangan jenis laporan dengan membawa murid-murid melawat ke satu destinasi menarik.



SEMAK KENDIRI 2.3 Dalam perkataan anda, dengan ringkas, huraikan maksud akronim REACT.



AKTIVITI 2.2 Lakarkan secara grafik topik-topik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia yang boleh dilaksanakan dengan strategi pengajaran mediatif.



2.2



PENDEKATAN PENGAJARAN



Sekarang kita teliti pula konsep pendekatan pengajaran. Pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran secara keseluruhannya dalam bilik darjah. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid agar suasana pembelajaran lebih sempurna, menarik dan berkesan. Oleh itu, guru digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti dan memilih bahan-bahan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid-murid (Juriah Long, et al.1992:34). Dalam pengajaran bahasa Malaysia misalnya, terdapat empat pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru, iaitu pendekatan deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif.



24







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Rajah 2.2: Pendekatan pengajaran



SEMAK KENDIRI 2.4 Beri definisi pendekatan pengajaran.



2.2.1



Pendekatan Pengajaran Deduktif



Untuk pengetahuan anda, pendekatan deduktif memperlihatkan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisisa hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh yang konkrit (Kamarudin Haji Husin, et al.1997:22-24). Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti yang berikut: i.



Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum;



ii.



Satu proses penaakulan yang tinggi seperti dalam pendekatan induktif;



iii.



Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum;



iv.



Menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi; dan



v.



Membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.



Manakala ciri-ciri pendekatan deduktif pula adalah seperti berikut: i.



Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperoleh dan bukan pembentukan kebiasaan;



ii.



Bersifat idealisionalisme untuk mendapatkan ilmu pengetahuan;



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



yang



dipermudah







25



iii.



Permulaaannya daripada keseluruhan keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya;



kepada



iv.



Struktur isi (pembelajaran) dan kognitif dapat memudahkan pembelajaran;



v.



Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal;



vi.



Memulakan pengajaran dengan mengemukakan contoh dan kemudian diikuti dengan teori;



vii



Pendekatan ini selaras dengan linguistik tradisional dan transformasi generatif; dan



viii Menekankan aspek penulisan berbanding dengan kemahiran yang lain. Mari kita teliti dan fahami prinsip penggunaan pendekatan deduktif. Untuk membolehkan sesuatu pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif dapat dilaksanakan secara berkesan, prinsip-prinsip yang berikut hendaklah dipraktikkan: i.



Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan;



ii.



Pelbagai hipotesis atau penyelesaian dikemukakan. Generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit, iaitu jelas, tepat dan mudah. Data dikumpul dengan cara sistematik;



iii.



Perkara atau hubungan dalam data tersebut dicari;



iv.



Guru dan murid boleh mengemukakan contoh;



v.



Latihan yang diberi perlulah beraneka jenis, konteks, dan situasi;



vi.



Contoh yang diberi hendaklah betul dan pelajar meniru contoh dan menghafalnya kemudian membentuk contoh-contoh lain melalui latih tubi;



vii. Latihan tidak seharusnya memakan masa yang panjang; viii. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada; ix.



Keputusan digunakan untuk menyelesaikan masalah situasi semasa;



x.



Pemahaman generalisasi haruslah dinilai dengan meminta menggunakan generalisasi dalam situasi yang serupa; dan



xi.



Peningkatan kognitif yang akan dilaksanakan adalah dengan mengemukakan generalisasi, menganalisa konsep dan mencuba generalisasi tersebut.



pelajar



Jadi, bagaimana pendekatan deduktif dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran? Model deduktif dapat digambarkan berdasarkan rajah berikut: Berdasarkan Rajah 2.3, guru haruslah:







26



TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Rajah 2.3: Model deduktif



i.



Merancang







r



.FOHFOBMQBTUJNBUMBNBUZBOHJOHJOEJDBQBJ







r



(VSVNFOZFEJBLBODPOUPIZBOHTFTVBJEBONFODVLVQJ







r



(VSVNFOTUSVLUVSLBOJTJQFMBKBSBOEFOHBOCBJLEBO







r



(VSV NFNCBOUV pembelajaran.



ii.



