Unit 1 KAL 3023 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Perkembangan Moral Kanak-kanak



1



UNIT 1



FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL DAN TEORI ETIKA PENDIDIKAN MORAL



HASIL PEMBELAJARAN



Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan falsafah Pendidikan Kebangsaan, falsafah Pendidikan Islam dan falsafah Pendidikan Moral. 2. Membincangkan asas Pendidikan Islam 3. Membincangkan teori-teori Etika dan kritikan terhadap teori dalam Pendidikan Moral. 4. Membandingkan teori falsafah Pendidikan Islam dengan teori falsafah Pendidikan Moral.



PENGENALAN



P



endidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah untuk membentuk personaliti murid yang mencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.



Unit ini membincangkan teori-teori dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Selain itu, guru-guru diharapkan dapat mengaplikasikan segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah kanakkanak yang berkualiti.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



2



ISI KANDUNGAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan



P



endidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi



intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.



Falsafah Pendidikan Islam



P



endidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan



pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.



Falsafah Pendidikan Islam ini secara jelas menjurus pembangunan dalam empat aspek yang utama : -



Menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran seumur hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan



-



Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah yang mahir, mempunyai keperibadian yang tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari dengan ajaran Islam



-



Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar



-



Membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat



Matlamat Pendidikan Islam



M



atlamat Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan sunnah supaya menjadi hamba dan



khalifah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



3



Asas Pendidikan Islam Asas pendidikan Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan hadis, maka asas utama kepada pendidikan Islam adalah berteraskan akidah, ibadat, tasyrik dan akhlak.



Asas Akidah



A



kidah menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menjelaskan dan menyatakan



kepada



muslimin tentang Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang sahih. Muhammad Baisar



(1973), menegaskan bahawa akidah yang sahih ialah akidah yang disampaikan kepada manusia yang bersumberkan wahyu yang dating daripada Allah sama ada secara iktikad, perundangan atau akhlak. Akidah ini menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar ,petunjuk kepada jalan yang lurus dan diakui sah oleh Allah SWT dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara benar dengan salah. Muslim yang baik akan membuat pilihan berteraskan akal yang dipandu oleh ilmu dan seterusnya dapat menangkis segala cabaarn hidup di dunia dan di akhirat.



Asas Ibadat



P



endidkan Islam adalah berasaskan ibadat kerana ia merupakan tujuan dalam hidup ini. Menyembah Allah SWT bererti memusatkan penyembahan kepada Allah semata-mata dengan menjalani dan



mengatur segala aspek kehidupan di dunia ini, zahir dan batin, jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendak Islam, baik dalam kehidupan individu dengan Allah sebagai hamba-Nya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyrakat.



Asas ibadat dalam konteks pendidikan Islam terhasil daripada kombinasi isi dan kesepaduan ajaran asas iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Ia dapat membentuk keperibadian Muslim yang baik dan terbina atas asas takwa kepada Allah SWT. Takwa bererti menjaga hubungan dengan Allah dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dalam setiap tindakan, seseorang muslim akan berusaha mengelakkan hubungan daripada terjejas dengan melaksanakan seluruh kaedah yang ditentukan oleh Allah. Inti takwa pula ialah iman. Iman melibatkan kemahuan dan melahirkan amal soleh daripada insan yang soleh yang dapat menumpukan seluruh pengabdian kepada Allah, mempunyai keperibadian yang lengkap dan terdidik dari segi kerohanian, akal dan fizikalnya.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



4



Asas Tasyrik



I



slam telah mengemukakan undang-undang atau hukum-hukum kepada manusia. Hukum-hukum ini mengatur hubungan sesama manusia. Menurut Aliah Othman (1986), Islam telah menetapkan hukum-



hukum dan balasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut sama ada hukuman dan balasan bersifat sivil yang dilaksanakan ke atas harta penjenayah atau hukuman dalam bentuk membalas balik perbuatan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut. Syariat Islam ialah ciptaan Allah dan Islam itu merupakan agama fitrah (sesuai dengan pembentukan kejadian manusia), maka segala undang-undang dan hukum yang terdapat di dalamnya tidak mungkin diganti , diubah atau dibatalkan.



Asas Akhlak



A



bdul Ghani (1989), menyatakan bahawa ilmu akhlak ialah ilmu yang meneroka sifat perbuatan akhlak, mengkaji hakikat kebaikan, keburukan, kewajipan, hati nurani kemanusiaan, kebahagiaan, penilaian



akhlak, tanggungjawab akhlak, motif kelakuan, asas-asas teori keyakinan akhlak, contoh utama serta kaedah dan prinsip umum yang patut menjadi landasan kelakuan manusia.



Al-Ibrasyi (1969), menyatakan bahawa pendidikan akhlak merupakan asas atau jiwa pendidikan Islam. Puncak akhlak yang mulia merupakan sasaran murni dari segala pendidikan. Oleh sebab tingginya kedudukan akhlak dalam risalah rasul-rasul, maka akhlak Islam itu telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Justeru, teras pendidikan Islam ialah pendidikan akhlak. Imam Asyahid Hassan Al-Banna menamakan pendidikan akhlak sebagai asas perubahan kerana ia dianggap sebagai aass yang boleh menentukan arah perkembangan masyarakat.