Melaksanakan aktiviti







r







r (FOFSBMJTBTJ NVOHLJO CFSVQB EFàOJTJ BUBV LPOTFQ BUBV QFSBUVSBO peraturan yang ada kaitan dengan pelajaran yang ingin disampaikan;







r 6UBNBLBOQFNBIBNBONVSJE







r .VSJENVSJENFOFSVTLBOQFNCFMBKBSBOCFSEBTBSLBOHFOFSBMJTBTJ







r 1FOFSBOHBOEJMBOKVULBONFMBMVJQFNCFSJBODPOUPI







r .VSJENVSJEBLBONFODVCBNFNCVBUHFOFSBMJTBTJEBO







r .VSJENVSJECPMFINFNCFSJLBOJMVTUSBTJEBODPOUPI



NFNCVBU



HFOFSBMJTBTJ



VOUVL



NFNVEBILBO



(VSVNFNVMBLBOQFOHBKBSBOEFOHBONFNCFSJLBOHFOFSBMJTBTJ



iii. Menilai aktiviti 



r



(VSVNFMJIBULFCFSLFTBOBOQFOHBKBSBOEBOQFNCFMBKBSBO







r



(VSVNFOVMJTSFáFLTJUFOUBOHLFLVBUBOEBOLFMFNBIBO







r



+JLBUFSEBQBUNVSJENVSJEZBOHCBHVTHVSVMBLVLBOQFOHBZBBOEBO







r



+JLBUFSEBQBULFMFNBIBO HVSVCPMFIMBINFOKBMBOLBOBLUJWJUJQFNVMJIBO



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







27



Apakah pula langkah-langkah pengajaran deduktif? Terdapat tiga langkah kesemuanya, iaitu: i.



Menentukan masa pengajaran, kelas, bilangan pelajar, umur pelajar, perkara, tajuk, bidangan bahasa yang akan diajarkan, aspek atau penggabungjalinan dan penyerapan, pengetahuan sedia ada dan objektif;



ii.



Menentukan struktur kognitif, iaitu isi, yang diceraikan atau dipecahpecahkan kepada beberapa komponen dan disusun semula mengikut urutan yang sesuai agar pelajar mudah memahaminya; dan



iii.



Penentuan kebolehan kognitif dapat dilakukan dengan melibatkan pemberian maklumat atau peraturan-peraturan pada awal bahagian pengajaran. Aspek ini dapat digambarkan seperi rajah yang berikut.



Rajah 2.4: Langkah-langkah pendekatan deduktif



Rajah 2.4 menunjukkan bahawa dalam pengajaran melalui pendekatan deduktif, guru boleh mengemukakan generalisasi kemudian menganalisis konteks dan akhirnya guru mencuba generalisasinya. Selain langkah-langkah di atas, prosedur yang berikut boleh digunakan oleh guru, iaitu: i.



Peringkat awal generalisasi







r



(VSVUJEBLNFOEFEBILBOQFSLBSBZBOHIFOEBLEJBKBSLBO







r



(VSVNFOFHBTLBOUVKVBOQFOHBKBSBO







r



(VSVNFNCFSJUBKVLQFMBKBSBOEBO







r



(VSVNFNCFSJSBOHLBLBTBSTFMVSVIJEFB







28



TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



ii.



Peringkat mengemukakan generalisasi







r



%JMBLVLBOEBMBNMBOHLBIQFSUBNBQFOHBKBSBO







r



(VSV NFOFSBOHLBO QFSBUVSBO  SVNVTSVNVT UBUBCBIBTB  QFOHFSUJBO yang berbentuk hukum tertentu;







r



1FOFSBOHBOIFOEBLMBIEJMBLVLBOTFDBSBKFMBTEBO







r



(VOBLBODBSUBVOUVLNFNQFSKFMBTTFTVBUVTUSVLUVSJTJ



iii.



Peringkat menganalisis konsep







r



#JBTBOZBEJMBLVLBOEBMBNMBOHLBILFEVB







r



#FSJLBODPOUPIDPOUPI







r







r



%BMBN MBOHLBI LFUJHB EBO CFSJLVUOZB  HVSV NFXVKVELBO QFMCBHBJ aktiviti dan situasi pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan; dan (VSVNFOHHVOBLBOUFLOJL CBIBOCBOUVCFMBKBSZBOHUFSUFOUV



iv.



Peringkat mencuba generalisasi







r



#PMFIEJKBMBOLBOEBMBNCFOUVLBLUSJWJUJLVNQVMBO







r



#PMFINFMJIBULFCPMFIBOQFMBKBSEBO







r



#PMFI NFOKBMBOLBO BLUJWJUJ HFSBL LFSKB CFSUVMJT BUBV TFCBSBOH MBUJIBO yang dapat menggambarkan penguasaan kemahiran murid.



v.



Peringkat penutup







r



(VSVNFNCVBULFTJNQVMBO







r



(VSV NFNCFSJLBO CFCFSBQB BLUJWJUJ UBNCBIBO TFCBHBJ QFOHVLVIBO dan







r



(VSVNFNCFSJLBOMBUJIBOZBOHEJàLJSLBOQFSMV



AKTIVITI 2.3 Huraikan kelima-lima peringkat pendekatan pengajaran deduktif untuk tajuk menulis karangan surat kiriman tidak rasmi.



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



2.2.2







29



Pendekatan Pengajaran Induktif



Satu lagi pendekatan pengajaran bahasa yang perlu anda ketahui ialah pendekatan induktif. Pendekatan ini ialah satu pendekatan pengajaran bahasa yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, murid-murid tidak diajarkan sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran tersebut tetapi mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Selepas itu mereka akan mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu bab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru akan mengumpulkan contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana sesuatu itu bekerja dan berfungsi, dan membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai (Kamarudin Haji Husin, 1989:34-36). Pendekatan induktif lebih terkenal sebagai pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu pengajaran dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. Pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau discovery method yang melibatkan proses memperhatikan, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. Oleh yang demikian, dalam pendekatan ini guru akan berbuat seperti yang berikut, iaitu guru tidak digalakkan: i.



Memberi definisi;



ii.



Menerangkan peraturan-peraturan;



iii.



Menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang disampaikan; dan



iv



Memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran.



Namun demikian, guru boleh: i.



Mengemukakan soalan;



ii.



Bertanya;



iii.



Berbincang;



iv.



Memperhatikan;



v.



Mengkaji; dan



vi.



Memberikan contoh-contoh.



hendak



30







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru bolehlah membuat kesimpulan. Konsep pendekatan induktif pula dapat dijelaskan melalui perincian yang berikut: i.



Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum;



ii.



Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman;



iii.



Mengumpulkan maklumat untuk membentuk hukum;



iv.



Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu;



v.



Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran;



vi.



Membuat justifikasi daripada yang spesifik (khusus) kepada yang umum; dan



vii. Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan umum daripada fakta-fakta atau contoh-contoh tertentu. Manakala ciri-ciri pendekatan induktif adalah seperti yang berikut: i.



Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan;



ii.



Menggunakan pengantara deria (pengalaman deria) untuk memperoleh pengetahuan;



iii.



Mementingkan kekerapan ulangan beraneka konteks dan situasi untuk menguasai sesuatu kemahiran;



iv.



Menekankan kepada pengajaran yang berbentuk konkrit;



v.



Selaras dengan linguistik struktural. Pengajaran tatabahasa menurut analisis struktural;



vi.



Memberikan murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru;



vii. Menekankan penglibatan pelajar secara aktif; viii. Bersifat saintifik yang mampu menyediakan satu situasi pengajaran yang menarik; ix.



Menekankan aspek lisan; dan



x.



Menggunakan model, iaitu contoh kepada generalisasi.