Bidang-bidang Pendidikan Islam



P



endidikan Islam menghubungkan seluruh aspek kemanusiaan dan kehidupan manusia. Pendidikan Islam dilengkapkan dengan segala persediaan hidup untuk menempuh segala keadaan. Abdul Jawad



(1983), membahagikan aspek-aspek pendidikan Islam berdasarkan hadis Rasulullah SAW kepada enam aspek : -



Pendidikan keimanan ( tarbiyah al-Imaniyah)



-



Pendidikan akhlak (Tarbiyah al-Akhlaqiyyah)



-



Pendidikan jasmani (Tarbiyah al-Jismiyah)



-



Pendidikan pemikiran (Tarbiyah al-Aqliah)



-



Pendidikan kerohanian (Tarbiyah ar-Ruhiyah)



-



Pendidikan kemasyarakatan (Tarbiyah al-Ijtima’iyah)



Perkembangan Moral Kanak-kanak



5



Pendidikan Keimanan ( Tarbiyah al-Imaniyah) atau Pendidikan Akidah



A



bdullah Nasih (1981), berpendapat pendidikan keimanan ialah memperkenalkan kanak-kanak sejak mereka mula berakal kepada asas-asas keimanan, membiasakan mereka dengan Rukun Islam sejak



awal lagi dan mengajar prinsip-prinsip syariat yang mulia semenjak usia tamyiz. Tujuan pendidikan keimanan adalah untuk mengikat anak-anak dengan iman dan Islam sejak lahir lagi supaya apabila besar kelak, mereka memahami Islam sebagai ad-din , Al-Quran sebagai al-Kitab dan Rasul sebagai teladan terbaik.



Pendidikan Akhlak (Tarbiyah al-Akhlaqiyyah)



A



l-Ibrasyi (1969), pernah menulis bahawa pendidikan akhlak merupakan jiwa pendidikan Islam.Puncak akhlak mulia merupakan sasaran murni daripada segala pendidikan.



Menurut Abdul Jawad (1983), matlamat pendidikan akhlak ialah : -



Pendidikan Dhamir iaitu perasaan manusia



-



Pendidikan insan muslim kearah berakhlak secara Islam dalam menjaga dan mengawal tingkah laku



-



Pendidikan insan muslim kearah berakhlak secara Islam dalam urusan kemasyarakatan



-



Pendidikan insan muslim mengikut akhlak Rasulullah sebagai pendidik dari segi perkataan, perbuatan dan sifat yang menggambarkan akhlak Al-Quran



Miqdad Yalchin (1983), berpendapat peranan pendidikan akhlak penting mengikut pandangan Islam secara umumnya boleh dibataskan sebagai satu usaha untuk membina peribadi, masyarakat dan budaya yang paling baik.



Pendidikan Jasmani (Tarbiyah al-Jismiyah)



K



esempurnaan jasmani merupakan satu daripada perkara yang diberi perhatian dalam pendidikan Islam. Ini kerana menjaga tubuh badan merupakan satu dari matlamat syariat Islam. Al Mursafi (1987)



menegaskan bahawa adalah menjadi dasar pendidikan Islam yang menuntut agar setiap individu menjaga kesihatan tubuh badan dan menghindarkan diri daripada segala jangkitan penyakit. Oleh itu, tujuan pendidikan jasmani adalah untuk melahirkan insan muslim yang sihat dan kuat supaya dapat menjalankan tanggungjawab terhadap Allah.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



6



Abdul Ghani Shamsuddin (1958) telah menggariskan prinsip pendidikan jasmani: -



Badan merupakan amanah Allah kepada manusia. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah



-



Hubungkait antara perlaksanaan ibadah dengan pergerakan jasmani. Badan yang kuat amat perlu untuk memenuhi tuntutan ibadah dan menghadapi cabaran hidup



-



Merangkumi pendidikan pemakanan, kesihatan, riadah dan penyusunan waktu lapang secara bijaksana sesuai dengan tuntutan Islam.



Pendidikan Pemikiran (Tarbiyah al-Aqliah)



U



lwan Abdullah Nasih (1981) mentakrikan pendidikan pemikiran atau akal ini sebagai membentuk pemikiran anak-anak dengan setiap apa yang boleh memberi manfaat , terutama ilmu-ilmu syarak,



pengetahuan semasa, kesedaran pemikiran dan ketamadunan hingga mereka berfikiran matang, berilmu dan mengikut perkembangan semasa. Akal merupakan nikmat kurniaan Allah yang paling berharga kepada manusia. Islam memberi penghargaan yang tinggi terhadap akal dan penggunaannya. Banyak ayat-ayat AlQuran yang mengarahkan manusia supaya menggunakan akal semasa mencari ilmu, menetapkan beberapa prinsip khas, hukum dan sebagainya.