Pendekatan induktif mempunyai banyak faedah jika digunakan dengan cara yang betul. Untuk tujuan ini, guru perlulah mematuhi beberapa prinsip yang dianggap penting dan utama. Antaranya termasuklah: i)



Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru perlulah menyediakan satu struktur isi (struktur kognitif) yang hendak disampaikan. Berdasarkan bahagian-bahagian isi yang saling berkaitan yang telah disediakan dalam satu struktur itu, guru bolehlah menyusun satu turutan



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







31



langkah-langkah penyampaian yang logik bagi memudahkan pemahaman pelajar; ii)



Satu strategi penyoalan haruslah disediakan supaya guru dapat membantu murid-murid membentuk konsep-konsep dengan jelas dan mudah, dan seterusnya membuat generalisasi yang sesuai;



iii) Kemahiran-kemahiran intelektual yang akan terlibat ialah pembentukan konsep, membuat generalisasi (interpretasi) dan mencubakan generalisasi tersebut (aplikasi); iv) Guru harus merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan pelajar belajar secara aktif dan melibatkan diri sepenuhnya; v)



Guru perlu menyediakan bahan bantu belajar untuk mewujudkan satu bentuk pembelajaran secara konkrit;



vi) Contoh-contoh yang dipilih dan digunakan mestilah sesuai dan mencukupi; viii) Contoh-contoh tidak seharusnya datang daripada guru sahaja, tetapi muridmurid juga haruslah boleh dan digalakkan mengemukakannya; viii) Bantuan dan bimbingan guru adalah diperlukan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku; dan ix)



Pengajaran harus didasarkan kepada proses pemikiran induktif yang melibatkan kegiatan-kegiatan mencari, memperhati, mengkaji, mengemukakan contoh-contoh dan sebagainya pada awal pengajaran.



Prosedur pendekatan induktif melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Hal-hal yang terlibat ialah struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut: (a)



Peringkat pendedahan i.



Pada peringkat ini, guru akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung;



ii.



Guru menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;



iii.



Peringkat pendedahan dilakukan pada peringkat set induksi, iaitu bahagian permulaan pengajaran;



iv.



Guru menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini, seboleh-bolehnya guru: jangan menerangkan objektif; jangan menerangkan peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan; dan sebagainya pada permulaan pengajaran; dan



v.



Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada (PSA).







32



TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



(b) Peringkat pembentukan konsep



(c)



i.



Pembentukan konsep melalui contoh-contoh yang dikemukakan;



ii.



Mendengar ayat yang dibina oleh murid;



iii.



Mendengar ayat yang dibina oleh guru;



iv.



Lakukan beberapa usaha untuk pelajar menguasai pelajaran; dan



v.



Guru memandu pelajar langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.



Peringkat mencuba generalisasi i.



Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis; dan



ii.



Pelajar diberikan latihan dalam kumpulan;



(d) Peringkat penutup i.



Guru menutup pengajarannya;



ii.



Guru membuat rumusan berdasarkan topik yang diajarnya; dan



iii.



Murid-murid diberi aktiviti susulan sebagai pengukuhan.



AKTIVITI 2.4 Sediakan satu rancangan pelajaran harian untuk topik menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan menggunakan pendekatan pengajaran induktif.



2.2.3 Pendekatan Pengajaran Eklektik Jika sebelum ini kita telah mempelajari pendekatan pengajaran deduktif dan induktif, kini tibalah masanya untuk meneliti pendekatan pengajaran eklektik pula. Pendekatan eklektik ialah gabungan antara beberapa pendekatan yang sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pencapaian. Pendekatan ini biasanya diambil daripada pelbagai ciri yang baik dan ini akan meyakinkan muridmurid. Sifat pendekatan ini juga luwes dan mudah ubah (Kamarudin Haji Husin, 1991:37). Pendekatan eklektik terbentuk hasil daripada gabungan pendekatan induktif dengan deduktif seperti yang digambarkan dalam model 1 dan 2 berikut:



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



(a)







33



Model 1



Generalisasi--------------------- contoh--------------------- generalisasi Generalisasi Deduktif



Contoh Generalisasi



Pendekatan Eklektif Induktif



(b) Model 2 Contoh--------------------- Generalisasi--------------------- Contoh Contoh



Induktif



Generalisasi Contoh



Pendekatan Eklektif Deduktif



Kedua-dua model ini boleh saling berguna dan yang penting ialah guru yang mengajar bahasa mestilah bijak menyesuaikan situasi dan tahap pencapaian murid-murid di kelasnya.



SEMAK KENDIRI 2.5 Nyatakan perbezaan antara model 1 dan model 2 dalam pendekatan pengajaran eklektik.



2.2.4



Pendekatan Pengajaran Komunikatif



Nampaknya anda telah pun memahami tiga pendekatan pengajaran bahasa Malaysia yang amat bermanfaat untuk murid-murid. Secara dasarnya, pendekatan komunikatif ini memfokuskan pelajar. Prinsip pendekatan komunikatif menekankan perkara-perkara yang berikut:



34



(a)







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;



(b) Pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; (c)



Pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; dan



(d) Mempelbagaikan aktiviti komunikasi. Pendekatan pengajaran komunikatif ini berpusatkan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan lain-lain aktiviti berkomunikasi yang diperlukan dan berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Pendekatan ini menekankan kepada penyerapan bentukbentuk gramatikal, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan sebagainya bagi tujuan berkomunikasi. Dengan perkataan lain, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan tentang kegunaan bahasa serta penggunaannya. Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin, et al. 1998:38-40). Pendekatan pengajaran komunikatif ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang berikut:



Rajah 2.5: Model pendekatan komunikatif



Jika anda teliti Rajah 2.5, pendekatan komunikatif mempunyai kaitan dengan komunikasi. Namun secara perbandingan, pendekatan ini memberi penekanan kepada penguasaan aspek lisan dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Hal ini dilakukan sebelum seseorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan tatabahasa juga diberi perhatian. Sebagai contohnya, seseorang murid yang dikehendaki menyampaikan ucapan perlulah mempunyai kecekapan berbahasa dalam penggunaan bunyi bahasa (fonologi), perbendaharaan kata, tatabahasa dan makna perkataan dalam teks yang disediakan. Selain itu, murid perlu mempunyai kecekapan



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







35



sosiolinguistik dalam perhubungan lisan misalnya, ketika sesi soal jawab, penggunaan bahasa tertentu misalnya laras bahasa, kebolehan naratif, iaitu boleh menyampaikan sesuatu cerita, merujuk kepada bidang ilmu yang lain serta mengubah suai gaya bahasa mengikut situasi.



AKTIVITI 2.5 Huraikan perbezaan antara pendekatan pengajaran eklektik dengan pendekatan pengajaran komunikatif secara grafik.



2.3



PEMBELAJARAN MASTERI



Diharapkan anda telah memahami keempat-empat pendekatan pengajaran yang telah dibincangkan. Seterusnya, mari kita bersama-sama meneliti dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan untuk mata pelajaran bahasa Malaysia. Pembelajaran ialah penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran bahasa secara berterusan mengikut keperluan, minat, dan kebolehan murid. Kedua-dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut tentang kedua-dua jenis pendekatan tersebut, kita akan meneliti terlebih dahulu konsep pembelajaran masteri.



2.3.1



Konsep Pembelajaran Masteri



Pembelajaran masteri boleh juga didefinisikan sebagai pembelajaran penguasaan. Perkataan masteri berasal daripada bahasa Inggeris yang mempunyai erti kepakaran atau mampu menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap. Berdasarkan huraian ini, pembelajaran masteri boleh didefinisikan sebagai kepakaran dalam pembelajaran ketika menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran (Mok Soon Sang, 2006:235-238). Dapat dikatakan di sini bahawa pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid-murid menguasai apa yang diajar serta mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan. Tujuan pembelajaran masteri adalah untuk mendapat maklum balas terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian bagi meningkatkan keberkesanannya. Selain itu tujuan pembelajaran masteri juga adalah untuk memberi bantuan dan masa yang diperlukan oleh murid-murid mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan. Strategi pengajaran/ pembelajaran untuk pembelajaran masteri terdiri daripada empat langkah yang berikut:



36



(a)







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah mereka didedahkan kepada proses pengajaran/pembelajaran. Objektif pelajaran eksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian;



(b) Beri pendedahan kepada murid-murid tentang kaedah dan teknik mengajar yang berkesan serta penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai; (c)



Lakukan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid-murid selepas aktiviti P&P; dan



(d)



Laksanakan aktiviti pemulihan untuk murid-murid yang belum menguasai kemahiran yang diajarkan sepenuhnya. Berikan aktiviti pengayaan untuk mereka yang telah mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.