Pendidikan Kerohanian (Tarbiyah ar-Ruhiyah)



H



ijazi Abdul Rahman (1985), menyatakan bahawa pendidikan kerohanian merupakan pendidikan yang dapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia dengan Penciptanya (Allah) dalam semua



keadaan. Beriman kepada Allah merupakan asas kepada pendidikan kerohanian. Oleh itu, pendidikan kerohanian adalah merupakan asas kepada pembaikan jiwa manusia. Abdul Ghani Shamsuddin (1994), telah menggariskan prinsip-prinsip pendidikan rohani: -



Mengasuh pelajar sejak peringkat pertama perkembangannya supaya menyembah dan beribadt kepada Allah SWT



-



Berusaha menghapuskan sifat atau kecenderungan yang buruk, membentuk intuisi dan jiwa beragama yang peka dan bertanggungjawab



-



Mengasuh pelajar dengan sifat-sifat batin yang cenderung kepada pengamalan sifat-sifat terpuji dan menghindari sifat-sifat tercela



-



Membentuk anak didik supaya berasa sentiasa memerlukan Allah SWT



-



Mendidik pelajar mencintai Allah., Rasulullah, keluarga Baginda, orang soleh dan beriman di samping rajin membaca Al-Quran



Perkembangan Moral Kanak-kanak



7



Pendidikan Kemasyarakatan (Tarbiyah al-Ijtima’iyah)



P



endidikan kemasyarakatan bermaksud mendidik anak-anak dari sejak kecil untuk mengamalkan adab susila yang mulia dalam masyarakat dan asas rohani yang tinggi, akidah Islamiah yang abadi serta



perasaan keimanan yang mendalam.



Abud Abdul Ghani (1982), menyatakan bahawa tanggungjawab pendidikan kemasyarakatan mempunyai ciriciri berikut: -



Menyemai dasar-dasar kejiwaan yang mulia



-



Memelihara hak orang lain



-



Membiasakan mereka dengan peraturan umum sosial



-



Pengawasan, pemerhatian dan kritikan yang membina terhadap masyarakat sekeliling



Pendidikan Moral



P



endidikan Moral merupakan pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusian dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberi kepada pemupukan, penghayatan dan amalan murni



yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.



Pemupukan dan



penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan insan yang mulia dan bertanggungjawab selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.



Pengertian Moral, Etika dan Akhlak



M



oral berasal dari perkataan ‘mores’ yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok. Ia merujuk kepada satu sistem



perlakuan berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan. Ia juga merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak. Manakala ‘tidak bermoral’ bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan sesuatu perkara yang tidak benar dan tidak baik.



E



tika berasal daripada perkataan Yunani 'ethos’ bererti hukum, cara hidup, kebiasaan, adat resam dan budi pekerti . Oleh itu, etika boleh dimaksudkan sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia



sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



A



8



Khlak berasal dari perkataan Arab ‘khuluk’ yang bermaksud perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Justeru, akhlak boleh dimaksudkan sebagai sifat semulajadi atau



tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.



Pernyataan Normatif dan Pernyataan Deskriptif Cuba anda fikirkan yang mana satukah pernyataan normatif dan yang mana satu pulakah pernyataan deskriptif?



Contoh ayat: i.



Ini sebuah rumah.



Ayat ini adalah satu pernyataan deskriptif yang merujuk kepada fakta dan tidak melibatkan pertimbangan nilai.



ii. Ini sebuah rumah yang baik. Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang rumah yang mempunyai beberapa cirri yang dianggap baik.



iii. Dia sentiasa menggunakan internet. Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta tanpa pertimbangan nilai.



iv. Dia tidak patut menggunakan internet sehingga mengabaikan kerja lain. Ayat ini satu pernyataan yang melibatkan pertimbangan nilai tentang perkara yang patut atau tidak patut di lakukan.



Ayat (i) dan (iii) berbentuk deskriptif atau fakta adalah bukan pernyataan normatif, manakala ayat (ii) dan (iv) yang melibatkan pertimbangan nilai adalah pernyataan normatif.



Namun ayat (ii) tidak melibatkan soal moral berbanding dengan ayat (iv). Ini bermaksud, tidak semua pertimbangan nilai adalah normatif dan bukan semua pernyataan normatif melibatkan moral.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



9



Pernyataan Normatif (a) Pernyataan Normatif adalah pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita. Kita menggunakan pernyataan normatif untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benar atau salah, diterima atau ditolak.



Pernyataan normatif berhubung dengan soal estetika. Contoh: Tiada motorsikal yang dapat menandingi motorsikal Rahimi



Melahirkan pernyataan nilai tentang soal logikal. Contoh : Hujah pemidato itu tidak boleh diterima.



Pernyataan normatif berkaitan soal atau domain agama. Contoh : Berzina itu satu dosa.



Dalam domain moral ada dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak dan sebagainya.



Pertama apabila kita menilai sesuatu perbuatan individu atau perlakuannya. Pertimbangan nilai ini dikenali sebagai pertimbangan moral obligasi atau deontic dan tidak mengambil kira kesan sesuatu perbuatan itu. Contoh: i.



Saya tidak patut memaksa kawan saya berjudi.



ii. Membunuh orang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun. iii. Kita patut menepati janji.



Kedua, apabila kita menilai cara perwatakan, motif atau peribadi perseorangan. Pertimbangan nilai ini dikenali sebagai pertimbangan nilai aretaic. Contoh : i.