Rajah 2.6 di bawah dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang pendekatan pembelajaran masteri.



Rajah 2.6: Pendekatan pembelajaran masteri



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







37



AKTIVITI 2.6 Apakah yang anda faham dengan konsep pembelajaran masteri? Huraikan.



2.4



BELAJAR CARA BELAJAR



Seterusnya kita teliti pula pendekatan belajar cara belajar. Pendekatan ini menekankan isi pelajaran harus dirancang berasaskan kepada pembelajaran pelajar dan bukannya pengajaran seseorang guru. Ini bermakna, perancangan pengajaran dan pembelajaran harus berasaskan strategi pemusatan murid-murid dan bahan di samping penggunaan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti (Mok Soon Sang, 2006:228). Oleh itu, mari kita teliti pula apa yang dimaksudkan dengan strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan.



2.4.1



Strategi Pemusatan Pelajar



Untuk strategi pemusatan pelajar, tentunya murid-murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau secara individu. Kaedah yang bersesuaian untuk strategi pemusatan pelajar ini ialah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbang saran (Koh Boh Boon, 1989:41). Secara ringkasnya ciri-ciri strategi ini adalah seperti yang berikut: (a)



Murid-murid mempunyai peranan yang penting manakala guru hanya pemimpin yang membimbing murid-murid dalam aktiviti pembelajaran;



(b) Komunikasi antara murid-murid dan guru adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid-murid supaya berfikir sebelum memberi jawapan; (c)



Guru bersikap demokratik kerana murid-murid digalakkan mengemukakan pendapat. Guru kerap menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti P&P;



(d) Strategi P&P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran muridmurid; (e)



Perkembangan murid-murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani;



38



(f)







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Ujian formatif diutamakan dan keputusan ujian digunakan untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid;



(g) Pengajaran ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna agar muridmurid memahami fakta-fakta yang disampaikan serta berupaya membuat rumusan; (h) Terdapat banyak peluang interaksi antara murid-murid, iaitu tolongmenolong, bekerjasama dan bertolak ansur; (i)



Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan serta memberi tumpuan kepada perbezaan murid-murid dari segi minat dan kebolehan; dan



(j)



Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.



AKTIVITI 2.7 Huraikan ciri-ciri strategi pemusatan pelajar.



2.4.2



Strategi Pemusatan Bahan



Nampaknya setakat ini kita telah pun mengetahui tentang pendekatan belajar cara belajar serta strategi pemusatan pelajar. Tiba pula giliran untuk kita mengetahui tentang strategi pemusatan bahan dengan terperinci. Untuk pengetahuan anda, bahan pelajaran yang digunakan untuk P&P terdiri daripada dua jenis, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen, projektor, komputer, laptop serta LCD. Bahan pembelajaran pula digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Bahan-bahan pembelajaran ini terdiri daripada buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat uji kaji dan komputer (Koh Boh Boon, 1989:42). Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan. Murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru. Antara kaedah yang sesuai untuk strategi ini ialah kaedah audiovisual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video.



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







39



AKTIVITI 2.8 Huraikan bahan pelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk satu topik bahasa Malaysia berdasarkan strategi pemusatan pelajar.



RUMUSAN r



4USBUFHJ QFOHBKBSBO EBO QFNCFMBKBSBO NFSVQBLBO SBODBOHBO VOUVL melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Strategi melibatkan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan.



r



1FOEFLBUBO QFOHBKBSBO JBMBI QSPTFT QFOHFOEBMJBO QFOHBKBSBO TFDBSB keseluruhannya dalam bilik darjah ketika mengajar sesuatu mata pelajaran.



r



1FNCFMBKBSBOJBMBIQFOHMJCBUBONVSJENVSJENFOHJLVUBLUJWJUJQFNCFMBKBSBO bahasa secara berterusan mengikut keperluan, minat, dan kebolehan murid.