Mother Theresa seorang yang baik.



ii. Sikap mementingkan diri adalah tidak baik. iii. Seseorang yang baik tidak akan terlibat dalam rasuah.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



10



Dalam domain bukan moral, istilah baik, salah dan sebagainya tidak digunakan untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Istilah-istilah ini digunakan untuk menilai sesuatu benda lain seperti ayat ini : Ini sebuah buku yang baik. Atau menilai sesuatu perkara yang harus atau tidak harus dilakukan tetapi tiada kaitan dengan soal moral seperti ayat ini: Anda tidak perlu membeli kasut ini.



(b) Terdapat pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila kita membuat pernyataan berkenaan, kita menentukan sama ada seseorang itu patut atau tidak patut berkelakuan sedemikian. Contoh: i.



Kecuaian memandu kereta di jalanraya akan membahyakan nyawa pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, kita harus berhati-hati di jalan raya.



ii. Kita patut membantu orang yang kurang bernasib baik. Oleh itu, kita harus bermurah hati terhadap mereka yang memerlukan bantuan.



(c) Terdapat pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk arahan atau perintah melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi individu dalam masyarakat. Contoh: i.



Peraturan kolej meati dipatuhi.



ii. Dilarang membuang sampah di kawasan ini. Denda RM5000. iii. Tempat ibadat semua agama perlu dihormati.



Pernyataan Bukan Normatif/ Deskriptif Pernyataan bukan normatif bebas daripada nilai, iaitu tidak melahirkan pertimbangan nilai. Pernyataan ini value neutral terdiri daripada laporan atau sesuatu yang berbentuk deskriptif untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal.



Contohnya: i.



Dia dapat menjawab semua soalan denagn betul.



ii. Saya sentiasa tidur lewat. iii. Kereta itu berwarna biru.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



11



Peraturan Moral



P



eraturan moral merupakan kajian tentang tingkah laku manusia yang dianggapkan salah atau betul mengikut peraturan moral dan undang-undang yang ada dalam masyarakat itu. Peraturan moral



menekankan cara-cara manusia berfikir, undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral itu.



Prinsip-prinsip Peraturan Moral



P



rinsip peraturan moral boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : i.



Prinsip Keadilan



Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat keadilan juga membolehkan seseorang individu menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak ada perasaan pilih kasih atau tamat dalam menjalankan tugasnya.



ii. Prinsip Autonomi Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku atas pertimbangan individu itu hasil dari paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh guru mengikut arahan guru besar sekolah. Jadi tingkah laku atau pertimbangan itu bukan tanggungjawab moral guru kerana ia hanya atau menurut perintah guru besar sekolah.



iii. Prinsip Altruisme Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berkait hubung dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih perikemanusiaan dan bermoral. Perasaan kasih saying, simpati dan memikirkan perasaan kepentingan diri, tamak dan kelakuan jahat.



Aliran Pemikiran Moral Aliran pemikiran moral terbahagi kepada empat aliran utama iaitu aliran pemikiran naturalis, emotivis, intuisionis dan rasionalis.



N



aturalis ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Seseorang yang beraliran pemikiran naturalis akan melihat sesuatu objek itu pada keadaan yang sebenarnya. Ia



akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab –sebab wujudnya keadaaan itu.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



E



12



motivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta dan bukti. Perasaan ini ditunjukkan melalui tingkah laku, air muka, suara dan kata-kata



yang digunakan. Oleh itu, pemikir aliran ini menerangkan bahawa pertimbangan moral bukan mengikut pernyataan fakta tetapi mengikut emosi, sikap dan perasaan. Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.



I



ntuisionis menyatakan bahawa pertimbangan moral tidak berpunca daripada sebarang generalisasi yang



empirikal seperti yang dikatakan oleh naturalis tetapi ianya terbukti dengan sendiri. Seseorang itu menentukan apa yang baik dan tidak baik mengikut naluri dan tidak memerlukan sebarang penerangan atau sebab untuknya. Orang yang beralairan ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti atau kesannya.



R



asionalis menitik beratkan penggunaan sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan melakukan sesuatu. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yang



sentiasa memikir sesuatu dengan waras dan logik. Golongan ini mengganggap sesuatu ilmu itu hanya boleh mencapai taraf kesahihan melalui kriteria rasionalis iaitu dengan bukti dan hujah yang rasional



Konsep Asas Nilai



N



ilai merupakan satu konsep yang kompleks disebabkan ianya berbentuk abstrak dan tidak dapat disentuh atau dilihat. Ahli-ahli falsafah



belum lagi mencapai kata sepakat bagaimana hendak



memberikan satu definisi rigid tentang nilai. Namun demikian, ia boleh diterangkan dengan melihat ciri-ciri amnya, iaitu dengan melihat penonjolan secara lisan atau perlakuan seseorang.Nilai juga merupakan standard dan prinsip individu dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda dan juga kriteria pemilihan sesuatu benda.



Secara amnya, nilai boleh digunakan dalam tiga konteks iaitu : -



Nilai sifat (attribute) : untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu objek seperti nilai yang diberikan kepada masa contohnya masa itu emas.



-



Nilai kadar : sesuatu seperti haraga atau markah sesuatu objek atau perkara seperti berapa harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang dijalankan



-



Nilai aksiologi : berkaitan dengan falsafah nilai. Contohnya nilai budi yang tidak terbatas.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



13



Jenis-jenis Nilai Nilai Instrumental (Ekstrinsik) dan Nilai Intrinsik



-



Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.



-



Nilai Intrinsik Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.



-



Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.



-



Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.



-



Nilai peringkat kedua ( second order value), misalnya berani, rajin, hormat-menghormati.



-



Nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan.



Contoh : - Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia Kedua -



Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah.



Contoh: - Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undang-undang yang ada bukan atas tujuan membasmi kegiatan pengedaran dadah.



Nilai Subjektif dan Nilai Objektif



-



-



Nilai Subjektif Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan. Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.



-



-



Nilai Objektif Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.



Contoh : Contoh: - Serangan Amerika ke atas Iraq wajar - Peperangan adalah satu tragedi yang mengikut pandangan sekutunya tetapi kejam dahsyat. dari pandangan negara-negara yang menyokong Iraq - Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri kemanusiaan. - Pembinaan bangunan-bangunan untuk kemajuan negara adalah wajar untuk pihak - Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman tertentu tetapi bukan bagi pihak yang dan mesti dihapuskan. mengganggap sebagai pembaziran sumber kewangan.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



14



Nilai Relatif dan Nilai Mutlak (Absolute).



-



Nilai Relatif Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyrakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.



-



Nilai Mutlak (Absolute) Nilai yang berhargatidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesuatu masyarakat.



-



Arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.



-



Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.



-



Boleh berubah mengikut masa



-



Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat.



Contoh : - Di Malaysia, pembentukan keluarga adalah Contoh: melalui perkahwinan rasmi. Sebaliknya di - Hidup berkeluarga adalah satu amalan Amerika, pembentukan keluarga tanpa perlu kehidupan yang baik. melalui perkahwinan rasmi



Perkembangan Moral Kanak-kanak



15



Teori-teori Etika Pendidikan Moral Teori Etika Keperibadian Mulia



Teori Kemoralan Sosial



Teori-teori Etika Pendidikan Moral Teori Teleologi



Utilitarianism



Egoism



Teori Deontologi



Prinsip Kewajipan



Eksistensialisme



Teori Kemoralan Sosial



E



tika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan



mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi ‘moral’ yang ditakrif sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok.



Berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah jika bagi sesetengah orang kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat maujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut. Justeru, terbitlah teori etika yang dikenali sebagai kemoralan sosial (kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservatisme dalam kemoralan).



Perkembangan Moral Kanak-kanak



16



Contohnya, peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,kasih saying, kebersihan, saling bantu membantu, kerjasama, kesyukuran dan semangat kemasyarakatan.Nilai atau peraturan ini ialah ukuran dan persetujuan masyarakat yang mesti diterima untuk menyekat perbuatan mencuri, sifat tamak, rasuah, kezaliman dan sebagainya. Nilai ini lebih mementingkan masyarakat, bukan individu, sebagai matlamat etika atau kemoralan. Dengan kata lain, dalam sesebuah masyarakat ada perkara yang diizinkan dan ada pula yang ditegah.



Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Ia banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat.



Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.



Teori ini banyak memberikan kelemahan daripada memberikan kebaikan. Antaranya ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu, banyak berlaku salah faham, koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang ada kerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.



Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu sukar untuk berlaku.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



17



Sebagai contoh, peraturan-peraturan yang digunakan dalam Institusi, kolej ataupun universiti, tidak membenarkan pelajar menggunaan alatan elektrik seperti cerek elektrik dan seterika dalam asrama. Perkara ini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar. Pelajar memerlukan satu penampilan yang baik. Walaupun, alatan berkenaan telah disediakan tetapi alatan-alatan berkenaan berada dalam keadaan buruk ataupun sudah usang. Sebenarnya, tidak selamat digunakan dan keselamatan pelajar juga tidak dijamin jika menggunakannya.



Maka, pelajar terpaksa melanggar peraturan-peratauran yang ditetapkan dengan membawa alatan-alatan tersebut untuk digunakan di asrama. Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku. Bagaimana seseorang pelajar mengikut peraturan-peraturan yang ditatapkan itu sedangkan peraturan itu adalah menyusahkan mereka sendiri?



Kritikan terhadap teori Kemoralan sosial



F



rankena (1973), kritikan terhadap teori kemoralan sosial yang mungkin paling serius ialah peraturan sesuatu masyarakat itu sendiri, iaitu boleh jadi peraturan itu buruk dan jahat, tidak bermoral dan salah,



bersifat zalim dan tidak adil, atau akan menjadikan kehidupan manusia semakin keji. Peraturan atau nilai-nilai yang dimaksudkan itu termasuklah diskriminasi ras (seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan) dan imperialisme (seperti yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah dan Israel).