r



.FMBMVJTUSBUFHJQFOHBKBSBOEBOQFNCFMBKBSBONFEJBUJG NVSJENVSJECFMBKBS melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong murid-murid belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian, menilai kebenaran, andaian, keputusan dan hipotesis.



r



4USBUFHJEJSFLUJGIBOZBCFSQVTBULBOHVSVTFNBUBNBUBLFSBOBNVSJENVSJE perlu mendengar dan mengikut arahan yang diberi oleh guru.



r



4USBUFHJ QFOHBKBSBO HFOFSBUJG NFMJCBULBO LBFEBI QFNVEBIDBSBBO EBO sumbang saran.



r4USBUFHJQFOHBKBSBOLPMBCPSBUJGCFSNBLTVELFSKBTBNBFSBUBOUBSBEVBQJIBL atau lebih. Strategi ini menitikberatkan kaedah projek dan sumbang saran dan berpusatkan murid-murid sepenuhnya. r



4USBUFHJ LPQFSBUJG EJNVMBLBO EFOHBO HVSV NFOHBKBS TFTVBUV UPQJL  Kemudian murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Selepas selesai sesi perbincangan, ujian diedarkan oleh guru untuk mengesan kemajuan atau pencapaian murid-murid dalam setiap kumpulan.



40







TOPIK 2



STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



r



4USBUFHJ QFOHBKBSBO LPOUFLTUVBM NFOFLBOLBO QFOHBKBSBO CFSEBTBSLBO konteks tertentu. Strategi ini juga melibatkan aktiviti hands on dan minds on, iaitu secara kerja praktik.



r



1FOEFLBUBO EFEVLUJG NFNQFSMJIBULBO IVLVNIVLVN  BUBV TFTVBUV UFPSJ atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh yang konkrit.



r



1FOEFLBUBO JOEVLUJG EJNVMBLBO EFOHBO TFTVBUV CBC BUBV DPOUPI EBO bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi.



r



1FOEFLBUBO FLMFLUJL JBMBI HBCVOHBO BOUBSB QFOEFLBUBO JOEVLUJG EBO deduktif yang sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pencapaian.



r



1FOEFLBUBO LPNVOJLBUJG CFSQVTBULBO LFQBEB CFOUVLCFOUVL LPNVOJLBUJG seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan lain-lain aktiviti berkomunikasi yang diperlukan dan berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.



r



1FNCFMBKBSBONBTUFSJNFSVQBLBOQFOEFLBUBOQFOHBKBSBOEBOQFNCFMBKBSBO yang penting untuk memastikan murid-murid menguasai apa yang diajar serta mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan.



r



1FOEFLBUBO QFOHBKBSBO EBO QFNCFMBKBSBO CFMBKBS DBSB CFMBKBS NFOFLBOLBO isi pelajaran harus dirancang berasaskan strategi pemusatan murid-murid dan bahan di samping penggunaan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti.



Belajar cara belajar Pembelajaran Pembelajaran masteri Pendekatan deduktif Pendekatan eklektik Pendekatan induktif Pendekatan komunikatif Pendekatan pengajaran



Strategi pengajaran dan pembelajaran Strategi pengajaran direktif Strategi pengajaran generatif Strategi pengajaran kolaboratif Strategi pengajaran konstekstual Strategi pengajaran koperatif Strategi pengajaran mediatif



TOPIK 2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







41



RUJUKAN Kamarudin Haji Husin. (1989). KBSM dan model-model pengajaran bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Kamarudin Haji Husin. (1991). KBSR dan model eksploitasi bahan bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz & Arb’ie b Sujud. (1997). Pengajian Melayu 1 ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin, et.al. (1998). Pedagogi bahasa: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Juriah Long, et.al. (1992). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Koh Boh Boon, (1989). Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang, (2006). Kursus penilaian tahap kecekapan (PTK), pengajaran & pembelajaran (P&P) untuk pegawai perkhidmatan pelajaran gred DGA34, DG44 & DG48 (KUP). Selangor : Multimedia-Es Resources Sdn.Bhd. Raminah Haji Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.