Milgram (1974) misalnya, berpendapat bahawa manusia sanggup melakukan apa-apa sahaja kerana diperintahkan oleh autoriti dan terus melakukannya walaupun mereka tahu tindakan itu bertentangan dengan suara batin mereka. Bagaimanapun, apa yang lebih merisaukan ialah akibat yang menimpa individu yang menyerah dan patuh kepada autoriti. Milgram berpendapat bahawa individu yang patuh kepada autoriti akan ‘melupai’ kesan-kesan perbuatannya kerana asyik melaksanakan tugasnya. Jika kesannya buruk, jahat dan tidak bermoral, dia akan menyerahkan tanggungjawab moral itu kepada autoriti sah yang terlibat. Dia akan berkata, "Hanya mengikut arahan”. Contohnya, kita percaya ramai tentera Amerika Syarikat berpendapat kebanyakan perbuatan mereka di Vietnam salah dari segi moral. Di Vietnam, ramai orang awam, kanak-kanak serta wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa peperangan.Ramai juga anak haram dilahirkan. Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan membunuh yang terkutuk itu, mereka akan berkata itu ialah tanggungjawab ketua atau pemerintah mereka, bukan tanggungjawab moral mereka.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



18



Bagi tentera berkenaan, mereka hanya menjalankan tugas. Walau apapun alasannya, ringkasnya, kehilangan perasaan tanggungjawab moral ini merupakan satu daripada akibat buruk mematuhi autoriti. Oleh itu, dalam kes tertentu, patuh kepada autoriti secara membuta tuli boleh dianggap tidak sesuai, tidak patut dan salah dari segi moral.



Teori Keperibadian Mulia



S



ekiranya Teori Kemoralan Sosial merujuk kepada kemoralan standard dalam sesebuah masyarakat, Teori Keperibadian Mulia merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat seseorang individu



menjadi agen moral dan diterima dalam masyarakat setempat dan global. Teori Keperibadian Mulia sentiasa membuat seseorang individu bertanya kepada diri sendiri “Apakah yang patut saya lakukan dan mengapakah saya patut berindak sedemikian rupa?’’ Teori Keperibadian Mulia mengutamakan sifat peribadi mulia terhadap suatu kehidupan yang bermoral.



Fokus Teori Keperibadian Mulia ialah terhadap sifat peribadi mulia yang patut ada pada setiap individu. Untuk mengenalpasti sifat peribadi mulia ini, objektif atau matlamat dalam kehidupan perlu dianalisa. Sekiranya seseorang pelajar kolej ingin berjaya dalam akademik dan seterusnya dalam kerjaya, dia perlu memiliki nilai kerajinan. Apabila sudah bekerja dan pelajar tersebut mahu bekerja dalam suasana yang bebas daripada rasuah, dia perlu jujur dan amanah.



Dalam situasi berikutnya, sikap peribadi Tony yang jujur dan amanah dalam melakukan tugas dan amalan kehidupan hariannya menyebabkan dia berasa bersalah apabila diminta menandatangani penyata kira-kira yang palsu. Menurut Aristotle, seseorang ahli falsafah Greek yang memberi sumbangan besar terhadap Teori Keperibadian Mulia, terdapat tiga keadaan yang perlu wujud apabila seseorang individu boleh diterima sebagai agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuannya. Yang pertama, individu tersebut tahu apa yang dilakukan. Kedua, individu tersebut mesti memilih perlakuan yang dia mahu kerana perlakuan itu mulia. Ketiga, perlakuan atau tindakan itu mesti timbul daripada tingkah-laku yang konsisten dan tidak berubah.



Berbalik kepada situasi di atas, Tony sedar dia perlu tandatangan satu dokumen yang penting dan menentukan keutuhan syarikatnya. Kedua, dia tahu perbuatannya menandatangani dokumen penyata palsu itu salah dan tidak amanah dan ketiganya sebagai seorang yang jujur, Tony tidak mahu menandatangani dokumen palsu dan sebaliknya mahu menolak tawaran pengurus untuk menandatangani dokumen atau penyata kira-kira yang palsu.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



19



Secara umumnya, Teori Keperibadian Mulia menyatakan sesuatu tindakan atau perlakuan itu betul, sekiranya agen yang bersikap peribadi mulia akan melakukan perkara yang sama dalam apa jua keadaan. Agen moral tersebut akan mempraktikkan nilai mulia yang ada pada dirinya. Nilai mulia pula ialah ciri-ciri kemanusiaan yang ada pada manusia dan penting untuk perkembangan dan kehidupan yang baik. Kalau di Malaysia, nilai mulia itu dipraktikkan oleh individu tersebut dan diterima dalam masyarakat Malaysia.



Cara-cara mengembangkan sifat peribadi mulia Pengalaman dalam kehidupan



Proses pengajaran dan pembelajaran



Cara-cara mengembangkan sifat peribadi mulia



Danda dan ganjaran



S



Kerasionalan dan kematangan



ejak kecil lagi ibu bapa dan anggota keluarga menasihati, memberi didikan dan tunjuk ajar serta menegur kanak-kanak untuk mengamalkan keperibadian yang mulia. Proses ini yang bermula secara



informal di rumah diteruskan di alam persekolahan dan ditambah dengan proses denda dan ganjaran yang membantu meningkatkan kematangan pelajar. Proses ini diteruskan melalui pengalaman kehidupan seharian di mana apa yang dipelajari secara informal di rumah dan formal di sekolah dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Semakin dewasa, sifat peribadi mulia mula stabil dalam seseorang individu sehingga kerasionalan dan kematangan memainkan peranan yang utama. Individu akan mula sedar bahawa sifat peribadi mulia adalah baik dan menghindari mereka daripada perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima masyarakat setempat.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



20



Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia



T



eori Keperibadian Mulia merujuk kepada sifat peribadi untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan kesedarhanaan antara dua pendirian yang ekstrem. Misalnya, pernyataan buat baik



berpada-pada. Ada keadaan di mana pekerja sosial menjalankan aktiviti kebajikan yang begitu banyak terhadap masyarakat sehingga lalai menguruskan rumahtangga dan kehidupannya sendiri. Maka satu kelemahan dalam Teori Keperibadian Mulia ialah bagaimana mengenal pasti situasi yang sederhana dalam mengamalkan sifat peribadi yang mulia.



Teori Teleologikal



S



atu lagi teori etika yang memberi panduan kepada kehidupan bermoral ialah Teori Teleologikal. Andaian umum dalam Teori Teleologikal ialah nilai ‘betul atau ‘salah’ yang bergantung kepada akibat



sesuatu perbuatan. Teori kemoralan ini berasal daripada keperluan dalam obligasi moral tentang apa yang baik dan dikehendaki akibat sesuatu tindakan atau perlakuan. Teori Teleologikal boleh dianalisa daripada dua perspektif iaitu utilitarianisme dan egoisme. Teori Teleologikal



Utilitarianisme



Egoisme



Memaksimumkan kebahagiaan/ keseronokan untuk bilangan orang yang banyak.



Nilai baik jika mengutungkan diri sendiri dan nilai buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.



Utilitarianisme



U



tilitarianisme ialah satu bahagian daripada Teori Teleologikal yang menyatakan ‘betul’ atau ‘salah’ sesuatu tindakan ditentukan oleh kepentingan tindakan tersebut dan kebahagiaan atau keseronokan



yang dibawa kepada bilangan orang yang ramai. Utilitarianisme ialah satu bentuk konsequentialisme yang mengutarakan tindakan mana yang betul yang membawa kebaikan terbaik yang menyeluruh.



Contohnya, Amerika Syarikat mengebom dua bandar di Jepun untuk melemahkan kuasa ketenteraan Jepun dan pada masa yang singkat juga telah menamatkan Perang Dunia Kedua. Perbuatan mengebom Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan ramai penduduk dunia keluar daripada kesengsaraan peperangan



Perkembangan Moral Kanak-kanak



21



walaupun pengebomam dua bandar di Jepun menyebabkan ramai penduduk di sana terkorban dan menghadapi kesan lepas peperangan sehingga ke masa kini.



Kritikan terhadap Utilitarianisme



B



erdasarkan contoh di atas, satu kritikan utama utilitarianisme ialah iannya mudah berkonflik dengan prinsip keadilan moral kerana matlamat menghalalkan cara. Matlamat pengeboman Hiroshima dan



Nagasaki ialah untuk menamatkan Perang Dunia Kedua tetapi cara iaitu menggunakan senjata kimia seperti bom atom menyebabkan ramai yang tidak berdosa terkorban dan menjadi masyarakat yang kurang daya tahan terhadao penyakit dan sebagainya.



Egoisme Egoisme



Egoisme psikologikal



Egoisme etika



B



ahagian satu lagi dalam Teori Teleologikal ialah egoisme. Egoisme ialah Teori Teleologikal yang mengandaikan sesuatu itu ‘baik’ sekiranya ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu ‘tidak baik’ sekiranya ia membawa keburukan kepada diri sendiri.



Egoisme terbahagi kepada dua iaitu egoisme psikologikal dan egoisme etika. Egoisme psikologikal berlandaskan doktrin yang menyatakan seseorang individu selalunya melakukan sesuatu atau mengambil tindakan tertentu disebabkan oleh motivasi untuk kepentingan diri sendiri. Egoisme etika ialah doktrin yang berlandaskan apakah yang patut dilakukan oleh seseorang agen moral berdasarkan kepentingan diri.



Egoisme etika menekankan bahawa seseorang individu mempunyai obligasi atau kewajipan moral untuk mengambil keputusan dan bertindak dengan merujuk kepada ukuran moral yang meningkatkan kebajikan diri sendiri.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



22



Kritikan terhadap egoisme alah satu kritikan terhadap egoisme ialah apabila seseorang individu bertindak berdasarkan egoism, kepentingan orang lain dipinggirkan. Individu tersebut hanya memikirkan diri sendiri dan kebaikan serta kepuasan yang diperoleh daripada tindakan tersebut. Misalnya, mendahulukan diri dalam proses kenaikan pangkat walaupun ada orang lain yang lebih layak.



S



Teori Deontologikal



T



eori Deontologikal ialah satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Untuk memilih tindakan moral yang betul, kita perlu memahami obligasi atau kewajipan moral kita dan apakah peraturan betul yang sedia ada untuk kita melakukan kewajipan tersebut. Andaian dalam Teori



Deontologikal ialah apabila kita mengikut kewajipan, kita berkelakuan moral dan apabila kita gagal mengikut kewajipan, kita berkelakuan tidak bermoral.



Prinsip Kewajipan



P



rinsip



Kewajipan



dikemukakan



oleh



Immanuel



Kant



(1724-1804)



yang menegaskan



pelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab.



Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang tidak berubah mengikut agama atau adat resam, misalnya tidak membunuh, tidak berzina atau tidak menipu dalam apa jua keadaan merupakan peraturan universal. Menurut Kant, sesuatu tindakan yang betul perlu selari dengan kemoralan universal. Maka, kita tidak perlu



membuat



pertimbangan tentang kesan tindakan (Teori Teleologikal) sebelum kita membuat keputusan.



Kritikan terhadap amalan prinsip kewajipan Menurut Prinsip Kewajipan, individu bertanggunjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negaranya. Kadang-kala individu tersebut akan berdepan dengan keadaan yang wujudnya dua kewajipan yang berkonflik. Misalnya, dia perlu menunaikan kewajipannya sebagai suami untuk menjaga isteri yang sakit, dan dia juga perlu menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru yang perlu menghadiri mesyuarat di sekolah. Oleh kerana kedua-dua kewajipan perlu dilaksana pada masa yang sama, maka dia menghadapi kesukaran untuk memilih yang mana satu kewajipan perlu diberi keutamaan. Ini merupakan satu kelemahan Prinsip Kewajipan yang selalu dikritik.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



23



Cuba anda fikirkan adakah tindakan “berbohong untuk menyembunyikan mangsa daripada dibunuh beramai-ramai dalam peperangan” merupakan sesuatu tindakan yang betul? “Berbohong jika keadaan itu memerlukan”. Adakah anda setuju untuk menjadikan prinsip “berbohong jika menguntungkan dan sesuai untuk kamu” sebagai prinsip kemoralan sejagat? Buatlah perbincangan dengan rakan-rakan anda dalam kumpulan anda.



Prinsip Eksistensialisme



P



rinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa



peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Oleh itu, relativisme individu dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, peperangan dan konflik antara ras adalah tanggungjawab manusia yang menimbulkan masalah-masalah tersebut. Maka, manusia yang juga menyelesaikan masalah tersebut. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab



terhadap



pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.



Kritikan terhadap amalan prinsip Eksistensialisme



I



ndividu yang berpegang kepada prinsip Eksistensialisme hanya berpegang kepada prinsip sesuatu nilai yang baik atau buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Kadang-kala nilai



pilihan individu ini tidak mengambil kira prinsip moral keluarga dan masyarakat setempat, malah mempunyai standard moral yang jauh berbeza.



Perkembangan Moral Kanak-kanak



24



RINGKASAN 1. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.



2. Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. 3. Asas pendidikan Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan hadis, maka asas utama kepada pendidikan Islam adalah berteraskan akidah, ibadat, tasyrik dan akhlak.



4. Teori-teori etika Pendidikan Moral terdiri dari empat bahagian iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.



KATA KUNCI 1. Moral.



6. Jenis-jenis nilai



2. Etika



7. Teori Kemoralan Sosial



3. Akhlak



8. Teori Etika Keperibadian Mulia



4. Pernyataan Normatif



9. Teori Teleologikal



5. Pernyataan Deskriptif



10.Teori Deontologi



PENILAIAN KENDIRI 1. Senaraikan Keempat-empat (4) teori Etika dalam Pendidikan Moral. 2. Huraikan kritikan terhadap amalan prinsip kewajipan dalam teori Deontologi?



Perkembangan Moral Kanak-kanak



25



RUJUKAN Abdul Rahman Md.Aroff. (2008). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Aristotle. (1979). The Nicomachean Ethics. Diterjemahkan oleh Thomas, J.A.K., Harmondworth: Penguin Books. Eow Boon Hin, Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat and Puteri Nilofar Ahmed Kamil. (2002). Moral Education. Petaling Jaya: Pearson Sdn. Bhd.



Jennifer Wee Beng Neo, Kartini Binti Abdul Mutalib, Ng Sook Gun, Noriati Binti A. Rashid, dan Taib Bin Ahmad. (2010). Modul Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.



Milgram, S. (1974). Obedience and authority: An Experimental View. London: Tavistock Publication Limited.



Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.



JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS 1. Teori-teori etika Pendidikan Moral terdiri dari empat bahagian iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.



2. Menurut Prinsip Kewajipan dalam teori Deontologikal, individu bertanggunjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negaranya. Kadang-kala individu tersebut akan berdepan dengan keadaan yang wujudnya dua kewajipan yang berkonflik. Misalnya, dia perlu menunaikan kewajipannya sebagai suami untuk menjaga isteri yang sakit, dan dia juga perlu menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru yang perlu menghadiri mesyuarat di sekolah. Oleh kerana kedua-dua kewajipan perlu dilaksana pada masa yang sama, maka dia menghadapi kesukaran untuk memilih yang mana satu kewajipan perlu diberi keutamaan. Ini merupakan satu kelemahan Prinsip Kewajipan yang selalu dikritik.